KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: 3 Cerita Kucing Picisan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, March 31, 2011

3 Cerita Kucing Picisan

Posted by Papa Hero | Thursday, March 31, 2011 | Category: , , , , , , , |

Cerita 1
Untuk pengetahuan, pada pertengahan tahun lepas PH pernah terlanggar mati seekor anak kucing yang berwarna hitam solid..Saiznya sama besar dengan Blackie...Masa tu, PH tak tahu kucing tu duduk di bawah enjin kereta...PH hanya tersedar apabila terasa ada tayar kereta terangkat sedangkan PH pasti tiada objek yang melintang di tengah jalan...Dipendekkan cerita, PH kutip bangkai kucing tu dan letakkannya di dalam kereta sementara mencari tempat untuk menanam bangkai kucing tu...PH rasa menyesal tak sudah...Masa tanam bangkai kucing tu, PH tak putus-putus meminta maaf kat dia...Tak lama lepas tu, PH terjumpa Pak Tam sedang berguling-guling main straw di sebuah restoran....Rupanya ketika itu memang mirip arwah kucing yang PH langgar dulu..Lalu PH pun ambil keputusan untuk membuat Pak Tam sebagai sebahagian dari famili PH...Ceritanya ada di sini ( KLIK SINI )

Selepas peristiwa itu, baru PH perasan yang selama ni PH dah banyak bela kucing berwarna hitam solid...Lepas Pak Tam, Deq Tam ( kawan MH dah adopt )...Lepas tu, Mak Tam pula datang menumpang di rumah PH...Kemudian, Mak Tam melahirkan 3 ekor kitty yang comel...Kesemuanya berwarna hitam...


Tak pernah PH bela kucing hitam sebanyak ini..


Bila letak jer atas sofa, lena betul dia tidur...


Alhamdulillah, Pak Tam pun dah besar...Mak Tam pun tak banyak kerenah...Mereka ni langsung tak menyusahkan PH walaupun mereka ni adalah kucing kaki lima pada asalnya...PH yakin, ada metafora yang tersembunyi di sebalik kejadian ini..


*********************************************
Cerita 2

Yang ni pula Anuar Zain...PH pernah buat entri pasal dia sebelum ni ( KLIK SINI )

"PH nak snap gambar saya ke?"

"Hmmmm....saya tak mandi lagi ni...Camner yek...?"


"Jap yer PH...Kalau tak mandi boleh ke masuk blog...?"


"Apa pendapat PH?"


"Saya basuh kat situ jer boleh ke...?"


"Jawab laa...!!!! Basuh kat situ jer boleh keerr..?


he he ...boleh ler Anuar Zain ooii...Kau ni memang...mengada-ngada mengalahkan artis...

*********************************************
Cerita 3

Terasa cool bila tengok kucing-kucing kaki lima ni tidur..Ini adalah gerai makan Pak Din...Pak Din pun selalu bagi mereka makan...Semakin hari, PH perasan makin ramai orang datang ke kedai dia...Memberi haiwan makan adalah salah satu dari kunci pintu rezeki...Tapi, bagi orang yang berfikiran negatif, tak kurang juga ada yang mengatakan peniaga tu pakai pelaris, guna khidmat bomoh dan sebagainya walhal mereka tak sedar bahawa setiap amal jariah yang seseorang itu keluarkan, Allah akan membalasnya kembali Double, Triple & Unpredictable...Kesimpulannya, jangan sesekali kita 'prejudge' seseorang seolah-olah kita lebih mengetahui mengenai dia...


Mungkin kurniaan Along & Angah kepada PH & MH adalah 'reward' dariNya yang PH terima berdasarkan beberapa pengalaman pahit PH yang lalu....Tak pernah terfikir dapat anak kembar...

In certain situation, if we gave one, we will get DOUBLE right...?


P/S :
Pesanan dari Hero : Kegagalan yang kita alami adalah bukan kegagalan sebenar, di sebaliknya ianya adalah kejayaan yang tertunda dan ianya akan datang juga nanti... 

Comments
7 Comments

Currently have 7 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Anuar Zain?? kelas nama tu.. kalau kucing sy kebanyakkan nama klasik kalau adik bongsu sy yg namakan... nama2 kampung jer dia bagi. Bukan kampung sekarang tp nama2 kampung dulu2.. kasim, melur, markonah, siti, suraya.. semua nama2 yg jarang kucing gunakan.

  2. hahahaa...mak tam dan pak tam sebijik macam muke Inky di rumah..^^

  3. hero pujaan hatiku.. tomelll..

  4. ada 2 ekor anak kucing baru kat level aku nih...

    hahaha... sebelum g mandi, aku g men2 kat dorang jap...

  5. sy pnh bela kucing wane htam cm kucing PH gak tp akibat dengki n x ske pd kucing jiran blkang umah sy dah ambk buang kucing sy jauh2 n sy x tau cik tam sy kat mne skunk...kejam sgt diorg 2...

  6. Rumah saya pula banyak kucing yang berwarna oren.. =)


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails