Salam Terakhir Dari Si Toby Buat Semua
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Kisah yang PH nak ceritakan kali ini mungkin sedikit sebanyak akan mengusik jiwa para pembaca sekalian...Al kisahnya adalah mengenai seekor anak anjing yang MH namakannya Si Toby...Si Toby ni ada 8 adik beradik dan merupakan anak kepada Si Joget...Si Joget ni pula adalah anjing peliharaan jiran PH yang berbangsa Cina...
Setiap hari ( siang dan malam ) PH dan MH pasti akan memberi mereka makan...Sekurang-kurangnya ayam goreng seketul untuk seekor...Kini sudah 3 bulan mereka membesar dengan sihat...Gembira hati kami sekeluarga melihat mereka membesar di hadapan mata...Usah ditanya PH kenapa PH dan MH yang memberi mereka makan, bukannya Tuan mereka...Bukannya apa, PH tak mahu membuka aib jiran sendiri...
Jiran PH di sebelah hujung sekali pun ada memberi mereka makan...Ketika gambar ini dirakam, hanya tinggal 4 ekor dari 8 adik beradik...Entah ke mana perginya...Si Toby yang di dalam bulatan kuning tu...
Sebaik sahaja PH terlihat Si Toby terbaring di hadapan rumah, PH lantas menjerit memanggil MH untuk memaklumkan keadaan Si Toby...MH menangis semahu-mahunya ketika mengangkat tubuh Si Toby yang kecil dan berat itu...Dia sedang nazak dan menahan kesakitan yang teramat sangat...Lidahnya terjelir dan dia tidak boleh bernafas...PH tidak tahu nak berbuat apa-apa pada ketika itu...Mahu sahaja PH bawanya ke klinik tetapi apakan daya...Di hadapan kami Si Toby menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan penuh kesakitan...Nampak gayanya seperti dia menahan kesakitan sehingga menunggu kami keluar dari rumah baru...Aduhai..!!!
MH mengalirkan air mata sambil berkata :
"Tak dapat ibu nak bagi ayam kat Toby lagi....Maafkan ibu..."
Sememangnya Si Toby adalah di antara anak anjing yang paling lucu...Dialah anjing yang paling kecil di kalangan adik beradiknya...Selepas Toby pergi, PH pergi mencari adik beradiknya yang lain...Hanya tinggal 2 ekor sahaja...Lagi seekor dah hilang entah ke mana...Mungkin dia sedih adiknya telah mati...
Kini yang tinggal hanya Si Jojet seekor...PH tahu yang dia kesunyian, namun Abang Jojo sentiasa menemaninya buat pengubat rindu...
Pada malam harinya, PH pun memulakan gerak kerja menggali kubur Si Toby...Kerja menggali bermula dari jam 3 pagi sehingga 3.30 pagi...PH tidak gemar menanam kucing atau anjing pada waktu siang sebab nanti ramai pula yang menyibuk...
Kali pertama PH turunkan mayat Si Toby ke liang lahad, lubangnya tak cukup panjang, walhal masa PH ukur tu ngam-ngam jer...Tapi tak mengapalah...PH teruskan menggali sehingga besar lubang kuburnya...
Pada jam 3.45 pagi, maka selesai sudah kerja menanam mayat Si Toby...PH mengalirkan air mata secara tidak sengaja...PH sangat sedih melihat sekujur tubuh yang kecil dan tidak bermaya ini...Dan PH telah mempelajari satu lagi pelajaran baru hari ini...Inilah namanya kehidupan yang mana ianya tetap akan menuju noktah...Mereka ini juga berhak menerima hak yang sebaiknya...Haiwan yang sering dihina oleh umat Melayu Islam ini juga tetap akan kembali kepada Yang Maha Esa...Cuma Si Toby beruntung kerana jasadnya mempunyai kubur...Itulah hak mereka...
Dalam kepenatan ketika pulang ke rumah, PH melihat ibunya Si Joget hanya membaringkan diri dan memerhatikan PH dari jauh...PH dah beritahu kepadanya bahawa anaknya telah selamat PH tanam...
Tuan Si Jojet ni selalu out station, sebab tu anjingnya kadangkala terabai....Paling awal dia keluar out station adalah selama satu minggu...Bila tuannya tiada di rumah, Si Jojet ni PH akan letakkan di perkarangan luar rumah pada waktu malam bagi mengelakkan yang sama berulang...Nanti bila dia dah besar sikit senanglah...
Kini yang tinggal hanyalah kenangan....Memang terasa sangat pemergian dan kehilangan mereka...Ada banyak lagi video yang PH rakam ketika PH bermain-main dengan mereka, tetapi PH malas nak upload sebab nanti ramai pula yang tiba-tiba nak jadi ustaz copy paste...Walhal video tu bukannya menunjukkan PH pegang mereka...
Nota PH :
Begitulah kisah seekor anak anjing yang telah kembali kepada Penciptanya...Ramai orang Melayu Islam telah memberikan persepsi yang negatif kepada makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat comel dan istimewa ini....PH sudah acapkali menerima tamparan hebat dihina dan dimarahi di dalam Personal Message Fan Page Kakimotong Fan Club...Sesungguhnya, mereka hanya membenci perkara yang mereka sendiri tidak fahami, malah mereka tidak berminat untuk memahaminya...Ada yang suruh PH isytiharkan tentang apa agama yang PH anuti di Facebook hanya kerana video PH bermain bola dengan Jojo Kepsi Pet Pet disiarkan di Fan Page Kakimotong ( link ) ...Sudah-sudahlah tu yer...
Haiwan-haiwan ini adalah guru di antara kehidupan kita...Kadangkala Allah menghadirkan seekor anjing di hadapan kita untuk mengujji sejauh mana keehsanan hati kita...Beruntunglah kepada sesiapa sahaja yang berani menyantuni mereka ataupun memuji-muji keindahan mereka walaupun di dalam hati...
Jangan sangka kita sudah beragama Islam kemudian boleh sesuka hati mempertikaikan akidah orang lain...Bagi PH, soal anjing tidak akan menjadi berat sekiranya kita berlapang dada untuk menerima ia sebagai satu pelajaran...Kita kena bijak membezakan antara pendapat ulama dan hukum hakam syarie Islam...
Kisah pilu Si Toby sudah cukup jelas untuk menyampaikan mesej bahawa ia juga memerlukan kasih sayang dan menuntut haknya...Sesungguhnya keletahnya semasa hidup akan tetap menjadi 1001 kenangan buat PH sekeluarga walaupun ianya hanya seketika cuma...
Bagi kalian yang memelihara anjing ( khususnya kaum Cina dan India ), mandulkanlah anjing anda untuk mengelakkan bertambah lagi populasi anjing jalanan...Jangan abaikan anjing anda yer...
Tk dpt menahan juraian airmata dr menitis laju d pp ini.dpt memahami perasaan PH dan MH yg kehilangan binatang kesayangan.moga Allah berikn ketabahan pd kita pencinta haiwan ini
ReplyDeletesesetengah orang anggap anjing nie cam masalah...padahal Allah hantar depa ni untuk bagi ujian sama ada kita nak buat pahala atau dosa
ReplyDeleteSy muslim tp sy sgt suke ngan anjing dan kucing,bhkan sy brniat nk mnampung mereka kat dlm rmh,bgi sy anjing tak najis,terserah org nk ckap ape,yg psti allah mha tau tentang org yg penyayang
ReplyDeleteSy muslim tp sy sgt suke ngan anjing dan kucing,bhkan sy brniat nk mnampung mereka kat dlm rmh,bgi sy anjing tak najis,terserah org nk ckap ape,yg psti allah mha tau tentang org yg penyayang
ReplyDeletesy muslim tp sy sgt suke ngan anjing dan kucing,bhkan sy brniat nk mnampung mreka dlm rmh,bgi sy anjing tak najis,trserah org nk ckap ape,yg psti ALLAH mha tau stiap prbuatan mkhluk ciptaaNYA
ReplyDeletemengalir deras air mata saat membaca kisahni,kami sekeluarga beragama islam,dan kami memelihara 3ekor anjing,mereka dah menjadi bagian dari keluarga kami,sungguh tak terbayangkan sedihnya hati jika mereka di panggil olehNYA
ReplyDelete