What We Give, We Will Get Back

Kalau nak dicerita mengenai kucing-kucing di kaki lima dan anjing-anjing jalanan, memang ianya agak memualkan bagi sesetengah golongan...Ini bergantung kepada latar belakang ibubapa yang mendidik...Sejak dilahirkan, PH memang hidup dengan kucing...mak dengan ayah PH juga ada membawa balik kucing-kucing jalanan untuk dipelihara...Masa PH kecik2 dulu, kat rumah ada akuarium ikan, ada kucing, ada arnab dan ada sangkar besar untuk burung kat belakang beranda rumah walhal masa tu duduk flat ajer...Masa tu rumah PH di Taman Melati, Jalan Genting Kelang....PH telah dididik sejak kecil lagi untuk menyayangi haiwan...Dulu ayah PH selalu membawa PH bersiar-siar di Zoo Negara...Seingat PH, sekitar tahun 1980an, banyak aktiviti-aktiviti kehaiwanan diadakan pada setiap minggu di Zoo Negara...Tapi sekarang ni zoo tu dah jadi macam liabiliti akibat kekurangan dana untuk menyara kos penyelenggaraan haiwan-haiwan di dalamnya...

Okay, bila dicerita pasal kucing-kucing kaki lima ni ramai orang menganggap mereka ini memang patut merempat di tepi jalan...Begitu juga dengan anjing...Ini adalah persepsi primitif...Sebagai warga yang berwawasan di alaf baru ni, pemikiran sebegitu tidak relevan lagi...


Mereka tidak boleh berkata sedemikian...Sekiranya mereka berpendapat dan berkata "Alaa, kucing kurap ni ape la sangat...bior jer..." Ini bermakna mereka tidak bersyukur kerana telah dijadikan oleh Allah sebagai seoarang manusia....Allah boleh jadikan kita sebagai anjing, kucing dan sebagainya...Akan tetapi, kenapa Allah menciptakan kita sebagai manusia...? Tak lain tak bukan adalah untuk kita menyembah padaNya dan menjadi Khalifah di muka bumi ini...

Khalifah bukan sahaja berbakti kepada manusia sahaja akan tetapi kepada alam sekitar dan haiwan...Khalifah yang EXCELLENT adalah khalifah yang membina hubungan terhadap sekian makhluk...Sungai juga makhluk...Batu juga makhluk...Tanah juga makhluk..apatah lagi binatang...

Alangkah ruginya mereka yang tidak dapat merasai nikmat kepuasan apabila dapat memberikan sebuah tempat perlindungan untuk kucing....

Gambar di bawah adalah Si Blackie Chan 
~ "This is my card" ~

Betapa kagumnya melihat makhluk ciptaan Allah yang sangat comel ni....


Betapa gembiranya apabila dapat memberi anak anjing minum...


Betapa sayunya melihat kasih sayang seekor ibu anjing kepada anak-anaknya...Jauh berbeza dengan sikap segelintir umat manusia...


Dari sini kita boleh menilai tahap mentaliti kita dengan orang lain...We are one step ahead....Mereka pastinya meluat dan cemburu melihat manusia lain membantu haiwan terbiar....Golongan seperti ini bagi PH adalah 1000 step behind


"Papa Hero memang selalu datang kat sini"..


Tak salah kalau kita membantu mereka...Pedulikan apa yang orang-orang tu kata...Kalau nampak jer kucing-kucing kat tepi jalan, bagi jer apa yang ada atau sekurang-kurangnya berikan usapan kasih sayang kepada mereka walaupun hanya 5 saat...Mereka pasti akan ingat kita...Inilah nilai membina hubungan yang PH maksudkan....besar ganjarannya di sisi Allah SWT...


Haiwan tidak mempunyai keperluan asas seperti manusia..Cukup memadai dengan tempat perlindungan dan makanan..Mereka tak perlukan wang..sebaliknya, kita yang perlukan wang untuk dibelanjakan ke atas mereka...


Ramai yang menganggap wang yang dikeluarkan untuk mereka akan menjadi liabiliti ataupun bebanan...Always remember this
 ~ What you give, you'll get back...Double, Triple or Unpredictable...~

Jangan berkira dengan mereka...


Manusia juga ada berbagai-bagai jenis, warna kulit, darjat, daya pemikiran dan sebagainya...


Tinggal hanya bagaimana untuk kita menggunakan akal dan daya pemikiran...Akal dan daya pemikiran perlulah positif...Buang semua yang negatif tu jauh-jauh....Kalau rasa-rasa bela kucing jalanan ni menyusahkan, jangan bela...Tapi janganlah sampai datang sifat dengki terhadap orang yang nak bela....kalau tak suka sekalipun, cubalah belajar berfikiran positif...

"Owh, elok juga ada orang nak bela kucing kurap ni...sian kat dia..."

Kan bagus kalau cakap macam tu...Allah tak marah, nabi Muhammad suka dan mak bapak pun tak benci....


P/S :
Buat seluruh pencinta-pencinta haiwan, walaupun cara dan daya pemikiran, perangai dan mood kita adalah berbeza-beza namun matlamat dan sifat kita tetap satu...

Berbakti selagi ada hayat....Tak kira di mana sahaja dan dengan sesiapa, malah seseekor sekalipun....

Biar pemergian kita ditangisi hatta haiwan sekalipun....


I trust What We Give, We Will Get Back...from Allah and the furkids...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. mintak izin share ye..penulisan yang menarik dan menyentuh perasaan. btl tu, Kita patut bersyukur dilahirkan sbg manusia. tp, jgnlah lupa pd makhluk lain.wlaupun kucing berkurap skali pun, sy tetap rasa sayang pd kucing tu.

    ReplyDelete
  2. teramat kagum dan teramat terharu dengan posting di atas. semoga masih ramai pencinta haiwan macam kita kat bumi nie. bagi yg tak suka, belajarlah utk hormati perasaan haiwan tersebut. mereka tak minta dilahirkan sebagai seekor haiwan, apatah lagi sebagai seekor kucing kurap. tapi kita sebagai manusia, yg Allh kurniakan akal yg waras, kenapa kita tak boleh bantu mereka? sekurang2nya berikan kasih syg anda kat mereka. ini tak, lagi nak hina mereka. saya pernah maki seorang manusia nie bulan lepas. dia baling something kat sekumpulan anjing yg sedang nikmat makan makanan lebihan kat longgokan sampah. saya sound direct je. takda otak ke? kenapa nak baling anjing tgh makan tu? dia kacau ko ke? bangang!

    ReplyDelete
  3. Blacky !!!! i mish mish yuuu . huuuuuu ~

    ReplyDelete
  4. adoiii tersentuh hati...sebb sya salah seorang yg x bleh tengok kucung2 jalanan pasti sya akn beri mkn wlau sya mkn KFC sisa2 mknan pasti sya akn beri bila keluar dr restorn KFC.kt umah sya ada 11 ekor x termsuk kucing d luar umah sya bg mkn klau kucung2 tu lalu kt belakng umah.biar apa org kata atau pandang sya tpi sya tetap syg mereka skg ank2 sya ckup prihatin kepada kucing2 mahupn anjing.apa yg PH buat amat menyentuh hati sya...

    ReplyDelete
  5. assalam PH dan sekeluarga

    Saya memang minat gaya penulisan PH, Saya belum pernah jumpa PH sekeluarga secara berdepan, tapi saya yakin yang PH sekeluarga memang org yang baik.

    Saya berterima kasih pada PH kerana blog macam ni lah yang membuka mata dan minda keluarga saya yg tidak sukakan kucing apatah lagi stray cat... sekarang mereka amat alu-alukan kedatangan stray cat ke rumah ni dan siap ada tupperware makanan standby kat luar rumah untuk menjamu mereka makan :)

    Terima kasih PH

    ReplyDelete
  6. takde org yg papa kedana sebab bagi kucing kurap or haiwan jalanan lain makan..

    ReplyDelete
  7. setuju sgt dgn PH....memang bila kita sayangi makhluk di muka bumi ni, makhluk di langit akan menyayangi kita..

    bila kita berbuat baik pada haiwan....Allah akan murahkan lagi rezeki kita....

    ReplyDelete
  8. Allah berikan kamu hati yang lembut untuk memelihara makhluk yang tidak berupaya.. tahniah

    ReplyDelete
  9. betul, saya sgt setuju bila PH cakap kita dijadikan manusia ni sbb jadi khalifah. jadi khalifah ni kena mmbina hubungan baik dgn semua makhluk Allah. posting yg sangat bagus, well done! ^.^

    ReplyDelete
  10. T_T ..setuju sangat2..
    kat rumah ni sy dh ada 5ekor kucing.. 2drpd nya kucing jalanan..
    mmg nak byk kucing balik klu ada terjpa.. tp mak marahlah kucing byk sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular