Salam Terakhir Dari Mama Cat Untuk Semua
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman
Untuk pengetahuan semua, pada beberapa hari yang lepas Mama Cat telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...Ini berikutan beberapa masalah serius yang berlaku pada bahagian organ dalamannya...Hasil pemantauan dari pasukan veterinar Dr. Azlan, Mama Cat disahkan telah mengalami :
2 ) Mama Cat tidak boleh kencing dan ketika pembedahan pertama dilakukan, hasil surgeri mendapati sisa kumbahan di dalam sistem perkumuhannya berkapasiti besar akibat tidak boleh membuang air kencing...'Bladder'nya menyimpan air kencing yang sangat banyak...Tetapi, selepas pembedahan dilakukan, Mama Cat masih tidak boleh kencing juga ( kemungkinan besar ada kerosakan serius pada sarafnya akibat terjatuh )
3 ) Pembedahan kedua terpaksa dilakukan memandangkan hasil 'observation' mendapati Mama Cat Muntah-muntah dan perutnya mengembung menandakan yang Mama Cat mengalami Toxemia ( toksik dalam darah ) dan peritonitis ( jangkitan dalam rongga perut )…Toksik ini akan ‘circulate’ satu badan dan merosakkan organ-organ dalaman sekaligus risiko Anesthetic / bius sangat tinggi…Apabila organ dalaman seperti hati dan buah pinggang rosak, maka ubat bius tidak dapat dinyah keluar dari badan dan boleh membawa maut…Walaupun surgery berjaya dilakukan ( memasukkan tube ke pundi kencing dan mencuci rongga perut ), Mama Cat menghembuskan nafas terakhir selang 2 hari selepas surgery…
Nota PH :
Begitulah akhirnya riwayat seekor kucing jalanan yang sangat kita sayangi....Inilah namanya From Zero To Hero...Kelima-lima anaknya juga mati di dalam kandungan....Sama ada dia terjatuh atau sengaja ditolak dari atas bangunan, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya....Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pasukan veterinar Dr. Azlan dari Kitty Cottage Seksyen 20, Shah Alam kerana telah bertungkus lumus berusaha melakukan yang terbaik untuk Mama Cat....Teringat masa PH datang ke klinik beliau selewat jam 11 malam, Dr. Azlan masih membuat pemantauan rapi terhadap Mama Cat....
Kepada kalian semua, PH berharap agar usahlah membuat sebarang andaian negatif yer...PH dan beberapa sahabat dari Team HERO sendiri telah melihat bagaimana rawatan khusus yang telah diberikan oleh pasukan veterinar Dr. Azlan terhadap Mama Cat, tetapi Allah lebih menyayanginya sebagai iktibar untuk kita semua....Ini semua dipanggil Qada dan Qadar...Kita semua telah berusaha, namun perancangan kita tidak semestinya sama dengan perancangan Allah SWT...
Bagi kalian yang terlepas cerita mengenai Mama Cat, sila KLIK SINI...
Akhirnya, Mama Cat telah bersama-sama semula dengan bayi yang pernah dikandungnya di alam lain...
Ini juga adalah pengajaran di dalam hidup kita....Haiwan juga tidak terlepas dari ujian dari Allah SWT...
sedihnya... bila baca kecederaan mama cat ni, terfikir klu manusia yg mengalami mesti meraung2. dlm masa sama saya bersyukur sebab bulan lepas kucing saya yg pregnant pun ada problem waktu beranak. ingatkan anak sekor je, rupanya ada sekor lg dalam perut. so after 1 minggu baru pg cek di klinik n doktor confirmkan. anak tu dah mati. doktor kata ibu kucing boleh mati klu lambat buang baby tu sebab ia akan jadi racun (toksik) dalam badan. syukur alhamdulillah kucing saya dah sihat. tapi sedih bila baca pasal mama cat ni. :(
ReplyDeletesaya sgt sedih..airmata tak henti mngalir..wpun utk seekor kucing jalanan..hnya Allah yg tahu sbb saya antara yg terawal ikuti kisahnya..sedih sgt2..
ReplyDeleteSy pn tringat pd mamacat n tringat nk tya khbr tpi sy pn sma juga tak sihat..sdih sgt2 bila tau dia dh tiada..moga2 usaha PH, dr n rkn yg mderma n mndoakn mamacat akn di rahmati Allah, selebihnya biarlah Allah yg menentuknnya
ReplyDeleteAJ ikut perkembangan MamaCat....
ReplyDeleteSedih sangat....
Teringat pandangan dia masa mula2 PH upload gambar dia tu....
Sayu je pandangan mata dia....
sayu nya hati ini...mams cat di syurga kini...
ReplyDeleteMama cat mesti dh jumpe dgn ank2 die disane . Mama ct is heroin :) . We will always pray to Mama cat <3
ReplyDeleteAllah Hu Akbar.. mengalir air mata saya bila mendapat khabar sedih ini.. Allah lebih menyayanginya..
ReplyDeleteAllah Hu Akbar.. mengalir air mata saya bila mendapat khabar sedih ini.. Allah lebih menyayanginya..
ReplyDeleteAllahuakbar...sedihnya... RIP..
ReplyDeleteRIP mama & babies :(
ReplyDeleteSedih sekali. Terima kasih PH dan Dr Azlan. Semoga Sllah memberkati kalian.
ReplyDeleteSedihnya..tak dapat bygkn klau saya ada disana tgok MAMA CAT..pasti bercucuran air mata.. Skrg pn dah banjir..airmata..uwaaaa.
ReplyDeleteSedihnye.. :-(
ReplyDeleteSedihnye.. :-(
ReplyDeleteGoodbye sweet beautiful Mama cat. Your suffering is over. You should never have had to endure such pain & suffering & if indeed it was true tht u were thrown off the building, then I apologise for the cruelty of the human race towards u & your unborn babies. Tq Dr Azlan for working endlessly to try to save Mama cat.
ReplyDeleteKcian sggh..smge mama cat bhgie d sne
ReplyDelete