Selamat Datang Shelter Pekan Nenas dan Syabas Wira Fans Club ( Bahagian Dua )


Lebih kurang pada jam 10 pagi, kami pun selamat tiba ke Shelter yang dimaksudkan...Keadaannya tersangatlah bersih dan tiada langsung bau-bau yang kurang menyenangkan...Wajah para peserta aktiviti ini jelas memancarkan cahaya kegembiraan...Masing-masing telah pun sedia maklum akan peranan yang harus dilaksanakan mengikut apa yang telah disampaikan oleh urusetia-urusetia aktiviti...Cuaca ketika ini tersangatlah baik, seakan-akan merestui aktiviti yang julung kali diadakan oleh Wira Fans Club...Sebagai peserta, PH pun turut bersama-sama rakan-rakan yang lain untuk mengikut apa yang telah ditetapkan oleh para urusetia di dalam tentatif aktiviti ini...



Kelihatan para peserta sedang mengeluarkan peralatan dari but kereta masing-masing dan melakukan persiapan untuk melengkapkan aktiviti...Ada yang mengeluarkan berus, penyapu, sarung tangan getah dan sebagainya dan peralatan tersebut diletakkan di ruang legar lobi utama shelter ini...



Ada seekor anjing 'supervisor' turut menyambut kehadiran kami....Anjing ini sangat peramah...Si kembar memang begitu, dididik untuk tidak takut dengan anjing...PH memberitahu mereka bahawa anjing yang sebenarnya takut dengan kita...



Lihatlah wajah kegembiraan keluarga ini...PH terlupa pula namanya...Nanti add PH kat FB yer... ( ke PH yang belum approved lagi ni..?? )...hehehehe



Para peserta semua diarahkan untuk berkumpul di perkarangan lobi 'shelter' ini...Semuanya kelihatan tersenyum gembira kecuali lelaki yang kanan sekali ni...PH pun tak tahulah apa yang dicengangkannya tu...hehehehe



Doktor Marlia yang berkerjaya sebagai seorang doktor haiwan telah memecah tradisi pada pagi itu sebagai pembuka acara....Beliau telah menyampaikan taklimat ringkas dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta di dalam 'shelter' ini...Isu mengenai cara mengendalikan anjing dan cara-cara bersertu juga turut disentuh oleh Doktor Marlia dan Kak Jsue Hikmah kerana ada di antara aktiviti yang bakal dilaksanakan pada hari itu ialah membersihkan kandang anjing, namun ianya akan dilakukan oleh peserta program yang betul-betul ingin mempelajari sifat-sifat anjing di samping mempraktikkan semula apa yang telah dipelajari semasa di bangku sekolah dulu, iaitu bab Feqah yakni mendalami serta mempraktikkan semula cara penyucian sertu dan samak mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak...Selain dari itu di antara matlamat dan objektifnya adalah untuk sama-sama memartabatkan pencinta haiwan melalui program aktiviti bersama... 



Taklimat oleh Doktor Marlia dan Kak Jsue Hikmah berlangsung lebih kurang sepuluh minit...Kemudian para peserta berkumpul semula mengikut kumpulan masing-masing...Setiap kumpulan mempunyai zon kawasan yang telah ditetapkan untuk memulakan aktiviti agar perjalanan program menjadi lancar...



Kelihatan Uncle Angah dan isterinya telah bersiap sedia untuk memulakan acara...



Saudara Azman Ahmad adalah di antara pengendali laman Facebook Wira Fans Club dan beliau juga merangkap urusetia penting program ini...Beliau jugalah yang bertanggungjawab di dalam pembikinan proses fotografi di sepanjang aktiviti ini selain dari PH sendiri...



Kelihatan saudara Hafizan ( FB Dik Cerdas ) kelihatan sangat ceria seperti kanak-kanak Ribena....hehehehe



PH sangat teruja apabila dapat bertemu dengan adik Siti Najihah...Untuk makluman, walaupun beliau baru berusia 16 tahun tetapi dia adalah di antara pengikut blog Kakimotong yang paling lama, iaitu sejak blog ini diwujudkan pada tahun 2009...Terima kasih Dik Siti...



Saudara Azrul Aminur barangkali sedih kerana guru kung funya, Master Kung Fu Panda tidak dapat hadir kerana sibuk dengan penggambaran filem....Saudara Azrul ni selalu buat lawak di sepanjang program ini...Banyak betul kucing yang beliau tangkap untuk dimandikan...Kebanyakannya adalah kucing betina...PH pun tak tahulah kenapa kucing-kucing betina ni suka sangat kat saudara Azrul ni....Mungkin sebab muka dia hensem agaknya....



Sebelum acara memandikan dan membersihkan kandang kucing dimulakan, kami semua sekali lagi telah diberi taklimat oleh urusetia serikandi agung program ini iaitu Dr Maria dan Kak Jsue Hikmah....



Kemudian, acara memakai apron pun bermula...Entah apa yang digosipkan tu agaknya sampai Dr Marlia menari poco-poco di depan MH...hehehehe 
( jangan mara yer Dr Mar )...Barangkali ada ujibakat Akademi Kucing Jalanan agaknya...



Inilah kucing pertama yang PH lihat ketika masuk di pintu kandang kucing-kucing gendut ni....Mama Cat ini seolah-olah menyambut kedatangan kami semua sambil mengiau....Comel sangattttt....




Sementelah itu, aktiviti pun bermula seperti yang dirancang dengan sesi menggomol-gomol kucing dulu sebelum memandikan mereka...Aduhai gemuk-gemuk kucing yang ada di sana...





Mereka semua sangat teruja di sepanjang program yang sangat bermakna ini....Ini juga adalah merupakan program sulung bagi PH...Bahagia rasanya hati apabila melihat rakan-rakan pencinta haiwan  masing-masing bergelak ketawa melihat keletah kucing-kucing gendut di sana....PH yakin, sekiranya program-program sebegini kerap dilakukan, ianya bakal memberikan impak yang besar di dalam arena pencinta haiwan...Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktviti-aktiviti sebegini demi melahirkan generasi modal insan yang teguh di dalam membasmi kekejaman yang seringkali dilakukan ke atas haiwan-haiwan jalanan...PH pernah menulis di dalam entri yang lepas di mana PH telah menyampaikan hasrat hati agar pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan dapat bekerjasama dengan beberapa NGO aktivis haiwan untuk melaksanakan program-program sebegini....Dengan cara inilah kita dapat membentuk satu permuafakatan yang bersepadu di antara rakyat dengan pihak berkuasa...

Rakyat sangat mendambakan program-program sebegini dilaksanakan..

Okaylah, kita berbalik kepada cerita pokok..Semasa sebahagian dari peserta sedang leka bergomol dengan kucing-kucing gendut di 'shelter' ini, peserta wanita kelihatan sedang sibuk melakukan persiapan seperti memenuhkan air di dalam besen dan baldi, menyediakan sabun dan membentangkan tuala untuk mengelap kucing...


Saudara Razeef ni 
( kiri ) memang 'gila' kucing...Pantang melihat kucing jalanan, pasti akan beliau santuni dengan sebaik-baiknya....Sangatlah elok dibuat calon suami kerana beliau adalah seorang yang sangat tegas di dalam perihal agama dan sangat penyayang....Begitu juga dengan saudara Sayuti ( kanan ) yang tidak pernah lokek dengan senyuman...Ramai orang kata dia adik PH sebab muka kami lebih kurang sama....hehehehehe...

Inilah di antara kucing yang paling gendut di dalam shelter ini....kak Jsue Hikmah mendukungnya dengan penuh susah payah....hehehehe...
Steady la kak...!!!



Maka, acara memandikan kucing pun bermula...Bermacam-macam bunyi yang keluar...Bunyi orang dengan bunyi kucing sama jer nadanya...Di sinilah PH telah melihat wujudnya satu ikatan ukhwah yang sangat berharga...Walaupun ada yang pertama kali bertemu, mereka seolah-olah telah lama mengenal di antara satu sama lain...
PH pula..??? Akhirnya dapat juga bertemu dengan mereka-mereka yang selalu mengikuti perkembangan blog dan laman Facebook Kakimotong Fan Club secara 'in person'....


Mama Cat ni tersangatlah berat...Apa tidaknya, tengoklah perut dia tu...Gendut betullah...Sihat-sihat kucing-kucing di sini...


Ini adalah di antara kucing-kucing yang telah berjaya dimandikan...Pemilik 'shelter' ini sangat kreatif..Ada jala direntangkan untuk dijadikan sebagai tempat riadah untuk kucing-kucing di dalam kandang...Tujuannya adalah supaya kucing-kucing boleh memanjat seperti 'Spiderman Gendut'....


Ini adalah di antara mereka yang tertewas...Takut nak mandi....Kucing yang tengah tu jelas menampakkan kegendutannya...



Mereka semua ini adalah kucing dikutip di tepi-tepi jalan oleh pemilik 'shelter' ini sendiri...From Zero to Hero...Itulah yang dapat PH katakan setelah melihat keadaan fizikal mereka yang sangat sihat...Dari berkurap kini dah jadi cantik...Dari yang sakit kini dah jadi sihat...Dari kurus kerempeng kini dah jadi gendut...


Sungguhpun mereka ini sihat-sihat belaka, mereka masih mempunyai kekurangan hak yang hakiki iaitu untuk memiliki kasih sayang yang mencukupi dari makhluk yang bernama KITA...


Nota PH :

Bersambung lagi di Bahagian Tiga yerr....Entri bahagian yang ni adalah yang terakhir dan PANASSS sket....
Stay Tune..!!!!


Comments

Post a Comment

Entri Popular