KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kelima-Lima Bayi Mama Cat Mati Di Dalam Kandungan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Friday, January 4, 2013

Kelima-Lima Bayi Mama Cat Mati Di Dalam Kandungan

Posted by Papa Hero | Friday, January 4, 2013 | Category: , |

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

PH rasa ramai di antara mereka yang selalu mengikuti page Facebook Kakimotong Fan Club telah mengetahui berita mengenai Mama Cat bunting...Bagi kalian yang terlepas peluang untuk mengetahui apa cerita pilu mengenai Si Mama Cat ni, bolehlah membacanya di sini ( KLIK SINI )

Beberapa hari yang lepas, air ketuban Mama Cat telah pun pecah...PH sendiri pun turut menyaksikannya...Ketika ini, Mama Cat berada di dalam keadaan yang stabil..Selera makan pun normal seperti kucing sihat....Dr. Azlan menunggu masa Mama Cat untuk melahirkan anak....Tetapi, perancangan manusia kadangkala tidak sama dengan perancangan Allah SWT...Selepas PH pulang ke rumah, pada keesokan harinya air ketuban Mama Cat mengeluarkan bau yang sangat busuk...Dr. Azlan terpaksa melakukan surgeri memandangkan ini adalah satu simtom yang tidak normal bagi kucing betina yang melahirkan anak...


Maka, pada hari itu juga Dr. Azlan terpaksa melakukan surgeri untuk mengeluarkan bayi-bayi yang dikandungnya...Beliau mengesyaki ada sesuatu yang buruk telah berlaku....Air ketuban yang busuk mula keluar pada waktu jangkaan jam 1 pagi ke atas...


Akhirnya, pembedahan telah berjaya dan lima ekor ekor bayi kucing telah berjaya dikeluarkan...Tetapi malangnya, kesemua mereka telah mati....Kemungkinan besar bayi kucing itu mati sejak dari mula Mama Cat ini terjatuh dari bangunan...Ini adalah berdasarkan bau busuk dari mayat bayi kucing tersebut yang juga menandakan ianya telah lama mati di dalam kandungan....Keadaan fizikalnya menunjukkan mayat bayi kucing ini telah kecut....


Mama Cat tidur selepas menjalani pembedahan...Rahimnya pecah dari dalam akibat hentakan kuat semasa terjatuh dan ini menyebabkan air ketuban yang busuk itu telah masuk ke dalam rongga perutnya...Ubat antibiotik telah pun diberi dan diharapkan perutnya tidak mengalami sebarang jangkitan kuman berbahaya....


Nota PH :

Akhirnya, inilah nasib yang telah menimpa Mama Cat dan bayi yang dikandungnya..In Shaa Allah PH akan update lagi berita mengenai perkembangan kesihatannya...Doakanlah semoga Mama Cat selamat...

Syabas dan terima kasih buat Dr. Azlan dan Dr. Simaa kerana telah bertungkus lumus berusaha menyelamatkan Mama Cat...

Comments
23 Comments

Currently have 23 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. semoga mama cat selamat.. amin... sedihnya.. speechless T_T.....

  2. Smga mama cat cpt sembut..

  3. sedihnya! Semoga cepat sembuh yer MamaMeow! :(

  4. Ya Allah sedih nya aku.....

  5. Semoga Allah memelihara kesejahteraanmu & memberikan kesembuhan buatmu mama.. :'(

  6. Semoga diberi kekuatan utk mama cat n cepat sembuh

  7. Sy tk rasa dia jato! Apapun...Allah lebih mengetahuinya. Semoga mamacat sihat seperti sediakala.

  8. Doa ibu moga mama cat kembali pulih dr semua kesakitan dgn izin Allah saw

  9. Kesian sgt2

  10. semoga mama cat sihat seperti sedia kala.
    kasihan dengan penderitaannya.angkara manusia,binatang xberdosa jadi mangsa.

  11. Mama cat..keep strong dear!! We all prays for you here... :(

  12. Kredit to doc siima jgk..

  13. Sedihnye...bergenang airmata tgk pic yg PH upload kt cni.. Kesian mama cat.. Smg mama cat cpt sembuh.

  14. Semoga mama cat sihat

  15. Huhuhuhuhu.....sedih nye....

  16. siannya..sampai hati betol kalu ada org yg sengaja tolak dia.org yg xde hati perut.semoga mama cat cepat sembuh..

  17. Sedihnya.. Menangis dlm ofis memalam ni.. Get well soon mama cat..

  18. Tq kpd yg mbantu mama cat..Sedih mdengar anak2nya nda dpt d selamat!Walau apapun semoga mama cat sembuh!..My heart goes to u mama cat!..

  19. siannya.. nasib mama cat tak alami komplikasi lain sebab bby dia mati dalam perut.. :(

  20. sabarla mama kucing,semoga cepat sembuh.

  21. sian mama cat:( get well soon mama cat~


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails