Susulan Berita Perkembangan Terbaru Mama Cat dan Arwah Si Kichi Yang Selamat Dikebumikan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Semalam ( 4 Januari 2013 ) dari Semenyih PH telah pergi ke Shah Alam menuju ke klinik Dr. Azlan untuk melawat Mama Cat...Selain dari itu, seperti biasa PH akan melengkapkan berita perkembangan terbaru mengenai Mama Cat melalui page Kakimotong Fan Club dan blog untuk tatapan masyarakat...Sejak dahulu lagi, PH telah menjadikan aktiviti menulis blog sebagai tanggungjawab kepada masyarakat untuk memartabatkan pencinta dan aktivis haiwan dan Malaysia...Itulah di antara resepi kejayaan blog Kakimotong, iaitu mengambil tanggungjawab walaupun hanya di dalam bidang penulisan....

PH tiba di Kitty Cottage Shah Alam lebih kurang jam 9.30 malam....Dr. Azlan juga berada di sana...Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT...Berderau juga darah kerana tak sabar untuk melihat keadaan terbaru Mama Cat selepas dibedah...Sepertimana yang telah diketahui ramai, kesemua anak yang dikandungnya telah mati di dalam kandungan ( KLIK SINI )...

Masa PH melawat Mama Cat pada malam tu, dia sedang nyenyak tidur...Menurut Dr. Azlan, Mama Cat sudah boleh makan dengan sendiri...Selera makannya juga boleh tahan lahapnya...Alhamdulillah, ini adalah satu perkembangan yang baik...Biasanya kalau kucing tidak mahu makan, itu adalah simtom yang menjurus kepada masalah yang lebih besar....



Dia terjaga apabila terdengar bunyi 'shutter' kamera PH...Kaki kanan hadapannya yang patah juga telah dibalut dengan rapi...


PH mengucap panjang apabila melihat bekas jahitan pembedahan yang telah dilakukan ke atasnya...Namun, PH bersyukur kerana sekurang-kurangnya satu beban Mama Cat telah hilang...Kini hanya tinggal untuk proses pemantauan kesihatannya sahaja kerana dikhuatiri terdapat sebarang komplikasi seusai pembedahan...Ini adalah proses biasa yang dilakukan oleh mana-mana doktor haiwan...


Sebaik sahaja Mama Cat bangun, dia cuba untuk makan dan Dr. Azlan pun menyantuninya dengan membetulkan kedudukannya untuk memudahkan dia makan...


Sempat juga PH menyantuni Mama Cat...Sedih sangat masa ni bila melihat mukanya yang tersangat comel ( Subhanallah )...Momen ketika ini terasa sangat indah....


Nampak comel pula kakinya apabila dibalut...Pergelangan kakinya patah akibat kesan hentakan akibat terjatuh ( Traumatic Injury )


Sinar matanya jelas menunjukkan bahawa dia sangat berterima kasih kepada insan mulia yang telah sudi menyelamatkannya terutamanya dari Cik Ummu Athirah....


Pada malam itu, PH telah membawa mayat-mayat bayi Mama Cat yang telah mati di dalam kandungan ( KLIK SINI ) dan selamat dikebumikan siang tadi berhampiran rumah PH...


Bergenang juga air mata tatkala PH meletakkan kelima-lima mayat anak kucing yang tidak berdosa ini ke dalam lubang kubur...Banyak betul lipan bara kat tempat ni semuanya sebesar jari telunjuk...Terpaksa PH bawa Baigon untuk menghalaunya....Patutlah Si Jojo tak habis-habis menyalak suruh PH beredar...Dia pun tahu Pak Lipan tu bahaya....PH bawa Si Jojo sekali masa nak mengebumikan mereka tetapi kejap ajer...Dia kata dia nak pergi merayap kejap..."Pergilah..." kata PH...


Mayat Arwah Kichi juga telah selamat PH kebumikan....PH sendiri telah melihat keadaan lukanya...Masya Allah, memang parah...Kedudukan rahangnya lari hampir 95%...Entah berapa lama dia menderita agaknya ( KLIK SINI )....Terima kasih juga kepada Puan Siti Nor Sanat serta Encik Rashid kerana sudi menghantarkannya kepada pasukan veterinar Dr. Azlan di Shah Alam...


Walaupun Si Kichi ini hanyalah seekor kucing jalanan, tetapi sekurang-kurangnya dia telah mendapat hak yang sewajarnya menjelang hari kematiannya...Jasadnya yang kaku ada kuburnya....Sedih PH memikirkan saat dia masih hidup...Entah berapa lama dia menderita walaupun telah dilihat oleh ramai manusia yang buat-buat tidak nampak kehadirannya sehinggalah ia ditemui oleh Pn Siti...Mustahil tiada orang yang melihatnya memandangkan ianya dijumpai di sekitar kawasan perumahan flat...Kalau ada insan yang membantu Si Kichi lebih awal, mungkin nyawanya sempat diselamatkan...


Selang beberapa langkah semasa nak balik, PH terjumpa pula 'mayat' seekor kucing yang sudah mula reput berhampiran dengan kubur Arwah Kichi...Isi pun dah tak ada...Ulat berengga pun tak nampak langsung tapi baunya sangat 'menyumpit hidung'...Entah kucing mana yang mati tidak berkubur ni...Dah alang-alang tu, PH gali kubur untuknya untuk dikebumikan...Tak susah pun sebab jasadnya pun dah reput....15 minit selesai semuanya...


Nota PH :

Alhamdulillah, segala beban yang ditanggung oleh kucing-kucing yang tidak bernasib baik ini dapat juga diringankan...Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...Sekiranya kita menjaga hubungan sesama manusia, In Shaa Allah kita tidak akan keseorangan tatkala menghadapi sebarang kesulitan....

Testimoni ini sudah cukup untuk menyampaikan mesej bahawa haiwan adalah di antara GURU di dalam kehidupan seharian kita...Kalau masih tiada seorang pun yang tidak mengambil iktibar dari kisah ini, PH rasa ada sesuatu yang tidak kena kepadanya....

Jangan takut kalau terjumpa kucing atau anjing yang memerlukan bantuan...Kalau boleh, ambillah mereka dahulu bawa pulang ke rumah untuk dijaga sementara...Belilah sangkar kucing yang murah-murah untuk membolehkan kita menempatkan mereka di luar rumah ( sekiranya tidak boleh meletakkannya di dalam rumah )....Ramai orang takut nak bawa kucing ke rumah adalah disebabkan tidak mempunyai sangkar dan khuatir agar mereka berak di sana sini...Ada orang bertanyakan kepada PH apa yang perlu untuk menyelamatkan haiwan...Jawapan PH yang pertama ialah KEBERANIAN dan yang kedua ialah pastikan ada sangkar....Bila ada sangkar, 80% usaha kita akan menjadi lebih mudah...

Lepas baca entri ni, cepat-cepatlah beli sangkar yer...Itupun kalau ada niat nak jadi penyelamat haiwan...Niat tidak akan berguna sekiranya kita tiada tindakan....

Steady Ummu Athirah, Pn Siti Nor Sanat dan Kitty Cottage

Comments

  1. sedih baca n tgk..menitik airmata sayu..

    ReplyDelete
  2. Tq PH.... Ganjaran pahala menantimu..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. smoga mama cat sihat dan pulih spt biasa slps ni.

    ReplyDelete
  4. Saya suka kucing tp x biase pegang sb mak x kasi bela mase kecik. Kecik2 jela berani.besar2 usap2 meow je. Xpe..nanti saya standby sangkar dalam kereta. Thanks tips tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular