'Cat Awareness Day' Di UKM Bangi - Jutaan Terima Kasih
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Kalian Yang Budiman...
Rasanya belum terlambat lagi untuk PH menulis tentang apa yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ( UKM Bangi ) baru-baru ini. Pada satu tarikh di bulan September, PH telah menerima jemputan rasmi dari urusetia acara konvokesyen ke-40 UKM Bangi untuk menghadiri Hari Kesedaran Kucing ( Cat Awareness Day ). PH juga telah diminta untuk memberikan ceramah terbuka dan menjadi juri di dalam pertandingan pakaian kucing beragam anjuran mereka.
Alhamdulillah dan syabas PH ucapkan kepada Saudari Siti Fatimah dan beberapa orang rakannya selaku urusetia majlis kerana telah bertungkus lumus mengaturkan program ini dengan jayanya. Pada tanggal 20 Oktober 2012, PH telah tiba di lokasi yang telah dijanjikan iaitu di Dewan Gemilang UKM Bangi pada jam 1 tengahari...Individu yang turut serta bersama-sama dengan PH ialah Saudara Amirul Hafiz, Saudara Sayuti, MH serta si kembar.
Di perkarangan Dewan Gemilang ini ada terdapat pameran permainan rakyat dan alat muzik tradisional Melayu.
Sementara menunggu waktu ceramah, PH sempat bermain-main dengan kucing-kucing yang bakal dipertandingkan di belakang pentas.
Ini adalah salah seekor kucing yang dipertandingkan..Alahai PH terlupa pula namanya siapa...Tapi memang cantik kucing ni...Untuk makluman, kalau tak silap kucing ini telah dijumpai oleh pemiliknya di Warta Bangi..Ketika itu, rupanya sangat buruk kerana terdapat kurap pada hampir keseluruhan badannya...Tetapi kini kucing comel ini sudah bersedia untuk dipertandingkan...Syabas buat pemilik kucing ini kerana sangat priihatin...Inilah hasilnya kalau kita berani mengambil tanggungjawab walaupun terhadap seekor haiwan jalanan...Tak kiralah sama ada kucing jalanan itu cantik atau tidak, yang penting nasib mereka terbela...
Sementara menunggu waktu untuk acara PH bermula, terlebih dahulu PH melakukan persiapan untuk penyediaan 'slideshow'....Ini bertujuan untuk memastikan agar tiada kesilapan teknikal berlaku...
Pada hari itu, acara sepatutnya dimulakan dengan pertandingan pakaian kucing beragam, tetapi oleh kerana ada kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan, acara PH terpaksa dimulakan dulu sebagai pemecah tradisi majlis...Kelihatan Tuan Pengerusi sudah mula bersedia untuk mengendalikan majlis...Para hadirin juga telah ramai berkumpul di dalam Dewan Gemilang...
Sebaik sahaja Tuan Pengerusi Majlis mengumumkan nama PH, maka bermulalah sesi ceramah terbuka pada hari itu...Alhamdulillah, rasa gementar tidak wujud pada hari itu kerana PH sudah bersiap sedia dengan lebih awal dan tahap pemfokusan juga telah berada pada paras yang optimum...
Tanpa nada yang tersekat-sekat, PH berjaya melontarkan suara dengan sedikit ilmu untuk perkongsian dengan para hadirin yang datang...Anggaran jumlah angka para hadirin yang ada di dalam dewan itu adalah 200 orang...
Apa yang PH kongsikan adalah pengalaman dan sedikit ilmu kesedaran kepada para hadirin yang mendengar...Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, tiada niat untuk riak...PH hanya berkongsi dengan para hadirin tentang apa yang PH buat terhadap haiwan jalanan dan apa yang PH telah perolehi untuk dijadikan testimoni untuk dicontohi...Tak mampu rasanya PH nak muatkan isi-isi ceramah di dalam entri ini...
PH banyak menekankan kepada hadirin agar sama-sama memikul tanggungjawab terhadap haiwan-haiwan yang terbiar...Kita juga perlu berani untuk sama-sama tampil ke hadapan bagi melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan...PH juga menekankan kepada hadirin agar jaga hubungan sesama manusia terlebih dahulu sebelum kita menjaga hubungan kita dengan makhluk lain...Ianya secara tidak langsung akan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT...
PH juga menyentuh mengenai didikan ibubapa terhadap si anak kecil agar bercerita tentang perkara yang baik-baik tentang haiwan, bukannya memomokkan mereka dengan cerita-cerita yang menakutkan mereka...
Kisah malang Si Jamek yang telah dihalau dari sebuah restoran juga turut PH kongsikan bersama ketika memberikan ceramah hari itu....Ianya adalah sebagai iktibar supaya mendidik anak-anak kita semua agar menyantuni kucing jalanan yang datang kepada kita, bukan dengan menendang mereka...
Ceramah PH berlangsung selama 45 minit...Tepat jam 3 petang, pertandingan pakaian beragam kucing pun bermula....Inilah wajah gadis yang menjumpai kucing ini di Warta Bangi....
Selain dari PH selaku juri, turut dijemput untuk menjadi juri pertandingan ialah Kak Adia Umi E dan seorang lagi rakannya ( maaflah kak, PH terlupa pula akak yang seorang ni )
Ini adalah di antara 'camera shot' yang terbaik yang dirakam oleh Saudara Amirul Hafiz....
Inilah kucing yang telah menjadi juara di dalam pertandingan pakaian kucing beragam ini...
Sesungguhnya, aktiviti sebegini perlu diperbanyakkan lagi di negara yang tercinta ini...Mungkin ada yang menganggap aktiviti sebegini hanya membuang masa dan wang, tetapi sebenarnya untuk jangka masa yang panjang ianya mampu menghasilkan modal insan yang penyayang selain dari memenuhi tuntutan agama agar sama-sama menyayangi haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini...Menyayangi mereka juga adalah dikira sebagai sunnah Baginda...
Pihak kerajaan pasti akan dinilai dengan lebih baik sekiranya mereka berjaya membantu di dalam menyuarakan suara-suara pencinta haiwan di Malaysia...Laksanakanlah sistem dan akta yang teratur bagi menangani salah laku terhadap haiwan oleh manusia durjana...Si pelaku kekejaman juga adalah dikira penjenayah haiwan...Hukuman yang setimpal sepatutnya dikenakan ke atas mereka...
PH dan Kak Umi E serta akak yang di sebelah Kak Umi E tu pening kepala juga untuk memberikan markah memandangkan kesemua kucing yang dipertandingkan adalah comel-comel belaka...Saingannya sangat sengit...
Tak percaya...??? Tengoklah muka suci meow ni...Terbelalak bijik mata dia....hehehehe
Si kembar pula sibuk dengan kakak-kakak angkatnya di suatu sudut riadah....Ceria nampak mereka semua ni...Inilah kemanisan hidup yang perlu dinikmati oleh setiap insan...Kita sepatutnya mengeratkan ukhwah, bukannya dengan mengadu domba dan menyelidik kesalahan orang lain yang belum dipastikan lagi akan kebenarannya...
Di dalam sudut yang lain, zaman sekarang ni manusia menjadi sangat bangga apabila berjaya menyingkap kain orang lain..Mereka juga sangat bangga apabila mempercayai sesuatu fitnah...Perkara sebegini seharusnya perlu dielakkan...Bagi PH, mereka yang suka mempercayai khabar buruk yang berunsur fitnah adalah manusia yang tiada maruah diri...Maruahnya senang melayang apabila dipetik dengan jari sahaja...PH sangat kasihan pada ibu yang melahirkan orang-orang yang sebegini dengan darah dan air mata...Ada juga di kalangan kawan-kawan PH di Facebook lebih gemar menjadi lalang daripada mempercayai diri sendiri...Tapi tak mengapalah, PH biarkan sahaja mereka semua sebab masing-masing dah besar...
Akhirnya, 'Cat Awareness Day' yang berlangsung di UKM Bangi telah dilaksanakan dengan jayanya...
Dengan terlaksananya aktiviti sebegini, rakyat akan berasa diri dan maruah mereka sebagai pencinta haiwan lebih dihargai...Anak-anak muda harus bangkit bersama-sama membawa panji pencinta haiwan bagi memperbetulkan akta dan undang-undang haiwan yang sedia ada kini...
Apa yang PH cari bukanlah nama, tetapi adalah kejayaan bersama bagi memartabatkan pencinta haiwan...Buat mereka yang tidak menyukai perjuangan PH ini, itu adalah hak masing-masing...Makin PH ditekan, makin tinggi PH naik tanpa disedari...Benarlah kata Allah yang PH pernah ingat, Dia tidak akan sekali-kali menganiaya hamba-hambaNya yang keseorangan, bahkan Dia akan menghantar 'bala tenteraNya' untuk bersama-sama mereka yang dilanda musibah dan ujian...
Kepada sahabat PH iaitu Saudara Amirul Hafiz ( bercermin mata gelap ) dan Saudara Sayuti, PH ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga...Kalian berdua juga adalah inspirasi bagi PH tanpa kalian sedari...Dua lagi sahabat PH iaitu Saudara Razeef dan Saudara Abdaladheem tidak dapat turut serta menghadiri program ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...Its OK bro...Terima kasih di atas sokongan moral yang telah diberikan...Kalian juga adalah inspirasi PH...
Nota PH :
Saat gemilang di Dewan Gemilang kini sudah di selesai...PH juga sangat berharap agar pihak-pihak institusi pengajian tinggi yang lain dapat mencontohi langkah yang diambil oleh Saudari Siti Fatimah dan rakan-rakan urusetianya...Institusi pengajian tinggi adalah di antara platform yang paing baik untuk menerapkan nilai-nilai sikap positif terhadap anak-anak muda...
Dalam ertikata lain, selama ini PH hanya mendengar sahaja orang-orang yang berjaya selalu dilanda ujian yang getir tanpa mengalaminya sendiri...Tetapi pada umur di kali ini PH sendiri telah mengalaminya tanpa PH sedari...Apa yang PH pelajari dari segala ujian ini adalah setiap dugaan yang datang pasti akan terselit rezeki di celahannya...Ia hanya akan dapat dilihat oleh orang-orang yang khusyuk, bukan dari orang-orang yang munafik...
Comments
Post a Comment