Kisah Pilu Si SB, Kucing Jalanan Yang Terpaksa Dibuang Bola Matanya

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Jutaan terima kasih PH ucapkan kepada kalian semua kerana masih sudi menjenguk blog PH yang sudah pun berusia 4 tahun...Bermacam-macam cerita ceriti ada di dalam blog ni...Semuanya adalah ibarat diari kehidupan PH di alam maya...Sudah menjadi lumrah manusia, ada yang suka blog ni dan ada yang tidak...Masing-masing terserahlah yer...Rambut memang sama warna tetapi hati masing-masing semuanya berlainan...Apa yang PH cari ialah menyatukan semula persamaan yang ada pada kita semua..Tidak kira apa jua bangsa dan agama kita, sedikit sebanyak persamaan di dalam hidup kita semua pastinya ada...

PH tidak pasti samada ianya menjadi kegembiraan atau sebaliknya selepas kalian semua membacanya...Bukannya apa, kadangkala PH bosan dengan sikap sesetengah manusia yang hipokrit dan biadap...PH tidak kisah kalau mereka-mereka ini pergi jauh dari kamus hidup PH...Bak kata pepatah, pinggan tak retak nasi tak dingin....

OKlah...Pada tanggal 28 April 2013, PH telah pergi ke klinik Dr. Zul di Seri Kembangan untuk menjalani pemeriksaan buat Si Hero...Kami tiba di klinik beliau pada waktu tengahari...

Tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya pada hari itu Dr. Zul dan pasukannya dijadualkan untuk mengadakan penggambaran untuk slot rancangan Nasi Lemak Kopi O ( NLKO )...Topik yang bakal ke udara ialah Cara Pemandian Berubat Untuk Kucing Kesayangan...

Kelihatan jurukamera NLKO sedang melaksanakan tugasnya...Yang jadi model pada hari itu ialah Si Momey Tripod...hehehehe...Kemudian PH duduk di ruang tamu klinik dan menunggu sehingga selesai penggambaran...Sedang menonton televisyen, tiba-tiba PH menerima satu SMS...PH tidak tahu SMS tersebut datang dari siapa...Rupa-rupanya ianya datang dari Cik Nurdilla Zaini yang juga merupakan salah seorang rakan di Facebook...Beliau terjumpa seekor kucing jalanan yang mengalami kerosakan mata yang sangat kronik...Apabila ditanyakan lokasi, beliau berkata dia dan kucing tersebut berada di stesen komuter Sungai Besi...Kucing itu sedang leka tidur di kakinya...


PH tahu stesen komuter tersebut berada tidak jauh dari klinik Dr. Zul...Akhirnya, berjaya juga PH menjejaki lokasi Cik Nurdilla...PH, MH dan si kembar terpaksa meninggalkan klinik Dr. Zul kejap...Ketika itu beliau sedang menunggu komuter bersama dengan seorang rakannya...Tanpa disedari, PH ambil terus gambar ni ketika menghampiri mereka...Sayu juga melihat keadaan kucing ni tidur di kaki beliau...Cik Nurdilla menjamunya dengan roti kerana tiada makanan kucing dijual di situ...

Memang benar seperti apa yang dikhabarkan...Kucing ini mengalami jangkitan kuman pada matanya...Berdasarkan pengalaman PH yang lampau, biasanya penyakit mata di tahap sebegini sukar untuk diselamatkan biji matanya...


PH menggelengkan kepala melihat keadaan kucing ini..Kasihan sungguh...Bulunya ada comot dan sedikit kotoran...PH dapat merasakan bahawa bebola matanya tidak dapat diselamatkan...


Kemudian, PH meminta izin dari Cik Nurdilla untuk membawanya ke klinik...MH dan si kembar sedang menunggu di dalam kereta...Terima kasih dan syabas juga kepada beliau kerana prihatin terhadap nasib kucing-kucing yang terbiar...PH harap tindakan Cik Nurdilla dapat diteladani oleh rakan-rakan yang seusia dengannya dan juga mereka yang terbaca entri ini yakni mengambil tanggungjawab terhadap haiwan jalanan...


Kucing ni tersangatlah manja...PH tidak pasti samada dia dibuang oleh tuannya kerana tidak mampu mengadakan kos untuk merawat kucing ini ataupun sebaliknya...Di sepanjang perjalanan ke klinik Dr. Zul, kucing ini berbaring sahaja...Pasrah nampaknya...


Setibanya di klinik Dr. Zul semula, kucing malang ini ditempatkan di dalam sangkar di bawah sangkar Hero...Dr. Zul dan pasukannya masih sibuk dengan penggambaran NLKO...


Tidak lama selepas itu, kucing malang ini pun dirawat oleh Dr. Zul...Beliau pun menggelengkan kepala melihat keadaan kucing ini...

"Ni macam pernah ada tuan jer ni...Manja sangat..." Itulah kata-kata Dr. Zul yang PH ingat...Dr. Zul mengesahkan bahawa keadaan matanya sangat teruk dan ianya perlu menjalani proses pembedahan bagi membuang bola matanya yang telah rosak...Beliau dibantu oleh dua orang pembantu klinik...Kucing ini dinamakan sebagai SB sempena nama tempat ianya dijumpai iaitu Sungai Besi...Nama ni Misi Rizal yang cadangkan...hehehehe....( jangan marah yer misi )...Kemudian Si SB dimasukkan ke wad kucing...Dia perlu menunggu tempoh 2-3 hari untuk memastikan keadaannya sihat sebelum menjalani pembedahan....


Kelihatan sepasang suami isteri selaku pengunjung klinik sedang beramah mesra dengan Hero...


Tanpa di sangka-sangka, pada hari itu PH telah berjumpa dengan seorang individu yang selalu komen di  Facebook Kakimotong Fan Club ( link )...Beliau yang PH maksudkan ialah Kak Siti Fatimah Usman...PH teruja dapat berjumpa dengannya kerana beliau selalu meletakkan komen-komen lucu mengenai kisah-kisah kucing yang PH siarkan...Alahai tak sangka dapat juga kami sekeluarga berjumpa dengan Kak Siti Fatimah ni...


Buat pertama kalinya, Kak Siti Fatimah telah memecah tradisi di dalam hidupnya di mana buat julung kalinya beliau telah membawa kucingnya ke klinik haiwan...Tanpa segan silu, beliau mengakui bahawa sebelum ini beliau belum pernah pergi ke mana-mana klinik haiwan...Pada hari itu beliau telah membawa kucingnya yang bernama Si Kecik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan...Si Kecik ini adalah kucing jalanan yang telah dipelihara oleh beliau sejak kecil...Syabas dan Steady PH ucapkan kepada Kak Siti Fatimah...


Alhamdulillah, Si SB telah berjaya menjalani pembedahan membuang bola matanya yang telah rosak...Pada tanggal 8 Mei 2013, PH berkunjung semula ke kinik Dr. Zul untuk membawanya pulang...Berikut adalah sedutan video yang PH rakam ketika Si SB masih berada di wad kucing...



PH dapat merasakan bahawa Si SB telah lega selega-leganya apabila dapat berbaring di atas lantai marmar yang sejuk...PH telah membawanya pulang ke rumah...


Dia bangun apabila lapar jer...Lepas tu dia tidur semula...Corong kepala terpaksa dipakaikan untuk mengelak dari dia menggaru matanya...Lagi 10 hari PH perlu berkunjung semula ke klinik Dr. Zul bagi membuka jahitan pada matanya...


Nampak peramah Si SB ni...Entah apa yang dia cakap kat budak-budak DBKL tu agaknya...Sehingga entri ini ditaip, Si SB masih berada di rumah PH...


Nota PH :

Demikianlah episod kehidupan seekor kucing jalanan yang malang...Di sebalik kisah ini, PH ingin menekankan bahawa hubungan sesama manusia perlu diutamakan...Tidak kira apa pun taraf kita, pada hakikatnya kita ni adalah sama sahaja....


Yang membezakan kita ialah mempunyai sikap berani mengambil tanggungjawab...Kalau kita tidak berani mengambil tanggungjawab, kita ni hanyalah manusia yang biasa-biasa sahaja...Usah bimbang tentang halangan yang menimpa kita kerana Allah SWT tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan....Jangan merungut kalau kita akui perbuatan kita tu ikhlas...Apa yang penting ialah lakukan sahaja....Pedulikan apa orang nak kata kalau apa yang kita lakukan itu betul...Kehidupan sebagai seorang manusia sememangnya memerlukan kecekalan hati...Orang yang suka merungut hatinya tidak cekal dan orang sebegini selalunya hanya membuat kerja separuh jalan...Setelah kita jerih berusaha, selebihnya bertawakallah kepada Allah...In Shaa Allah Dia akan menghantar 'bala tentera'Nya untuk membantu kita...Kalau kita tidak berusaha langsung, Allah pun tak boleh nak tolong....

Kalau kalian faham akan mesej yang tersirat di sebalik entri ini, baguslah...Kalau masih tak faham juga, buat-buatlah faham yer...Terima kasih kerana sudi membaca entri yang panjang lebar ni...Steady Semua...!!!

Comments

  1. Sedih bca entri ni..alhamdulillah krn PH, Dr zul n adik nuradilla tlh d lorongkan Allah utk mbntu..pd SB smoga sembuh sgera

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ngerinya tengok mata kucing ni.Nasib baik masih ada lg manusia yg mempunyai sifat ihsan dkt binatang.

    ReplyDelete
  4. terima kasih PH..:) kalo klik mana eh PH dapat rm 0.20 sen..saye nak klik byk2 ni..hehe :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular