Si Fluffy, Seekor Anak Kucing Jalanan Di Stesen Bas Semenyih Sentral

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Pada malam Hari Raya Aidil Adha yang lepas, PH lepak dengan otai-otai Semenyih..Saja jer nak beri 'extra hand' kepada mereka nak bakar lemang...Malam tu riuh rendah jadinya...Maklumlah, kalau kita bergaul dengan orang yang lebih tua dari kita, banyak ilmu yang bermanfaat bakal kita perolehi...Ada seorang pelanggan yang sudah berusia singgah ke teratak lemang Pak Ya sambil menghulurkan salaman...Pak Ya 'menolak' salaman tersebut kerana tangannya kotor akibat memegang buluh lemang...PH tertarik dengan kata-kata spontan pakcik ni ( pelanggan lemang )..

"Biar tangan kotor kena lemang, asalkan hati jangan kotor bergelumang..."

Malam itu, PH berkongsi pelbagai ilmu dengan Pak Ya serta rakan-rakan yang seusia dengannya...Beliau banyak bercerita perihal agama kisah-kisah Nabi Ibrahim dan juga mengenai pentingnya kita selalu memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka selalu membuat perkara tidak elok kepada kita...Katanya, orang-orang sebegitu adalah pengantara dari Allah untuk menghantar ujian kepada kita dan pada masa yang sama ianya adalah untuk menduga keikhlasan hati individu itu sendiri terhadap orang lain....Pak Ya adalah individu yang sedang duduk di atas kotak kuning tu...Kami lepak bersama hampir jam 3 pagi bercerita tentang perkara-perkara yang bermanfaat...Pak Ya kata, kalau kita duduk di tepi jalan sekalipun, ianya adalah dikira oleh Allah SWT sebagai satu majlis ilmu sekiranya kita bercerita tentang kebaikan...



Sedang leka bercerita, tak sangka pula ianya turut 'didengari' oleh si comel ni...Secara tiba-tiba dia datang ke kaki PH sambil mencakar-cakar seluar jeans PH untuk mengasah kuku...Ini satu petanda baik kata Pak Ya....

'Kucing tu suka kat kau, sebab tu dia datang kat kau...Kat sini ada ayam pun dia tak nak datang...'


Maka, PH pun menyantuni anak kucing ini dengan sebaik-baiknya...Pak Ya kata, kucing adalah makhluk kesayangan Rasulullah SAW...Melayannya dengan baik adalah dikira sebagai sunnah Baginda...Usah diperlakukan perkara yang tidak elok kepada kucing, kerana Baginda sangat menegah perbuatan tersebut...Apabila PH bertanya adakah kucing ini milik sesiapa, Pak Ya berkata kucing ini memang selalu bermundar mandir di stesen bas Semenyih Sentral ni...Tapi memandangkan sempena cuti Hari Raya Haji ni, kedai makan mungkin akan tutup selama beberapa hari...Beliau menyarankan agar PH bawa pulang kucing ini kerana dikhuatiri dia kebuluran....


Maka, PH mengambil keputusan untuk membawa anak kucing yang tersangat comel ini pulang ke rumah...MH pun sangat gembira dengan kehadirannya lalu menamakannya Si Fluffy...PH rasa, umurnya dalam lingkungan 4-5 bulan....Alhamdulillah, kehadiran Si Fluffy turut disenangi oleh kucing-kucing PH yang lain....Mereka tidak bergaduh pun...


Ketika ini, Si Motet a.k.a Opmotet Prime sedang tidur di bawah sinaran lampu minyak tanah...Ehhh silap...Di bawah lampu tidur di ruang tamu....


Kucing-kucing yang lain juga sedang enak bersantai....


Abam Iyo buat ta nampak jer Si Fluffy ni...Dah biasa dah agaknya apabila melihat papa selalu bawa kucing pulang ke rumah..."Ada aku kesah...???" katanya....


Nota PH :
Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah...Menjaga kebajikan mereka adalah dikira sebagai mengamalkan sunnah Baginda juga...Baik yang kita lakukan, maka baiklah juga ganjaran yang kita dapat dariNya...Namun begitu, janganlah kita terlalu taksub untuk melakukannya hanya semata-mata untuk mendapatkan ganjaran kerana itu semua adalah urusanNya...Kita buat sahaja mengikut kemampuan kita...Membuat sesuatu yang di luar kemampuan kita mungkin boleh mendatangkan mudarat tanpa kita sedari...
Justeru itu, tingkatkanlah motivasi diri kita untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk...Ambillah yang baik dan buanglah yang buruk...Menyantuni kucing dengan baik adalah perkara yang baik dan melayani kucing dengan buruk adalah perkara yang buruk...Dengan kewarasan dan rasionalism yang kita ada, gunakanlah dengan sebaik-baiknya sebagai ibadah untuk bekalan kita di hari akhirat kelak...

Sesiapa yang nak adopt Si Fluffy ni, sila beritahu PH yer...

Comments

  1. otai betul Opmotet Prime nie....Abam Iyo pun rilex cool aje...kikiki frasa ayat "Ada Aku Kesah?" mencuit hati pula...~~tp mmg seswai sgt la ngn Abam Iyo niey...hehehe

    ReplyDelete
  2. comel la kitten tu.. kembang je ekor dia. dia jantan ke betina? kalo betina bagi la nama Fluffy Nora. kucing saya ade sekor kembang mcm ni name tu tapi dah lame kene curi..

    ReplyDelete
  3. wah kembang nyer ekor fluffy ;D

    ReplyDelete
  4. tomeynye fluffy..mmg fluffy sngt..abg iyo xase fluffy mggugat takhta dia,tu bolayan..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular