KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Bila Pemimpin Banyak Alasan Pasal Haiwan Terbiar....

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, March 3, 2011

Bila Pemimpin Banyak Alasan Pasal Haiwan Terbiar....

Posted by Papa Hero | Thursday, March 3, 2011 | Category: , , , , , , , , |

Pada hari Selasa lepas, kebetulan pula PH tak kerja hari tu...Hujan turun dengan selebat-lebatnya....Hujan rahmat barangkali...banyak sangat pencemaran yang berlaku...Itupun pemimpin-pemimpin kita masih buat tak tahu jer...alasan mereka tak ada orang repot...Alasan bodoh yang PH dah muak dengar semenjak PH berumur 5 tahun....Tak efisien langsung...Apa yang berlaku di depan mata PH amat menginsafkan...Hampir menitis air mata melihatkan keadaan Susie dengan anak-anaknya....Keadaannya basah kuyup kerana sangkar yang menempatkan Susie langsung tak sempurna...Bau busuk dan air kumbahan langsung tak disalin....Si Susie membiarkan dirinya ditimpa hujan yang amat lebat sehingga lencun habis bulunya...Ketika itu, lokasinya di belakang rumah PH jer...Kelihatan juga anak-anak tuan Si Susie yang berumur lingkungan awal remaja berada di tingkap dapur dan asyik memerhatikan apa yang PH buat kat Susie...Dia boleh buat tak tahu jer...Bila PH tanya dia ibu awak di mana? Dia kata ibu keluar.....Keadaan Susie memang tak terurus langsung...Van yang selalunya diletakkan di belakang lorong itu juga telah pun dialihkan....


PH meninjau dengan lebih dekat...Anak2 tuan Susie 'sibuk' dengan urusan mereka dok asyik perhatikan PH tanpa rasa bersalah...


Kelihatan anak-anaknya sedang sibuk menyusui ibunya...Susie menutup habis anak-anaknya dengan susuk tubuhnya yang tegap itu ( klik gambar untuk besarkan )...kesian PH tengok mereka ni...tak terurus langsung....Sepatutnya, setiap pemelihara anjing perlu mendaftarkan anjing-anjing peliharaan mereka ( yang baru lahir ), ada lesen dan sebagainya...Bukannya membelanya sesuka hati tanpa kawalan....Anjing seperti Susie ni adalah mangsa keadaan....PH tak pasti dari mana mereka mendapat Susie..Adakah Susie ni sememangnya anjing jalanan yang dipungut ataupun ianya telah dipelihara sejak kecil...


Yang si pemelihara jenis macam ni pula perasan yang mereka adalah pencinta haiwan / pet lover tapi tak tahu / tak nak ambil tahu macamana nak menjaga anjing dengan betul....Cuba bayangkan apabila kelapan-lapan anak Susie dah besar nanti, apakah yang berlaku terhadap mereka....? Siapa yang patut dipersalahkan kalau mereka ditangkap dan dibunuh oleh pihak berkuasa majlis...? Kalau serius nak pelihara anjing, kenapa tak mahu dikasikan terlebih dahulu...? Bila si anjing dah beranak, buat endah tak endah pulak.....Undang-undang sepatutnya dipinda untuk pemelihara anjing sebegini...Alasan lagi....??? Tak ada orang repot.....? Alasan bodoh....Apa yang berlaku masa Max dengan Adeq ditangkap dulu, ada 3-4 rumah jiran PH ada memelihara anjing yang dipungut dan sudah tentunya ia tak berlesen....Mereka membiarkannya di luar rumah tanpa mempedulikan samada mereka mengganggu orang lain....


Bila Max dengan Adeq bising-bising kat luar kerana bercampur dengan anjing pungut mereka yang dilepaskan sesuka hati ( salah seekor anjing yang dipungut adalah bapa Si Max ), jiran-jiran ini bising dan repot ke majlis...Komplen bagitahu Si Max dengan Adeq ni berbahaya sebab selalu kejar orang dan buat bising...Masa majlis datang, mereka bersepakat dengan jiran2 mereka supaya menambat anjing2 tak berlesen mereka di dalam rumah konon-konon anjing itu adalah milik mereka yang rasmi....


Akhirnya, anjing yang tak dipungut yang menjadi mangsa...Selepas sahaja Max dan Adeq ditangkap....mereka melepaskan semula anjing2 pungut peliharaan mereka sesuka hati.....Lepas tu ramai2 mengawan dan gang bang Si Susie...Sekarang ni pulak dah terberanak sampai 8 ekor...!!!!Woii...!!!! Apa punya undang-undang ni....? Menteri...!!! YB....!!!! Tok Ketua...!!! Bangun la woii....!!!! Makan gaji tu makan gaji la jugak tapi janganla sampai buta tuli....!!! Kenapa tak ada undang-undang yang MANTOP untuk si pemelihara anjing nihh....??

Pencinta-pencinta haiwan seperti kita di Malaysia dianggap macam peminta sedekah dan orang yang dungu sebab menolong haiwan yang tak berakal...Walhal mereka lupa, beza antara orang yang cerdik dan bodoh ialah orang cerdik peka terhadap sekeliling dan membantu makhluk yang tak berakal..Ini bakal melahirkan Modal Insan yang berkualiti....Orang yang bodoh dan dungu pula ialah orang yang tak peka dan tak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya...macam katak dengan keldai tapi pangkat jer besar...Pangkat dan kuasa yang ada tak digunakan ke arah yang sepatutnya...Orang-orang seperti ini tiada fungsi langsung untuk hidup di muka bumi ini...



Ayat-ayat ini juga ditujukan kepada pemimpin-pemimpin / orang besar / menteri yang berkait dengan hal ini...Anda juga tak terlepas dari menerima tanggungjawab ini....PH hairan kenapa ada orang bodoh dan dungu menjadi menteri / wakil rakyat / pemimpin...?? Masih ada alasan lagi...? Duit takder...?Sibuk dengan tugas....? Tak de masa...? Asyik meeting jer...? Apa lagi alasan yang orang-orang besar / pemimpin / wakil rakyat / menteri nak bagi kat orang macam kami ni....?



Di Sweden, syarat memelihara kucing / anjing amatlah ketat...Salah satu syaratnya ialah setiap ekor kucing / anjing yang dipelihara wajib ditanam dengan alat pengesan GPS...Alasan pemimpin kita...? Negara mereka maju dan banyak duit bolehlaa..., tak ada peruntukan dan sebagainya...Tapi kalau pilihanraya sampai berjuta duit habis boleh pulak....hmmm..Alasan macam budak kecik belum sunat...Itulah kebodohan namanya....PH tak pernah sokong mana-mana kerajaan / parti yang wujud kat Malaysia ni...PH hanya akan sokong kerajaan yang dapat memulihkan keadaan haiwan di Malaysia ini ke arah yang lebih baik...Masa nak memangkah undi tu pun berbelah bagi sebab kesemuanya Sembang Macam Gajah...Bila mereka dapat tackle isu kehaiwanan ini, sudah tentu mereka akan dapat tackle permasalahan masyarakat sejagat iaitu MANUSIA....!!!



PH tak nak pandai-pandai...PH perlukan orang ketiga untuk menyelesaikan masalah Si Susie dengan puppynya...Ada sesiapa sudi membantu...? Sila pm inbox FB PH...

P/S yang panjang berjela :

Sedar tak sedar, apa jua kerajaan dan parti-parti yang ada kat Malaysia ni gagal melahirkan Modal Insan seperti yang diharapkan....Kalau adapun usaha-usaha tersebut, ianya tak seiring....Berjuta duit habis dibelanjakan untuk melahirkan modal insan dalam bidang teknologi dan intelek tetapi makin ramai pula Modal Insan kat disko ( tengok tak Rancangan 360 TV3 malam semalam )...Nak melahirkan modal insan perlu tahu apa yang berlaku di kawasan rumah dulu...kemudian barulah buat perancangan untuk peringkat daerah, bandar dan negeri...Sekiranya setiap daerah mempunyai cara yang tersendiri ( dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kehaiwanan ),  tak mustahil setiap negeri dan bandar juga akan menerima impaknya secara auto...barulah nampak kemajuan di peringkat negara....sebab masing-masing dah cerdik...dah tahu nak buat apa...tak payah tunggu orang repot-repot.....Barangkali ada yang tak senang hati dengan entri ini...hmmm...PH tak boleh tolong...Sori la...


Ini cara kami melahirkan modal insan....Kami Okay...!!!


PH mintak tolong share entri ini ke wall FB masing-masing...Itupun kalau nak...TQ

Comments
17 Comments

Currently have 17 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. dah share kat fb dah !! :)

    amboi si kembar , comel jee belai2 meoww . hehe .

  2. yup..saya suka tengok family yg didik anak utk sayang haiwan..tak mcm sesetangah manusia..yang dari kecik didik anak geli dan jijik tgk kucing..kotor sgt ke..saya dari kecik dengan kucing..ok je..

  3. sedih pulak bila tgk keadaan si Susie, benci lah dgn org2 mcm nih benci! benci! benci!!

  4. why dont contact MDDB so they can help to take away the puppies for adoption drive as well as spay n neutered susie..
    otherwise all this puppies will end up being road kill or from dog catchers!

    Nicole

  5. Aduhai nasib si Susie, semuga Susie dan babynya memdpt pembelaan dan perlindungan Allah, aminnn..

  6. saya akan selalu rindukan max dan adeq sebab dr keramahan mereka menyapa ph & family, saya belajar utk prihatin keatas makhluk Allah yg bernama anjing.

    kasihannya susie....

  7. PH trylah contact MDDB as soon as possible..tkut kes Max n Adeq berlaku lagi..seeloknya Susie segera dispaykan...kesian mereka anak beranak...

  8. Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)..kalau kita kasih segala makhluk atas muke bumi ni, seperti HAIWAN dan alam sekitar, insyaAllah, makhluk yang berada di langit juga mencintai kita.. maksud tersiratnya, kalau kita berbuat baik dan kasihi pada HAIWAN, manusia lain atau alam sekitar, insyaAllah, malaikat juga mengasihi kita.

  9. Tak suke orang yang tak leh berfikir ni. Org lain bela anjing, dia nak bela jugak. Org bwk anjing jln pakai tali, dia biar je. org simpan anjing dlm pagar, dia lepas kat luar. pastu kalau gaduh ngan binatang lain ke, kejar org ke, kucing ke, semua tak nak tanggungjawab. masa tu tau lak jawab anjing tak leh pikir. memang anjing tak leh pikir. kita yang ada otak leh pikir ni guna la kan? pastu DBKL kutip anjing2 terbiar yg tak kacau org. anjing2 dorang pandai lak simpan. memang menyakitkan hati la. Sy paham PH, stray dog sy pun dh kene kutip ngan DBKL. :(

  10. setuju sgt pasal ni..geram btol..

  11. saye s0kong papahero!!!!
    nme je negara aman (aman lah sgt!)
    tp lgsg xleh nk brtindak dgn mnyediakn bajet khas wat haiwan2 trbiar..
    kalo ad bajet,snang r utk pencinta2 haiwan mcm papahero n papameow nk jlnkn xtvt murni spt ni..

  12. Hi, why dont you report to SPCA Inspectors? They can go and advice/warn the owner. Email to inspectorate@spca.org.my or call 42565312. Memang ikut undang undang munisipal, anjing peliharaan tak boleh merayau dekat luar kompound owner dia.

  13. comelnya anjing..teringin nk pegang anjing tp sb gigi dia besar sgt huhu.. pape pun if tuan blog leh tlg jg tmpat tgl anjing tu lagi bgs.. biar tuan dia sedar sikit.. lama2 insyaAllah dia akan ikut jejak langkah tuan blog..

    sekadar mberi pandangan.TQ

  14. repot pun xguna. xde action. menyampah

  15. bukan setakat anjing ngan kucing jer. tengok lah zoo negara kita sendiri. sedih giler dan memalukan jer ngan negara negara luar. nampak sgt kerajaan kita tak perihatin ngan haiwan. undang-undang kita pun tak kuat. terutama pasal hukuman terhadap penganiayaan haiwan. bagi mereka haiwan adalah haiwan. tak perlu di tolong. apa yg penting bagi mereka sekarang ni KUASA dan KEKAYAAN.

  16. saya sokong statement PH...!!!


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails