Babi Sesat Ditembak Mati

PH terbaca posting ini melalui Facebook...


ALOR GAJAH - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran.

Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat.

Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar.

“Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat. 


“Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya.

Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar.

Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan.

"Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya.

“Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya.

Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar.

Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan.

“Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya,” katanya.

Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati.

Sinar Harian

Apa Kata PH...???

PH tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar seperti yang digambarkan di dalam artikel berita ini...Tetapi pada pendapat peribadi PH ( berdasarkan artikel di atas ), walau apa jua alasannya menembak mati babi tersebut bukanlah satu tindakan yang bijak....Sehabis baca artikel ini, PH mengandaikan bahawa senapang yang digunakan oleh anggota JPAM telah pun diisi dengan peluru hidup seawal mereka berangkat dari markas menuju ke tempat kejadian...Ini mungkin bermakna tindakan yang bakal diambil ialah menembak mati babi ini sekiranya haiwan tersebut mengganas...

Strategi menggunakan sangkar sebagai perangkap sudah cukup baik, tetapi usaha kali pertama menemui kegagalan apabila babi tersebut berjaya "menterbalikkan' sangkar tersebut...PH tidak tahu pula apa jenis sangkar dan saiz yang telah digunakan kerana PH tidak nampak gambar sangkar yang telah digunakan untuk memerangkap babi tersebut...Kalau ianya sangkar untuk kegunaan 'heavy duty' ataupun sangkar khas serta dikendalikan oleh anggota yang mahir, PH rasa peluang untuk babi tersebut terlepas adalah tipis melainkan sekiranya sangkar yang digunakan oleh anggota JPAM adalah sama dengan sangkar yang PH pakai untuk memasukkan kucing-kucing DBKL....Apa yang PH andaikan di sini ialah JPAM telah menghantar anggota yang mahir menembak sahaja, bukannya mahir untuk memerangkap haiwan...Mungkin pihak JPAM lebih arif di dalam soal ini, tetapi bukankah penggunaan ubat pelali di peringkat awal semasa menjumpainya adalah lebih relevan...???

Babi ini dikatakan mengejar anggota JPAM dan orang awam...Hmmm...Apa yang PH persoalkan ialah apakah tiada arahan keselamatan dikeluarkan terhadap orang awam oleh anggota JPAM yang bertugas sebelum memulakan operasi...?? Mungkin ada, tetapi orang awam tidak sepatutnya berada di tempat kejadian sehingga boleh dikejar oleh babi berkenaan kerana operasi ini melibatkan senjata api...Bagaimana sekiranya tembakan tersasar dan mengenai kanak-kanak kecil...??? Andaikata ada orang awam yang mati akibat tindakan ganas babi tersebut, apakah babi juga yang bersalah....??? Nampak gayanya, JPAM perlu peka terhadap isu keselamatan orang awam juga...

Bagi PH, babi ini tidak bersalah sama sekali...Mungkin akibat aktiviti perhutanan yang tidak terkawal menyebabkan dia kehilangan habitat asalnya dan menyebabkannya berhijrah serta akhirnya sesat di dalam 'hutan batu'...Babi ini juga mungkin mempunyai anak....Tetapi, nasi sudah menjadi bubur...Ia telah pun mati dengan sia-sia....

Apa-apapun, usahlah kita menimbulkan syak wasangka yang melampaui batas kerana kita tidak berada di tempat kejadian...Tetapi, PH sangat kesal kerana babi tersebut telah ditembak di kepala dan dari artikel ini PH mengandaikan bahawa terdapat sedikit ketirisan dari segi pelaksanaan langkah keselamatan yang optimum...

Barangkali ada individu yang tidak mengambil kisah mengenai berita babi ini ditembak mati, tetapi PH kisah...Babi tersebut mungkin masih bernyawa sehingga sekarang jika ubat pelali digunakan dengan lebih awal...Apa-apaun, biarlah kita serahkan kepada yang pakar yer...

Comments

  1. Babi tonyok dan babi hutan bersalah!!!!

    ReplyDelete
  2. Zalim...sy setuju dgn ph...seharusnya menggunakan ubat pelali. Babi tu mengganas pun sebab nk selamatkan diri dia...dia berusaha klua dr kawasan tersebut tp gagal. Knapa harus melepaskan dua das tembakan ? Satu da ckp...tepat di kaki. Knapa harus tembak lg d ikepala? Walaupun dia hanya seekor babi sy ttp merasa sedih dgn kematiannya yg sia sia...hanya hendak menyelamatkan dirinya, dia mati ditembak! Sy ni pecinta haiwan, apapun binatang yg mati sy akan merasa sedih walaupun dia hanya seekor babi hutan.

    ReplyDelete
  3. betul. saya juga setuju dgn ph dan anonymous yg memberi komen d atas. walau ianya seekor babi..tetapi saya rasa sedih sangat babi tersebut di tembak. mentang2 la ianya seekor babi jadi org tak kesian.. sedih dan sebak saya membacanya.. :'(

    ReplyDelete
  4. Agreed with PH, it still binatang.only those animal lovers would care bout this matter. and in 1st place, y they used peluru hidup tu, they got choice what to use peluru kapur ke ape..at least it will still alive after that..may it RIP..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular