Hukum Orang Islam Pelihara Anjing
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
PH petik entri ini dari Bicara Agama Utusan Malaysia ( KLIK SINI )
PH petik entri ini dari Bicara Agama Utusan Malaysia ( KLIK SINI )
SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara
ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam
kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan
anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali
diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam
tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam
membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah
makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar
juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan
bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab,
Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda
terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian
dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing
mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta
kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang
berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda:
"Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang
mana di rumah tersebut ada membela anjing."
JAWAPAN
Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini
dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak
harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk
menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.
Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali
mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah
muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW
telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).
Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana
ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya.
Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih
kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat
itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.
Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa
dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.
Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh
Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh
dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya.
Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan
falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya
tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata
sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong,
memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang
tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401
pemilik anjing mengidap barah.
Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus
yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti
mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan
80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh
anjing.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam
al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan
pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab
al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama
ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana
yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie
tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh
kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah
pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing.
Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab
al-Syafie.
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama
ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada
keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk
membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya
lidah, air liur dan mulut anjing.
Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana
tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan
makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka
sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya
sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis,
maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang
disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa
yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang
kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya:
Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa
memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli
hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki
dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar
Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau
anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap
harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW
memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing
untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no.
1571)"
Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah
atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing
hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan
itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada
larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga
tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau
tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu.
Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan
rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis
menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah
kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki
rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang
mungkin berlaku kerana anjing.
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak
geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar
dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.
Sumber - Utusan Malaysia
Nota PH :
Hujah-hujah yang disusun dengan ringkas tapi padat ini mungkin sudah memadai untuk kalian yang sering menggaru-garu kepala yang tidak gatal lebih-lebih lagi apabila disentuh bab anjing...
Hujah-hujah tersebut tidak menyokong dan tidak pula membidas...Tetapi, PH pernah diberitahu oleh seorang ustaz mengenai beberapa perkara yang menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk rumah / enggan mendekati kita :
1 ) Menyimpan bahan-bahan lucah di dalam rumah
2 ) Isteri menipu suami dan juga sebaliknya
3 ) Rumah tangga yang porak peranda
4 ) Rumah yang ada menyimpan arak, patung-patung dan sebagainya
5 ) Rumah yang menyerupai rumah orang kafir
6 ) Rumah yang tiada ayat-ayat suci Al-Quran / tiada amal ibadat dilakukan
7 ) Rumah orang yang bersekedudukan ( pasangan yang belum bernikah tetapi tinggal seperti suami isteri di bawah satu bumbung )
8 ) Suami / isteri yang membawa rezeki ke rumah dari sumber yang haram
9 ) Mereka yang 'mencuri tulang' ketika bekerja
10 ) Rumah yang mempunyai mempunyai berhala
Justeru itu, tepuk dada, tanyalah iman yer....Kata Rasulullah SAW, tuntutlah ilmu selagi ada hayat....Hanya orang yang berilmu sahaja yang mempunyai keyakinan yang teguh terhadap apa yang dilakukannya....
Ustaz Azhar Idrus - "Boleh kalau kita nak bela anjing, tapi....."
Percayalah, Islam itu mudah...
tambah ilmu...thanks for the info
ReplyDeletePendapat sayalah, kalau kita tak pasti pasal sesuatu perkara tu, elok la dielakkan saja. Tak payah nak berdegil. Hanya kerana Al-Quran tak cakap bela anjing tu haram, tak bermakna kita boleh pepandai buat loophole dan cakap boleh.
ReplyDeleteContoh no.4 ni
Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
Jadi kalau ada pemimpin2 Islam yang buat maksiat kita boleh ikut jugak eh?
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
Ini kisah ashabul Kahfi. Kalau baca cerita ni, anjing tu bersama2 mereka untuk MENJAGA KESELAMATAN mereka. Obviously bukan untuk saja2 nak peluk cium mummy puppy coochy2 gitu.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
Kata kunci kat sini ialah buta. Anjing tersebut merupakan satu bentuk bantuan supaya lelaki tersebut tidak terlibat dalam kemalangan. Jadi masih dalam kategori menjaga keselamatan.
Paling tak boleh blah ayat ni:
"Ala, sabun taharah kan ada pe susah..."
Adakah sabun taharah itu merupakan pas percuma untuk semua orang peluk cium jilat anjing?
Saya tak bencikan anjing. Kalau ada anjing dalam kesusahan saya akan cuba tolong semampu yang boleh. Tapi kalau nak tepuk2 tu takde lah.
Ingatlah, dunia ni cuma pentas sementara untuk Allah melihat performance kita sama ada baik atau buruk. Kat syurga nanti nak bela anjing khinzir badak gajah rimau paus 100 ekor semua boleh. Tak payah kisah pasal halal haram dah.
mr. anon yg x brani nk post nama sbnr. apa yg sy lihat PH skadar bkongsi info dan bkn mgalakkan atau mgatakan boleh bela anjing. dan alasan2 yg dia bg tu bkn mnunjukkan dia bstuju dgn alasan tu utk bela anjing. cuba baca btl2 sblm nk hentam org ok. jgn slh fhm mksd org sblm kt baca btl2 apa yg nk d smpaikn. sy tau niat awk baik. sy bkn nk kata sapa slh sapa btl cuma sblm nk bg tguran tngok btl2.
ReplyDeleteilmu yang sgt berguna...dan ptma kali sy jmpa blog berkaitan haiwan dlm B.Melayu...nice try...thumb up..
ReplyDelete