Selamat Datang Si Sammy, Si Kucing Kurap

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman

Bersambung dari entri yang lepas ( link ), PH ingin berceritakan tentang kisah Si Sammy...Si Sammy ni dijumpai oleh MH ketika dia sedang bergolek-golek di tengah-tengah jalan raya...Melihatkan keadaan itu, PH pun memberhentikan kereta untuk memberikan laluan kepada MH mengalihkannya ke tepian jalan...Tapi bila dibelek-belek, rupa-rupanya wajah si comel ini dipenuhi dengan kurap...Begitu juga di badan dan di kakinya...Patutlah dia menggedik-gedik kat tengah jalan...Gatal agaknya...Kebetulan masa tu PH di dalam perjalanan untuk menuju ke klinik Dr. Zul untuk membawa arwah Si Prince ( ketika itu masih hidup )...Alang-alang tu, PH bawa Si Sammy ke klinik sekali jalan untuk mendapatkan rawatan baginya...

PH anggarkan umur Si Sammy ni lebih kurang 4 bulan...Kecik lagi minah ni...Tapi yang bestnya dia suka melese kat leher dan celah ketiak...hehehehe...



Setibanya di klinik Dr. Zul di Seri Kembangan, Si Sammy ditempatkan di dalam sangkar tahanan sementara menanti giliran...Diam jer dia kat dalam sangkar tak banyak kerenah...Pada malam itu klinik beliau tidak ramai pelanggan...Maka urusan menunggu pun tidak lama...



Lepas ditimbang, Dr. Zul mengesahkan bahawa Si Sammy dijangkiti penyakit kulit iaitu Mange ( kurap )...Kesian betul...Kecik-kecik dah ada kurap...Kalau dah besar macamana agaknya rupa kurap tu...Dah macam bunga raya agaknya....



Si Sammy diberikan suntikan pembunuh kuman kurap...Bila kena jep, apalagi...!!! Meraunglah Si Sammy ni semahu-mahunya...Tapi tak lama, dalam seminit jer...Ini adalah tindakbalas normal bagi suntikan untuk kurap dan hama...Kosnya pun tak berapa mahal...Semuanya di bawah RM50 jer...PH rasa, semua orang mampu, kan...??

Si Sammy belum boleh divaksinkan lagi kerana tahap kesihatan fizikalnya yang masih belum 'fit'...In Shaa Allah nanti PH akan bawa Si Sammy semula berjumpa dengan Dr. Zul untuk rawatan susulan apabila dia dah 'fit' nanti...



Sekarang ni Si Sammy dah jadi Lady Boss di rumah PH...Suka bila PH tengok dia dapat berbaring di atas kusyen empuk...Stress pun hilang...



Abam Iyo pun memang suka mengalah dengan adik-adiknya..Dia biarkan ajer adik barunya berbaring di tempat dia tidur...Ituah, kucing pun pandai mengalah, kan...?? Kadang-kadang terasa melayan kucing ni lagi senang dari melayan kerenah manusia....


Nota PH :

Tak rugi kalau kita membelanjakan sedikit rezeki kita untuk mereka...Tetapi apa jua perbuatan kita tu adalah bergantung kepada niat...Kalau niat kita itu baik, maka baiklah jadinya...Begitu juga kalau di sebaliknya...Bersedekah kepada sesama manusia juga usah dilupakan kerana ada bahagian rezeki yang kita perolehi adalah hak untuk mereka yang memerlukan...Tak salah kalau kita berkongsi rezeki untuk haiwan dan kemudian kita uar-uarkan di dalam Facebook atau blog...Ini adalah kerana kita sama-sama nak'educate' masyarakat agar menjadi lebih prihatin terhadap haiwan jalanan....Tiada siapa yang boleh menilai keikhlasan kita kerana sesungguhnya nilai ikhlas kita itu hanya Allah SWT jer yang tahu...Jadi, jomlah kita sama-sama 'educate' kawan-kawan kita juga yer...

Untuk makluman, Si Sammy ni PH buka untuk adoption...Kalau ada sesiapa yang sudi nak adopt, nanti hubungi PH yer...

Comments

  1. PH...kalau kita bwa balik kucing kurap mcm ni dia akan jangkit kat kucing2 kita yg sedia ada x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular