Si Manja Yang Dikutip Dari Pasar Sudah Ada Mama Yang Baru

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Setelah 20 hari berada di dalam jagaan PH, akhirnya PH berjaya juga mencari tuan yang baru untuk memelihara Si Manja ni...Malam sebelum pertemuan diatur, PH bagi Si Manja makan yang sedap-sedap...Alhamdulillah, dia makan dengan banyak pada malam tu...PH perhatikan dia makan sampai selesai...Ye lah, lepas ni, PH tak dapat nak tatap muka dia lagi...PH tak dapat nak dukung dia lagi...PH tak dapat nak kucup dahinya lagi...PH tak dapat mendengar suara manjanya lagi...Tetapi demi masa depan yang lebih cerah, PH relakan dia dengan tuan yang baru...PH dah sampai ke tahap yang penghabisan...Anak-anak bulus yang telah menjadi PR pun bertabah, iaitu Si Nemo dan Si Jamek...Kini kucing jalanan yang belum di'adopt' lagi ialah Si Raizo ( KLIK SINI )...Dia perlu dikuarantinkan dulu sehingga benar-benar sihat...



Untuk mengimbas kembali bagaimana PH jumpa Si Manja ni, dia telah PH temui di Pasar Basah Semenyih sewaktu PH singgah di sebuah kedai makan...Tak banyak cerita mengenai Si Manja yang PH cerita di laman Facebook Kakimotong Fan Club...Cerita penuh boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )


Sehingga ke waktu petang, Si Manja sangat ceria dan bermain-main dengan Si Jamek Otai walaupun Jamek tak berapa minat nak layan...Maklumlah, kata otai, kan..??? hehehehe 



Apabila PH dimaklukan oleh Kak Jiana menerusi SMS bahawa dia sedang di dalam perjalanan ke Semenyih, PH pun bermanja-manja dengan Si Manja buat kali terakhir...Dia pula seakan-akan tahu bahawa hari ini ( 27 Nov 2012 ) adalah hari terakhir dia bersama dengan PH....



Seperti biasa, PH melepaskannya di laman rumah pada waktu petang...Biar dia 'exercise' sikit...Tengoklah perut dia tu...Dah gendut sebab banyak makan makanan sedap-sedap...Kalau kat pasar, entahapehape yang dia makan agaknya...Ubat cacing, ubat selesema dan ubat mata semuanya PH dah beri mengikut dos...Alhamdulillah, dia sudah tidak menghidap flu lagi...Dia sudah sihat...



Sementara PH menyapu kawasan sangkarnya, dia sibuk nak main dengan penyapu tu sambil menunjukkan isyarat mata yang sangat menggoda....hahahaha...Ketika ini Kak Jiana telah pun sampai ke Semenyih...PH menghabiskan dulu kerja-kerja mengemas dan membersihkan sangkar sebelum bertolak...



Di dalam kereta, Si Manja ni tak habis-habis melese...Mungkin dia dapat merasakan bahawa dia akan meninggalkan rumah PH....



Seperti yang dijanjikan, PH pun berjumpa dengan Kak Jiana di Restoran Jamek Maju, iaitu di tempat PH menjumpai Si Jamek....Kehadiran beliau turut diiringi oleh Saudara Mizi...



dan juga kakak kepada Kak Jiana yang mesra dipanggil Kak Kate...



Selamba jer PH letak Si Manja ni kat atas meja makan...Pemilik restoran ni pun tak kisah sebab dia pun dah sedia maklum dengan perangai PH....hehehe...



Di sepanjang perbualan kami, Si Manja sangat 'sporting'..Dia tak takut pun tatkala berada di tempat awam...'Cool' jer dia...Sebenarnya sebelum tu PH memang dah sapukan minyak Magnetic Aura kat telinganya biar dia tak stress...Ini juga merupakan gambar terakhir Si Manja di kaca lensa kamera PH...



Nota PH :

Kepada Si Manja, Papa harap kamu jangan nakal-nakal kat rumah Mama yang baru yer....


Selagi PH ada hayat, inilah yang mampu PH lakukan sebagai seorang rakyat yang tidak mempunyai apa-apa autoriti dan kuasa...Si Manja juga adalah merupakan batch kucing terakhir yang dikutip di Pasar Semenyih yang berjaya dicarikan tuan yang baru...4 ekor semuanya 
( termasuk Si Nanie yang PH kutip dari Restoran Jamek Maju )...

Sebenarnya, semua orang mampu melakukannya sekiranya sanggup mengambil tanggungjawab..Memelihara kucing jalanan buat sementara tidaklah sesukar mana pun melainkan kita yang selalu fikirkan ianya sukar...Bermula dengan berkata 'YA', Insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT...

Belajarlah mengambil tanggungjawab walaupun terhadap seekor anak kucing kerana itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa langsung...Mereka adalah bala tentera yang dihantar oleh Allah SWT untuk menguji sejauh mana kita menggunakan kudrat dan mengorbankan harta benda yang telah dikurnia olehNya ke jalan yang diredhai...

Steady Semua...!!!!

Comments

  1. alhamdulillah...semoga si manja selesa dengan keluarga baru.

    ReplyDelete
  2. saya pun ada beberapa ekor siam kat rumah tu pun asalnya mak dia tu masih kecil saya jumpa d belakang rumah rasanya mmg keturunan salah sekor kucing2 lorong tu tapi disbbkan diri sendiri x lepas makan anak2 dia x dipedulikan Saya merayu pada mak utk bela sementara sbb tgk si kecil masa tu kesejukan kena hjn tapi lekat sampai dia beranak dah ada cucu pun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular