Tolonglah....Bantulah Mereka Ini.....

Pada 2 hari lepas, ditakdirkan oleh Allah SWT PH dapat juga bertemu dengan sahabat baik Pak Ali iaitu Pak Syafiq....pembaca yang telah lama mengikuti perjalanan blog kakimotong ni memang dah kenal siapa itu Pak Ali....tetapi bagi para pembaca yang baru mengikuti blog ni, boleh ikuti kisah Pak Ali di sini ( KLIK SINI )

Semasa menyusuri Jalan Maarof di Bangsar 2 hari lepas ( 1.12.10 ), PH ternampak ada seorang lelaki yang kudung kaki kirinya sedang berjalan dengan bersusah payah menggunakan topang ketiak di bahu jalan...Apabila PH melihat keadaan lelaki itu, PH teringat tentang kisah Pak Ali...Barangkali inilah sahabat baik yang Pak Ali maksudkan....kereta PH terlajak lebih kurang 50 meter lalu PH memberhentikan kereta di bahu jalan....


Sebaik sahaja orang itu sampai di sebelah kereta PH, terus PH menyapa orang tu...lebih kurang begini dialognya :

PH : Assalamualaikum pakcik....Nak ke mana?
Pakcik Syafiq : Waalaikumsalam...saya nak ke Masjid Jamek ( KL )....

PH : Ini pakcik Syafiq kan...?

sambil terpinga-pinga dari mana PH tahu namanya, dia menjawab...

Pakcik Syafiq : Ye saya...Saya Syafiq...Mana awak tahu nama saya...?

PH : Mari saya hantarkan Pak Syafiq...Pak Syafiq masuk ke dalam kereta dulu...nanti saya cerita....


PH : Sebenarnya, saya pernah tumpangkan Pak Ali naik kereta ni dalam beberapa bulan lepas...dia ada cerita tentang pakcik...

Pakcik Syafiq : Ohh...patutla awak kenal saya...terkejut juga saya...

Pakcik Syafiq adalah seorang berbangsa Cina dan telah memeluk Islam semenjak 10 tahun lepas....Bapa beliau berasal dari Ipoh dan ibunya pula berasal dari Singapura...Nama bapanya ialah Steven Ong, nama ibunya PH tak ingat pulak.....Bapanya adalah seorang anggota polis hutan di Perak.

Selepas ibu dan bapanya meninggal dunia, Pak Syafiq tinggal bersama-sama dengan ibu angkatnya yang berbangsa Melayu. Hidupnya ketika itu boleh dikatakan agak stabil. Namun, perancangan manusia tak sama dengan perancangan Tuhan. Ibu angkatnya pula meninggal dunia.Pak Syafiq terpaksa berpindah kerana anak arwah ibu angkatnya tak membenarkannya tinggal bersama kerana mereka sudah berkahwin. 

Pak Syafiq merantau ( tak pasti merantau ke KL atau Kelang ) dan bekerja sebagai buruh kasar di sebuah tapak binaan bangunan. Di situlah pertemuannya dengan Pak Ali. Kehidupan Pak Syafiq sinonim dengan adat dan budaya orang Melayu kerana semenjak kecil beliau banyak bercampur dengan orang Melayu. Dan dengan menyebut dua kalimah syahadah, Pak Syafiq telah memeluk agama Islam pada tahun 2000.


Pada suatu hari, tapak kaki Pak Syafiq terluka. Lama betul nak sembuh katanya. Kemudian melarat ke bahagian betis. Dan kemudian melarat ke bahagian peha pula. Pehanya ada nanah dan luka-luka kecil. 

Dipendekkan cerita, kaki kiri Pak Syafiq terpaksa dipotong akibat komplikasi kuman dan penyakit kencing manis di HKL. 

Allahuakbar...PH nak menangis dengar cerita dia. PH perasan MH dah mula rasa sebak. 

Bumi mana yang tak ditimpa hujan...? Sungai mana yang tidak berliku...? Episod dugaan hidup Pak Syafiq belum berakhir lagi. Ketika tinggal di Kelang, Pak Syafiq telah berdaftar sebagai warga OKU dan mendapat bantuan dari Baitulmal. Apabila tinggal di KL, terdapat kerenah birokrasi antara Baitulmal KL dengan Baitulmal Selangor. 


Diceritakan oleh Pak Syafiq, Baitulmal Selangor telah memberhentikan bantuan wang ke atas beliau dan mereka meminta Pak Syafiq pergi ke Baitulmal KL untuk permohonan semula ( kerana telah berpindah ke KL ). 

Namun apabila beliau pergi ke Baitulmal KL, mereka menyuruh Pak Syafiq pergi ke Baitulmal Selangor semula dan minta bantuan dari mereka. Selepas beliau pergi ke Kelang ( dengan keadaan kakinya yang kudung ), Baitulmal Selangor menyuruh Pak Syafiq pergi ke KL semula. Salah satu sebab permohonan bantuan ditolak adalah hanya kerana kad pengenalan Pak Syafiq adalah MERAH ( PH tak pasti samada Baitulmal KL atau Selangor yang berkata demikian ). PH dapat rasakan kemungkinan ibubapa Pak Syafiq lewat mendaftarkan kelahirannya kerana beliau dilahirkan di Ipoh, Perak. Jadi, inilah kesusahan yang Pak Syafiq terpaksa tanggung sekarang. Hanya kerana kad pengenalan MERAH...

Sebenarnya, ada banyak lagi kisah duka Pak Syafiq yang tak dapat PH nak ceritakan di sini sebab terlalu banyak. Antara salah satunya Pak Syafiq pernah disamun dan dipukul oleh orang yang tak bertanggungjawab. Pak Syafiq dan Pak Ali juga pernah dihalau seperti haiwan kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

Rumah yang Pak Ali dan Pak Syafiq tinggal sekarang adalah milik seseorang yang bergelar Dato' dan hanya menunggu masa untuk dijual. Rumahnya terletak betul-betul di hadapan lampu isyarat masjid di Bangsar ( KLIK SINI )

Dah 3 tahun mereka tinggal di sana. Apabila ditanya kalau ada orang nak beli rumah tu, ke mana mereka nak tinggal? Pak Syafiq dengan bersahaja menjawab kami tinggal kat mana-mana pun boleh ( faham tak maksud tersirat Pak Syafiq tu? )....PH sedih sangat-sangat melihat nasibnya menjadi sebegitu rupa.


Pak Syafiq juga tidak diterima saudara mara dan adik-beradiknya yang lain hanya kerana berlainan agama. Namun Pak Syafiq tetap cool & steady...

Dan kepada sesiapa yang boleh membantu menyelesaikan kerenah birokrasi terhadap mereka ni, PH amat alu-alukan bantuan dari anda. 

PH rayu sangat-sangat....Tolonglah bantu mereka...

P/S :
1 ) Kenapa sesama Islam pun begitu banyak kerenah birokrasi? 

2 ) Bagaimana perasaan 'saudara baru' apabila mendengar kerenah sebegini? Dah masuk Islam tapi tak terbela.

3 ) PH terkedu bila Pak Syafiq berkata " Saya yakin Allah selalu bersama dengan saya..sebab tu saya tak takut...ulat dalam batu pun boleh hidup atas izinNya"...Allahuakbar...Pak Syafiq memang masuk Islam kerana kerelaan hatinya dan tauhidnya kepada Allah SWT amat tinggi. Bagaimana dengan kita? Ada masalah yang ciput pun asyik merungut?

4 ) PH ada bertanya tentang kos untuk membuat kaki palsu...Pak Syafiq kata dalam lingkungan RM5k. Apa pendapat anda?

5 ) Pak Syafiq bagitau dia nak ke Masjid Jamek sebab nak jumpa kawan. Pak Ali pula pergi ke pasar malam di Shah Alam sebab nak jumpa kawan juga. PH dapat rasakan, mungkin mereka nak pergi meminta sedekah.


6 ) Pak Ali dan Pak Syafiq masih belum kahwin sehingga sekarang. Kata Pak Syafiq, dia tak ada hala tuju kalau andaikata suatu hari nanti sahabatnya Pak Ali dah tak ada.


7 ) Dalam pada kita bergembira, ingatlah ada orang lebih berduka dari kita.

Comments

  1. tersentuh bila baca kisah pak shafiq nih, kadang kala kita terlalu byk merungut dgn dugaan hidup sedangkan ada lg mereka yg lebih susah dari kita, masya'Allah...

    ReplyDelete
  2. kesian pkcik tuh...InsyaAllah Allah akan bersame die kat mn2 pown:-)

    ReplyDelete
  3. Memang betul. Jabatan2 yg diamanahkan memberi bantuan jgn terlalu protokol sgt. Takkanlah, org setua Pakcik syafiq tu nak membohong...Pandanglah dgn mata yg lembut dan fikiran yg tajam..
    Semuga Pak Cik Ali dan Pak cik Syafiq sentiasa dlm lindungan Allah...aminnnn

    ReplyDelete
  4. bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...kesiannya..huhu~

    ReplyDelete
  5. boleh refer kedua-dua pakcik ni dgn jabatan kebajikan masyarakat tak? at least kalau ditempatkan di rumah orang tua lagi bagus, terjaga lagi keadaan kedua2 pakcik ni daripada melarat sekarang.... =(

    ReplyDelete
  6. ya Allah..hampir menitis airmata saya membaca kisah pak cik syafiq...sedih nyee...semoga dia dan pak cik ali di lindungi oleh Nya..walau di mana mereka berada... ;(

    ReplyDelete
  7. susahnya dengan pelbagai karenah birokrasi camni..

    hurmm.. tak dapatkah satu badan yang besar macam tu menjadikan agihan bantuan itu dengan mudah dengan orang yang selayaknya mendapat kebajikan??

    ReplyDelete
  8. tak boleh ke diorg ni diletakkan di rumah org2 tua?
    kesian sgt..
    jgn la berkira sangat dengan org2 tua ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular