Lagi 7 Ekor Kucing DBKL Telah Berjaya Ditemukan Dengan Keluarga Angkat Yang Baru
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....
Ramai yang ambil enteng tentang makhluk ciptaan Allah SWT yang ada di sekeliling kita, kan..?? Ramai juga yang mementingkan urusan diri sendiri tanpa mengambil kira apa yang berlaku di sekelilingnya...Sebenarnya, apa yang berlaku di sekeliling kita ada di antaranya muncul dalam berbentuk peluang, petanda alamat baik atau buruk dan juga titik perubahan ( turning point ) di dalam hidup kita....Rugilah kepada sesiapa yang tidak peka akan apa yang berlaku di sekelilingnya...Ini adalah kerana sebagai khalifah, kita bukan sahaja bertanggungjawab di dalam memenuhi keperluan kehidupan hakiki, tetapi tanggungjawab sosial juga wajib kita ambil berat...Inilah penanda aras kemajuan seseorang itu kerana orang yang buat perkara yang sama, maka dia akan dapat benda yang sama walaupun telah berpuluh tahun lamanya mereka berbuat demikian tetapi masih lagi ditakuk yang sama...Di alaf baru ini, kita kena selalu berfikir di luar kotak ( think out of the box ) dengan salah satu caranya ialah mengambil tanggungjawab sosial...
Haiwan adalah merupakan di antara bala tentera Allah SWT yang diutuskan kepada kita untuk menguji sejauh mana keehsanan kita terhadap mereka...Rugilah kalau kita asyik fikirkan tentang diri sendiri dan mengabaikan silaturrahim di antara sesama manusia dan haiwan....
Di sini PH ingin bercerita tentang serba sedikit mengenai bagaimana haiwan ini mempunyai hubungkait yang rapat di dalam kehidupan seharian kita dan bagaimana ianya boleh mengubah rutin hidup kita...Sekiranya ada sesuatu yang kalian dapat pelajari di sini, ambillah ia sebagai iktibar yer...Selagi kita hidup, kita tidak akan habis belajar...Perjalanan hidup ini adalah satu 'learning process' untuk kita 'upgrade one step ahead' setiap hari....Tak guna kalau kita sombong, bersikap kurang ajar dan memandang rendah akan usaha orang lain...Orang-orang sebegini tidak akan ke mana akalnya walau setinggi mana pelajarannya...Ilmu itu adalah hak Allah...Dia hanya akan beri ilmu kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk mencarinya...
Baiklah, untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, semalam ( 8 April 2013 ) PH telah berjaya mendapatkan keluarga angkat untuk 7 ekor kucing DBKL yang telah berjaya dikeluarkan pada minggu lepas...Sebelum itu, PH telah menjaga mereka selama beberapa hari dan gerak kerja mencari keluarga angkat yang baharu diteruskan tanpa henti...
Lokasi pertama yang PH tuju ialah keluarga angkat 2 ekor kucing DBKL yang baharu di Taman Melawati...Lebih kurang jam 9.30 malam PH tiba di sana...Kucing oren ini kelihatan janggal di rumah papa dan mama barunya...
Begitu juga dengan kucing DBKL yang ini...Masing-masing kembang kempis hidungnya untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu...
Tegak jer ekor Si Isabel ni haaa...Dia tengah tengok sedara barunya yang telah lama menetap kat rumah ni...
Kucing ni adalah kucing jalanan yang diselamatkan oleh pemiliknya...Si Kecik namanya...Matanya sakit, ada ulser...Masih di dalam rawatan doktor haiwan dan kemungkinan besar akan dibedah...Terharu PH dan MH mendengar kisah pilunya...Pemilik kucing ini sanggup mengeluarkan belanja dan memberikan tempat perlindungan...Syabas PH ucapkan...
Inilah keluarga angkat untuk 2 ekor kucing DBKL yang baru tu...PH terlupa pula namanya...Kami sekeluarga dihidangkan dengan tempeyek sedap dan kek lapis Sarawak serta air Ribena...Mantap betul...hehehehe..Suaminya pun sporting...Persefahaman di antara suami isteri di dalam usaha memelihara kucing amat dituntut....
Setelah selesai urusan di Taman Melawati, PH pun bergegas menuju ke Pandan Jaya untuk menghantar baki lagi 5 ekor kucing DBKL...PH menunggu mereka di hadapan 7 Eleven Pandan Jaya...
Suasana malam itu sangat damai...Angin sepoi-sepoi bahasa menjengah ke susuk tubuh PH yang sedikit kepenatan...Si kembar tengah main sep-sep kat dalam kereta....Riuh jadinya...
MH pula sibuk main-main dengan kamera...Maka dapatlah satu gambar kandid PH tengah termenung...Masa ni macam-macam yang PH fikirkan...Entahlah, PH hanya lakukan sahaja...PH tak kisah apa orang nak kata...
Lebih kurang jam 10.30 malam, maka muncullah saudara Ijad untuk mengambil kucing DBKL..3 ekor kesemuanya...Siap bawak beg LV lagi...hahahaha
Tidak lama selepas itu, datanglah satu lagi keluarga angkat buat kucing DBKL iaitu Kak Nadzaty Azma dan suaminya, Encik Zul...Pasangan suami isteri ini mengambil 2 ekor kucing DBKL...Riuh jadinya keadaan kat tepi jalan tu dengan hilai tawa kerana teruja....
Alhamdulillah...!!! PH ucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana usaha kami membuahkan hasil berkat gerak kerja mencari keluarga angkat yang tidak berhenti...Jadi, PH bolehlah menguruskan kucing-kucing DBKL yang akan datang...
Maka, dengan tidak semena-mena PH telah mendapat kawan yang baru...Kami berkongsi minat yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada kucing-kucing yang memerlukan....
Namun begitu, tugas masih belum selesai lagi...Masih ada banyak lagi kucing-kucing DBKL yang lain memerlukan perhatian...Buat masa ini, inilah yang PH mampu lakukan untuk mereka...Buat apa yang terdaya sahaja...Setiap manusia mempunyai had masing-masing...Hal keluarga dan anak-anak juga perlu diuruskan...
Inilah gambar kenangan PH bersama mereka...
Lagi gambar boleh dilihat di sini ( LINK )
Kalau nak tengok video bagaimana budak-budak ni terloncat-loncat macam kera, sila klik sini ( LINK )
Nota PH :
Kalau kita menjaga hubungan sesama manusia, In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT...Bagi PH, apa orang nak kata pasal gerak kerja PH ni, terpulanglah yer...Yang penting, budak-budak ni telah selamat dari dilupuskan oleh pihak berkuasa dan kini mereka sedang berbahagia bersama papa dan mama yang baharu tatkala entri ini sedang ditaip...
Comments
Post a Comment