Sketsa Sebuah Kehidupan Kucing Tidak Bertuan Di Pasar Basah Semenyih

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman

PH berasa sangat sedih apabila melihat suasana di Pasar Basar Semenyih pagi tadi...Lepas pulang dari klinik kerana gastrik, PH singgah di sebuah medan selera di hadapan pasar tersebut...Memang PH dah sedia maklum bahawa di sana sememangnya banyak kucing jalanan yang berkelana...Apa yang membuatkan PH sedih ialah kewujudan mereka dianggap sebagai makhluk perosak oleh sebilangan pelanggan di medan selera ini...Nak dimarah pun, masing-masing dah tua....Kalau seorang takper lagi, tapi kalau dah lima keluarga yang mengacah-acah kaki ke arah kucing-kucing jalanan yang meminta secebis makanan macamana PH nak tegur tu...??? Kalau dah tak suka kucing sangat, usahlah makan di kedai depan pasar...banyak lagi tempat lain yang tidak banyak kucing...Kalau takut dilanda ombak janganlah berumah di tepi pantai yer pakcik-pakcik dan cik abang sayang....Kalau nak syuhh tu takper lagi, tapi ni sampai nak bangkit dari kerusi sambil bergaya macam Ronaldo nak rembat bola apa ke hal ni Pakcik...??? Bila dah kena perli barulah nak berkerut dahi pulak yer...???

Jauh di sudut gerai, PH ternampak seekor anak kucing yang sugul...Lantas timbul pula rasa kasihan yang teramat sangat..Di mana ibunya...??? Di mana adik beradiknya...??? Anak kucing ini sedang keseorangan...Lapar dan dahaga barangkali...


Dia memandang PH dengan wajah yang mempunyai seribu harapan...PH perasan yang dia tidak mampu untuk bangun lalu PH pun memeriksa keadaannya...


Apabila PH mengangkat badannya, PH dapati ada bengkak yang besar pada pangkal peha kirinya sama seperti apa yang terjadi Si Jamek...PH takut si comel ni ada 'Traumatic Injury' iaitu kecederaan trauma yang disebabkan oleh kemalangan ataupun trauma akibat dipukul dengan objek tumpul...Pendek cerita, kemungkinan besar disepak...


Kemudian perlahan-lahan PH letakkan dia semula dan lurutkan tangan ke arah dadanya...Ada terasa kesan tulang rusuk yang tersembul dari tempat asal pada tepi dada sebelah kiri..Yang dalam gambar ni PH tersalah pulak...Kemudian, ekornya tidak boleh ditegakkan...Menyeret ajer ke bawah apabila dia berjalan...PH takut tulang belakang dia ada masalah...Nanti PH akan bawa anak kucing malang ini berjumpa dengan Dr Zul untuk pemeriksaan lanjut...PH meletakkan kucing ini ke dalam kereta sementara PH sambung untuk makan...


Sebaik sahaja PH letak anak kucing itu tadi, datang pula seekor kucing bermata biru yang serak suaranya...Kucing ini nyahhidrat ( kurang air )...


Dari sinar mata dia, dia sangat berharap ada orang membawanya pulang ke rumah...


Kucing ini sememangnya sedang kelaparan...Hmm...Ke rumah jugalah jawabnya kucing ni....


Setelah keluar dari kereta selepas menghantar kucing yang bermata biru tadi, muncul seekor lagi anak kucing yang sangat manja tapi garang apabila disentuh...Dia ni agak agresif sedikit...


Nampak gayanya macam cukup makan, tapi perutnya agak kempis berkemungkinan besar kecacingan...


Akhirnya sumbat jugalah ke dalam kereta...


Di sepanjang pemanduan pulang, kucing yang sakit ini ( yang jumpa kali pertama tadi ) sedang berbaring di atas tripod kamera PH...Dia langsung tak boleh bangun, mungkin terkesan akibat tulang rusuknya yang telah tercedera...


Kucing yang bermata biru ini agak takut-takut dengan manusia...Dia menyorok di bawah kerusi...


Untuk kucing yang sakit ni, PH dah alihkan sedikit tripod tu bagi dia selesa sedikit...Along dan Angah jaga dia kat belakang...


Kemudian PH tempatkan mereka semua ke dalam sangkar besar 3 tingkat....


Ini bermakna Jamek Otai dah naik pangkat...Dia bakal menjadi abang kawasan yang menjaga adik-adik barunya di dalam sangkar...


Yang kelakarnya, masa PH nak bagi 'budak-budak' ni makan Si Jamek ni sibuk pulak nak masuk ke dalam tong makanan kucing...Aduhaii tergelak PH dibuatnya...Sayang kat Jamek Otai ni....Walaupun air liur dia asyik 'menjejeh jejeh' ( meleleh ), PH tetap sayangkan dia...


Sejam selepas PH bereskan 'budak-budak' ni, Jamek Otai telah menjalankan kewajipannya dengan amanah sekali...Dia jaga adik-adik barunya dengan berkawal di atas sangkar...."Heepp..!!! Jangan bising-bising tau" kata Jamek Otai kepada adik-adiknya....Masa ni, budak-budak ni semua dah makan dan diberi ubat nyahcacing...Memang PH ada simpan stok ubat cacing untuk kucing-kucing yang PH kutip...Jangan terkejut, kecacingan boleh membawa maut...


Lagi banyak gambar boleh dilihat di sini ( KLIK SINI )

Nota PH :
Itulah sketsa kucing jalanan...Kalau nak diikutkan, rasanya macam nak angkut kesemua kucing yang ada di Pasar Semenyih tu...Tapi apakan daya, cita-cita PH belum tercapai lagi...Kalau ada sesiapa yang berniat nak bantu PH untuk 'adopt' mereka ni, sila maklumkan kepada PH yer... 

Buat kalian yang tak sukakan kucing, kalau nak makan tu janganlah makan di gerai-gerai pasar yer....Tidakkah kita berasa malu apabila menyepak ( walaupun mengacahnya dengan kaki ) terhadap makhluk yang Allah SWT hantar untuk memberikan pahala untuk kita...???

Cuba kalian lihat video yang 'seksi' ni....Insyaallah ada ganjaran besar yang Allah berikan kepada Pakcik ni...Kejadian ini berlaku tatkala lima keluarga tadi dok asyik 'syuhh syuhh'kan dengan kaki kucing yang datang kepada mereka...Alhamdulillah, dalam banyak-banyak orang yang buta hatinya, masih ada seorang yang begitu prihatin terhadap kucing-kucing yang tidak bertuan ini...Saksikan video ini...


Ingatlah, Bumi ni bukan untuk kita seorang jer yang punya....Facebook pun bukan kita seorang jer yang punya...Kalau kita tak mahu dihina, kita jangan sibuk nak menghina makhluk lain yang tiada kena mengena dengan kita...Belajarlah hidup berdikari, bukannya lempar batu sembunyi jari...Bila dah kena kat batang hidung sendiri, tahu pulak nak sentap di hati..Hehehehe...Padanlah muka kau Labiiii...

Comments

  1. Terima kasih PH kerana menyelamatkan kucing2 itu..

    ReplyDelete
  2. Salam, PH.. selalu tengok PH update PH kutip kucing2 jalanan...ada je kucing baru yang PH bawa pulang :)

    Sy belajar di Mesir, kat sini memang banyaaaaaaaaaaaaaaak kucing jalanan & kebanyakannye comel2.. mesti teringat PH kalau nampak kucing2 jalanan ni.. "Kalau PH ada kat sini mesti die kutip" hehee.. Cuma sy tak mampu la nak kutip kucing2 jalanan..huhuu!

    Moga Allah limpahkan rezeki buat PH & si comel semua :)

    ReplyDelete
  3. Smoga ph dimurahkn rezeki utk meneruskn kebaikan ni..

    ReplyDelete
  4. B'syukur kerana adanya PH di muka bumi ini untuk m'yelamatkan haiwan-haiwan yang t'anaiya t'utama kucing.Saya adalah salah s'orang p'cinta kucing.Insyallah,saya akan cuba m'yelamatkan kucing-kucing yang t'biar @ t'anaiya..suatu hari nanti bila keadaan m'izinkan.Aminnn...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. .trima ksh selamat kn kucing2 tu. .kalau bkn kita sbg manusia ,siapa lah lg yg nk menyelamatkn kucing2 ni. .

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular