Kisah Si Cici, Seekor Anak Kucing Yang Menjadi Mangsa Penderaan Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Di kala PH tengah laju menaip entri ini, tapak tangan sebelah kanan ni asyik gatal-gatal ajer...Kata orang tua-tua dahulu, itu maknanya ada rezeki nak masuk...Sama ada benar atau tidak, segala-galanya adalah tertakluk di bawah kekuasaan kerajaanNya....Kita ni sebagai hamba hanya meneruskan hidup dan selagi ada hayat, kita diwajibkan berusaha untuk mencari rezeki yang halal...Usah kita dok sibuk mencari kesalahan orang lain kerana itu adalah di antara jalan yang singkat untuk ke neraka...Apa yang penting ialah kita semua bersama-sama tetapkan matlamat dan sama-sama berusaha agar dapat memastikan destinasi yang dituju berjaya ditempuh...
Kes-kes haiwan jalanan yang teraniaya ini sekan-akan tiada kesudahannya...Baru-baru ini, PH telah menerima mesej dari Puan Zaleeda...Beliau telah menyelamatkan seekor anak kucing yang disyaki menjadi mangsa penderaan manusia....Sama ada benar atau tidak, kita semua tidak mengetahuinya melainkan Dia sahaja...

Nota : Derma Kilat ini telah ditutup
Sementara kutipan derma kilat sedang berjalan, Dr Zul, Dr Hezri dan Misi Rizal telah menjalankan kewajipan mereka sebaiknya...Mereka telah melakukan surgeri terhadap Si Cici...


Beberapa hari di wad, luka Si Cici kian sembuh...Menurut Dr Zul, kemungkinan besar lukanya adalah disebabkan oleh penderaan manusia...Mungkin disiram air panas, dicucuh dengan benda panas seperti puntung rokok atau sebagainya...


Kesian betul PH melihatkan nasib anak kucing yang lemah ni...Entah apalah dosanya sehingga ada orang yang dengki...Kalian semua lihatlah, sedangkan anak kucing yang tak berdosa ni pun ada orang yang dengki, inikan pulak kita ni haa...Adehhh


Nasib baik dia gendut...Bermacam jep semua dah diberi oleh doktor-doktor ni...


Nah amekaw...!!! Tengoklah mata dia tu...Dah nama pun budak, kan...??? Maka asyik ingat nak main ajerlah...Bukannya peduli dia sakit ke tak....Kita ni pulak yang risau...


Si Cici ni mempunyai mata yang sangat mempesona bagi sesiapa sahaja yang melihatnya....Tapi bahagian belakangnya nampak macam 'kureeengg' sikit...'Lowered' ajer memanjang...Mungkin dia trauma agaknya...


Manjanya usah dicakaplah....Pantang kita hulur tangan, pasti dia akan melese pastu pejam-pejamkan mata dia...Aduhai syahdu betul...Orang yang buat tak elok kat Si Cici ni mesti buruk rupanya dari Cici, sebab tu la dia dengki agaknya...


Sehingga entri ini ditaip, Si Cici sedang bersenang lenang di rumah PH...Alhamdulillah segala-galanya telah selesai buat masa ni....Apa yang PH ada, PH bagi ajer...


Kadang-kadang PH terfikir juga apalah nasib kucing-kucing yang berada di rumah PH kalau mereka masih berada di jalanan...???


Prinsip mereka ialah makan untuk hidup dan tidur selepas makan...Kalau nak dilihat secara halus, mereka pun sebenarnya tidak terlepas dari tanggungjawab...PH rasa, para pembaca yang budiman sudah cukup matang untuk mengetahui apa tanggungjawab mereka...Yang hairannya, mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut tanpa ada sesiapa yang menyuruhnya...Itulah hukum alam yang telah diaturkanNya...


Nota PH :

Dan kita sebagai manusia ni masing-masing mempunyai peranan....Apabila masing-masing memainkan peranan, ianya bakal mewujudkan satu masyarakat majmuk yang sangat kuat dan bersepadu di dalam apa jua jenis gerak kerja....Inilah yang Allah perintahkan kepada kita...Ibarat sebatang lidi yang rapuh, ianya sukar dipatahkan apabila menjadi penyapu...
Apabila kita sama-sama menjaga kebajikan mereka, PH yakin kita semua dapat mengeluarkan suara yang cukup besar untuk sama-sama memperbaiki ketirisan undang-undang haiwan yang telah sedia ada iaitu Akta Binatang 1953 ( Pindaan 2006 )....


Akan tetapi, segalanya perlu dilakukan secara sederhana...Maksudnya, untuk membela nasib haiwan kita terlebih dahulu diwajibkan untuk membela nasib hidup kita dan keluarga...Ibarat sedang kelemasan di lautan, tak mungkin kita dapat menyelamatkan orang lain yang turut lemas....Biarpun sedikit pertolongan yang kita curahkan kepada haiwan, tak salah kalau kita sama-sama bercerita atau siarkannya di dalam internet...Tetapi, lakukanlah penceritaan tersebut kerana Allah SWT, bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kerana dikhuatiri ia bakal menjurus ke arah riak dan takbur...Kalau kita ada 'skill' atau ilmu di dalam perubatan atau petua untuk kucing sakit, PH amat alu-alukan ianya disebarkan demi kebaikan masyarakat...
Dengan bercerita akan kebaikan kita ke atas haiwan kepada orang lain, berniatlah agar penceritaan kita dapat dicontohi oleh orang lain yakni sebagai testimoni...haiwan ini tidak boleh bercakap seperti kita, maka kitalah yang patut menjadi jurucakap mereka...Ini adalah kerana tak ramai manusia yang sedar bahawa haiwan jalanan juga perlu dibantu, selain dari manusia itu sendiri...
Ada faham kaa adik manisss...???

Comments

  1. Amanah seorang manusia yang berkemampuan membela nasib mereka.. Bagi yang tak mampu memandang dgn kasih sayang.. cukuplah melihat dengan simpati & perikemanusiaan.. kalau itu pun tak mampu, cukup la kamu jgn memandang dgn kekejaman..

    ReplyDelete
  2. Sy mmg suka dan follow blog dan page Ph di fb dan semua blog brkaitan kucing n anjing jlnan. Di kedai sy pun byk kucing jlanan singgah utk tido dan mkn. Sy x prnah berkira utk berkongsi rezeki dgn mereka. Sb sy yakin rezki yg tuhan bg adlh utk.dikongsi bsama. Wlaupun bru mula prniagaan sy ni..rezki sy murah dan hati lapang je..bila fikir2 blik..sy yakin inilah berkat rezki yg sy kongsi bersama kucing2 jlnan di sini.. Betul kata ustaz azhar idrus..Allah hntar kucing2 ni utk mnguji kita sma ada kita ni bersyukur dgn nikmatnya atau sbaliknya.. Sy jg menyokong perjuangan PH dan rakan2 seperjuangan dlm mmbela nasib kucing dan anjing2 jlnan. TAHNIAH PH. .

    ReplyDelete
  3. Semoga Cici akan cepat sembuh...nnt leh main² ngan aktif lagi =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular