Lagi 15 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan Dari Dilupuskan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lepas ( 11 April 2013 ), sebanyak 15 ekor kucing yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur telah berjaya dikeluarkan oleh Pertubuhan Aktivis Haiwan...Pada hari itu, PH sekeluarga dan Saudara Firdaus Abdullah yang hadir...Menurut sumber, kebanyakan kucing yang ditangkap telah diadu ( dilupuskan setelah ditangkap ) adalah datang dari penduduk di sekitar Taman Melati, Wangsa Maju, Gombak dan Taman Melawati serta kawasan-kawasan di sekitar Lembah Keramat...Hmmmm...

Setelah selesai melaksanakan tanggungjawab sosial buat minggu yang ke 22, pada petang itu PH telah berjaya menemui sepasang suami isteri yang sudi mengambil 4 ekor kucing sebagai anak angkat mereka yang baru...Di rumah mereka pun ada hampir sepuluh ekor kucing...Tak sangka rupa-rupanya Encik Zaimi dan isteri adalah di antara aktivis haiwan di Semenyih yang aktif menyelamatkan kucing-kucing terbiar...Semoga mereka sekeluarga diperluaskan rezeki kelak oleh Allah SWT...



Kelihatan isteri kepada Encik Zaimi sedang memilih kucing...Beliau sangat sukakan kucing yang berbelang oren..."Nak Oyen..." katanya...


Kami semua tergelak apabila melihat keletah lucu kucing yang baru nak berkenalan ni...Macam-macam bunyi ada...Comel sungguh...Kucing hitam putih yang di luar sangkar tu adalah milik Encik Zaimi...Dikhabarkan ia dikutip di Pasar Basah Semenyih...Alhamdulillah, sekali lagi PH telah mendapat seorang lagi kawan baru...Inilah berkat kalau kita sentiasa menjaga hubungan sesama manusia...


Gambar di bawah ini adalah di antara kucing-kucing DBKL yang masih berada di rumah PH sehingga entri ini ditaip..Perangai masing-masing lincah betul...Nak bergambar pun payah tau...Asyik melompat ajer keje dia...Alhamdulillah, mereka telah selamat dari jarum suntikan maut...Kalau ada sesiapa yang nak jadi keluarga angkat untuk si comel ini, sila hubungi PH yer...Berilah mereka peluang kedua untuk memperolehi kebahagiaan...


Nota PH :

Tidak kiralah walau apa pun yang terjadi, PH dan Team HERO akan tetap meneruskan matlamat Team HERO...Biasalah, ramai orang suka mencari salah orang lain dari melihat kesalahan diri sendiri...PH juga mendapat maklumat bahawa ada orang berniat untuk mensabotaj usaha Team HERO ini...Hmmm...Tak kisahlah mereka nak buat apa pun...Kami hanya berserah sepenuhnya kepada Allah SWT...Manusia memang begitu apabila terlalu taksub untuk mencari kesilapan orang lain...


Pertubuhan Aktivis Haiwan sedang merangka pelan yang besar selepas ini untuk memberikan tanggungjawab sosial yang terdaya oleh kami untuk menyelamatkan haiwan terbiar khususnya kucing...Namun segalanya perlu mengikut prosedur dan langkah yang teratur...Kita kena sabar kalau nak melaksanakan tanggungjawab sosial sebegini lebih-lebih lagi dengan kerenah perangai manusia...Orang yang tidak memahami protokol dan prosedur sememangnya tidak akan memahaminya sampai bila-bila selagi mereka tidak mengubah sikap dan tahap pemikiran...

Kalau kita ingin mengubah sesuatu, kita kena UBAH SIKAP dulu...

Jom LIKE Fan Page Aktivis Pertubuhan Haiwan di Facebook ( link )

Comments

  1. teruskan usaha murni team HERO, walau apapun org kata.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum semua, kucing ni selalu datang ke rumah saya dan saya bagi makan... satu malam dia datang dengan luka begini.. saya bawak ke hospital veterinar dan doktor kata ada ulat memakan hampir seluruh telinga kanannya.. doktor dah sahkan telinganya tidak dapat diselamatkan dan memerlukan surgeri dengan segera.. kos dianggarkan rm2k (termasuk penjagaan dan ubat2an) minta bantuan jika ada yg sudi menolong sila hubungi Niza 012-3260222 saya ada letak gambarnya dekat fb kucing terbiar anjing jalanan ... minta tolong saya dan kakak saya sudah keluarkan dalam rm800 lebih untuk kos rawatan awal... terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan syabas kerana menyelamatkn kucing2 tersebut..selama ni tak tahu pun kucing2 terbiar ni ditangkap dan dilupuskan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular