Salam Terakhir Dari Si Cheeko Buat Semua
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan...
Kisah sedih ini baru berlaku beberapa hari yang lepas....Buat mereka yang selalu mengikuti kisah-kisah kucing yang PH selalu upload di Facebook Kakimotong Fan Club, pastinya akan teringat akan seekor kucing milik ibu mertua PH iaitu Si Cheeko...Gambarnya yang kelihatan seperti menyamar balang kuih raya dan botol minuman sangat mencuit hati para pembaca...Masih teringat dulu masa mula-mula Si Cheeko dikutip oleh ibu mertua PH di bawah flat Desa Mentari Bandar Sunway...Dia adalah seekor kucing yang sangat bijak dan manja....Dia jugalah penghibur hati kami sekeluarga dengan keletah-keletah lucunya...
Inilah gambar yang mencuit hati semua orang yang melihatnya di Facebook Kakimotong Fan Club...
Namun pada 24 Oktober 2012 adalah hari yang malang buat Si Cheeko...Mungkin ajalnya sudah hampir, Si Cheeko telah keluar dari rumah tanpa disedari...Selama setahun lebih Si Cheeko di rumah, dia tidak pernah keluar...Si Cheeko telah diserang oleh anjing-anjing liar yang berkelana di bawah flat tersebut...Kejadian berlaku lebih kurang jam 3.45 pagi dan ia disedari oleh ibu mertua PH setelah terdengar bunyi bising dan salakan beberapa ekor anjing di bawah flat...Namun demikian, Si Cheeko berjaya melepaskan diri dan sempat naik semula ke rumah dalam keadaan yang cedera parah....Ibu mertua PH sangat terkejut apabila melihat keadaan Si Cheeko yang sedang luka parah...Sama sekali dia tidak menyangka bahawa Si Cheeko boleh keluar dari rumah...
Pada keesokan harinya, tepat jam 9 pagi Si Cheeko telah dibawa ke klinik haiwan...Doktor mengesahkan bahawa Si Cheeko mengalami beberapa kesan luka yang terbuka dan ianya sangat serius terutamanya di bawah perut...Setelah luka-lukanya dijahit, Si Cheeko dibawa pulang ke rumah...Doktor memberitahu bahawa peluangnya untuk hidup adalah 50-50...Mengenai kos rawatan, itu usah dicerita...Mungkin di sinilah Allah ingin menguji sejauh mana kita sanggup berkorban untuk seekor makhluk yang bernama kucing...
Apabila PH tiba di rumah ibu mertua PH, Si Cheeko telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit sebelum PH sampai...Sedih dan sebak sungguh rasanya hati...Ibu mertua PH mengikat mulut arwah Si Cheeko kerana ia ternganga...PH kebumikan Si Cheeko di Semenyih memandangkan di flat Desa Mentari ini tidak terdapat tanah yang sesuai untuk mengebumikannya...
Nota PH :
Kadangkala, sukar untuk kita menduga perkara ini akan berlaku...Bak kata orang, malang tidak berbau...Kalau ada bau, semua makhluk tidak akan mati kerana boleh menghidu maut yang mendatang...Sekiranya perkara ini berlaku kepada diri kita, terimalah dengan seadanya akan ujian yang Allah beri...Perancangan kita kadangkala tidak sama dengan perancangan Allah SWT...
Bayangkanlah, selama setahun lebih Si Cheeko dibesarkan sehingga gemuk tanpa keluar dari rumah, tetapi akhirnya dia tewas juga....Perkara ini sama sekali tidak dijangka...
Barangkali ada yang marah bagaimana Si Cheeko boleh terlepas, tetapi ingatlah bahawa perkara ini sama sekali tidak mustahil berlaku kepada kita juga...PH yakin ada di kalangan pembaca juga pernah mengalami situasi sebegini...Kucing yang tidak pernah keluar dari rumah tiba-tiba keluar juga tanpa kita sedari....Inilah namanya Qada dan Qadar...Kalau ajal dan maut dah ditetapkan, di mana-mana pun makhluk yang bernyawa itu boleh mati juga...
Justeru itu, PH ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan juga kepada kalian bahawa berilah kasih sayang yang sepenuhnya kepada kucing peliharaan sementara kita dan mereka masih lagi ada hayat...Segala-gala yang kita miliki pada hari ini hanyalah pinjaman dari Allah semata-mata sekadar untuk menguji dan dijadikan bekalan untuk mereka yang beriman di hari akhirat kelak...
Kini yang tinggal hanya Si Boy seekor...Si Boy dipelihara dari kecil sehinggalah gendut....PH juga ingin mengajak kalian semua agar bertawakal kepada Allah SWT akan ketentuan hidup dan mati...Haiwan peliharaan adalah di antara guru di dalam kehidupan seharian kita...Mudah-mudahan, kita semua adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang sabar dan beriman apabila menempuh kematian orang yang terdekat, dan juga kematian kucing peliharaan kita sendiri...Percayalah, semuanya akan mematangkan diri kita juga...
Entri ini dikarang pada 27 Oktober 2012 @10am tetapi PH setkan kepada Auto Published pada 29 Oktober 2012 @3.45am
sedihnya...biarlah Allah mengambil nyawa cheeko dpd kita terseksa melihat dia menanggung kesakitan..mmg perit bila tgk kucing yg sakit..
ReplyDeletesbb tu aku benci anjing liar..
ReplyDeletesama la kat sini..banyak kucing mati psl anjing.
ReplyDeleteKucing sy pun selalu mnjadi kekejaman anjing2 liar..T__T
ReplyDeleteSedihnya.. sejak tau cheeko cedera saya sering teringat kucing kakak saya yg mengalami nasib yg sama.. semiga Cheeko bahagia di sana..
ReplyDeletetp shouldn't blame the dogs la kan..diorg attack based on natural instinct..my cat pn pnah mati sbb anjing liar..sob sob..btl la..dh ajal kn.
ReplyDelete