Kisah Pilu Si Raizo, Kucing Sakit Yang Dikutip Di Pasar

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Alhamdulillah, sehingga entri ini ditulis PH berada di dalam keadaan yang sihat walafiat dan yang penting, PH masih steady....Biar apa pun tohmahan yang dilemparkan kepada PH, PH tetap dengan pendirian untuk meneruskan perjuangan ini selagi masih ada hayat...Ibarat telah menjadi resam manusia yang mengaku Islam sesuka hati menyebarkan fitnah dan kata-kata cacian terhadap orang yang dibencinya...Di dalam Tafsir ayat 6 - 8 Surah Hujurat

6. "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

PENGERTIAN FASIK

Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Menurut syara’, fasik ialah orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau mengekalkan dosa-dosa kecil ( di antaranya menyebarkan fitnah, mencetuskan permusuhan )

Terpulanglah kepada jatidiri masing-masing untuk meneruskan kehidupan ini samada memilih jalan kebaikan atau keburukan...Setiap di kalangan kita pasti mempunyai kekhilafan, dan jangan pula kita sengaja untuk mengapi-apikan dan membuka jalan yang seluas-luasnya menuju ke Neraka Jahannam dengan membuka aib orang lain...Rasulullah SAW sangat marah sekiranya kita melakukan perbuatan keji ini....

Baiklah, untuk dijadikan entri pada kali ini PH ingin menceritakan tentang Si Raizo...Nama ini diberi oleh Mama Hero ( MH ) sempena nama seorang pahlawan ninja di dalam filem Ninja Assassin ( lakonan Rain )...Ketika dijumpai, Si Raizo kelihatan terbaring sugul dan selepas dibelek, MH mendapati Si Raizo ni kemungkinan besar telah sakit...Hidungnya keluar lendir ( hingus ) dan mulutnya ada buih-buih halus...Hmmm...Akhirnya, PH bawa Si Raizo ni pulang ke rumah...Lokasi ketika dijumpai ialah di Pasar Basah Semenyih....Namun begitu, Si Raizo ni kelihatan masih boleh berjalan tetapi terhuyung hayang dan dia sangat manja...


Ketika PH sedang merakam video titik permulaan pertemuan PH dengannya, ada seorang makcik tersenyum...PH kenal makcik tersebut, begitu juga dengan beliau...Dia berniaga gerai makan di sana...

"Ambillah kucing tu Nak...Tolong dia..."...Makcik yang menegur PH tu kebetulan lalu di hadapan PH ( sila lihat minit yang ke 0.09 )...


Kami berdua tersenyum sahaja...Inilah wajah makcik tersebut dan beliau juga sudah sedia maklum apa yang PH selalu buat di gerai makannya...PH rasa, tak perlulah PH ceritakan di sini kerana nanti ada orang yang salah faham pula...Biasalah, ramai orang sekarang ni asyik suka mencari salah orang lain walhal diri sendiri tak berbuat satu apa pun...


Di dalam kereta, Si Raizo kelihatan seperti termanggu-manggu dan malu yang amat...


 Pada mulanya, Si Raizo ni agak ketakutan...Mungkin dia tahu bahawa dia akan dibawa pergi jauh dari istana jalanannya....


 PH terpaksa memberhentikan kereta untuk menenangkannya...Alhamdulillah, selepas dipujuk barulah dia diam dan kembali manja...Cuba lihat di tepi mulut kirinya, ada lendir dan buih kan...???


Bila PH amati wajahnya betul-betul, baru PH perasan bentuk mukanya hampir serupa dengan harimau bintang...Memang segak....Cantik betul ciptaan Allah SWT ni...Tapi, PH rasa kemungkinan besar Si Raizo ini telah dibuang oleh pemiliknya yang asal....



 Ketika ini buih yang keluar dari mulutnya telah pun MH bersihkan...Sayu jer bila mendengar dia mengiau...Muka ganas tapi suaranya lembut jer...Macam kucing pondan pun ada...hehehe


Sebaik sahaja sampai di rumah, PH terus kuarantinkan dia ke dalam sangkar di luar rumah...PH memberinya makan wetfood..Dia makan dengan lahap sekali walaupun tidak dapat menghidu bau makanan kerana hidungnya tersumbat dan berlendir...Sebaik sahaja Si Raizo ni selesai makan, PH bagi dia makan ubat selesema yang memang ada di dalam simpanan PH....


Kini Si Raizo berada di dalam jagaan Si Jamek Otai...Setiap kucing-kucing yang baru masuk ke rumah PH dia yang akan pantau...kalau kucing baru tu bising jer, dia cuma perlu menunjukkan rahangnya yang ternganga tu..

"Haa..!!! Ko nampak mulut aku ni..??? Jaga-jaga Cik Salmah...!!!!" hehehehe


Nota PH :

Sehingga entri ini disiarkan, Alhamdulillah Si Raizo sudah semakin sihat....Dia makan dengan banyak sekali...

Hmmm....Apa yang PH perhatikan sejak kebelakangan ini, apabila ada saja tindakan yang baik terhadap haiwan untuk dijadikan teladan buat masyarakat, pasti akan ada sahaja orang yang cuba nak mencari kesalahan....Ini adalah suatu budaya yang sangat tidak sihat....Zaman memperlekehkan usaha orang lain sudah lama berakhir...Sekarang adalah zaman untuk mencari ilmu sebanyak mungkin dan mengamalkannya demi kemajuan diri dan juga ummah...Kalau masih ada usaha tersebut, orang tersebut mempunyai daya fikiran yang telah lapok ( Old Style )...

Beginilah, tak kira apa pun yang PH dan orang lain lakukan di dalam usaha menyelamat haiwan, janganlah suka menanam syak wasangka yang bukan-bukan...Di dalam arena pencinta haiwan, tidak perlu ada orang yang sibuk-sibuk nak jadi pembangkang itu dan ini....Apa sahaja usaha gerak kerja menyelamat usah dipolitikkan sama seperti apa yang berlaku di dalam arena politik di negara kita....Ini semua adalah kerja ehsan, bukannya untuk keuntungan politik dan kuasa semata-mata....Ia bukannya sektor yang bernilai jutaan ringgit...
Lain orang, lain caranya...Yang penting, LAKSANAKAN KERJA dahulu sebelum ada hati mahu memperlekehkan orang lain...Hentikan fitnah, dan buat kerja menyelamat haiwan dengan cara sendiri, bukannya dengan cara menghantar ugutan bunuh terhadap PH sekeluarga dan mensabotaj...Inilah akibatnya kalau usaha menyelamat haiwan itu dipolitikkan... 

Comments

  1. Xleh tgk la video makcik tu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt.

    sokong PH & MH seratus peratus. pencinta haiwan bukan buat2 bila mencintai haiwan. rasa cinta itu bukan kerna nama tapi harap hati2 yg lain2nya turut simpati mencintai haiwan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular