Salam Terakhir Dari Si Prince Buat Semua

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Rasanya dah ramai yang tahu mengenai nasib malang yang menimpa salah seekor yang telah berjaya dikeluarkan dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL, Setapak....Alkisahnya bermula pada 2 minggu yang lepas ( 23 March 2013 ) bersamaan dengan hari Sabtu di mana sebanyak 10 ekor kucing yang telah ditangkap berjaya dikeluarkan oleh Team HERO...Mereka semua ditangkap akibat diadu oleh orang awam kepada pihak DBKL...Inilah akibatnya kalau tahu bela kucing tapi tak tahu nak jaga dengan sebaiknya...Mereka menjadi mangsa keadaan akibat sikap suka pemilik kucing yang melepaskan sebahagian tanggungjawab hakiki iaitu menjaga kebajikan haiwan peliharaan mereka...

Dalam entri ini PH ingin menceritakan tentang nasib malang yang menimpa Si Prince ( dalam bulatan kuning )...Kucing yang baru nak kenal dunia ni pun menjadi mangsa aduan...Ketika PH keluarkannya, PH dah syak bahawa Si Prince sedang sakit...Sebab itu PH tidak mencampurkannya ke dalam sangkar mudah alih yang juga turut menempatkan kucing-kucing yang lain...



Dia lemah sahaja di sepanjang perjalanan...Nafasnya laju turun naik...Ekornya kelihatan ada masalah...



Lebih kurang satu jam perjalanan ( dari Setapak ke Semenyih ), PH terus meletakkan Si Prince di dalam bilik PH ( selepas dibersihkan )....Hmmm...Memang ada masalah dia ni...Perutnya kempis sangat dan mengalami stress yang melampau mungkin akibat terkurung di dalam sangkar DBKL bersama-sama dengan kucing-kucing yang lain...Apabila PH belek-belek, rupa-rupanya dia adalah kucing jantan tetapi 3 warna ( biasanya kucing jantan 2 warna sahaja )...



Hujung ekornya seperti reput manakala daging pada bahagian kuku kakinya berlubang tetapi tidak busuk...



Dia takde selera makan...PH bagi AD Diet yang digilai kucing pun dia pandang jer...Kalau makan pun, dia hanya menjilatnya sahaja lepas tu dia termenung...PH tahu dia ada masalah dalaman...Seperti kucing-kucing DBKL yang terdahulu, PH menjaganya selama 2 minggu lebih untuk memantau keadaan kesihatannya sebelum dibawa ke vet...Selama tempoh itulah PH terpaksa melakukan 'Force Feed' ( paksa makan ) dengan picagari...PH juga turut melakukan 'Force Drink' dengan air kelapa untuk menghidratkannya...



Setelah genap dua minggu, Si Prince masih dapat bertahan lagi tetapi keadaannya masih lemah...Banyak manapun makanan yang PH beri padanya, beratnya masih tidak bertambah...PH syak dia dijangkiti virus Parvo...Maka, PH pun bawa Si Prince berjumpa dengan Dr. Zul di Seri Kembangan setelah tempoh dua minggu tamat...



PH agak terkejut kerana Dr. Zul mengesyaki Si Prince dijangkiti virus parasit Sporo...Alahai, sudah jatuh ditimpa tangga pula Si Prince ni...PH hanya mampu menggelengkan kepala dan menghela nafas panjang....



Walaupun begitu, ianya hanya ramalan awal sahaja sebab simtom penyakit yang dialami oleh Si Prince agak berlainan dari kucing yang mengalami jangkitan virus Sporo yang sebenar kerana kucing yang dijangkiti virus ini biasanya tidak banyak masalah selera makan...Buat sementara, Dr. Zul memberi ubat antibiotik dan menyarankan kepada PH untuk memantau kesihatannya untuk dua hingga tiga hari lagi...



Hmmm...Genap hari ketiga selepas dibawa pulang dari vet, Si Prince telah mula nazak...Dia muntah hijau dan mengeluarkan najis yang sangat busuk dan berwarna coklat kehitaman...Nampaknya, Si Prince mungkin dijangkiti dua virus sekaligus iaitu Parvo dan Sporo ( peringkat awal )....Bahagian daging kukunya yang berlubang tadi sudah mula berlendir dan mengeluarkan sedikit nanah....

Berat mata memandang, berat lagi tangan untuk mengendalikannya...PH menemani Si Prince sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir...Ketika nyawanya dicabut, mulutnya ternganga dan matanya terbeliak..Ini sudah cukup membayangkan betapa seksanya keadaan dia menghadapi sakaratul maut....Jasadnya sudah pun PH semadikan...Si Prince ni adalah seekor kucing yang sangat manja....Sebelum dia mati, PH sempat menyantuninya dengan makanan sedap dan sedikit air bagi menghilangkan hausnya...Berkali-kali PH meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat menyelamatkannya...PH kata :

"Kalau adik tak tahan sangat, pergilah yer...Jangan ditahan-tahan...Maafkan ayah yer..."

PH dah tak larat nak mengalirkan air mata lagi...PH sedar yang PH perlu fokus untuk menyelamatkan kucing-kucing yang lain...Cangkul yang ada ni pun nak kena beli baru sebab dah nak patah...Apa tidaknya, asyik menyangkul ajer....


Nota PH : 

PH tahu ramai di kalangan pembaca pernah mengalami situasi sebegini, malah mungkin ada di antaranya pernah menjaga kucing cacat dan lumpuh sehingga ke akhir hayat kucing mereka...Inilah pengorbanan sebagai seorang aktivis haiwan...PH banyak menerima cerita yang dikongsikan di Fan Page Kakimotong Fan Club tentang pengalaman mereka yang menjaga haiwan-haiwan terbiar yang cacat dan lumpuh....Bagi anda yang baru menceburi dunia aktivis haiwan ini, kesabaran dan pengorbanan adalah sangat dituntut...Kita kena sabar melayan kucing yang sakit...Kita juga kadangkala terpaksa berkorban kudrat dan wang ringgit demi menyelamatkan mereka...Ketahuilah bahawa semua perkara ini akan dikira oleh Allah sebagai satu ibadah dan jihad menuju keredhaanNya...

Begitulah al kisah pilu Si Prince...Semoga kisah pilunya dapat dijadikan iktibar buat kita menempuh kehidupan yag seterusnya...

 Entri yang akan datang PH akan ceritakan tentang kisah pilu Si Sammy yang dibawa sekali dengan Si Prince berjumpa dengan Dr. Zul...Kalau nak tahu serba sedikit tentang ceritanya, sila KLIK SINI...


Comments

  1. PH, sy pernah alami anak kucing saya mati atas pangkuan.. masa dia nazak tu, sy ckap mcm apa yng PH cakap.. xlama lepas tu Allah tarik nyawa dia.. sedih sangat..tapi tak sanggup nak tengok dia tahan sakit.. hmpir sebulan. anak kucing saya masa tu masuk umur 3bulan..

    ReplyDelete
  2. Sedihnye baca. sebak rasanye.

    ReplyDelete
  3. Sedihnye baca. sebak rasanye.

    ReplyDelete
  4. Kucing sy da 5 ekor mati bturut2 kbelkangan ni..mngkin sbb virus parvo..sy x snggup da ngok kucing mati sekor demi sekor..tlg la sy PH.. :'(

    ReplyDelete
  5. Sayangnya encik pada kucing

    ReplyDelete
  6. Saya ada ibu kucing. Nama good. Selalu beranak, dah 5 kali beranak. Ni sdg bunting k 6. Sapa nak anak kucing boleh hubungi saya 019 6212034. Nanti dah lahir anaknya saya beri percuma

    ReplyDelete
  7. Pengalaman menjaga kucing lumpuj n sakit terlalu byk.
    .namun itu langsong tak mematahkn semangat saya untuk membela mereka...stakat ni ada 13 ekor kat umah...kucing jalanan serta kucing yg ownernya tak sanggup nak jaga lagi...kalo blh nak tambah lagi...kucing2 yg dtg menumpang pn byk...tau pulak mereka ni pukul brapa saya biasa bg makan...cukup jam...tercongok muka mereka kat pintu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular