Tolonglah...!!! Jangan Bela Kucing Banyak Kalau Tiada Kemampuan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman

Alhamdulillah..!!! Jutaan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi dengan limpah kurnia dariNya Team HERO telah berjaya melaksanakan misi mengeluarkan kucing-kucing dari sebuah pusat kurungan haiwan di Kuala Lumpur yang hampir dilupuskan selama 22 minggu berturut-turut tanpa gagal...

Kehadiran Team HERO kali ini disertai oleh Saudara Firdaus Abdullah ( FB Uuncle Angah ) dan seorang aktivis haiwan yang aktif menyelamatkan kucing secara solo iaitu Saudara Shahratul Aswat...Kali ini, jumlah kucing yang berjaya dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan tersebut ialah sebanyak 20 ekor...Agak menyedihkan juga pada hari itu kerana PH dimaklumkan ada seorang individu yang baru sahaja pulang sebaik sahaja ketibaan kami...Individu tersebut telah menghantar sebanyak 5 ekor anak kucing miliknya sendiri ke pusat kurungan haiwan tersebut dengan alasan dah tak larat nak bela...Lebih menyedihkan, anak-anak kucing tersebut dihantar TANPA IBUNYA...PH juga dimaklumkan bahawa pemilik anak kucing tersebut tinggal di Wangsa Maju dan berbangsa Melayu...Astaghfirullahalazim...!!!! Di mana letaknya iman orang ni agaknya yer..??? Inilah akibatnya kalau tidak mahu memandulkan kucing...Terasa 'rugi' sangat-sangat kerana PH tak sempat berjumpa dengan individu tersebut...


Seperti biasa, si kembar juga turut PH bawa...PH memang nak budak-budak ni 'exposed' kepada aktiviti sebegini kerana satu hari nanti merekalah yang akan menyambung perjuangan PH dan bakal menjadi Admin / Pengendali Fan Page Kakimotong nanti...In Shaa Allah jika panjang umur...


Inilah anak-anak kucing yang telah dihantar oleh individu tersebut...Kesian betul PH tengok keadaannya...Dahlah dibuang tanpa ibu, comel-comel pulak tu...


Yang si kecit ni yang paling lincah...Tengok dia berdiri pun macam pendek jer kaki dia...hahahaha...Sekarang ni dia dan empat beradiknya yang lain berada di rumah PH sementara menunggu papa dan mama angkatnya yang baru....


 Saudara Shahratul Aswat pun kelihatan tersenyum jer...Sememangnya beliau adalah seorang lelaki yang pemurah senyuman...Beliau juga banyak menyelamatkan kucing-kucing jalanan, di antaranya ialah arwah Si Kenot ( KLIK SINI )...


Ada seekor kucing DBKL telah dibawa pulang oleh beliau...Naik motor jer...Jangan risau, ada beg nak letakkan si comel tu...Lagipun rumah beliau tidak jauh dari pusat kurungan haiwan ni...Kalau jalan kaki 2 jam sampai lah....hehehehe


Selama beberapa hari budak-budak DBKL ini berada di dalam jagaan PH, akhirnya ada seorang aktivis haiwan sudi menjadi mama kepada 2 ekor kucing comel...Jutaan terima kasih buat Saudari Azuwana...PH hantar kucing-kucing ni ke rumah beliau di Sungai Jelok, Kajang...Nasib baik tak sesat, kan Cik Azuwana..?? hehehehe


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana PH membuat Adoption Drive secara online...Begini caranya...Ketika PH mengambil foto satu persatu kucing-kucing yang nak diiklankan, perkara pertama yang PH buat ialah membaca Bismillah dan berniat kat hati semoga ada insan yang nak mengambil kucing-kucing ini sebagai anak angkat...Alhamdulillah...!!! Sebaik sahaja diiklankan, Personal Message PH di Fan Page Kakimotong dan Pertubuhan Aktivis Haiwan di Facebook dibanjiri dengan pertanyaan yang bertanyakan tentang bagaimana nak mengambil anak-anak comel ini....Dengan sedikit sentuhan kreativiti, PH menghabiskan masa hampir setengah jam untuk merekabentuk poster iklan sebegini...Dan ianya berhasil...


Nota PH :

Tolonglah, janganlah bela kucing banyak-banyak kalau tiada kemampuan...Kalau nak bela juga, tolonglah mandulkan mereka...JAKIM telah mengeluarkan fatwa bahawa mengkasi kucing adalah harus hukumnya demi menjaga maslahah umat sekeliling...Kucing-kucing yang ditangkap oleh pihak berkuasa biasanya akan dilupuskan samada dengan suntikan maut ataupun dengan cara yang lain yang tidak kita ketahui ( Nauzubillah )...

Walaupun mereka ni kucing, tetapi mereka juga berhak untuk hidup...Sebagai pemilik kucing yang bijak, kitalah yang kawal hidup kucing, bukan kucing yang kawal hidup kita...Ramai yang mengeluh kucing asyik beranak pinak sahaja, tetapi masih sombong tidak mahu mendengar nasihat dari orang yang berpengalaman....

Sudah-sudahlah tu...Ubahlah cara berfikir...Selalu-selalulah berjumpa dengan doktor haiwan anda dan dapatkan khidmat nasihat dari mereka....Serahan sahaja pada yang pakar, barulah hidup kita ni tak bercelaru...Kucing ni datang ke dalam hidup kita bukan untuk mencelarukan, tetapi untuk menyenangkan...



Bagi kalian yang ingin menyumbang ke dana NGO Pertubuhan Aktivis Haiwan yang PH tubuhkan ni, bolehlah berbuat demikian melalui Bank Islam di atas nama :

Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO )
121 9501 0004 140

Ada caj dalam seringgit dua untuk transaksi interbank...

Kalau rasa-rasa tak boleh menyumbang di dalam Bank Islam, bolehlah menyumbang ke akaun Maybank salah seorang AJK NGO HERO :

Mohd Firdaus bin Abdullah
1510 1703 5612

Mendermalah Walau RM1 Untuk Mereka....

Comments

Entri Popular