Isu Hukum Anjing dan Sifat-Sifat Mulia Anjing Yang Patut Kita Contohi


Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Sekalian...

Anjing adalah seekor makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat istimewa...Walaupun di dalam mazhab Imam Syafie ia tergolong di dalam najis berat, namun ia tidak bermaksud kita perlu menafikan haknya untuk terus hidup di atas muka bumi ini....Ramai di kalangan bangsa Melayu beragama Islam mempunyai persepsi yang hampir sama terhadap anjing, iaitu oleh kerana anjing ini najis maka BERDOSA jika kita menyentuhnya..Hmmm...PH sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan syarak ni, tetapi PH juga telah mengkaji dengan sedalam-dalamnya mengenai apa fungsi cara-cara penyucian yang telah digariskan di dalam Islam seperti Istinjak, Sertu, Samak, Tayyamum dan sebagainya serta mengapa kaedah penyucian ini diajar oleh Islam...Tak dapatlah PH nak muatkan kesemuanya di dalam entri ini...Maka, sebagai insan yang Siddiq kalian perlulah mencari sendiri ilmu-ilmu yang luas ini di samping mendapatkan seorang guru untuk rujukan...Jangan kita hanya semata-mata berguru dengan kitab-kitab dan video sahaja kerana dikhuatiri kita berguru dengan syaitan yang selalu mendatangkan rasa was-was di hati kita...Inilah di antara penyebab utama masyarakat Melayu beragama Islam jarang-jarang untuk mempraktikkan sertu, samak dan istinjak kerana mungkin bagi mereka ianya tidak perlu untuk diamalkan di samping selalu wujud rasa was-was...


Sebagai contoh, kerap PH terbaca di laman-laman web ustaz yang bertauliah akan pertanyaan dari mereka yang bertanya kenapa mereka selalu berasa was-was ketika mandi junub...Ini semua adalah angkara syaitan...Kalau ada tok guru yang selalu kita rujuk, sudah pasti ianya tiada masalah...Semuanya terletak di dalam genggaman tangan kita sendiri, bukannya orang lain...Sesungguhnya untuk melakukan perkara yang baik tetapi ada suara was-was di hati itu adalah datang dari Syaitan...Memang perasaan was-was itu ada eloknya, tetapi sekiranya berlebihan ianya sangatlah mendatangkan mudarat...Bagi PH, bab makan memang perlu was-was kerana apa yang kita makan bakal menjadi darah daging kita...Tidak salah untuk memilih tempat makan atau tempat membeli ayam bagi mengelakkan termakan 'haiwan sembelihan yang haram' yakni sembelihan yang tidak mengikut syarak...


Mengenai isu anjing dan sertu ini, ianya selalu menjadi perdebatan hangat di internet...Ketika inilah ramai ustaz-ustaz yang tidak bertauliah 'SHARE'kan video itu dan ini hanya semata-mata untuk meminta orang lain 'menelan' persepsi anjing yang dikatakan berdosa besar apabila kita menyentuhnya...Bukanlah PH nak memperlekehkan video-video tersebut, tetapi persoalan yang selalu timbul di benak PH ialah pernahkah si pengirim video itu tadi menyertu diri sendiri...?? Mereka juga selalu berkata sebagai pengikut mazhab Imam Syafie, kita perlu buat itu dan buat ini, tetapi pernahkah mereka mengambil tahu akan siapa itu Imam Syafie...?? Kalau ada yang mengambil tahu, baguslah...

Mengapa orang-orang sebegini selalu sahaja ingin mencari kesalahan si penyelamat anjing yang berbangsa Melayu dan beragama Islam...??? Apa yang PH selalu lihat, mereka-mereka ini seolah-olah meminta orang-orang Melayu kekal dengan persepsi yang salah terhadap anjing dan ianya mempunyai unsur-unsur sentimen pendapat peribadi, bukannya berlandaskan hujah dan dalil dari hadis nabi dan imam...

Hadis Jilatan Anjing

"Dan telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Ismail bin Ibrahim dari Hisyam bin Hassan dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sucinya bejana kalian apabila ia dijilat oleh anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali, yang pertama dengan tanah."


Fiqh Imam Bukhari - http://www.darulkautsar.net ( KLIK SINI )

2.5 Persoalan anjing samada najis atau sebaliknya. Para `ulama' berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tentang tahap kenajisannya. Imam Syafi`e, Ahmad dan golongan yang sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali atau lapan kali dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya berpendapat najisnya adalah najis biasa. Apa yang perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanpun sebaik-baiknya ialah tiga kali. Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari di samping tokoh-tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samaada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yang suci seperti kucing dan lain-lain dan apa-apa yang disentuhnya tidak perlu dibasuh. (15)


2.5.1.1 Allah berfirman di dalam Al-Qur'an:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang pemburu yang telah kamu latih untuk berburu, yang kamu latih menurut apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Maka makanlah apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah (waktu melepasnya). Dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri daripada memakan apa yang diharamkan Allah). Sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya [Al-Ma'idah: 4].


2.5.1.2 Nabi saw bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan `Adi Bin Hatim begini:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

Bermaksud: `Adi Bin Hatim meriwayatkan katanya, " Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yang ditangkapnya), maka Baginda saw bersabda, " Jika engkau melepaskan anjingmu yang telah terlatih lalu ia membunuh (binatang buruan yang ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakan binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada binatang buruan itu), makan janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkapnya untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata `Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba-tiba saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, "kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca Bismillah ketika melepaskan anjingmu, bukan anjing yang lain. [hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Hibban, Baihaqi dan lain-lain].


2.5.1.3 Imam Bukhari dan lain-lain juga mengemukakan satu hadits riwayat Ibnu `Umar yang menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yang suci, iaitu:

قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

Bermaksud: Ibnu `Umar r.a berkata, "Anjing-anjing kencing, masuk dan keluar di dalam masjid di zaman Rasulullah saw. Tetapi mereka (para sahabat) tidak merenjis pun tempat di mana terkena kencing dan tapak kaki anjing-anjing itu. [hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Baihaqi, Thahawi dan lain-lain].


2.5.1.4 Hadits Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh beliau (Bukhari) sendiri, Imam Ahmad dan lain-lain juga menunjukkan anjing adalah binatang suci (bersih) seperti binatang-binatang lain yang suci iaitu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Bermaksud: Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi saw, " Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki nampak seekor anjing sedang memakan tanah yang basah kerana dahaga. Maka orang itu pun mengambil khufnya lalu mencebuk air dengannya untuk diberikan kepada anjing tersebut. Orang tadi terus meminumkan kepada anjing tersebut sehingga ia puas. Allah berkenan kepada perbuatan orang itu. Maka kerananya Dia memasukkannya ke dalam syurga."


Kenyataan-kenyataan di atas yang berbentuk Firman, Hadis dan Riwayat adalah banyak merujuk kepada air liur anjing, najisnya ( kencing dan keluar masuk masjid ), ganjaran kerana membantu seekor anjing dan menyentuhnya adalah jelas menunjukkan bahawa agama Islam sebenarnya adalah mudah dan harmoni...Kita di Malaysia sememangnya mengikut Mazhab Imam Syafie yang sangat sempurna rukunnya terutamanya dari segi kebersihan...Maka, kesimpulannya perkara yang boleh kita elak, maka kita elakkanlah ia 
( dari memegang sekiranya tiada keperluan dan tidak memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan ) melainkan sekiranya kita berkeyakinan untuk melakukan TALKIF ( pertukaran mazhab sementara hanya untuk memberikan perlindungan kepada anjing sahaja kerana darurat )...Contohnya seperti kita terjumpa anjing yang cedera parah dan tiada orang lain yang boleh membantu, maka ia adalah dalam keadaan DARURAT...Berusahalah dengan sebaik-baiknya bagi menyelamatkan anjing tersebut tanpa rasa was-was...Sekiranya tidak mampu juga, mintalah bantuan dari orang lain dan kemudian bertawakal kepadaNya...Itulah sebaik-baik usaha kita yang termampu...Allah dan Rasulullah sangat menyayangi orang-orang yang selalu membantu haiwan termasuklah anjing juga...Kalau boleh berusaha untuk mendapatkan sarung tangan 
( kalau was-was masih ada ), maka carilah ia...Kertas surat khabar ataupun kotak juga boleh digunakan kalau takut nak pegang...Alaslah kereta dengan plastik atau apa-apa yang boleh dijadikan pelapik seperti kotak dan kemudian cucilah tangan atau tempat-tempat yang terkena bulu anjing tadi dengan sedikit tanah ataupun Sabun Taharah ( LINK )...Kalau tak ada semua tu, letakkanlah anjing yang tercedera tersebut di pelapik kaki tempat meletak kaki penumpang belakang kereta...Pelapik tu kemudiannya boleh disucikan dengan tanah ataupun sabun taharah juga...Tetapi kalau anjing tersebut diyakini kering, maka tidak ada masalah untuk tidak  mencucinya ( tapi seelok-eloknya cuci lah yer kerana dikhuatiri ada kuman )...

Si Gojes, seekor anak anjing yang PH selamatkan dari dipukul dengan kayu
Situasi ini lebih kurang sama dengan seorang jururawat wanita yang memegang pesakit lelaki yang bukan muhrimnya dan doktor veterinar Melayu yang beragama Islam merawat seekor anjing...Anjing tak menggigit kalau mereka sedang sakit...Peribahasa 'Ibarat Melepaskan Anjing Yang Tersepit' adalah tidak benar ( itu pendapat peribadi PH )...

Turut menghiasi ruang entri kali ini adalah informasi mengenai sifat-sifat anjing yang mulia di mana sebagai khalifah, kita patut mencontohi sifat mereka...

Hassan Al Basri R.A mengatakan bahawa pada anjing, terdapat sifat-sifat yang perlu diteladani oleh setiap org mukmin..

1. Sentiasa lapar dan jarang makan sampai kenyang. ( orang soleh )

2. Tidak mempunyai tempat yang tetap dan berpindah randah mengikut keperluannya.
( tawakkal kepada Allah )

3. Tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit sahaja. Ia sentiasa berjaga-jaga.
( cintakan Allah, bermunajat kepadaNya )

4. Matinya tidak meninggalkan apa-apa yg perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan 
( zuhud )

5. Tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri sungguhpun dimarahi atau dipukul.
( murid yg siddiqqin yang sedang menuntut ilmu, tidak marah atau merajuk walau dipukul dan diuji dengan ujian )

6. Lebih redha dan suka bertempat di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada manusia. 
( tawadduk, merendah diri dan tidak sombong )

7. Jika tempatnya diambil, atau diletakkan benda lain, ia akan berpindah ke tempat lain tanpa marah dan dendam.
( redha dgn takdir yg telah ditentukan Allah )

8. Jika dipukul, dihalau dan dibaling dengan benda yang menyakitkan, ia menerimanya.
( khusyuk )


9. Jika melihat orang makan, ia akan melihat dari jauh. Tidak meminta-minta atau mengganggu. ( redha dengan pemberian Allah )

10. Jika berjalan dan pergi dari tempat asalnya, ia tidak akan menoleh kebelakang. 
( tetap pendirian )

Nota PH :

PH sangat berharap agar inilah di antara ilmu mengenai anjing yang kalian cari...Walaupun PH memuatkannya secara ringkas ( kerana PH bukanlah orang yang layak untuk menghuraikan hal ini sepenuhnya ), namun PH sangat berharap agar kita sama-sama dapat mengubah persepsi terhadap anjing...Terima kasih kepada Suhaliza Ahmad Shukor di atas perkongsian maklumat mengenai sifat-sifat anjing yang perlu dicontohi...Semoga persepsi kita terhadap anjing akan berubah dan tidak rugi sekiranya kita mengamalkan amalan bersuci seperti sertu, samak dan sebagainya kerana ia sebenarnya melatih diri kita untuk menjadi seorang yang lebih berkeyakinan diri...


SHARE entri ini kepada rakan-rakan anda...Anda juga adalah penyumbang terbesar di dalam usaha melebarkan sayap pencinta haiwan di Malaysia dan sama-sama kita berusaha untuk mengubah persepsi terhadap anjing...Dia juga adalah makhluk Allah yang diberikan NYAWA, air mata dan darah...Sebagai pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, janganlah selalu keliru yer...Memang sesuatu niat itu tidak menghalalkan cara, tetapi membiarkan seekor anjing yang sedang kesakitan tidak menghalalkan dosa...Kesemuanya akan diperhitungkan nanti mengapa kita membiarkan sahaja makhluk Allah itu di dalam keadaan kesakitan..?? Sesungguhnya kita semua tidak terlepas dari pelbagai bentuk ujian...

Owh yer...Mengenai Si Jojo, dia sentiasa berada di luar rumah PH...Daripada seekor anjing jalanan yang selalu menumpang makan di rumah PH, kini dia telah PH lantik sebagai 'bodyguard' ( yang telah dilesenkan di bawah MPKj ) dan selalu menjaga kawasan rumah PH ( KLIK SINI )...Maklumlah, di sini banyak kes pecah rumah dan kes remaja-remaja nakal... Dan sehingga entri ini disiarkan, PH telah mengambil segala langkah untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat...Amalan sertu telah menjadi sebahagian dari kehidupan PH...Ianya tidak susah, melainkan sekiranya kita yang menganggapnya susah...Kalau tiada tanah sekalipun, PH akan cari debu tanah sebagai medium untuk sertu...Semuanya adalah untuk mengesahkan SOLAT...

Menyebarkan dan bersekongkol dengan fitnah adalah sesuatu yang jauh lebih besar dosanya dari memegang anjing...macamana nak sertu dan samak hati yang kotor tu...??? 

Kata Rasulullah SAW, beruntunglah kepada mereka yang difitnah...Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW sendiri tidak sedar bahawa walaupun sejuta orang yang mempercayai fitnah ke atas Baginda, tetapi berbillion orang di dunia ini yang sentiasa berselawat dan menyebut-nyebut akan kebesaran Baginda pada SETIAP SAAT...

Wallahualam...

Comments

  1. Speaking of dogs.. PH leh visit sini tengok event yg saya pegi semlm.

    http://www.schairiney.com/2012/11/dogathon-2012.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular