Hukum Pengkasian Haiwan Khususnya Kucing

Bab pengkasian haiwan ini telah menjadi persoalan dan pertelingkahan bagi sesetengah pihak yang ekstrim sejak sekian lama. Ada yang berkata hukumnya haram...ada yang kata harus...ada yang kata makruh....PH pun tak faham...kita yang membela anak-anak bulus ni dah menjadi serba salah....mana satu nak ikut ni...? Lebih teruk lagi, ada individu yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan pemikiran peribadi dan menunjuk pandai...ini lebih membuatkan kita semakin keliru...mana satu yang betul ni...? Betul tak....?

JAKIM dah mengeluarkan fatwa HARUS.....


PH sempat round kat forum2 dan blog tadi untuk membuat random research...tinjau-tinjau informasi dan maklumat...ternyata apa yang PH dapati di sini, orang awam yang melibatkan diri di dalam forum rata-rata ingin menegakkan pendirian masing-masing..tak pasti pula dari mana mereka mendapat sumber...Pendapat yang mereka utarakan MUNGKIN betul, tetapi kenapa mesti ada perkataan "KOT' kat pengakhiran ayat tu....? 

Contoh ( tidak terdapat dalam entri ini, PH terbaca dalam Facebook ) , 

"Saya dah tanya orang yang arif dalam bab ni. Ustaz tu kata DIHARUSKAN mengkasi haiwan. Jadi, saya rasa kalau ada sesiapa yang nak mengkasi kucing tu boleh la KOT..."

Orang ni tak tahu hukum tapi sekarang dah tahu hukumnya tapi bila nak dipublished statementnya, boleh plak ada KOT kat belakang....Macamana nak jadi leader ni....? Tak yakin dengan apa yang diutarakan...

Berikut adalah beberapa komen dari forum2 mengenai isu pengkasian haiwan...

Saudara A


Kalau anda taknak kasi dan takot berdosa jangan kasikan kucing anda tapi anda mesti membenarkan kucing anda membiak, kalau anda menghalangnya, anda telah berbuat dosa yang besar kerana membiarkan kucing anda sengsara bila nafsu seks nya tak di sempurnakan

tapi bila anda dah dpt anak2 kucing2 tu (jika anda ada kucing betina) maka anda haruslah bertanggungjawab kepada semua anak2 kucing itu, kalau anda buang anak2 kucing itu, anda telah melakukan dosa kerana tidak bertanggungjawab, kalau anda beri kepada kawan anda tapi kawan anda tak jaga dgn betul, maka serpihan kesalahan adalah milik anda jugak.

kalau kucing anda jantan, maka anda harus bertanggungjawab pada setiap kucing betina yang dia bunting kan. 

Kalau dah klinik Kerajaan Sendiri dah letak Fatwa dr JAKIM, tak tau la kenapa ada lagi persoalan yang timbul.


PH suka komen yang ni...Padu dan Straight Forward. Tiada KOT2 kat belakang..

Saudara B


Hi, 
Hukum memandulkan kucing didalam fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah HARUS – meaning that you boleh buat untuk kebaikan kepada kucing-kucing dan manusia. 


Komen ni pun PH suka.. PH dapat rasakan yang statement dia telah dirujuk oleh mana2 fatwa ulama negeri atau ustaz...

Saudara C


Yus and Jay,
maybe it is easy for some of us to understand because they "_are_fully_into_cats_" . They did the research ( cats over population and stuff ), they talk to the right ppl and they see with their own eyes yang Klinik kerajaan ada tampal statement Jakim tu. Tapi for others?? How? Do they trust me or Jay or you on this matter? NO! Or a fatwa from SPCA website but not from JAKIM website? NO! . I think the problem is there is no hard link to JAKIM about the fatwa at SPCA or Klinik Kembiri Kerajaan

I guess the best thing is 

1. for JAKIM to update their database or
2. to scan the fatwa paper and paste it here... or maybe whom ever yang pernah tanya this kind of question kat Jabatan Agama boleh scan and paste the letter here.. or kalau belum lagi boleh tak any cat club in Malaysia hantar surat kat Jabatan Agama or JAKIM to clarify stuff and scan and paste it here or at the cat club website or blog ( if it is not too much to ask la)


Komen yang ni dah lari topik sikit...sikit je la..kalau buat aduan rasmi direct kat JAKIM kan bagus...baru la betul..

Saudara D


Kalau anda tanya saya, saya akan cakap kasi dan mandulkan kucing kesayangan anda, lebih bagus kalau dia masih belum menunjukkan tanda2 nak mengawan jadik alasan kesian kerana tidak dapat mengawan tidak timbul, sebab yelah, kalau tak pernah merasai nya macam mana nak tahu dan merinduinya, ye tak?

Lagipun, pasal-pasal agama ni memang org takut nak buat sesuka hati, pada saya, saya yakin dengan kenyataan yg terdapat di klinik kembiri tu. Tetapi jika anda tidak yakin, maka jgn la anda membuatnya.

Tapi bak kata rhazes tadi, jika anda tidak membuat nya, pastikan kucing2 anda mengawan lah kerana kalau tak diberi sedangkan dia masih mampu, amatlah menyakitkan pada kucing itu saya rasa.

Dan jika anda dah memberi peluang kucing2 anda untuk mengawan, pastikan anda menjaga anak2 kucing yang anda dapat tu. Kalau diberi org sekalipun kenalah pastikan org itu menjaga dgn baik dan jika kucing itu pun di kemudian hari melahirkan anak2 kucing, pastikan mereka pun terjaga la, kalau tak sedikit sedikit tempias menganiya binatang terkena kepada anda juga.

Kalau la saya, ini saya la bukan org lain, saya lebih rela kasi atau mandul. KATAKAN lah saya tak kasi atau mandul kucing saya, anak2 dia yg saya akan bagi org pasti akan saya kasikan pada umur yang muda juga. Manalah tau, org yg saya kasik tu dibuatnya membiarkan kucing yg diambil nya it tu beranak pinak tidak terjaga, susah jugak saya nanti. Kalau setakat diri sendiri boleh la saya percaya, kalau org lain susah sikit nak percaya. Takkan nak jadik polis seumur hidup nak pastikan org yg ambil kucing tu kan?

Tapi itulah, kalau anda tanya saya, mengkasi dan memandulkan kucing ni ada byk kebaikan dr keburukan. Tapi itulah, terpulang lah kepada individu masing-masing, apa2 pun jgn sampai kucing tu atau keturunan dia yg akan dtg merempat di pasar2, restaurant2, taman2 perumahan dan sebagainya sudahlah.


5 bintang untuk komen yang ini...matang, tegas dan adil untuk haiwan ( pada jangka masa panjang )

Saudara E

susah nak cakap la pasal hukum agama ni. tapi saya pernah baca, di website2 malaysian muslim & foreign muslim, harus mengkasikan kucing and anjing. kenapa? kalau kita biarkan kucing kita tanpa memandulkannya, akan timbul keinginan untuk menghasilkan zuriat iaitu anak2 kucing. haiwan tidak seperti manusia, punya keinginan seks, tetapi tak mahu zuriat. pada haiwan, seks = zuriat. jadi, bila kucing kita punya kemahuan ini, dan kita tak beri, maka berdosa. tetapi jika kita buang zuriat mereka kita juga berdosa. jadi, fikirkan lah....

Yang ni komen takut-takut tetapi mesejnya sampai...4 Bintang sebab sekurang2nya dia berani berkongsi pendapat mengenai artikel yang dibacanya...

Saudara F


Maksudnya: “Wajib berlaku ihsan kepada haiwan dan tidak mendatangkan mudharat kepadanya tanpa ada maslahah yang dibenarkan agama dan wajib mengasihaninya. Adapun masaalah mengkasi haiwan untuk tujuan menggemukkannya atau membuat tanda padanya untuk tujuan dapat dikenali samaada dengan memotong (sedikit hujung) telinganya atau menggunakan api atau seumpamanya adalah tidak mengapa, kerana ia merupakan maslahah. Akan tetapi mesti menggunakan proses-proses yang lebih mudah, dan tidak menggunakan cara kasi dan membuat tanda yang menyakitkan yang memdatangkan mudharat kepada haiwan tanpa faedah. Dalam masa yang sama diharamkan membuat tanda di bahagian muka haiwan. Maka hendaklah menjauhi dari membuat tanda di bahagian muka haiwan, menyakiti,memotong sesuatu, memukul dan seumpamanya, kerana terdapat larangan dari memukul muka dan membuat tanda di bahagian muka. Adapun membuat tanda di telinga, tidak mengapa, samaada dengan memotong sedikit bahagian hujungnya atau menggunakan api, kerana perbuatan ini ada maslahah, akan tetapi hendaklah menggunakan cara yang lebih ringan.” (al-Muntaqa min Fatawa Fadhilah al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdillah al-Fauzan, jld 3, m.s. 337, bil. Fatwa: 502) 

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata: 


وأما الخصاء فهو جائز إذا كان فيه مصلحة، ولكن يجب أن تتخذ الإجراءات اللازمة لمنع تألم البهيمة 


Maksudnya: “Adapun mengkasi haiwan, hukumnya adalah harus jika ada maslahah, akan tetapi mestilah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut.” (Liqa al-Bab al-Maftuh 15/37) 

Dikesempatan yang lain al-Syeikh al-Uthaimin berkata tentang mengkasi haiwan seperti kucing:


إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً 


Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448) 



Ini adalah rujukan yang terbaik bagi PH..10 bintang...PH dapat dari blog JUST-CATZ

Ini pula fatwa yang dikeluarkan oleh JAIS..hukumnya adalah HARAM sama sekali...tapi yang pasti, kalau ada anak-anak kucing terbiar kat tepi longkang atau tepi jalan, mereka tak ambil peduli sebab ini bukan kerja mereka...bagaimanapun, ini adalah pendapat peribadi PH...


Ini juga adalah salah satu fatwa yang mengatakan hukum mengkasi haiwan yang haram dimakan ( seperti kucing ) adalah HARAM ( islamgrid.gov.my )
Yang pasti, kucing terbiar bukanlah urusan mereka....


HARAM juga....


Kenyataan yang paling berani dan jelas.....barula orang yakin...



Apa-apapun, PH dah kasikan HERO...sebabnya...dia kurang kemampuan untuk mengawan...HERO pernah mempunyai anak 3 tahun dulu tapi banyak yang mati sebab serangan virus....kos untuk mereka juga dah semakin tinggi...lepas tu, HERO cuba mengawan dengan Si Baby tetapi bila nak bertenggek jer, Si Baby tu lari...Hero plak tak larat nak kejar...kesian sangat....muka Hero calar-balar sebab asyik kena cakar...lepas tu tersandar kat tepi dinding dan menjilat2 kemaluannya...PH nampak sendiri HERO mengepit-ngepit kangkangnya untuk menahan gelodak nafsu....

Lepas tu Hero kencing sana-sini dan air kencingnya berbau haring...ini adalah kerana air kencingnya telah bercampur dengan air berahi untuk menarik perhatian kucing betina...ini amat tidak baik untuk kesihatan Hero mahupun PH sekeluarga...

Setelah mendapatkan pandangan dari pakar termasuk dari Dr Intan dan En. Hadzwan ( Kelana Jaya Veterinary Clinic ), mengkasi haiwan adalah baik untuk haiwan itu sendiri selain meningkatkan kualiti kesihatannya dan jangkahayat kucing yang dikasi adalah lebih panjang....

Pak Tam juga coming soon...PH akan kasikan dia atas sebab memelihara populasi kucing kat rumah ni...PH tak mampu nak tanggung kucing banyak2 sebab ianya melibatkan kos...ini termasuklah kos makanan dan perubatan...oleh itu, kalau tak mampu, jangan nak buat-buat mampu...

Haram atau Harus, PH tetap akan kasikan mereka atas sebab2 yang PH sebutkan di atas....Sudah2lah dengan asyik melihat kucing2 terbiar kat tepi jalan....
Yang pandai bercakap kat forum-forum tu, teruskan bercakap kerana anda tidak menyumbang apa-apa pun sebenarnya kalau setakat nak menyibuk2 bagi pendapat yang tak pasti...sebab ini boleh buat orang lain lebih keliru...yang penting adalah KEYAKINAN dan BERANI bila buat kenyataan....

Bukan juga memperlekehkan fatwa-fatwa yang mengatakan ianya adalah HARAM kerana ulama-ulama lebih arif..akan tetapi PH berpegang pada fatwa yang 10 bintang tadi iaitu dari Saudara F...adil untuk manusia dan haiwan...

sebarang pendapat PH dalam entri ni adalah pandangan peribadi PH sahaja...terpulang pada persepsi masing-masing..

PEMIKIRAN DAN HUKUM ADALAH PERKARA YANG BERBEZA...
ADAT BUDAYA DAN AGAMA JUGA BERBEZA....
ISLAM ITU MUDAH DAN BEST...JANGAN KITA NAK SUSAHKANNYA PULA....
NIKMATILAH KEHIDUPAN KITA DAN NIKMATILAH KEHIDUPAN MAKHLUK2 LAIN JUGA...

Comments

  1. PH, saya sokong juga yang 10 bintang punyer komen...sebab saya pon berpendapat semacam tu...kalau tidak di kasi..macam mana pula dengan pembiakan kucing yang terlampau?buang kucing?itu lagi di kira dosa juga..lebih elok kembirikan sahaja...lagi kucing sihat ada lah...kan..^^'

    ReplyDelete
  2. Saya baru lepas mengkasikan Ramadhan 4 hari yg lepas. Nak tahu kisahnya jom ke blog...

    PH, yg penting niat kita... bukan utk suker2 mengkasikannya...

    ReplyDelete
  3. PH -groundnut & Kimora..ikah sokong ajer.Nape ada yg xyakin ngan fatwa plak. Dah itu yang terbaikk

    ReplyDelete
  4. saya pon sama pendapat macam PH...saya pon suka bela kucing, tapi masalah x bleh nak bela kucing banyak kat umah sbb ganggu jiran2 lain. jadi, saya kasikan kucing2 yang saya bela supaya x membiak dengan banyaknya...mmg ramai org yang pandang sinis bila kita kasikan kucing. kata mereka, kasihan la kerana menyekat kehendak kucing. tapi saya lagi kasihan tgk anak kucing yang bersepah2 x terjaga...

    ReplyDelete
  5. sokong SabmYzSa..bila dah membiak tak terbela lagi berdosa..lagi2 asik fikir nak buang je dowg sume..astagfirullah..kami dah kasikan semua kucing kat rumah ni..ada 4 ekor 2 jantan 2 betina..memang kosnya mahal lagi2 org tak kerja mcm sy ni tapi kena pejam mata je kuarkan duit untuk kesejahteraan dan keadilan semua..

    aci sebelah umah sy ni dah sibuk nak saman kami serumah sb byk kucing..kucing kami selalu dijerkah dan ditolak2 sampai jatuh..

    plus sy mmg tak mampu nak jaga byk2 tapi yg penting kesihatan kucing sb kucing gurl kat umah ni bila beranak Ya Allah sungguh kasihan..badannya sgtlah kurus..lagi kurus dari anak dia yg berumur 6bulan!susah pula nak diberi mkn ubat..baru sethn setengah tapi dah takda gigi yg tinggal gigi taring je.bila mkn sgt lambt, bila letih berhenti kemudian mkn lagi.jadi jalan terbaik kasikan dia.

    pengkasian lebih byk kebaikan dari keburukan..org di luar sana hanya memikirkan halangan nafsu seks haiwan2 ni..adakah 'mereka' dicipta untuk melakukan seks saja?bila org yg lebih byk belajar tentang agama marah sy sb kasikan kucen sy ni sy diam je..fatwa sudah menjelaskan dan sy mahu lakukan yg terbaik.

    sy tak sanggup tgk kucen bergadoh cakar2 luka sana sini terberak2..bukan jantan saja tapi betina pun kena belasah juga dgn kucen jantan bila gurl ni menolak.
    kucen sy Bulat minggu ni tak tau berapa kali kena belasah abes bdn calar2 sampai demam.

    huhu tak sanggup nak alami lagi..sy yg menangis bila tgk bdn dia luka2..gaya tidur pun serba take kena sb sakit.. bila pegang sket dia marah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular