Selamat Tinggal Malsea, Simba dan Torress....Berbahagialah Dengan Tuan Kamu Yang Baru..Jangan Nakal-Nakal Tau..

Semalam adalah hari terakhir Si Malsea, Si Simba dan Si Torres berada di rumah PH...Ketiga-tiganya PH telah serahkan kepada Puan Ayumie dan suaminya, En. Zahran yang berminat untuk memelihara mereka...Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab PH & MH terhadap anak-anak bulus tu...Sebelum itu, pada Sabtu lepas 14 May 2011 rumah PH sekali lagi dikunjungi oleh Cik Ashikin Abdullah untuk membuat "Photoshoot" untuk Hero & friends buat kali kedua...Beliau adalah seorang jurugambar bebas profesional...Cerita kali pertama kali pertama beliau datang ke rumah PH ada di sini (KLIK SINI)....Foto-foto di bawah adalah hasil kerja tangan beliau yang kreatif...  

MALSEA


SIMBA

Rangga


Berbalik pada cerita Puan Ayumie yang datang ke rumah PH malam tadi, Iyo kelihatan resah menunggu peminatnya....Ini adalah kunjungan yang kedua buat pasangan ini ke rumah PH ( KLIK SINI )


Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 malam, pasangan suami isteri ini tiba di rumah PH....Iyo macam biasa, jadi penyambut tetamu...Meja tu memang tempat lepak dia...


Tiba-tiba En. Zahran dikerumuni Mak Tam dan anak-anak angkatnya...Kelihatan Si Simba sedang menetek susu Mak Tam buat kali terakhir...Si Simba, Torress dan Malsea ni seolah-olah tahu apa yang PH sedang rencanakan untuk mereka..Ingat tak entri PH yang ini ( KLIK SINI )


Hero dalam keadaan mood yang amat baik sekali....Bertuah sungguh Puan Ayumie malam semalam...Puas dia bermain-main dengan Iyo....


Ini pula rakaman video suasana malam semalam..



Dalam pada leka bermain dengan Iyo, tiba-tiba Si Malsea ni datang mencelah...Minta dibelai dan dimanja...


Sementara mereka melayan Si Malsea, PH sempat merakam beberapa gelagat lucu Iyo...hehehe






Mana pulak tercampak kepala Iyo ni....? hahahaha


Ini gambar Torress yang terakhir yang PH sempat snap...PH yakin mereka akan lebih bahagia dengan tuan yang baru...Puan Ayumie dan suami amat prihatin terhadap kesihatan kucing...Bagus macam tu...Tak semua orang ada sikap sebegitu...Hanya orang yang menyayangi jer yang ada....



Cerita asal-usul Malsea ada di sini ( KLIK SINI )
Cerita asal-usul Simba dan Torress ada di sini ( KLIK SINI )

P/S :
Si Rangga sedang menunggu tuan barunya juga...Kemungkinan akan datang ke rumah PH pada minggu ini...Mudah-mudahan selepas ketiadaan Malsea, Torress, Simba dan Rangga di rumah PH nanti akan memberi tempat kepada kucing-kucing jalanan yang lain di rumah PH... 


Comments

  1. Alhamdulillah.. moga nasib mereka terbela walau sapapun yg adopt

    ReplyDelete
  2. semoga mereka bahagia ngn family baru nanti...:)

    ReplyDelete
  3. seronok baca entry nie. moga makin ramai yg prihatin dgn haiwan terbiar khasnya kucing.

    ReplyDelete
  4. semoga kucing2 comey tue suka duduk ngan tuan baru....

    ReplyDelete
  5. Banyak berkat yang kita tak tahu apabila kita membela nasib binatang kesayangan Nabi ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular