KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Apabila Penjual Haiwan Hanya Memikirkan Keuntungan Semata-Mata.....

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, December 22, 2010

Apabila Penjual Haiwan Hanya Memikirkan Keuntungan Semata-Mata.....

Posted by Papa Hero | Wednesday, December 22, 2010 | Category: , , , |

Baru-baru ni PH sempat menjenguk ke sebuah kedai menjual haiwan....kebetulan pula lalu kat situ...apa yang PH lihat dari mata kasar agak menyedihkan juga....kat kedai tu ada jual arnab, burung, anak ayam, anak itik dan ikan...sangkar yang menempatkan ayam dan itik tu amat kotor...macam tak pernah dicuci 10 tahun...


Arnab yang dijual masih kecil...tapi nampak macam ada masalah kesihatan kulit...ada yang berkurap dan ada yang terpalit dengan najis...ada lebih kurang 20 ekor arnab ditempatkan dalam satu sangkar yang sederhana besarnya...


Sampai ada yang tersepit kakinya sebab asyik berhimpit-himpit...


Tengok anak itik ni...kepalanya pun dah berkurap dah...badannya dah hampir takde bulu...itik2 yang lain pun hampir 50% macam tu...


Sebelum PH ke sangkar itik ni, ada sorang mamat ni tinjau2 kat itik2 ni....derang buat tak reti jer....tapi bila PH dekat dengan derang, berpusu-pusu itik ni nak datang dekat...sampai terjulur-julur paruhnya terkeluar dari sangkar...PH dapat rasa macam derang suruh PH lepaskan derang ni..alahai, apa yang PH mampu sayang....? PH hanya doa jer moga kehidupan kamu semua terjamin selamat....


Tengok la tu...itik2 yang ni pun berpusu-pusu meluru kat PH...heheh...macam ada apa2 jerk....kesian kat mereka ni kan...?


Macam dalam tin sardin dah jadinya....


Lepas tu PH sempat menjenguk seekor ikan kelisa merah ni...tak berhenti-henti mundar-mansir berenang ke depan ke belakang...lepas tu PH datang dekat2 nak tengok keindahan ciptaan Allah ni...mulanya PH tak nak amik gambar, tapi bila ikan kelisa tu berhenti berenang kat depan PH selama hampir seminit dan menekapkan muncungnya ke arah cermin akuarium, PH cepat2 snap gambar dia....Nampak macam dia nak mintak tolong jer...entah makan entah tidak ikan ni....nampak macam tiada ikan2 kecil kat dalam akuarium ni...PH dapat rasa dia ni lapar.... 


Entah ler..susah nak jawab hal-hal macam ni...bukan la nak dengki kat peniaga tu, tapi sekurang-kurangnya berilah sedikit ruang untuk haiwan-haiwan ni menikmati kehidupan yang selesa....tak gitu....?

P/S :
terbaca kat akhbar Sinar Harian pagi tadi...heheh...cumel....



Comments
15 Comments

Currently have 15 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. pernah dulu saja singgah kedai pet nak tngok kucing.. sekali tuan kdai tu letak kucing dalam sangkar yang kotor.. kucing tu pown kurus.. kucing tu meow2 nk kluar.. kesian sangat... nak beli tp mahal sangat.. mcm tak sesuai harga dgn cara tuan kdai tu jaga..

  2. dorang bukan pencinta haiwan tp cuma seorang peniaga yg hanya pk untung & rugi so tak hairan la dorang tak kisah pasal selesa or tak haiwan tu...

  3. indahnya ciptaaan Allah...
    semua comel2 belaka... :)

  4. Penah jugak tengok kedai jual kucing kampung. WTF? Kucing kampung pun depa kutip untuk di jual?? Kalo kutip, jaga leklok dan put for adoption with some fee tu lain la...

  5. kene buat buat repot aaa macam ni pH...dorang tak jaga bebaik haiwan² ni...kotor aje sangkar mereka...>,<"

  6. betul tu..

    mlm tp pon br je pegi 1 petshop nih, sedih tgk keadaan kcg yg dikurung dlm sangkar kecil muat-muat je utk dia berpusing, tak sampai hati bila tgk, sedih sgt-sgt :(

  7. salam

    ada satu masa tu, kak ct nampak mereka biarkan ayam mutiara yg dah mati sama-sama satu sangkar dengan yg hidup. cuba dia org tu sume duduk kat rumah mayat...apa rasa..grrrr

  8. tak berkat niaga mcm nie....memang xakan untung coz haiwan dianiaya doa nya makbul

  9. mmg pun. byk kedai yg fikirkan untung semata mata.

    kt depan rumah ni,ada 1 petshop. pernah sy blog kan dulu. tauke tu boleh cucuk ubat kurap, guna 1 jarum je utk 4 ekor kucing. bila sy marah, dia buat tak tahu.

    at last, sy dah boikot kedai tu.

    biarlah dorang jawap ng Allah kat sana nanti sebab aniaya binatang.

  10. kesian diorang kan?
    penah juga dulu gi kedai ikan
    tgok kucing dengan arnab dalam sangkar
    haih
    kesian


    P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

  11. kat area alor setar nie..leh dikatakan byk petshop yg mmg xjaga kebersihan..terutama sekali pada haiwan2 yg nak jual nie..kalo kucing tu sampai berkurap..arnab lagilah..comot teruk..kat alor setar nie leh dikatakan pegusaha dari kaum cina..errmm..sedih tgk..

  12. siannya..tak sampai ati tgk yg berhimpit2 camni..mesti lapar itik2 tu..

  13. This comment has been removed by the author.

  14. spttnyer kalau nk jual maner2 pets jglah kebajikan diorg & bglah keselesaan ...lgpun diorg tu makin lama makin mmbsr kesian tgk ada yg berhmpit2, yg sakit plak tidak dirwt..x baik wat gitu...


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails