Doakan Semoga Si Acit Cepat Sembuh

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Kepada Para Pembaca Yang Budiman

Senario kucing-kucing jalanan yang sakit dan kemudiannya dibuang di pasar-pasar seolah-olah tiada kesudahannya...Ramai yang mampu, tapi tak ramai yang sanggup untuk menerima ujian sebegini....Ramai yang tertewas di dalam mengemudi ujian dari Yang Maha Esa...Hanya yang kuat sahaja akan mendapat manfaat darinya ( ujian yang dihantar )...Sesungguhnya Allah SWT selalu menguji kita dengan menghantar bala tenteranya...Antara sedar atau tidak, sekiranya kita melihat dengan mata hati, kucing-kucing jalanan yang berada di hadapan kita adalah di antara 'bala tentera' yang dihantar olehNya...

Rujuk pada entri yang ini ( KLIK SINI ) dan ( KLIK SINI ). Alhamdulillah, dua dari 3 ekor kucing yang PH kutip dari pasar telah mendapat tuan yang baru...PH juga terharu kerana tuan kucing yang baru ini sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli sangkar yang baharu untuk kucing-kucing malang ini...Lebih mengharukan, ini adalah kali pertama saudari ini ( PH terlupa pula namanya ) memelihara kucing....Dia telah berjaya menemui titik perubahan pertama di dalam hidupnya di dalam perihal memelihara kucing...Dia juga sanggup untuk menempuh apa jua halangan dikala menangani tanggungjawab barunya ini...



Setelah memberikan sedikit motivasi dan cara-cara penjagaan kucing, kedua-dua gadis ini faham dan bersedia untuk memeliharanya...PH juga memberitahu agar kita perlu sabar untuk menangani kerenah kucing kerana mereka adalah haiwan...Kucing adalah seekor makhluk yang boleh dididik...Segalanya terpulang kepada kita sendiri...Kalau kita fikir susah, maka susahlah jadinya...Kalau kita senang, maka senanglah jadinya...



Bagi PH, sudah memadai dengan adanya tuan yang baharu...Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi berkelana di tepian jalan dan terdedah kepada bahaya yang sangat ganas di dalam dunia ini....



Maka, anak kucing kutip yang tinggal di rumah PH ialah Si Acit dan Si Manja...Si Acit mempunyai masalah kesihatan yang agak serius....

dari kiri : Jamek Otai, Acit dan Manja


Dr Zul telah mengesahkan bahawa saraf utamanya mempunyai masalah...Ekornya langsung tidak boleh digerakkan...


Setelah beberapa hari Si Acit di dalam jagaan PH, baru PH perasan bahawa Si Acit tidak membuang air besar selama beberapa hari...PH rasa ia mungkin berkait rapat dengan masalah sarafnya....Sehingga entri ini ditaip, Si Acit sudah tidak lalu makan dan tidak lalu untuk minum...Tetapi PH tetap 'memaksa'nya minum...Kesian PH melihatkan keadaannya...Dr Zul menjelaskan bahawa berdasarkan keadaan fizikalnya, kemungkinan besar ada orang tersepak Si Acit ni sehingga mendatangkan kecederaan kepadanya...


Nota PH :

Insyaallah, walau apa pun yang terjadi, PH akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat Si Acit...Memanglah dia hanya seekor kucing yang selalu dipandang hina oleh sesetengah orang, namun begitu bagi PH dia tetap makhluk yang bernyawa...Sebagai khalifah, kita wajib melakukan amalan soleh...Bak kata wasiat dari Muhammad bin Ismail Al-Bukhari ( Imam Bukhari ), menjaga kebajikan haiwan adalah di antara amal-amal soleh yang tetap dikira oleh Allah SWT...Kalau kita membuang kucing yang sedang memerlukan bantuan kita, itu tidak menghalalkan dosa besar....

Comments

Post a Comment

Entri Popular