Salam Terakhir Dari Si Rocky Buat Semua

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Rasanya, dah ramai yang tahu kisah pilu mengenai Si Rocky yang PH jumpa baru-baru ni....Tetapi umurnya tak panjang...Hanya seketika sahaja dia bersama-sama dengan PH...Kalau kalian terlepas untuk mengetahui kisah pilu Si Rocky ni boleh baca di sini ( KLIK SINI )

Pada Jumaat yang lepas, PH dah menduga akan nasib buruk yang bakal menimpa Si Rocky...Pada hari itu dia kelihatan sangat sugul....PH suapkan sedikit makanan ke dalam mulutnya kerana dia sudah tidak mampu berdiri lagi....Dia sedang di ambang nazak....

Pada waktu sebelah paginya pula, PH terjumpa seekor jasad kucing oren yang terbaring kaku di tengah-tengah jalan ( berhadapan dengan Restoran Shukri di Semenyih ) ketika nak beli nasi lemak untuk si kembar...Oleh kerana keadaan jalan raya yang agak lengang dan masa pun tidak terlalu sibuk, maka PH pun turun dari kereta dan mengangkat mayat kucing tersebut ke dalam kereta lalu meneruskan perjalanan...Alang-alang PH hantar nasi lemak si kembar ke rumah, PH tempatkan mayat kucing oren ini di perkarangan rumah buat sementara sebelum keluar semula ke tempat kerja....PH bercadang untuk mengebumikan mayat kucing oren ini di sekitar kawasan rumah...Lagipun di kawasan rumah PH ni ada banyak kawasan berumput...

MH telah membawa Si Rocky yang sedang nyawa-nyawa ikan itu ke klinik haiwan di Semenyih ini ketika PH pergi ke masjid....MH pergi menaiki teksi...Walaupun kami dah tahu dia sedang menghadapi sakaratul maut. tetapi kami tetap ingin mengetahui penyakit apa sebenarnya yang sedang dihidapi oleh Si Rocky ini memandangkan ini adalah kes yang kedua PH menemui kucing yang sakit teruk macam ni...Kes pertama yang PH jumpa boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...Ini adalah merupakan kali kedua Si Rocky dibawa ke klinik...Kali pertama doktor memasukkan air dan memberi beberapa ubat termasuk antibiotik...Keadaannya perlu distabilkan sebelum melakukan pembedahan akibat Traumatic Injury berdasarkan bengkak di bawah perutnya...



Menurut doktor yang memeriksa Si Rocky, dia disahkan menghidap penyakit FIP ( Feline Infectious Peritonitis ) yang sehingga kini tiada penawarnya selain dari mengalami kecederaan dalaman berdasarkan bengkak besar di bawah perutnya...Bahagian abdomennya dipercayai dipenuhi nanah...

PH dimaklumkan perkara tersebut oleh MH dari klinik haiwan tersebut melalui panggilan telefon ketika PH berada di luar untuk melaksanakan tugas hakiki....Si Rocky masih bernyawa ketika MH membawanya pulang ke rumah...Pada lewat petang itu, PH pulang dan kemudian menjenguk Si Rocky...Dia masih lagi bernyawa tetapi keadaannya sangat daif dan menyedihkan...Badannya sangat kempis, air liurnya busuk, najisnya cair berwarna hitam dan tubuhnya keras mengerekot...Sekali sekala dia sawan...Lihatlah..!!! Haiwan yang tidak berdosa pun seksa ketika menghadapi waktu sakaratul maut, apatah lagi kita yang tidak pernah terlepas dari dosa...PH seringkali mengingatkan di dalam page dan blog ini bahawa haiwan adalah di antara guru di dalam kehidupan kita...Mereka adalah di antara bala tentera Allah SWT yang diturunkan ke hadapan kita untuk menguji sejauh mana keehsanan kita sebagai seorang manusia terhadap haiwan yang tidak berakal ini...

Tidak lama selepas PH pulang ke rumah, Si Rocky telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang sangat menyeksakan...Rasanya tak sampai hati PH nak siarkan gambarnya di dalam blog ini kerana ianya sudah pasti akan mendatangkan kesedihan yang teramat sangat di kalangan pembaca...Lagipun, PH nak mengelak dari dikatakan suka meraih simpati dari mereka yang berfikiran negatif dan jumud ( kolot )...Orang-orang sebegini sememangnya suka mencari kesalahan orang lain walhal dirinya tidak pernah berbuat satu apa pun terhadap haiwan...

PH kebumikan arwah Rocky satu liang lahad dengan mayat kucing oren yang dilanggar kenderaan pada pagi Jumaat hari tu...Sebenarnya, mayat kucing oren ini pun ada kenangan bersama PH sekeluarga....Baiklah..!!! PH akan ceritakan nanti...



Makhluk yang setia menemani PH menggali kubur arwah Si Rocky ini ialah Jojo Kepsi...Mayat kucing-kucing yang PH tanam dulu pun Jojo juga yang temankan...Biasanya lepas menanam mayat kucing, PH akan menguji tanah kubur tersebut samada Si Jojo ni nak gali kubur itu atau tidak...Kalau dia hidu kubur tu lama sangat, maknanya kedalaman kubur itu tidak mencukupi dan biasanya Jojo akan cuba menggali....Kalau tanah tidak padat, habislah kena gali dek anjing...Tapi Si Jojo ni hidu kubur Si Rocky kejap ajer lepas tu dia buat hal dia sendiri...Ini menunjukkan kedalaman kubur Si Rocky adalah optimum...Jojo pernah cuba menggali kubur seekor kucing yang PH tanam dulu sebab tanah yang tidak padat menyebabkan bau busuk dari bangkai itu masih boleh dihidu oleh anjing....



Berbalik kepada cerita kucing oren tadi....PH selalu juga makan di Restoran Shukri yang terletak hanya 150 meter dari rumah PH...Semasa ada hayatnya, kucing oren ini selalu melese dan mengendeng kat kaki PH untuk meminta makanan...Maka, selalu jugalah kami anak beranak menyantuninya dengan makanan...Ini adalah gambar kucing oren ini yang diambil dan dimuatnaik ke dalam Instagram PH pada bulan lepas...Pada ketika ini, dia sudah kekenyangan selepas kami anak beranak memberinya makan bersama-sama dengan beberapa ekor kucing jalanan...Dia menjilat-jilat muka dan badannya di hadapan kami sekeluarga...Bahagia rasanya dapat berkongsi rezeki dengan mereka...



Tetapi PH tak sangka hayatnya berakhir sedemikian rupa....Kepalanya pecah akibat dilanggar kenderaan...Badan dia ok jer...Masa PH jumpa mayat kucing oren ni, badannya masih panas dan tubuhnya masih lembut...Darah yang mengalir masih 'segar'....Lokasi kemalangan di hadapan Restoran Shukri Semenyih...



Arwah Si Oren ini telah PH kebumikan satu liang lahad dengan arwah Si Rocky pada malamnya...Seperti kebiasaan, PH mampatkan tanah dengan batu bata dan kemudian membiarkan batu bata itu di atas tanah kuburnya...Ianya bertujuan supaya tanah tidak akan mendap dengan banyak...Bangkai kucing yang ditanam dalam tanah akan menjadi lembik akibat suhu panas dan ianya akan menyebabkan tanah akan menjadi mendap...Kalau tak dimampatkan, tanah akan menjadi ke dalam apabila dipijak...Anjing pun senang nak gali....Batu bata ini akan PH biarkan selama beberapa hari sehingga struktur tanah akan menjadi keras dan tidak mendap lagi...


Ini adalah kubur arwah Si Kenot...Tanah ini sudah keras dan tidak mudah digali anjing...PH mampatkan dengan menghentak-hentakkan batu bata di atasnya secara perlahan-perlahan...Batu bata pun PH dah alihkan...


Ini adalah jenazah arwah Si Kenot dan sahabatnya Si Sephina yang PH dah semadikan...Kisah pilu arwah Si Kenot dan arwah Si Sephina boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )


Nota PH :

Tidak kira apa pun taraf kita, sikap mengambil tanggungjawab adalah sangat penting...Bukannya apa, ia juga adalah untuk saham kita di akhirat kelak...Tak rugi kalau kita berbuat baik sesama makhluk samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita di masa yang hadapan nanti....


Bagi PH, kalau baik yang kita buat, maka baiklah natijah yang kita akan dapat....Begitu juga kalau kita bersikap sebaliknya....Saranan PH, buatlah apa yang kita termampu agar tidak terbeban kerana itu adalah yang terbaik untuk kita juga...Bersikap sederhana adalah sangat dituntut oleh syarak...PH ceritakan semua ini adalah untuk dijadikan sebagai testimoni dan peringatan sesama kita bahawa haiwan juga mempunyai hak di atas muka bumi ini....Usah kita memandang hina kepada haiwan waima anjing dan babi sekalipun kerana mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT...Menghina mereka adalah ibarat kita menghina sesebuah lukisan di hadapan pelukisnya...

Muhasabah diri adalah lebih baik dan ingatlah bahawa setiap satu perkara dan aral yang melintang di hadapan kita adalah merupakan ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana keehsanan kita...Kalau kita ada kekangan tatkala menyelamatkan haiwan, berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan mohonlah pertolonganNya...Rezeki tu Allah Taala yang bagi, maka tak perlulah kita khuatir asalkan kita meneruskan usaha untuk mencarinya...

Comments

  1. Syukur Alhamdulillah dgn adanya insan spt PH. Paparan bukannya utk riak, tetapi sekadar brkongsi kita sbg makhluk Allah. Semoga semakin ramai insan prihatin didunia ini... Ternyata benar...haiwan2 ini ibarat guru kiranya kita hayati & dekati mereka dgn kasih syg..
    Semoga PH & keluarga sentiasa berada dlm Rahmat AllahSWT...

    ReplyDelete
  2. :'(. terus kan berbakti pada haiwan. saya nk buat mcm PH buat, tp sekarang ni banyak halangan. cuma kalau bab menyantun kucing jalanan, insyallah mmg x pernah miss.

    ReplyDelete
  3. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
    dan kepada Allah SWT tempat sebaik-baiknya kita kembali. kita berkongsi dunia dengan Rocky serta yang lain-lain yang telah pergi meninggalkan kita. tidak merugi sedikit pun masa serta harta yang kita belanjakan untuk mereka kerana rezeki itu tetap daripada Allah SWT untuk mereka.

    RIP Rocky.

    ReplyDelete
  4. Salam PH...terhsrunya baca kisah yang PH tulis...Nrkcik sekeluarga mmg sayang kucing..tsk kiralsh kucing kst kdai makan....klau comot sngat balik kena mandi...laa ni ada 6 ekor....dok dlm kandang...lepas separuh hari...da ramai tapi kalau nak bagi orang tak sampai hati nak pisahkan..

    ReplyDelete
  5. sedihnya kisah rocky, hidup dia selama ni dlm kesakitan,
    Atleast sebelum rcky pergi ada insan yg manjakan dia. TQ papahero, semuga hidup anda sekeluarga bahagia.

    ReplyDelete
  6. Myantuni haiwan ini fardhu kifayah...
    I suka sgt kucing...

    ReplyDelete
  7. FIP adalah penyakit kucing bawaan virus yg amat viral dan fatal spt jugak parvo, FELV dan FIV. Sehingga kini masih belum ada ubat maupun vaksin untuk mencegahnya. Ada 2 jenis FIP wet atau dry. Arwah Rocky mungkin menghidapi dry FIP di mana kalau wet tentunya keadaan fizikalnya akan lebih sedih dengan perut yg membusung kerana dipenuhi cecair.

    PH sekeluarga, sy mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga dengan segala pengorbanan PH mengisi ruang kosong di penghujung hidup Rocky yg penuh penyiksaan dan penderitaan. Sy hampir pasti arwah Rocky tak putus2 mendoakan segala kebaikan buat PH sekeluarga sehingga nafasnya yg terakhir. Alangkah bertuah dirinya kerana dikurniakan 'tuan' yg amat mengasihi dan merasai perasaannya.

    Tidurlah Rocky sayang bersama teman baru mu si Kuning. Semoga dipertemukan diakhirat nanti dengan 'tuan' mu PH sebagai pembelanya pula. R.I.P

    Noor Faiza
    KL

    ReplyDelete
  8. bila saudara mengatakan seksanya saat sakaratul maut itu.....sy juga mengalaminya....kucing saya....saya lihat seekor kucing yg tidak ada dosa kepada manusia....bagaimana sakitnya mati dia rasa....kita manusia....x tahulah macam mana.....ianya sangat menginsafkan diri....nasihat yg paling baik adalah MATI

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular