Seketika Bersama Blogger Pencinta Haiwan Sensasi dan Kelakar Iaitu Shawn Tanis Dari PETSTER
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Pada entri kali ini, PH muatkan kisah mengenai salah seorang penulis blog pencinta haiwan sensasi iaitu Saudara Shawn Tanis....Untuk dijadikan kisah, titik pertemuan kami bermula beberapa minggu sebelum PH ke udara di Radio 24 Bernama ( 93.9 fm ) bagi membincangkan beberapa isu kehaiwanan masa kini ( KLIK SINI )...
Saudara Shawn Tanis mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ilmu-ilmu anjing dan beliau juga mempunyai prinsip yang sememangnya sangat baik untuk kita sama-sama renungkan di sini....Tidak kira latar belakang bangsa, warna kulit dan fahaman agama, PH dan Shawn Tanis tetap komited untuk sama-sama memperjuangkan hak-hak asasi haiwan khususnya di Malaysia melalui cara yang tersendiri...Untuk makluman, beliau jugalah yang bertanggungjawab di dalam kerja-kerja editorial majalah Petster yang sememangya dikenali sebagai majalah yang bertemakan pencinta haiwan nombor satu di Malaysia....
Shawn Tanis ( kiri sekali ) di ibupejabat BERNAMA Kuala Lumpur |
Beliau juga adalah pengasas blog pencinta haiwan A Fortress Of Fur ( KLIK SINI ) yang mana ia juga merupakan blog rasmi bagi majalah Petster....
Pernah suatu hari PH berbual-bual dengan beliau mengenai isu-isu anjing...Beliau mempunyai prinsip tersendiri di dalam perihal cara-cara memelihara anjing dan sebagainya....Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukanlah seorang aktivis haiwan, tetapi beliau adalah pencinta haiwan...Bagi beliau, minda seorang pencinta haiwan dengan minda seorang aktivis haiwan mempunyai perbezaan yang agak ketara...Pendapat beliau ini adalah seiringan dengan pendapat PH....Masing-masing perlu mengikut kemampuannya sendiri...
Beliau juga ada memelihara dua ekor anjing baka German Shephard...Banyak juga tips-tips pemeliharaan anjing yang beliau berikan kepada PH pada hari itu terutamanya dari segi pemakanan dan kesihatan...In shaa Allah PH akan praktikkannya kat Jojo nanti...
Sebagai seorang pencinta haiwan ( khususnya anjing dan kucing ), beliau juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai trend pemeliharaan haiwan di masa kini dan apakah hakikat sebenar senario yang telah berlaku sekarang....Menurutnya, hanya 30% kucing atau anjing yang hidup bahagia bersama dengan pemiliknya manakala baki 70% lagi telah dipelihara dengan sambil lewa...Walaupun mereka itu haiwan, tetapi apa yang perlu sekiranya kita ingin memelihara haiwan ialah MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB...
"They borned to have a purpose to human...." bak kata beliau ketika kami berbual-bual di Bintang Bistro Seri Kembangan pada bulan lepas....Ianya membawa maksud yang sangat mendalam...Perbualan kami mengenai haiwan berlangsung selama tiga jam tanpa kami sedari....Banyak ilmu telah kami kongsikan bersama...
Berikut adalah 'pantang' Shawn Tanis mengenai sikap sesetengah pemilik anjing yang sangat tidak disukainya :
1 ) Tidak menyukai pemilik anjing yang tiada masa untuk bela anjing...Orang sebegini lebih baik tidak perlu pelihara anjing kerana ia boleh mengakibatkan anjing tersebut terseksa...
2 ) Tidak menyukai pemilik anjing yang tidak memberi kebebasan kepada anjing...Ini termasuklah sikap suka mengurung anjing di dalam sangkar setiap masa kerana fitrah anjing adalah bersifat AKTIF dan memerlukan riadah...Jika seseorang manusia dikurungkan di dalam sebuah bilik, manusia tersebut boleh menjadi gila...Anjing juga boleh menjadi gila akibat sikap tidak bertanggungjawab pemiliknya....
3 ) Sangat tidak menyukai pemilik anjing yang memelihara anjing sebagai aksesori...Anjing disayangi dan dibawa ke hulu ke hilir ketika masih cantik tetapi dibuang apabila anjing tersebut sakit....Ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab...
PH tertarik dengan gaya penulisan Shawn di dalam blognya yang kelakar dan bersahaja...Ianya adalah idea yang sangat asli dan menakjubkan...Berdasarkan pengalaman PH 'skodeng' blog orang, inilah kali pertama PH menjumpai gaya penyampaian mesej yang sangat berkesan...Shawn telah menggunakan teknik kartun santai...Sungguhpun blog ini berbahasa Inggeris, tetapi Shawn telah menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami....Kalau tak faham jugak PH tak tahu nak kata apa...hehehehe
Kalau kita lihat secara sekali imbas kepada kartun-kartun karya beliau, ianya akan terlihat seolah-olah kartun tersebut tiada kena mengena dengan isu kehaiwanan, tetapi apabila kita membaca sinopsis dan huraian kartun tersebut, barulah kita akan faham apa kaitan kartun tersebut dengan mesej yang ingin disampaikan....Prinsip kehidupan seekor haiwan sebenarnya tidak jauh lari dari prinsip kehidupan sebagai seorang manusia...Ini adalah kerana kedua-dua makhluk ini bernyawa dan masing-masing mempunyai masalah....Jerung pun ada masalah taww..!!! hehehehe
A Fortress Of Fur juga mempunyai laman di Facebook ( KLIK SINI )...Walaupun jumlah LIKE belum mencecah 1,000 tetapi jumlah 'viral'nya sangat tinggi iaitu 6,000 'Talking About This'....Syabas PH ucapkan kepada Shawn di atas usaha beliau...
Nota PH :
Blog dan Facebook adalah di antara media yang terbaik untuk kita bersama-sama menjadikannya sebagai platform penyebaran risalah dan panji-panji pencinta haiwan...Meskipun perihal haiwan jarang-jarang disiarkan melalui media 'mainstream', tetapi itu tidak menjadi halangan kepada kita semua untuk sama-sama menyemai sikap menyayangi haiwan dan memperkasakan undang-undang haiwan melalui internet....
Jik kita bercakap atau membaca, sangat elok sekiranya sekali sekala kita menukar topik...Kalau kita jarang-jarang sekali membaca artikel kehaiwanan yang berbahasa Inggeris, apa kata kita tukar dengan kerap membacanya...Ilmu pun dapat dan diri lebih menjadi bermanfaat....
Jom singgah dan baca entri-entri kelakar dari A Fortress Of Fur
Sama-samalah kita belajar untuk menghargai usaha orang lain juga...
Comments
Post a Comment