Usah Menjadi Manusia Yang Cukup Syarat Sahaja

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Baru-baru ni mulut Abam Iyo ( Hero ) meleleh tak berhenti...Mulutnya ada ulser tapi tak serius...Sebelum ia menjadi parah, PH bawak dia cepat-cepat ke klinik haiwan...Usah dipandang remeh sekiranya kucing-kucing kita mempunyai simtom atau kelakuan yang luar dari biasa...Seelok-eloknya kita perlu membawa mereka ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan awal...Kesilapan besar yang kerap dilakukan oleh pemilik haiwan kesayangan membuat tafsiran sendiri tentang penyakit yang dihidapi oleh kucing atau anjing dan bertangguh untuk membawa mereka ke klinik sehingga keadaan mereka menjadi semakin parah...Seelok-eloknya, serahkan sahaja pada yang pakar yer...Kita kena ingat semakin parah keadaan kucing itu, semakin tinggilah kos rawatannya...Kalau bijak, pilihlah yang mana...?? hehehe

Pada petang itu, PH membawa Abam Iyo ke klinik yang paling dekat dengan rumah PH iaitu di sekitar Pekan Semenyih...Dr Cham pun sudah biasa dengan Abam Iyo...Biasanya PH akan membawa dia ke klinik Dr Zul di Seri Kembangan tetapi oleh sebab jarak dan masa, maka PH bawa ia ke klinik Dr Cham jer...


Abam Iyo tengok ajer doktor yang merawatnya tu...Kalau doktor tu ke kanan, maka ke kananlah dia toleh...Kalau doktor tu jalan ke kiri, ke kirilah kepalanya...Alahai anak kesayangan papa ni...Bijak sungguh...


Bulu dia meremang sekejap lepas kena jep...Petang itu Abam Iyo kena 3 das...Hadoiii...!!!


Masa nak balik, PH terjumpa seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemeja dan seluar pejabat...Kelihatan seperti seorang pengurus...Lantas beliau memperkenalkan dirinya Encik Ganesan...Dari nada suaranya, beliau kelihatan lembut di dalam tegas...Encik Ganesan sangat peramah...Beliau ditemani oleh anak perempuannya iaitu Cik Uma...

Apabila ditanya, beliau terpaksa keluar dari waktu pejabat kerana mendapat tahu anjingnya yang bernama Puppy telah jatuh sakit...Terharu PH mendengar tindakan drastik beliau...Tanpa berlengah, beliau terus membawa anjing kesayangannya berjumpa dengan Dr Cham...


Ini bukan kali pertama beliau ke klinik ini...Sebelum ini Puppy pernah menerima rawatan di sini...


PH difahamkan bahawa Si Puppy mempunyai kecederaan dalaman di bahagian perut akibat menelan tulang ayam yang tajam...Kecederaannya agak parah...Yang lebih mengharukan, Si Puppy ini telah dikutip oleh Encik Ganesan setelah ia dilihat sedang berkelana di tepian jalanan...Syabas PH ucapkan di atas keprihatinan beliau...Keadaan Si Puppy ini sudah stabil sekarang tetapi PH tidak pasti pula samada ada surgeri dilakukan terhadapnya atau tidak...


Nota PH :

Apa yang dilakukan oleh Encik Ganesan adalah jarang dilakukan oleh orang yang biasa-biasa...Tanggungjawab dan rasa hormat sesama makhluk adalah nilai utama maruah seseorang manusia...Tanpanya, kita hanyalah manusia yang biasa-biasa ataupun hanya sekadar menjadi manusia yang cukup syarat sahaja tidak kiralah apa jua tarafnya...Apabila kita berani mengambil tanggungjawab, ia secara tidak langsung menunjukkan siapa kita sebenarnya...Begitu juga di dalam aspek hormat-menghormati sesama insan...Tanggungjawab sosial tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja...Kalau kita ingin dihormati, kita terlebih dahulu perlu menghormati orang lain...

Di antara halangan yang sering dialami oleh pemilik haiwan atau penyelamat haiwan ialah MASA...Namun begitu, sekiranya kita fokus dan bijak menguruskan masa, In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT..Yang penting, kita tawakal kepadaNya dan lakukan sahaja tanggungjawab yag telah diamanahkan kepada kita...

Steady Semua...!!!

Comments

  1. ooo baru aku tau kucing pun boleh terkena ulser yer..selain dr air liur meleleh apa tanda2 lainkucing tu terkena ulser?

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular