Blog Kakimotong Akan Berehat Panjang

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera buat semua pembaca samada pembaca yang setia ataupun pembaca baru...PH dengan ini ingin menyatakan hasrat untuk berhenti berblog buat masa ini....Terlalu banyak halangan dan cemuhan yang PH terima....Tidak kurang juga fitnah yang dilemparkan kepada PH sekeluarga.....Tapi semuanya PH telan dengan sepahit-pahitnya...Alhamdulillah...Kesian kat Hero...Barangkali mereka suka melihat kami menderita...


Dengan ini PH mengisytiharkan bahawa blog Kakimotong akan berehat dalam tempoh yang panjang...Tidak pasti samada 10 minggu, 10 bulan atau 1-10 tahun lagi akan aktif balik...Pengisytiharan ini tidak bermakna PH berhenti berblog dan berhenti meneruskan ideologi PH yang tak ramai orang suka....

Untuk mengisi entri blog kali ini, PH selitkan juga satu entri khas mengenai sejarah kewujudan Kakimotong...PH juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada anda semua...Teruskanlah niat murni anda untuk membantu haiwan-haiwan yang terbiar....Bagi mereka yang melemparkan fitnah terhadap kami sekeluarga, Sesungguhnya, mereka tidak mengetahui....

Mengenai Page Kakimotong di Facebook, ianya berjalan seperti biasa, cuma PH kurangkan komitmen PH dari 50% kepada 5% sahaja....PH dah letih...

Sekian....

********************************

Alhamdulillah...dalam diam tak diam, dah setahun 4 bulan PH dah menjadi penulis blog...Barulah PH tahu perjalanan seorang penulis blog tidak seindah yang disangkakan....Perjalanan sebagai seorang penulis blog adalah amat menakutkan...Penulis blog adalah ibarat wartawan bebas...Mereka bebas meluahkan apa yang dirasa....Untuk meluahkan ideologi masing-masing dan menerapkannya ke dalam minda pembaca ibarat menolak batu ke atas bukit kerana ianya dilihat seperti sesuatu kerja bodoh...Bukan semua orang suka...Bermula dengan selalu membaca blog Ondcene.blogspot.com ( sekarang Ondscene.com )...Kemudian minat membaca blog terus berkembang dan membaca blogAriff, blog Kakjie, blog Tukartiub, blog Kaizenshinobi...seingat PH, hanya kurang dari 10 blog pencinta haiwan yang PH jumpa ( mungkin masa tu ada banyak tapi PH yang tak jumpa )...Sampailah suatu ketika minat untuk membuat blog 


sendiri semakin berkobar-kobar apabila PH terbaca satu keratan akhbar Sinar Harian di mana Kak Red ( Redmummy.com ) telah memperolehi pendapatan paling sikit pun RM10,000 sebulan ( kalau tak silap )...PH hairan bagaimana mereka menjana wang melalui blog? Pada keesokan harinya, PH gali blog dia dalam-dalam..begitu juga dengan blog Ondscene...Gaya penulisan mereka amat profesional ( Ondscene ) dan santai ( Kak Red )...Seterusnya, PH beli buku Irfan Khairi untuk belajar mengenai selok belok blog dan website..

Sibuk dengan tugas bukan alasan untuk menidakkan PH dari berblogging...Inilah pelan bangunan yang PH buat setiap hari....PH sanggup ambil risiko pelan tidak dapat disiapkan pada dateline hanya kerana nak update blog...

  

Dari situlah bermulanya kakimotong.blogspot.com...Ketika itu, PH tak tahu apakah konsep yang sesuai untuk blog ni...PH kembali memikirkan siapakah golongan yang bakal membaca blog ini nanti...PH ingin menyampaikan ideologi PH secara tersendiri dan sebetulnya ianya lain dari yang lain...Nama kakimotong diberi sempena nasib yang menimpa Hero...Lagipun, PH nak nama tersebut senang diingati...Mengikut tutorial blog yang PH cari sendiri melalui blog Ariff, Ben Shaari dan Kak Jie, nama blog biarlah ringkas dan mudah diingati...Kena kenalpasti siapakah sasaran pembaca kita...

Dari situ, PH pilih konsep blog kakimotong ni sebagai blog versatile seperti Oh! Tidak pada mulanya tetapi tidak berapa menjadi sebab terlalu banyak saingan...Bermula dengan entri Copy & Paste, PH hanya tiru entri orang lain ( selepas meminta izin dari penulis asal ) dan menampal apa saja berita yang masuk dalam inbox email PH ke dalam blog....Ini amat membantu kerana ianya mempercepatkan proses pembelajaran berblog...namun, PH mahukan satu 'value' PH yang terdapat pada diri PH iaitu anak kembar dan kucing-kucing untuk dikongsi bersama para pembaca...Sasaran pembaca PH adalah dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke golongan warga emas...

Cabaran yang paling hebat ketika berblogging bagi PH ialah menerima tohmahan kerana nama blog yang buruk dan dikatakan menumpang glamour Hero..PH alaminya sejak pertengahan sekitar tahun 2009 lagi iaitu melalui video Hero di dalam Youtube...Perasaan ketika itu amat menakutkan...PH jadi serba salah...Ketika proses pembikinan video klip tersebut, PH langsung tak terfikir untuk berblog...PH hanya buat video itu hanyalah untuk menunjukkan kepada semua betapa sayangnya PH pada Hero...Semua orang tak mengalaminya kecuali PH dan insan-insan yang tertentu sahaja...Jadi, wujudnya blog ini adalah kerana PH nak reward Hero, anak-anak PH, isteri idaman PH dan diri PH sendiri....Pada tanggal 6 November 2009, maka wujudlah entri pertama PH...Boleh dibaca di sini...:


ini entri kedua PH 


dan ini pula entri ketiga PH 


Nak cerita pasal kucing tak pandai sebab tak tahu nak tulis apa..


PH belajar selok belok bagaimana nak tackle SEO dengan baca blog orang lain...Ketika ini, rupa blog ini memang tak menarik langsung...ditambah pula dengan komen-komen yang menyakitkan hati :

1 ) Ada Hero bolehla kau...!!!
2 ) Ni blog motong gotah ke motong kepala kucing...?
3 ) Template tak sior langsung...baik tak payah ada blog...Macam sampah..!!!

Inilah rupa header kakimotong yang asal..Ada yang masih ingat lagi...?  


Ini adalah template blog kakimotong yang lama..Yang ni template yang ketiga...

Ada banyak lagi komen2 yang tak berapa sedap didengar....PH hampir putus asa...Tetapi, PH berfikiran positif...Baiklah...aku akan sahut cabaran korang bisik hati PH...


Setelah 3 bulan lamanya PH medalami ilmu blog dari tutorial, wujudlah Facebook PH dan Kakimotong Fan Club....Tujuannya tak lain tak bukan hanyalah untuk bersaing dengan mana-mana blog yang hebat...Dengan domain free ( blogspot ), PH mahu buktikan bahawa bukan domain name yang penting...Tetapi sebenarnya ialah gaya penulisan si penulis itu sendiri....PH belajar ayat-ayat dari beberapa blog ( banyak belajar dari blog Tun Mahathir ) dan menukar gaya penulisan PH kepada yang lebih formal...Susun atur tatabahasa yang tepat akan membuatkan penulis blog itu lebih dihormati ( info dari chedet.com )....Sehinggalah pada suatu ketika PH menerima banyak pujian di dalam komen-komen dan inbox FB mengatakan mereka belum pernah jumpa blog yang mampu mengalirkan air mata dan tergelak sehingga air kopi tertumpah ke atas keyboard...Ada pula yang menangis ( apabila dia terbaca entri mengenai seekor kucing jalanan yang PH tak ingat ) sehinggalah terpaksa mengambil cuti kecemasan pada esok hari kerana mata bengkak...Walhal PH tak berniat nak buat semua orang nangis...Itu semua adalah nukilan dari hati PH sendiri sebab ketika menulis entri tu, PH pun turut sama mengalirkan air mata....PH menulis dengan sepenuh hati...Pada tahap ini, PH dah tahu kajian dan usaha peribadi PH telah pun sampai matlamatnya...PH pernah buat kajian bagaimana nak tingkatkan trafik blog dengan cara PH sendiri..( KLIK SINI ).. PH pun ada berusaha untuk memperkenalkan blog kakimotong ke seluruh dunia pada suatu ketika dulu ( di antaranya ialah reddit.com dan digg.com )...Tak sangka sampai ke situ perginya...Sebab tu PH letakkan Google Translation kat page blog...Tapi tak rugi kalau mencuba...   

Namun begitu, PH tak tolak domain name Dot Com adalah lebih baik potensinya dari blogspot atau wordpress.... 

Selain dari itu, PH ada 4 blog yang masih berfungsi sehingga sekarang :


dan 1 blog yang telah mati kerana tidak mendaftar Domain Name :
Ini adalah email yang PH terima dari pengasas I Can Has CheeseBurger.com, salah satu laman web yang amat terkenal di Amerika...PH bukan seorang yang gila publisiti atau menumpang glamour sesiapa atau seseekor...



Begini ayat emailnya :


Out of all the funny videos that we've seen on the Interwebs, the team at ICanHasCheezburger thinks your video of your 2 legged cat is truly awesome and we'd love to feature it on our site(s). To make your video part of Internet history, we need your permission to use your video. By granting us permission, you agree to give us the rights to:


+ Use your video commercially on our YouTube and other affiliated video channels

+ Use your video commercially on television
+ Place our watermark and branding elements on your video to be used on our sites
+ Perform edits on your original video (to keep them short and sweet)

WHAT YOU GET OUT OF THIS

+ Internet fame: Many of our videos get millions of views in the first week of launch.
+ Tons of potential traffic to your YouTube channel: We will place your YouTube username directly into the video AND provide a link within the video description on our YouTube uploads so viewers can find more of your awesomeness online. 
+ You still own your video: We are only asking for rights to use your video, so you're still free to do with it what you will.

SO WHAT NEXT?
We need e-mail confirmation that you are indeed the original owner of the video and we need you to explicitly state that you agree to grant us permission to use your video on our site(s). 

Please send your e-mail confirmation to: ^%&*(@cheezburger.com.

Thank you for being a part of ICanHasCheezburger.com!

Sincerely,
Louis and the Cheezburger Network video team


Ini ada sorang lagi...


Just to to start, I see that you are from Malaysia. I don't know how good your English is but I can get someone to translate if you want. :D

Hi. I was just thinking. As Hero gets larger, his front end is going to weigh more. I want to offer to make a brace with some wheels to try to help him get along. If not now, he could use it when he is older. Standing in that position he is going to hurt his hips eventually

The idea I have is simple. A leather brace, closed with velcro. The legs themselves would be able to fold and a spring would control that. So if he leaned his head down, the brace would lower, if he picked his head back up, they would go back to normal.

He probably is doing well enough now, but he is going to get older. His mobility will be reduced then. Just trying to give some ideas for his future so you can continue to live a happy life.

All I would need from you are his measurements (overall length, weight, and around his chest where the brace would be) and a place to send it when I am done. The idea I have hasn't been built as far as I  know so a few months to get it made. I'd probably send prototypes for you to test on him.

Please write back.

Kalau nak diikutkan, PH boleh terkenal dalam sekelip mata di serata dunia...PH pernah dapat tawaran dari 2 orang ( veterinar barangkali ) dari US yang sanggup datang ke rumah PH untuk membuat kaki palsu untuk Hero..Tapi malangnya PH dah delete email tu...Salah satunya boleh dilihat di sini ( KLIK SINI )..ada beratus2 inbox dalam akaun Youtube PH dan ada salah seorang dari Canada yang meminta izin untuk membawa Hero ke Rancangan TV lebih kurang macam Oprah Winfrey di US..Segala perbelanjaan ditanggung...Ada juga yang ingin membeli video Hero dan Hero sekali...PH tak tahu nak buat apa pada masa itu...Akhirnya PH biarkan sahaja email tersebut tanpa membalasnya kembali...PH bukan kejar glamour...

Setelah difikirkan semasak-masaknya, PH biarkan sahaja kesemua tawaran-tawaran yang PH terima....Hero bukan barang mainan....Dan PH tak sangka blog dan video PH boleh pergi sampai ke tahap ini...

***************************

Inilah salah satu usaha PH untuk menjenamakan Kakimotong yang membezakannya dengan blog pencinta haiwan dan blog berinformasi yang lain...PH pakai kamera handphone jer...


Orang yang dah lama mengikuti blog PH tentu perasan, blog ni juga menerapkan nilai-nilai kekeluargaan...


PH yakin, tiada siapa yang tahu bahawa PH juga ada blog wordpress ( KLIK SINI )..Tujuan asalnya ialah untuk meluaskan lagi trafik dan penjenamaan blog selain untuk tujuan Back Up Entry Data..Ini semua tips yang PH dapat hasil dari penyelidikan PH sendiri di dalam Google dan blogAriff...Tetapi, PH dah lama tak update blog wordpress tu...

Ramai yang menyangka Kakimotong Fan Club di Facebook mempunyai matlamat rasmi seperti menyelamatkan haiwan, aktiviti-aktiviti kehaiwanan dan sebagainya...Ada yang berpendapat PH menumpang glamour Hero dan anak-anak kembar...Untuk pengetahuan, Kakimotong Fan Club tiada matlamat rasmi dan spesifik...Tentang video-video kucing jalanan yang PH ambil di tepi jalan, itu adalah cara PH nak terap nilai sayangkan haiwan..PH bukan aktivis haiwan yang bagus seperti mereka yang lain-lain sebab setiap orang ada daya tahap masing-masing...Tetapi, PH ada cara tersendiri bagaimana nak membantu haiwan-haiwan yang terbiar....Ianya memakan masa 5-10 tahun akan datang...Perancangan PH bersama bisnes partner PH ( Saudari Ainalina ) dah ada...Tunggu jer masanya nanti...Tiada guna kita membanting tulang pada masa sekarang kerana jumlah haiwan-haiwan terbiar dan didera tetap akan bertambah saban hari selagi tiada undang-undang yang khusus dipinda di negara kita...Ianya ibarat mencurah air ke daun keladi..Tetap tak akan basah...Ini adalah hakikat yang harus kita telan walaupun pahit....Tidak banyak aktiviti fizikal yang boleh dilakukan kecuali dengan menerapkan nilai-nilai sayangkan haiwan kepada anak-anak kita...Yang PH pasti, tujuan utama KMFC ditubuhkan ialah melahirkan modal insan yang menghargai nyawa seseekor makhluk selain dari kekeluargaan untuk generasi yang akan datang...Generasi yang ada sekarang sudah terlambat untuk bertindak secara fizikal kerana tiada undang-undang pengawalan yang ketat....Modal Insan yang diwujudkan hari ini bakal menjadi pemimpin di masa hadapan dan merekalah yang akan menjaga haiwan-haiwan yang terbiar ini....Ini adalah pendapat peribadi PH dan berdasarkan apa yang PH nampak realitinya... 

Apa yang PH dapati dari penyelidikan PH di dalam mana-mana page di Facebook, belum pernah lagi PH jumpa gambar-gambar atau video-video yang diambil secara langsung terhadap kucing-kucing / anjing jalanan...Yang ada pun semuanya kucing yang cantik-cantik belaka...Kalau ada kucing yang tak cantik pun, mungkin PH sendiri yang tak jumpa...Jadi, PH gunakan platform Kakimotong Fan Club untuk menerapkan nilai-nilai sayangkan haiwan-haiwan terbiar dan sebarkannya seluas mana yang mungkin...Apa jua entri / status yang terdapat dalam KMFC adalah secara kebetulan...Ianya tidak dirancang...PH pun tak pakai kamera DSLR..cuma pakai handphone jer..Dan pada ketika itu, ramai pula yang suka video-video / gambar-gambar sebegitu....PH dah lama sedar apa yang PH lakukan / upload ke dalam FB KMFC adalah satu benda yang bodoh...tetapi itu hanyalah persepsi dan kepercayaan...Sekiranya seseorang itu berfikiran positif, mereka akan faham....PH percaya pada kata-kata Robert T Kiyosaki : 

If what you do is the right at the first things, people will follow even it look stupid... 


Selama PH jadi blogger, tohmahan terlalu banyak yang PH terima sejak dari awal pembabitan...hampir kesemuanya datang dari persepsi sudut yang negatif....Sebagai seorang yang berfikiran positif, PH tak peduli itu semua...Sesungguhnya mereka tidak mengetahui...Dr Rozmey pun tak ramai yang suka...ada yang berkata beliau seorang yang cakap tak serupa bikin, kepala cendawan dan sebagainya...Untuk pengetahuan, beliau juga adalah salah seorang mentor PH...Angka pengikut di dalam KMFC semakin hari semakin meningkat...Alhamdulillah...tetapi PH tahu tak semua yang baca, komen entri dan tahu mengenai selok belok blog kakimotong...Kebanyakan mereka semua singgah dan pergi dan akan datang kembali jika mahu...Hanya beberapa kerat jer yang tinggal dan setia sehingga ke hari ini..PH dah biasa alaminya...Dilihat pada zahirnya, nampak seperti mereka tak banyak membantu dari segi fizikal dan KMFC tetapi mereka sebenarnya amat membantu dari segi motivasi dan semangat PH untuk merencana sesuatu yang lebih besar untuk haiwan-haiwan yang terbiar...Untuk mendapat 1,000, mulalah dengan 1 dahulu...Bagi PH, sebelum kita kira bintang di langit, kita kena kira pasir di bumi dulu...

P/S :
Terima kasih atas sokongan yang diberikan....Tanpa anda semua, PH pun mati kutu nak berblog...Kalau PH quit, bermakna tohmahan mereka terhadap PH adalah benar belaka....tetapi, PH tak akan quit dan PH akan buktikan tohmahan mereka terhadap PH adalah tidak benar sama sekali....

AKU ADALAH IBARAT LAYANG-LAYANG YANG BERTALI DAWAI HALUS....SEMAKIN KUAT ANGIN BADAI MENOLAK AKU, SEMAKIN TINGGI AKU AKAN NAIK....AKU HANYA AKAN JATUH APABILA TALI ITU PUTUS ATAU BADAI ITU HILANG...

Ini adalah prinsip hidup aku.....Tiada siapa yang akan menentukan rumah apa PH nak duduk, kereta apa yang PH nak pakai dan makanan apa yang PH nak beri anak-anak PH dan Hero makan...I Decide..., Not You and Them...!!

PH nak rehat dalam jangka masa yang panjang...Dah letih...  
Enhanced by Zemanta


Comments

  1. hi PH... i'm one of ur silent readers... come on bro... dont give up.... mmg tak dinafikan itu antara pahit manis seorang blogger... mcm bro ben ashaari pun terkena tempias yg sama.. tp both of u guys dh jd inspirasi kat blogger2 baru...

    and to tell the truth, sejak baca blog PH ni saya dh makin sayangkan kucing.. same goes to my mum... dlu dia bantah sekeras2nya kalo sy nk bela kucing.. tp bila bc blog pencinta2 haiwan, hati sy tersentuh... dari seorang yang takutkan kucing [betul bro.. dlu sy takut kucing], skrang dah 2 ekor kucing saya bela... mak sy yg dlu tak suka kalo bela2 kucing kat rumah pun, dah anggap kucing2 sy mcm ahli keluarga... bila kucing yg pertama kami bela mati akibat di lanngar kereta, kami sekeluarga menangis mcm ahli keluarga yg meninggal... n my mum smpai msuk wad u knows...

    honestly said.. i adore ur blog... n segala usaha2 bro especially... so plz...

    just PERBODOHKAN jer suma caci maki kejian org2 yg dengki ni bro...

    dalam dunia ni bro, sebaik mana pun kita, pasti akan ada yg tak suka dan dengki juga... so i hope so...

    just keep going... dont stop writing...

    i'm gonna miss HERO kalo u dh berhenti menulis...

    ReplyDelete
  2. mulut org camlongkang camtu bior je la..
    mungkin bukan mulut tapi hati..
    busuk hati!
    jahat!
    lempang 100x!

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam...

    Papa Hero teruskan perjuangan mu yg murni... Apa yg diorang fitnahkan pasti mereka akan mendapat balasannya juga di dunia dan akhirat...

    Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar...

    ReplyDelete
  4. I am also one of ur silent readers. Hero has inspired so many people, and I am sure around the world too. When you stop, those who hated you will clap their hands happily for able to bring you down. Shouldn't give them the privilege, you know. Much as Hero is not giving up, you shouldn't too.

    Don't care what people say about you, your family and what you fighting for. They can't decide anything in your life because they have no right to do so. Ignore them, over some time, they will eventually shut up and give up.

    ReplyDelete
  5. PH., what you think is right just go do it for your own right... Tapi pastikan Blog KakiMotong dan KMFC terus aktif tau!..
    I don't care all negative thoughts people say about you or your blogs whatsoever., yang I care about is perjuangan PH sekeluarga dan keprihatinan kepada haiwan terbiar berterusan dipaparkan dalam blog ni dan KMFC...
    As a Malaysian I bangga kita ada manusia yang begitu berani memaparkan kisah-kisah haiwan terbiar terutamanya kucing-kucing... yang mana I rasa tak ramai insan (di Malaysia) yang sanggup committed dengan style tersendiri memaparkan kisah-kisah tersebut dalam blog etc.. memang ada tapi tak ramai...
    Blog KakiMotong ni sebenarnya banyak memberi inspirasi kepada animal lovers bagaimana nak mengukuhkan lagi sifat kasih dan prihatin terhadap haiwan terbiar...
    Dan saya percaya jika PH teruskan paparan kisah haiwan terbiar di blog dan KMFC selain memperjuangkan nasib haiwan terbiar, insyaAllah satu reformasi boleh berlaku untuk menguatkan Akta (hak-hak haiwan) dan siapa tahu dengan semangat insan seperti PH, suatu hari undang-undang baru akan terbentuk untuk membela nasib haiwan-haiwan di negara kita....
    PH dah tarik ramai follower di KakiMotong, and please keep your style in writing blog like this, because we are really get inspired by this blog. Never stop and never give up..
    I adore Hero so much, his spirit and his strength to fight for his life is really unbelieveable... I kagum dengan Hero... please keep on writing because I don't want to be disconnected with Hero... He is a truly Hero (in blogs and real life)...
    Please don't give up (if you do appreciate this blog's followers like me)!.. ok.. ;)
    Chaiyok!! keep the spirit up!!..

    ReplyDelete
  6. elo PH...is it true that u wanna quit???sdih gak dgr :( Mulut manusia mmg mcm tu.X bole tgk org lain hepi.Ad jek nk crik psl.I just be ur silent reader for this moment,my advise pls....pls dont quit from blogging.Ur words n Hero give us a cheer life...once again,pls dont stop blogging.....

    ReplyDelete
  7. salam PH,
    panjang entry kali nih tp sy cuma nak ckp..wlu apepun org ckp pasal kita..blog kita, kita yg punya. kita bebas nak suarakan apa yg kita rasa, kita lihat, kita dengar dan kita alami.

    org yg cuma tau bercakap tanpa memikir sedalam2 tindakan ibarat tin kosong yg diketuk. bunyik bising tp x menguntungkan apa2.

    sy kagum dengan usaha PH selama ini terutama 1st jadik silent reader pasal Hero tuh. dan saya x pnh mengenali PH & MH secara personally sehinggalah kita jumpa pd. program Speutering hari tuh.

    Sy sedikitpun x pnh menyangka yg sy akan jumpa Hero, PH & MH yg selama nih sy baca dlm blog her. Terutama Hero...yg setiap kali sy membaca kisah dia, air mata sy menitik. Kalau sy jd PH & MH, sy x pasti sekuat itukah emosi & rohani dan diri sy utk membantu Hero serta kucen2 lain yg terbiar.

    Ape2 pun yg org lain nak ckp, let it be.. sampai masa dorg penat, dorg akan berhenti..klu dorg reti penatlah. Allah jer yg tau usaha kita. Dia yg lebih memahami. Org lain, xkan nampak apa2 melainkan kerja nak menghentam, mengutuk, mencaci, menghina dan sbgnya.

    Berehatlah selama mana yg boleh..sy tau PH & MH dah byk menerima tekanan selama nih..xpe la..amik masa..teruskan hidup dengan lebih bahagia bersama keluarga, Iyo & anak2 bulus yg lain. pergi bercuti, jalani hidup cam tkde pape pnh jadik dlm dunia blog nih..

    Kita manusia pun kdg2 perlukan ketenangan. Kdg2 letih meniti perjalanan yg entah sampai bila berkesudahan.

    Bila dah tenang, hati kuat semua..ber-blog la blk...sy tau dunia blog dah sebati ngan PH & MH.

    lurve from mommy of 6 spoiled catz=
    Lady Rusty
    Chello
    ChiChi
    Cheesedale
    Chester
    Lady Eowyn..

    =*_*=

    ReplyDelete
  8. Salam Papa Hero,

    Takkan nak cuti kot..rileks la PH..Mya ingat lg first time Mya kenal blog PH ni time Mya carik PM punye rumah..Mya sampai email PH sbb nak tanye mana PM duduk..and saat tu Mya terpandang Hero yg takde kaki..tapi PH jage die mcm anak sendiri sampai la Hero sekarang ni dah jadi seorang kucen yang kacak dan agresif!! Peduli dengan orang2 yg ckp PH bukan2 tu..

    Penting ke mereka dalam kehidupan seharian PH? PH nak tulis ape dalam blog ni pon suka hati PH la..bodoh la dorang kalau ckp bukan2 pada PH. takkan dorang tak tau yg BLOGGING ni kan utk kita ceritakan ape saje yg kite nak... Sebab tu ahli politik yg berpangkat Prof Emeritus pon mengkritik dalam blog beliau..

    Persetan dengan segala tohmaham dan fitnah org PH.. Yang penting PH tau ape yg PH buat tu tak langsung melibatkan dorang apetah lagi nak mintak belas ihsan dorang semua..

    Kalau Mya jd PH, Mya akan cakap pada SI BODOH - SI BODOH tu semua..

    " AKU PUNYA SUKA LAH NAK BLOGGING PASAL HERO KE NAK BAGI HERO GLEMER KE, AT LEAST AKU TAK MINTAK DUIT KORANG NAK BESARKAN HERO DAN FAMILY AKU. AT LEAST AKU ADA HERO!! KO ADE? "

    So PH, please DO NOT stop blogging!! Keep on blogging!! Kalau PH g tanye kat PM pon sure PM marah :)

    ReplyDelete
  9. PH , satu je wawa nak bagitau kat sape2 yang cakap bukan2 pasal PH : u suck !!

    sebab ada blog PH ngan PM laa sayang kat haiwan bertambah tau .

    malas nak komen banyak2 . sedih .

    ReplyDelete
  10. 100 suara kutuk PH atau Hero atau blog ni, beribu2x, atau b'juta suara akan sokong PH. Dont give up. PH tahu niat sebenar PH, ignore je suara2x jahat tu.

    ReplyDelete
  11. PH,..
    Kalau itu pilihan awk,sy sbg kwn menyokong,..tetapi yg LAIN harus ingat,,
    "MENGALAH BKN BERERTI KALAH"..
    kadangkala "DIAM ITU LEBIH BAIK"..
    tp MANUSIA2 diluar sana tidak boleh fikir mana yg baik mana yg buruk..
    Sbr la..ada hikmah semua ni..
    ALLAH sentiasa bersama dgn "ORG2 YG TERANIAYA"..DOA org teraniaya selalunya dimakhbulkan ALLAH..AMIN..

    AINALINA

    ReplyDelete
  12. huh,
    peminat dr rozmey rupernyer....patotla.........
    bukak blog sbb nak kaya ke?..patot la byk sgt iklan kt blog ni..kwang3

    ReplyDelete
  13. Salam PH,

    Jgn berhenti hanya krn org2 yg bercakap buruk psl kita. Normal la ada org suka ada org tak suka. Mmg pahit utk terima tp kita perlu kuat dr mereka. Ramai lg yg menyokong PH. Kami sygkan HERO.

    Tp kalau PH nak berehat sementara, itu mmg sepatutnya. Cuma jgn la terlalu lama. Nnt kami rindu Hero. Kuatkan smgt ye :)

    ReplyDelete
  14. dear PH..
    i am one of ur thousand of silent reader.. i never comment anything on ur post simply because i have nothing to add on. U had complete it in ur writings.. sad, happiness and even laugh.

    what ever it is.. never give up.. ALLAH SWT knows what is inside you. I pray for for bro.. insyaALLAH.. those 'clever' people will get their part.. insyaALLAH...

    ReplyDelete
  15. anonymous yang perli blog ni, PH dah tau siapa kau....

    kawan2 awak ramai, tapi semua tak boleh pakai...kat wall kau semua baik, tp kat blkg semua pm PH komplen ko ni cakap besar...

    baliklah kampung tu yer...

    ReplyDelete
  16. OMG...PH memang betul²nak tutup blog ke??isk...rasa macam tak adil plak orang yang macam PH berjuang untuk kesedaran manusia terhadap binatang, akhirnya tewas plak...apa pun mungkin ada hikmah di sebalik benda² berlaku...Kacang cuma berharap semoga PH dan MH tetap sentiasa membaca bLog Kacang...

    ReplyDelete
  17. lorr..sy baru jmpa blog org yg syg kucing2 jalanan gak mcm sy,tba2 nk quit da ke?..huhu..sedih2..

    ReplyDelete
  18. PH bukan nak tutup la...PH nak berehat jer..

    ReplyDelete
  19. Terjumpa link kakimotong ni tahun lepas kalau tak silap kat page FB kwn lama... so rasa ingin tahu, Mel p jenguk page kakimotong.... then baru tahu bahawa ia adalah satu page utk pencinta haiwan juga... mula2 tak sedar yang si Hero ni tak sesempurna kucing lain... ingatkan gambar Hero sengaja diedit begitu. Then lama2 baru tahu keadaan Hero sebenar....

    Sebagai peminat dan pembaca senyap blog ini... Mel seringkali menjenguk dan membaca blog ini... sebagai pencinta haiwan tak salah kita meluahkan perasaan- ketidakpuasan hati dan lain lain diatas kekejaman manusia terhadap binatang binatang tampak kian menjadi setiap hari... Apa yang PH lakukan adalah elok... dan patut dijadikan sebagai contoh pada orang lain... kita berblogging bukannya untuk mengejar $$$ dan glamer... Terus terang Mel katakan Mel dulu pun pada asalnya berblogging sebab taknak kalah ngan kawan2 lain... then pada satu saat, Mel fikir kembali... kenapa asyik nak berlumba dengan orang lain... sedangkan kita adalah individu yang tersendiri... unik... jadi sejak tu... Mel pun slow down (dah berapa kali tukar link n layout)


    So apapun Mel harap PH jangan putus asa... ramai pembaca yang masih nak baca blog ini... anggap sahaja kata kata kutukan manusia manusia yang mel rasa memang tak pernah bercermin terlebih dahulu itu sebagai kata kata peransang...
    Mereka saja nak buat havoc dan mungkin masa mereka terlalu banyak untuk diluangkan so mereka buat kerja yang tak berfaedah begitu.... :) chaiyok chaiyok...

    ReplyDelete
  20. anonymous yg mlut longkang tu just shut up ok..
    semak alam tol..

    PH,sye slh sorg silent reader yg setia pd blog ni.i hope u and ur family are strong to face all this.kdg2 idop ni mmg byk dugaan.sye pn penah gado ngn orang yg x ade hati gara2 nk defend kucing.

    to be honest,walaupn x pnah jmpe hero,pak tam,comel n lain2,im gonna miss them.i will miss their stories,i will miss their funny videos.

    PH created a blog di mana all animal lover kongsi cerita masing2,kongsi pndapat n kongsi impian masing2.one more thing,blog kakimotong sedarkn sye yg masih ade byk lg yg concern psl stray cats n dogs.and i hope there will be more.

    p/s : keep fighting for animal's right =)

    ReplyDelete
  21. first time tgk video clip hero kat FB my fren...sgt kagum dgn usaha kamu menjaganya.
    as for blogging..biasalah.bukan semua org suka apa yg kita buat.
    tak salah utk kamu berehat...but make sure u come back one day...soon.

    ReplyDelete
  22. Hello PH,

    You may rest as you wanted, I do understand how u feel. A word could be sharper than a sword.

    Just to let u know that, what you wrote, what you posted had really improved the love we have on animals. Not to be racist, but i was shocked to see that you even care for dogs regardless of your religion. I really respect u and really wanted to make donation in terms of monetary to support you.

    Me and my gf and my cats will always love u XD~

    Remember that, people are meant to be stupid at times. But time could change it. By the time they realise, they would regret what they said to you.

    Anyway, good luck, dude.

    ReplyDelete
  23. sy knl PH melalui Papa Meow.....entri PM mengenai Hero menyentuh hati sy.....rasa mcm nak culik jer mamat tu...sy akan tunggu entri baru PH nanti

    ReplyDelete
  24. PH...
    Misi kita adalah 1,
    Berjaya dalam HIDUP,AGAMA ,BANGSA & NEGARA..
    ingat..'PERUBAHAN LAMBANG KEJAYAAN'
    kita akan ke JOHOR nnt,kembangkan sayap kita..
    Nnt sy nak ajak awk ke KELANTAN plak..
    ini adalah masa depan KITA n ANAK2 BULUS..
    KEHIDUPAN mereka akn TERBELA nnt..

    DON'T GIVE UP..
    I TRUST U CAN DO IT$$$$...AMIN

    BY:-UR B/PARTNER ( AINALINA )

    ReplyDelete
  25. bloger hebat adalah bloger yang dikutuk dan dicaci..semakin banyak yang dikutuk semakin banyak yang dicaci semakin murah rezeki dan semakin menimbun pahala bloger tersebut..

    penangan bloger hebat memang begitu so tak perlu ambik pusing dengan semua tuh..kalau tak suka anoymous komen just block it.tukor setting jangan bagi derang komen.kalau yang ader blog maki hamun PH just buat satu entry khas untuk diyer dan kasik diyer backlink,well orang tue nak glamor cara mudah memang suker tumpang belog orang.

    Kalau orang kater PH ader hero boleh lah so what?patut PH berbangga sebab hero disisi PH..tak semua orang macam Ph..dan tak semua orang ada hero,thats y derang ckp macam tue..mereka cemburu dgn PH sebab hatey mereka tidak semurni PH.

    Orang memang akan suker tengok kehancuran,kemusnahan dan kesedihan orang lain..dah memang itu sifat manusia tetambah manusia yang macam haramjadah memang begitulah sifatnyer..

    tak perlu undur diri kerna ramai yg menyokong kamu.

    ReplyDelete
  26. eh ANON kau takde ANU eh ???????

    kau tu tersangatlah pondan . euww ape barang mengata orang pakai ANON2 ni .

    yurks !!

    ReplyDelete
  27. hohohoh... dont give up PH.. sayer suke bace2 entry2 yg PH post.. mmg byk membuke minda.. bkn semue org boleh buat mcm PH buat.. PH bg semangat tok sayangkn lagi binatang.. :)

    be patient PH..insyallah.. everthing gonna be ok.. PH kene kuat cam EYOO gak tau..gambatte gambatte..

    ReplyDelete
  28. PH

    Please don't give up. Just ignore the people who like to talk nonsense. :)

    ReplyDelete
  29. dont give up..if u give up diorng lg suke..then sape akn jd tulang blakang haiwan2 tbiar ni nnt??..this animals need people like u..i adore u..i wish i can be like u..i will..soon..so please dont stop ur fighting..just think like this, org yg mcaci2 tu sifat nya lbh keji dr haiwan..so kte yg waras ni x perlu lah cepat melatah..should bared in mind, there are other people/animals still need us - one of ur silent reader =)

    ReplyDelete
  30. Berehat bukan erti berenti, berundur bukan erti kalah tp menyusun strategi utk bangun dgn lebih gagah lagi.
    Kak Kim doakan yg terbaik utk PH sekeluarga dan akan terus menanti PH menulis lagi walau seribu tahun lagi...Klw boleh takyahlah berenti..

    ReplyDelete
  31. jangan berhenti selama-lamanya tau!(masa tulis ni pon air mata saya dah kuar).Harap sangat jangan ditutup blog ni sbb nanti saya rindu pada Hero. Sebab org macam Papa Hero dan Papa Meow lah yg menyebabkan saya lebih menghargai haiwan.Kamu berdua adalah inpirasi blogger macam saya untuk kenal kasih sayang haiwan yang tulus. Tolong jangan dengar tulisan2 celaka yang hanya tahu dengki dan khianat dan saya berani cakap org yang tak senang dengan blog ini lansung tak tahu/tak suka/benci haiwan! Kalau jumpa kucing atau anjing tepi jalan saya berani cakap diorang akan sepak tak pun boleh bunuh dengan kejam!
    PH hanya perlu fokus kepada penyokong bukan layan musuh. Kalau PH mengalah mereka akan ketawa menang. Makin popular sesuatu blog itu memang makin ramai langau yang dengki. PEDULIKAN! saya faham tekanan yg PH hadapi tapi tolonglah jangan mengalah...
    yang ikhlas,
    HUD.
    Salam sayangggg untuk HERO.

    ReplyDelete
  32. Anonymous says:
    March 10, 2011 5:45 PM
    huh,
    peminat dr rozmey rupernyer....patotla.........
    bukak blog sbb nak kaya ke?..patot la byk sgt iklan kt blog ni..kwang3

    SI BODOH KAT ATAS NI!! TAK TERJEJAS PON HIDOP PH DGN AYAT2 KO TU..AS PH CKP LA..KO TU GEBANG JE LEBIH! BELAGAK PULAK TU! BOLEH PEGI MAMPOS LA WEYH.. KO KENE INGAT, KO SORANG TAK SUKE PH TP PENGIKUT PH NI BRAPE RAMAI LA PULAK?? AYAT ORG DENGKI MMG MCM KO TU LAH..KO JELES SEBAB KO TAK GLEMER MACAM PH KAN?? WAKAKAKAKAKA.. GET LOST MR ANON! DAH LA ANON TAKMAU TUNJUK NAME KE? KASIK POTONG LA LU PUNYA BARANG BRO!

    ReplyDelete
  33. Salam perkenalan PH

    Kayrul baru je nak ikuti citer terkini dah blog kaki motong...tup2 tengok kat entri nie dah nak berhenti pulak..

    Dulu kayrul just silent reader je...dah lama gak la tak jejak kaki kat sini...


    Harap PH teruskan berblog...pedulikkan ajer apa orang nak cakap..bukan diorg bagi kita makan... BUat baik akan dapat balaasan yang baik...buat jahat macam mr anon tue...tunggu je la balasannya tak lama lagi...


    Kuatkan semangat demi HERO..

    ReplyDelete
  34. never surrender, never give up! :)

    ReplyDelete
  35. sabar yer PH,

    saya pun di antara beribu2 silent reader blog awak ... :), takyalah PH berhenti menulis, pedulikan mereka yang berkata tu, mereka ada mulut mereka berkata lah, tak gitu?

    semoga PH dan keluarga sentiasa dilindungi Allah s.w.t, kami sekeluarga amat sayangkan Iyo, Iyo amat istimewa...

    Dari Kak Rozie sekeluarga :)

    ReplyDelete
  36. hi PH,
    looks like you posted the reddit page i submitted for all to see.

    please don't stop writing too long.. i myself didn't expect there were genuine people who really wanted to help you and hero. harap2 ph ada balas email diaorang.

    harap ph bagi permission for icanhascheezburger tu, kitaorg tak kan fikir itu untuk glamer, just the thought of you know, in the future, there are cats like hero who have family like yours who take care of them. :)

    take care and god bless.

    ReplyDelete
  37. Papa Hero dan Mama Hero
    Mak Cik juga sedih dengan keputusan PH tu. Tapi Mak Cik faham adakalanya kita kena tenangkan fikiran. Jangan rehat lama-lama ye. Mac Cik sentiasa rindukan keluarga PH dan Hero

    ReplyDelete
  38. PH...just promise us that u'll continue blogging sooner or later..pedulikan semua yang x puas hati tu..sebab masih ada pencinta haiwan seperti PH yg menyokong di belakang PH..sampaikan salam MrsCaspian kat HERO erk..:)

    ReplyDelete
  39. hi..sy slalu baca blog PH..jgn la berenti sebab diorg...diorg nk ckap n kritik jer lebey..diri sndiri tak punya impian dn visi..diorg nih hanya mmbuang masa..lagi pon benda ni bkan glamour...sebenarnyer diorg yg email tawaran nk tunjuk kat dunia ni reality haiwan.dan tak semua org snggup mnjaga kucing yg cacat..
    lagi pon kite kena maju..org yg mcm tu kritik tak habes2 tak maju nyer..dok kat celah tu jugak..sume tak kena..buat tak berani..btul tak kan..

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. PH,i'm one of ur silent readers. sy tahu blog ni pun member yg suggest tq Hud aikara..ignore org yg sentiasa bg -ve feedback/-ve comment/condemn atas segala usaha PH & MH dan rakan2 lain..coz korang yg jd inspirasi kami utk lebih bersikap penyyg kpd haiwan.Teruskan post entry dlm blog ni ok, be strong & be +ve..

    Suka nengok Hero

    ReplyDelete
  42. PH

    Bila nak update blog ni, saya sekeluarga menunggu dengan penuh sabar selama ni. Sekarang dah tak sabar dah. Harap-harap ph akan update blog secepat mungkin, kami rindukan cerita2 terbaru dari PH mengenai Iyo

    ReplyDelete
  43. honestly i think you should accept those offers..

    biarlah apa orang nak kata PH pun, janji Allah tahu apa niat PH. Allah lebih penting..

    yd dr veterinar tu cakap betul, Iyo elok kalau ada kaki palsu. bayangkan kalau iyo manusia, nak jugak dia jalan macam biasa. i has cheese burger tu sangat glamer website dia, kalau PH terima, maybe akan bangkit satu gerakan pencinta haiwan yg lagi hebat. kes Iyo, sgt kejam. manatau nanti2 akan ada dermawan2 akan support PH leh bukak pusat jagaan meow2 kat sana? Saya pernah melawat ke pusat tangkapan anjing liar dbkl, kesian tengok anjing2 yang akan dimatikan...

    tapi Allah lah yang menggerakkan hati hambaNya. ada hikmah kenapa PH x rasa nak terima offer tu. insyaAllah, kalau ada offer lain. baik untuk PH dan baik untuk Iyo, saya harap PH leh terima..

    pasal org yang selalu cakap buruk tu, biarkan diorang. kadang2 diorang sengaja cari pasal, (internet troll). dorang akan puas kalau org yang diroang trollkan down. so be strong! dont feed the troll! Allah kan ada. ^_^

    ReplyDelete
  44. salam.lama PH x update pasal Hero.sy tahu PH terasa dgn semua komen2 negatif org sekeliling.Tp smpi bila?sy rindu nk bc latest story kat blog PH nie.bt pengetahuan PH,sy jg salah seorg pencinta haiwan.sy mula membela kucing setelah kematian ayah lebih kurang 13 thn lalu.tiada sape sangka kucing yg diambil di tepi longkang oleh ibu sy dlm keadaan yg sgt teruk:perut bernanah serta cirit birit mampu hidup lg.Ibu sy jg rajin memberi mknn pd kcg di market.sy pernah tegur ibu kerana org memerhatikan kami.ttp ibu sy ckp biarlah asalkan kita x bt benda yg berdosa dan x bt salah pd org.sejak hari itu,sy mula memikirkan kebenaran kata2 ibu sy itu,btl jg.kami x bt salah apa2 pun.kami x minta pun duit utk bg kcg market tu makan.
    wpun sy masih muda utk bg pandangan pd PH,tetapi sy tahu apa yg kita bt x kan pernah menyenangkan hati semua org.cuma PH fikir satu shj,mulut manusia bkn mulut tempayan yg boleh ditutup.kalau x,mmg dah lama dunia ni aman.kalau lepas ni ada lg org yg pandang serong pd PH,sy harap PH jgn ambil kisah dan fikirkan ttg pencinta2 haiwan yg meminati blog nie.pleasee..jgn berhenti menulis hanya kerana org yg berfikiran serong kerana PH x bt salah apa2.hanya mereka tu yg cetek akal dan x mahu menggunakan akal yg hanya dikurniakan oleh Allah kpd manusia.semoga PH teruskan menulis dan sy berharap dpt membaca cerita terbaru dlm blog ini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  45. kerana mulut badan binasa....

    biarkn jer... semua yg berlaku ada hikmahnyer kn... lihat perkembangan PH n MH melalui usaha keras beserta kesabaran dalam melakukan IBADAT melalui cara membela nasib haiwan2 ini..

    klo saya la "ada ubi ada batas... hari2 boleh tebas... kahkahkah..." senyum sokmo...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular