Cinta Yang Terhumban Ke Pusat Kurungan Haiwan

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Seringkali kita menyalahkan pihak berkuasa di atas tindakan mereka menangkap kucing-kucing dan anjing-anjing jalanan...Ramai yang fokus kepada si penangkap haiwan jalanan, tetapi tidak fokus mengapa senario ini seringkali berlaku...Setiap PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ) mempunyai protokol dan prosedur yang berlainan tetapi hampir serupa...Bermula dengan aduan dari orang ramai, maka operasi penangkapan pun dijalankan mengikut akta dan prosedur yang telah ditetapkan...Di sinilah berlakunya ketirisan tanggapan oleh masyarakat terhadap pihak PBT...Namun demikian, ini tidak bermakna pihak PBT boleh melakukan penangkapan dengan cara yang semberono dan kejam seperti yang telah seringkali kita dengar...

Apabila kucing jalanan ditangkap dek kerana diadu oleh penduduk di sesuatu tempat, maka sudah tentunya ia mengundang rasa kurang senang di kalangan pencinta haiwan....Semalam ( 28 November 2012 ), PH dan beberapa orang rakan telah pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL di Setapak..PH telah beberapa kali mengunjungi tempat ini...Apa yang PH lihat kali ini sangatlah menyedihkan...Cerita entri yang PH ingin ceritakan di sini adalah natijah perjalanan hidup yang ditempuh oleh seseekor kucing selepas dibuang...Sebenarnya, banyak liku-liku hidup yang mereka alami tidak kita sedari...Mereka pasrah menanggungnya seorang diri...Mungkin ada di kalangan sesetengah manusia menganggap nyawa mereka ini tidak penting, namun bagi PH ianya adalah penanda aras akan sikap seseorang di dalam perihal mengambil tanggungjawab...

Seekor ibu kucing dan dua ekor anaknya ( di dalam gambar di bawah ini ) hanya menunggu masa sahaja untuk dilupuskan...PH akur dengan akta yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu mereka berhak melupuskan haiwan-haiwan jalanan yang tertakluk di bawah Akta Kacau Ganggu walaupun PH sangat berdukacita mengenainya...Keluarga si comel di bawah ini kini telah pun selamat berada di rumah PH untuk dipelihara buat sementara....



PH sudah meluat apabila setiap kali PH cuba mendekati masyarakat agar berusaha memandulkan kucing ( sekiranya tidak mampu memelihara kucing yang banyak ) di Facebook, ada sahaja komen-komen dari mereka yang hanya pandai komplen sahaja tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan...Mereka semua belum melihat sendiri akan kesengsaraan kucing-kucing yang telah menjadi mangsa buangan oleh pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab...

 Bagi PH, mereka-mereka yang 'menyerang' hujah-hujah individu yang menyokong pengkasian haiwan ibarat tikus yang cuba membaiki labu...JAKIM telah pun mengeluarkan fatwa bahawa memandulkan kucing hukumnya adalah HARUS demi menjaga kemaslahatan masyarakat...Apabila si pemilik kucing enggan memandulkan kucing, maka timbullah rasa beban kerana :

1 ) Kucing jantan asyik kencing merata-rata..
2 ) Kucing betina asyik beranak-pinak
3 ) Najis semakin banyak ( kerana jumlah kucing bertambah )

Kesemua masalah di atas seringkali PH terima iaitu aduan dari mereka yang mempunyai masalah sebegini...Ada yang tidak segan silu memberitahu PH untuk membuang kucing-kucing mereka di pasar apabila terlalu stress dengan 3 masalah utama di atas...

Apabila senario pembuangan kucing ini berlarutan, maka sudah tentunya ia mendatangkan rasa kurang selesa pada orang lain terutamanya residen di sesebuah kawasan perumahan...Lihat sahaja gambar di bawah ini...Kucing jalanan yang dibuang dan ditangkap telah dimasukkan ke dalam tong ayam...Usah terlalu cepat menuding jari kepada orang lain lebih-lebih lagi si penangkap kucing, tetapi fikirlah siapakah punya angkara semua ini...??? Apakah tindakan ini menghalalkan dosa..??



Ini adalah gambar ibu kucing yang telah ditangkap dan menunggu masa untuk dilupuskan....Kucing ini telah diletakkan di dalam sangkar bersama berbelas ekor lagi kucing yang senasib dengannya...Nampak tak dua ekor bayi kucing yang terperosok di dalam sangkar tu...???



Apabila kucing betina tidak dimandulkan, ia akan bunting selepas musim mengawan...Yang menjadi masalah utamanya ialah sikap pemilik kucing itu sendiri...Apabila bunting sahaja, maka jalan penyelesaian yang mudah ialah membuangnya ke pasar...Anak kucing yang baru dilahirkan juga berisiko untuk dilupuskan...Di manakah rasa tanggungjawab mereka yang mengaku sayang kucing ini..?? 

Ibu Liza
Ibu kucing malang ini ( gambar di bawah ) serta dua ekor bayinya kini telah selamat berada di rumah PH...Apa yang PH lihat, sikap masyarakat yang selalu mengambil sikap sambil lewa adalah punca segala-galanya...Mereka melepaskan masalah semberono kepada orang lain tanpa memikirkan akan kesan buruk dan dosa yang bakal ditanggungnya...



Apabila ibu kucing ini dimasukkan ke dalam sangkar, dia mengiau dengan kuat sekali seolah-olah ingin merayu agar jangan diapa-apakan kedua-dua bayinya...



Pada hari itu, PH dan rakan-rakan hanya mampu membawa keluar 14 ekor kucing sahaja dek kerana tidak cukup wang untuk membayar sejumlah kos yang dikenakan untuk mengeluarkan lebih banyak kucing dari pusat kurungan haiwan ini...Namun begitu, PH dan rakan-rakan telah diberikan sedikit tempoh lagi untuk melepaskan kucing-kucing yang selebihnya...PH diberitakan bahawa pada hari itu adalah hari terakhir kucing-kucing ini akan hidup sebelum dilupuskan...



PH bawa si kembar sekali ke pusat kurungan haiwan ini...Anak kecil yang belum cukup akal ini pun hairan mengapa begitu banyak sekali kucing yang ditangkap...Comel katanya...Sebagai seorang yang waras dan cukup akal, tidakkah pemilik asal kucing ini berasa malu...??



Seorang sahabat PH iaitu Saudara Amirul Hafiz dan Saudara Uncle Angah juga turut menggelengkan kepala apabila memikirkan masalah yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian ini...Setiap minggu ada sahaja kucing dan anjing yang tidak bersalah dilupuskan....



Ini adalah sebahagian kucing-kucing yang bakal dikeluarkan oleh Ibu Liza...Gadis yang sedang memerhatikan kucing-kucing tersebut adalah anaknya...Ada satu lagi sangkar besar yang turut memuatkan beberapa ekor kucing telah dikeluarkan oleh Ibu Liza...



Kerjasama yang diberi oleh pihak pengurusan pusat kurungan haiwan ini juga sangat baik...Mereka turut serta memudahkan urusan kami...



Si comel ini bersama seekor lagi adiknya yang seusia juga bakal menunggu hari akhir...Inilah kucing yang paling kecil selain dari dua ekor bayi kucing itu tadi...PH mengambilnya bersama-sama dengan ibunya sekali...



Alhamdulillah...Segala urusan kami semua dipermudahkan pada hari itu....



Apabila segala urusan pembayaran telah selesai, maka kami dibenarkan untuk membawa pulang kesemua 14 ekor kucing yang kami mampu biayai...Ibu Liza dan suaminya juga telah banyak memberi kerjasama yang jitu di dalam menjayakan usaha ini...Baki kucing yang tinggal sedang PH usahakan untuk mengeluarkannya dengan bantuan dari Ibu Liza...




PH sangat terharu apabila melihat ibu kucing ini 'menarik nafas lega' kerana telah dikeluarkan...Bunyi ngiauan dua bayinya sangat meruntun hati...Akhirnya, ketiga-tiga beranak ini tertidur di dalam kereta...Sayu rasanya hati apabila melihat kejadian ini...Mereka juga mempunyai naluri dan perasaan seperti kita...Mereka juga berkeluarga seperti kita...



Anak kucing ini terpaksa dikeluarkan dari sangkar kerana asyik meronta-ronta...Apabila PH meletakkannya di riba, terus dia tertidur...Barangkali inilah kali pertama dia dapat tidur dengan lena...



Alhamdulillah, akhirnya PH selamat sampai ke rumah bersama-sama dengan kucing yang telah berjaya dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan....PH lebih fokus kepada ibu kucing ini dan dua bayinya...



Banyak juga ibu kucing ni makan dan minum...PH menggunakan alas kaki yang sememangnya khas digunakan untuk dijadikan pengalas sangkar...Kalau terkena air kencing pun ia akan meresap jauh ke dalam...Kedua-dua bayinya tertidur setelah selesai menyusu...Kini ibu kucing ini tidak perlu risau lagi...Cuma, PH perlu kuarantinkan dia terlebih dahulu...



Dah nama pun budak lagi, asyik ingat nak main jer sampai terlupa nak makan...Bekalan wetfood pula telah habis disental oleh Si Jamek Otai...Terpaksalah PH memberinya makanan biskut dulu...



Dah alang-alang PH menaip panjang berjela, di sini PH ingin berkongsi sedikit cara-cara PH menguruskan kucing-kucing jalanan yang PH kutip....Untuk menjimatkan kos, PH menggunakan tisu tandas yang diletakkan di dalam tray 'tandas kucing'...Selain dari menjimatkan, kerja-kerja pembersihan sangat mudah diuruskan...Ianya menjimatkan masa dan kawasan sekeliling sangkar tiada kesan-kesan habuk 'wood pallete' ataupun habuk pasir...Sebenarnya tidak susah kalau kita nak pelihara kucing walaupun hanya untuk sementara asalkan kita rajin dan menggunakan peralatan yang sesuai...Air kencing kucing juga tidak berbau haring apabila meresap ke dalam tisu tandas....



Setiap kali sesi pembersihan dilakukan, PH akan menyalin tisu tandas yang baru dan yang lama dibuang ke dalam tong sampah khas untuk membuang najis kucing...Biasanya PH akan menyalin plastik sampah yang baharu apabila paras sampah berada pada tahap maksimum ketinggian tong sampah...



Biasanya, tong sampah akan berbau sekiranya terperam agak lama...Untuk mengatasi masalah ini, PH menggunakan penyembur pembunuh bakteria...Harganya dalam sekitar RM18 sahaja dan boleh didapati di mana-mana pasaraya...Semburkan pembunuh bakteria ini ke dalam tong sampah...Berdasarkan testimoni yang terdahulu, tong sampah tiada bau peram walaupun ada sampah yang mengandungi najis kucing tidak dibuang selama empat hari selepas PH menyembur anti bakteria ini..Lalat pun takde nak menyibuk lagi...



Si tecit dua beradik ini PH biarkannya buat seketika di dalam bilik tidur PH....Mereka main bersama-sama, minum pun bersama-sama...



Tontonlah video ini dan lihatlah betapa gembiranya mereka setelah mendapat kehidupan yang baharu...


Nota PH : 

Sudah-sudahlah tu....Fikirlah dengan rasional dan bukalah minda dengan seluas-luasnya...PH yakin ada di antara kucing-kucing di bawah ini pernah bertuan satu ketika dahulu...Kesemua kucing di dalam sangkar ini adalah kucing jantan...PH mengandaikan bahawa mereka dibuang hanya kerana kencing merata-rata di dalam rumah...

Kita perlu ingat bahawa kucing adalah haiwan yang tidak berakal...Tiada satu pun makhluk di dunia ini yang sempurna, termasuklah kucing...Jangan marah apabila mereka tidak 'mendengar kata' kerana mereka adalah haiwan...Kencing 'pancar' adalah fitrah mereka apabila tiba musim mengawan...Justeru itu, cara yang terbaik untuk mengelakkan populasi kucing terbiar ialah dengan memandulkan mereka...Kucing akan menjadi lebih sihat dan gemuk...Hasil kajian juga menunjukkan jangka hayat kucing yang telah dimandulkan lebih panjang dari kucing yang tidak dimandulkan...

Inilah akibat kalau populasi kucing terbiar menjadi tidak terkawal

Kucing yang berbaka cantik lagikan dibuang apatah lagi baka yang dikatakan tidak cantik...Bagi PH, samada cantik atau tidak itu bukanlah ukuran...Yang menjadi ukuran ialah bagaimana kita membina kematangan hidup dengan mengambil tanggungjawab yang sebaiknya...Salah satu cara untuk membina kematangan di dalam hidup ialah menjaga kebajikan haiwan...Kalau kita nak pelihara kucing tetapi kebajikannya tidak dijaga, itu adalah penanda aras di mana sikap kita yang sebenar-benarnya....Dengan menjaga kebajikan haiwan, kita akan lebih menghargai sesuatu nyawa walaupun nyawa seekor semut...



Kalau kucing terkena penyakit kurap, usahlah dibuang...Untuk mengubati kucing yang terkena penyakit kurap tidaklah sesukar manapun...Di antara ubat yang paling mujarab ialah dengan menyapukan minyak gamat ke tempat yang terkena kurap....Itupun kalau dah terlalu malas nak pergi ke klinik haiwan atau pun dek kerana kekangan wang untuk menampung kos perubatan...Kalaulah minyak gamat yang berharga RM3 pun tidak mampu untuk dibeli, usahlah bela kucing....Buang masa....



Jutaan terima kasih PH ucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha yang tidak seberapa ini...Baki kucing yang masih ada di dalam pusat kurungan haiwan ini sedang PH dan Ibu Liza usahakan untuk mengeluarkan mereka... 


Sebelum kami pulang, ada tiga buah van baru sahaja sampai untuk membawa masuk kucing-kucing dan anjing yang baru ditangkap....Van ini masuk ke dalam perkarangan pusat kurungan ini secara mengundur untuk memudahkan proses pemindahan haiwan yang baru sahaja dtangkap oleh mereka...Kami semua tercengang melihatnya...Kecewanya kami juga tidak terkata...Terasa usaha kami seperti mencurah air ke daun keladi...Baru sahaja kami merancang untuk membawa keluar kucing yang selebihnya, kini datang lagi beberapa dozen kucing yang baru...

Entah bila agaknya manusia akan berhenti mengadu domba dan menjadi manja...??? Entah bila masalah ini akan selesai..?? Hmmmm


Comments

  1. sedih sy membaca kisah perjalanan kucing jalanan ini..apelah salah mereka??? tersentuh hati sy membaca mereka hanya menunggu hari dilupuskan selepas beberapa tempoh setelah ditangkap..
    note : PH, boleh sy tau berapa kos seekor untuk mengeluarkan kucing di majlis bandaraya & bagaimana prosedurnya..tq..

    ReplyDelete
  2. sedeynya bace pasal kucing2 ni nk kena lupus...semoga Allah membalas jasa PH & Ibu Liza..

    ReplyDelete
  3. SYabas PH. Teruskan usaha Allah akan permudahkan Insyallah

    ReplyDelete
  4. Sedih bila mengenangkan kucing2 terbiar ni.Semoga mendapat pahala yang berganda pada sesiapa yang menyelamatkannya.

    ReplyDelete
  5. Semoga PH dirahmati dan mendapat pahala yang berganda dari Allah..

    ReplyDelete
  6. Kadang2 kucing baka cantik ni bukan dbuang. Tapi dcuri oleh sesetgh individu dan individu yg curik ni, bila x tahan bela dia buang balik. Kt rumah sy ada 9 ekor kucing. Yg dbela pada asalnya cuma 2 ekor. 7 ekor tu kucing yg dtg mkn dan trus tggl kt sini. Ada jiran yg x btnggungjwb bela kucing, tp x bg mkn. Kbykkn anak2 kucingnya mati sbb x mkn dan cuma 2 ekor yg smpt kami selamatkn dan bela smpi da gemok n besar skrg.. Tp agak sedih salah seekornya d curik org.. Da masuk 2 mggu.. Kucing jantan plak tu.. Sgt mnja dan comel. Agak sedih kehilangan si kuning ni sbb dia unik.. Kitorg hrp sgt org yg curik tu bg mkn mcm yg kitorg bg.. Kitorg x mmpu nk bli wet food yg khas utk kucing tu. Biasanya beli ikan byk2. Ikan kn murah sikit. Pastu rebus bg mkn.

    ReplyDelete
  7. Kesiannya kucing-kucing ni.apa salah dorang?dh la comel tpi kene buang.ade yg baka lagi tu.hisy. sungguh x berperikemanusiaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular