Terima Kasih Di Atas Kunjungan Pn Ayumie, En Zahran dan Tuan Torek

Jutaan terima kasih buat Pn Ayumie dan En Zahran ( maaf kalau tersilap eja ) di atas kunjungan anda berdua ke rumah PH pada 15 Mac 2011 yang lepas...Minta maaf juga sebab terlewat menyiarkan entri ni...Sesungguhnya, kedatangan anda berdua pada malam tu betul-betul membuatkan anak-anak bulus PH gembira...Lepas anda berdua balik, melompat-lompat derang tu tak berhenti-henti...geram jer rasa macam nak rotan muntut dia...


Terima kasih juga buat Saudara Shukri a.k.a Tuan Torek kerana sudi bertamu pada malam tu...Tak silap PH ini adalah kali keempat beliau datang ke rumah PH..Steady Bro...!!!


Iyo manja sangat pada malam tu...Mungkin atas sebab faktor umur, agresifnya semakin berkurangan...


Mak Tam juga menyambut kedatangan mereka pada malam tu...PH pinjam anak dia sekejap untuk dipertontonkan pada tetamu...Mak Tam tak kasi...adehhh...kelakar plak kalau nak ingat balik...



Dari kanan : Si Blackie Chan, Si Chemong dan Si Comel adalah pelawak utama dalam siri tetamu rumah PH kali ini...adehh...video ada banyak di dalam Facebook KMFC...


Torek terpesona melihat Mak Tam a.k.a Si Janda Kesepian ni...


Ternyata Si Torek tiada ciri-ciri kejantanan yang diingini oleh Mak Tam...


Tengok raut wajah Pn Ayumie pun memang menampakkan yang beliau adalah seorang yang sayang pada haiwan..


Ni gambar curik...he he ...Mak Tam memang macam tu...semua tetamu dia akan layan dengan ramah mesra..En Zahran banyak menghabiskan dengan Hero...Hero siap main tali kamera lagi..Bulat betul mata Hero masa tu...he he 


Suasana rumah PH pada malam itu...


Eckie dah boleh berlari...tapi terhencot-hencot..adehh..kelakar kesian plak tengok dia...


Tuan Torek turut tidak melepaskan kesempatan untuk bermesra dengan Hero...


Si Comel ni memang suka menyakat Si Hero...



Terima kasih sekali lagi buat Pn Ayumie dan En Zahran...Semoga kita bertemu lagi lepas ni...Kita talk2, drink2, eat2 kat restoran plak kay...?? he he 

P/S :
Sekalung penghargaan juga buat saudara Awie kerana memuatkan slot komik mengenai Iyo dan Comel di dalam Majalah E-Baca...Ini adalah salah satu usaha beliau untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berperikemanusiaan untuk generasi anak-anak kita...Hasilnya tidak akan nampak sekarang, akan tetapi ianya akan dapat dilihat apabila kita sudah ada cucu nanti...Insyaallah...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. wahaha.
    comel je comel nak buli hero konon2.
    tgk2 dye yg mecicit lari.

    ReplyDelete
  2. comelnyeee Iyo..garang tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. laju betul mak tam bawak lari anak dia naik tangga

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular