18 Ekor Kucing Yang Hampir Dilupuskan Berjaya Diselamatkan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Untuk dijadikan cerita di dalam entri blog Kakimotong kali ini, pada 25 Januari yang lepas PH, MH dan si kembar telah pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL untuk menjalankan tugas seperti biasa...Misi kali ini tidak dapat disertai oleh anggota Team HERO yang lain kerana ada tugasan penting yang perlu diselesaikan...

Pada hari itu, hujan turun tersangatlah lebat..Inilah kali pertama misi PH diiringi dengan guruh dan petir...Namun ia bukanlah halangan bagi PH bagi meneruskan misi mengeluarkan kucing-kucing dari dilupuskan...Berkat kerjasama dari pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan DBKL, banyak kucing-kucing telah berjaya diselamatkan....



Ada 9 ekor anak kucing di dalam sangkar ini yang mesti PH keluarkan pada hari itu....Selain dari itu, ada 4 ekor kucing dewasa di mana salah seekor darinya mempunyai anak yang masih menyusu...Ada 5 ekor kesemuanya...Jadi jumlah kesemua kucing kecil ialah 14 ekor...



Ini adalah rutin biasa bagi Team HERO...Selain dari PH, Saudara Razeef, Amirul dan Uncle Angah pun dah masuk ke dalam sangkar tahanan kucing ini...Puas dah PH kempiskan perut tapi tak sampai jugak...Maka terpaksalah PH masuk ke dalam sangkar tu....Kalau nak tengok videonya, sila KLIK SINI...



Setelah setengah jam berhempas pulas, akhirnya semuanya selesai sudah....18 ekor kesemuanya dan mereka ini akan PH bawa pulang ke rumah untuk dijaga buat sementara untuk mencari keluarga angkat yang baharu...


Kereta pun dah jadi macam tin sardin...kesian kat Along dan Angah tapi dia tak kisah pun...


PH tak tahulah ni Along ke Angah...Siap nyanyi lagi kat atas carrier tu..Hujan lebat betul masa nak balik tu...


PH drop MH dengan si kembar kat kedai makan sebelum PH hantar kucing-kucing ini ke rumah untuk ditempatkan ke dalam sangkar...Lepas tu PH pergi semula ke kedai makan..Perut terasa macam ada cafe dangdut jer...Lapar betul...


Ini adalah salah seekor kucing dewasa yang berjaya PH keluarkan....Kucing ini sakit...Kaki belakangnya macam patah...Jalan pun menyeret jer....Kucing ni sekarang ada di rumah PH...Kalau ada pihak yang sudi membantu, PH amat alu-alukan...



Malam itu, PH mulakan operasi besar-besaran....Budak-budak ni semua PH siapkan ubat cacing dan antibiotik...Yang mana dah bagi ubat tu PH terus letakkan ke dalam sangkar...Bukannya aper, takut terbagi ubat dua kali...Kalau ubat cacing kurang dos, cacing takkan mati...Tapi kalau ubat cacing terlebih dos, kucing boleh mati...Jangan buat pasal tau...Tanyalah pada yang pakar....Nak jadi aktivis haiwan kena tahu kesemua ilmu ni...hehehehe


Kerja-kerja memberi ubat dan mengemas segala 'kuih' selesai dalam tempoh tiga jam...Ini termasuklah 'menyamak' semula sangkar putih yang berkarat tu dengan peluntur, disinfectant dan minyak WD40 ( untuk menawarkan bisa karat ) takut terkena pada kucing...PH bilas dengan air yang sangat banyak...In Shaa Allah nanti PH nak cat balik sangkar tu....Kucing-kucing yang kat dalam sangkar besar tu adalah kucing-kucing DBKL batch yang terdahulu...Dah sebulan lebih PH jaga sementara menunggu ada keluarga angkat yang sudi menjaga mereka...Kalau ada sesiapa yang nak bantu PH menjadi keluarga angkat, inform PH nanti yer...

Apabila selesai kesemua kerja, PH lepaskan budak-budak kecik yang kat dalam sangkar hitam tu biarkan mereka bermain-main...Apalah nasib mereka ni semua...Kalau tidak, sudah tentu mereka 'ditidurkan' buat selama-lamanya jika tidak dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan tersebut....


Setelah selesai semua kerja, tugasan yang terakhir ialah memberi mereka makan....PH rasa tak perlulah PH ceritakan di sini berapa kilo makanan kucing dah habis pada malam tu dan hari-hari yang sebelumnya...Semua makanan kucing PH, kucing DBKL, Si  Jojo, Si Baby dan Si Mimie adalah hasil dari titik peluh PH sendiri, bukan tajaan dari sesiapapun...Semuanya banyak bergantung kepada Petshop Online PH di Facebook ( KLIK SINI ) dan Magnetic Aura ( KLIK SINI )...Kucing kat dalam rumah PH ajer pun dah ada 24 ekor iaitu Abam Iyo dan adik-beradik angkatnya...Yang tu 'Penduduk Tetap' yer...hehehehe...Maka, tidak hairanlah ada orang cuba mensabotaj perniagaan petshop PH dengan menjaja fitnah yang tidak masuk akal langsung...Mereka mahu PH gagal dan mereka mahu kucing-kucing PH semua kebuluran agaknya...Mereka juga cuba memisahkan PH dan Hero....Apa yang PH lihat mereka cuba nak ambil alih kerja Allah iaitu cuba merampas rezeki orang lain dan rezeki kucing-kucing PH...Takperlah, PH anggap itu adalah ujian dari Allah SWT dan PH akan menerimanya dengan berlapang dada...PH yakin setiap perbuatan buruk itu pasti akan ada balasannya dari Allah SWT...PH tidak sama dengan mereka...Layan manusia lebih susah dari melayan kucing...Hanya orang yang negatif sahaja akan dapat bersekongkol dengan orang yang negatif...

Sementara menunggu budak-budak comel ni selesai makan, PH pun buat kerja-kerja rumah pula...PH tolong MH basuh baju yang sebeban...MH pula tolong gosok dan lipat baju kat bilik atas....



Seusai sudah membuat kerja-kerja rumah, PH kembali melihat semula keadaan kucing-kucing DBKL ni sebelum masuk tidur...PH bimbang tray najis yang baru ditukar akan penuh semula dengan najis...Ini adalah kerana purata masa mereka berak dan kencing ialah sekali setiap 15-30 minit...Maklumlah, tahap 'bladder' masing-masing tak sama....Ada yang proses najis cepat, ada yang proses najis lambat...Sabar ajerlah....

Masa PH selak pintu pagar, PH lihat ada di antara mereka sedang nyenyak tidur di dalam mangkuk yang PH sediakan....PH tersenyum tidak berhenti....Yang lain-lain tu sedang sibuk terloncat sana sini...Sempat juga PH bermain-main dengan mereka....Kasihan, kalau tidak sudah tentu mereka sudah mati sekarang ( bisik hati kecil PH )...



Ibu kucing ini pula sedang nyenyak tidur dan anak-anaknya sedang enak menyonyot susu ibunya...Alhamdulillah....



PH rasa sangat gembira kerana dapat berbakti kepada mereka walaupun mereka ini adalah haiwan....Tergamak betul orang yang sanggup merepot kepada pihak berkuasa agar si comel semua ini ditangkap dan dibunuh ( apabila tidak dituntut dalam masa 7 hari )....


Baru PH perasan, dalam banyak-banyak si tecit ni ada seekor yang buta kedua-dua belah matanya...PH dah iklankan di Facebook Kakimotong Fan Club untuk dicarikan keluarga angkat...


PH menyambung semula membuat kerja rumah yang terakhir iaitu menyidai baju yang telah dibasuh....Sebelum masuk tidur, PH sempat menjengah semula ke dalam tempat budak-budak tadi....Perlahan-lahan PH bukak pagar....Kesemua mereka telah tidur dengan nyenyak...Syukur Alhamdulillah....Sejuk rasanya dapat angin kipas yer....


Nota PH :

Tiada apa yang dapat menggembirakan Team HERO selain dari melihat sangkar-sangkar kucing di pusat kurungan haiwan ini kosong...Biarlah apa orang nak kata, tetapi bagi kami nyawa kucing-kucing yang ditangkap ini sudah berada di hujung tanduk....Mereka juga mempunyai hak untuk hidup di atas muka Bumi ini....Kita wajib menjaga hak mereka juga...


Di samping itu, PH dan Team HERO akan mencuba sedaya upaya untuk mendidik masyarakat agar selalu mengambil tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan, bukannya meletakkan masalah peribadi mereka sewenang-wenangnya ke atas bahu orang lain....Kita kena tahu bahawa KEUTAMAAN pihak berkuasa berhubung isu Akta Kacau Ganggu ialah anjing, bukannya kucing....Kalau nak diikutkan, mereka pun tidak mahu menangkap kucing...Tetapi mereka terpaksa juga tangkap kucing adalah kerana MENERIMA ADUAN dari orang awam...

Tapi, PH tidak boleh nak marah 100% kat orang yang selalu merepot pasal kucing sahaja....Setiap orang mempunyai 'privacy' yang perlu dijaga....PH sangat marah kepada orang yang bela kucing tapi tak mampu nak jaga...Dibiarkan kucing-kucingnya bersepah di sana sini....Bila tak mampu nak jaga, dibuang pula ke tepi-tepi jalan...Mereka sepatutnya mencarikan keluarga angkat yang baharu untuk kucing-kucing tersebut....Biar kita yang kawal kucing, bukan kucing yang kawal kita....

Sudah-sudahlah tu....Kalau tak mampu atau malas nak cuci taik kucing, PH sarankan agar jangan dibela langsung....Layan kucing kat FB pun takper, itu lebih baik....PH lihat ramai orang bila PH sarankan untuk mandulkan kucing, dikatanya dosa bagai...Tetapi bila dah beranak pinak, mulalah mengeluh dan buang kucing bunting kat dalam kotak kat sebelah 7 Eleven....Mengenai isu hukum hakam memandulkan kucing, ramai orang kata 'niat tidak menghalalkan cara' ( ramai orang copy paste ayat ni kalau ada berlaku perdebatan )...Tetapi bagi pihak PH dan Team HERO pula, buang kucing tidak menghalalkan dosa....

Tetapi kepada pihak berkuasa, sekiranya ada aduan kekejaman haiwan ( isu pihak majlis berlaku kejam terhadap haiwan yang ditangkap ) telah dibuat, diharapkan pihak kalian juga dapat mengambil tindakan...Sebagai pihak ketiga kerajaan yang berhubung secara terus dengan rakyat, kalian WAJIB menjalankan siasatan sekiranya ia mempunyai bukti yang kukuh kerana ia mendatangkan kegusaran dan kerisauan di hati rakyat....Sama-samalah kita memperbaiki segala ketirisan yang ada yer....

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk membantu NGO Team HERO untuk menyalurkan sumbangan, sila KLIK SINI yer...

Steady semua....

Comments

Entri Popular