Kekangan Memelihara Kucing Yang Banyak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Dah lama PH tak update cerita pasal anak-anak bulus PH ni kan...?? Bukannya apa, nak update serba salah, tak nak update pun serba salah...Begitulah manusia ni apabila hati tu dah tak betul....Perangai manusia memang begitu...Nak hati sendiri dijaga tetapi hati orang tak mahu pulak nak jaga...Memang kita takkan mampu untuk memuaskan hati semua orang....Ada sahaja salah kita yang dicari...Hmmm...
PH ada 6 ekor kucing yang baru sahaja jadi sebahagian ahli keluarga PH...Empat ekor dari Dr. Zul dan dua ekor dikutip di Semenyih...Tetapi sehingga kini masih ada lagi 3 ekor kucing-kucing DBKL yang masih PH jaga kerana masih menunggu keluarga angkatnya yang baru...
Gambar di bawah ni Si Chibby...PH jumpa dia di Restoran Sri Leena...Masa jumpa dia tu dia tengah menggagau dari meja ke meja mencari sesuap makanan di lantai...Nampak sangat baru lepas dibuang....Masa PH ambil dia kurus sangat...Entah berapa hari dia tak makan agaknya....Dah sebulan lebih dah dia kat rumah PH...
Budak-budak comel yang lain macam biasa...Yang berlari tanpa henti ada...Yang menggendutkan diri ada...Yang suka menyibuk pun ramai....
Time PH dan MH nak membungkus barang-barang petshop time tu lah derang ni suka menyibuk...Yang kanan sekali tu Si Nemo...Nak angkat kertas minyak tu pun serba salah dibuatnya...Marah betul dia bila PH angkat kertas tu....
Abam Iyo rilek jer...Sambil membantu papa memeriksa ejaan di borang pos, sambil tu dia jeling jer kat adik-adik dia yang sedang berlari tanpa henti...Budak-budak bulus zaman sekarang ni memang gitu gamaknya...
Lepas dah selesai membungkus barang-barang petshop untuk dipos, budak-budak comel ni dah takde modal nak main lagi....Apalagi, tidur la jawabnya...
Ada yang tidur kat sofa koma, ada yang lepak kat atas alas kaki jer....Kucing pun ada 'taste' tau...Jangan ikut taste kita, tapi kita yang kena ikut 'taste' kucing....Tapi kalau bab berak tu derang yang kena ikut 'taste' kita....Tapi kadang-kadang tak ikut pun....Tu yang kena banyak bersabar dengan kerenah derang ni...
Inilah Si Nemo, budak yang selalu berlari tanpa henti kat rumah PH ni...Semua adik-adik dan kakak-kakaknya dikacaunya....Tapi dia memang begitu, selalu buat muka tak bersalah....Geram jer bila tengok dia terbalikkan pasu dan panjat langsir...Walaupun gendut, tetapi dengan penuh susah payah dia berjaya juga sampai ke puncak langsir...
Tapi bila dia dah letih dan penat, kesian pulak tengok dia berbaring....Sayu jer tengok keadaan dia...PH selalu terpedaya dengan mata dia....hehehehe
Nota PH :
Memang benar, kalau nak pelihara kucing peliharalah mengikut kemampuan...Sungguhpun begitu, ramai yang terlepas pandang....Usah sekali-kali disangka seseorang yang pelihara banyak kucing itu tiada kekangan...Sebenarnya kekangan yang datang itu hadir bersilih ganti setiap hari...Cuma ianya tidak diceritakan kepada sesiapapun...Ada perkara yang boleh dicerita dan ada yang tidak boleh...PH juga tidak terlepas dari menghadapi bermacam-macam kekangan...Orang yang memelihara kucing yang banyak pasti akan lebih memahaminya...Namun, rasanya tak perlu PH ceritakan di sini...Bagi PH, kekangan itu perlu untuk mengajar diri supaya menjadi lebih matang dan menjadikan diri lebih bijak menguruskan masalah...
Assalammualaikum PH.
ReplyDeleteAbaikn mereka yg mberi komen negative. Blog anda hak anda. Hehe. Sperti yg kt sedia maklum, bila org dengki mmg mcm2 cara diorg akan guna utk jatuhkn kt. Org2 mcm ni PH buat x nmpk je.
Bagaimana pun sy stuju dgn PH. Pelihara byk kucing ni mmg byk kekangan. Xyah pun byk.. Even nk bela sekor dua pun byk kekangan.
Meriah rumah dgn anak2 bulus yg ramai :-) teringin nak pelihara byk...buat masa ini cukup sekadar 4 ! Teringat zaman kecil, pernah ada lebih 30 ekor di rumah :-)
ReplyDeleteSalam PH...Skrg ni sy ade 7 ekor kucing...tp baru2 ni dh tambah lg 4 ekor...org lain yg x suke kucing or yg x pelihara kucing mmg xkan tau kekangan yg dihadapi oleh org yg pelihare kucing ni...walaupn penat nk handle diorg, tp dlm hati ttp rase puas...nk2 lg bile tgk keletah manje diorg...hilang tensen....
ReplyDelete