Menulis Blog Juga Adalah Karya...Maka, Berkaryalah Sekarang...

Kucing-kucing PH ni memang best walaupun kadang-kadang ada masa yang tak best...Tapi, entahlah....tak pernah pula yang tak best.....Semuanya best-best belaka....hehehehe...Memang penat kadang-kadang tu bila nak update blog...Inilah yang banyak membelenggu blogger-blogger baru untuk meneruskan aktiviti berkarya....Apa sahaja yang kita luah di dalam hati adalah karya....Menulis blog juga adalah karya....Menulis lagu juga berkarya...Mengambil gambar kucing untuk perkongsian bersama juga adalah berkarya...Hah...??? Ambil gambar kucing tu pun berkarya ke...? hehehehe....
Kalau kalian semua perasan,. PH selalu mengambil foto-foto kucing dari sudut yang unik...Cuma kualitinya sahaja yang agak kurang kerana PH snap pakai handphone jer....PH pakai handphone kerana saiz gambar yang bakal dimuat naik ke dalam blog akan bersaiz kecil dan ini akan menjimatkan lagi "space"
 kosong yang terhad di server Blogger...Maklumlah, server free....hehehehe


 ~~ Ala malu laaa Embo nak bergambar....~~
Sebenarnya Rambo bukan malu, tapi dia tengah menjilat belakang badannya...Ada seni di sebalik gambar yang kita rakam...


Tapi kadang-kadang, ada gambar yang kita rakamkan tu disalahtafsir oleh sesetengah orang...Ada saja yang tak berkenan di hati mereka...Ada yang berkata nak tunjuk baik pada orang, nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya...Ada sahaja mata-mata serong yang memerhatikan si jurugambar yang merakam aksi kucing terbuang...Tak habis-habis melirik ke arah mereka....Ada saja mulut terkumat kamit bergosip-gosip...Tak kurang ada juga yang terkedu dan tersenyum....Maka, itulah calonnya orang yang kita cari....Mengajak mereka bersama-sama di dalam memartabatkan pencinta haiwan....


Setiap gambar yang PH ambil diselangi dengan emosi suasana ketika itu...Semakin PH kesian kepada seseekor kucing itu, semakin padu gambar yang PH telah hasilkan...Fokus pun menjadi lebih tajam...Tangan yang klik butang "Flash" pun menjadi lembut dan tidak kaku...Bila hasilnya baik, orang yang melihatnya akan dapat merasakan auranya walaupun hanya menggunakan kamera handphone biasa....


Inilah salah satu contoh emosi yang PH dah masukkan ketika mengambil gambar kucing terbuang ini....Dia agak terganggu bila mendengar bunyi "Flash" tapi membiarkannya sahaja PH snap gambarnya bertalu-talu....

Aku tak kaco hang, hang jangan kaco aku....
Skang ni PH dah takde main korek-korek kibbles pakai tangan dah...Skang ni terus main tong ajer...Bukan ape, PH dah tak cukup tangan dah nak melayan diri sendiri dan si kembar....Tahu jer lah si kembar tu....Ada jer ngomelannya....
"Yah, nak tajam yah...( garfu )"
hehehehe...


Nah amekaw...!!!! Layan diri yer...Papa nak belasah ayam tandoori payat ni....


Kalau ada kucing lain yang datang, sila ikut giliran yer...PH tak nak kotorkan lantai kedai walaupun kedai tu tak kisah sebenarnya....Nak bagi kucing jalanan makan pun PH ada standard yang tersendiri, bukan main bagi jer...Tak elok tu...Nanti kucing nak makan pun tak selesa dan barangkali boleh mengganggu orang lain....Manalah kita nak tahu kan...?


Ini kali ketiga si oren ni datang semula ke tong kibble ni...Sampai dah tak larat dia nak makan dah...hahahahaha...Puas hati aku....Lantai kedai pun bersih dan tidak menggangggu orang lain...Maklumlah, kawasan ni kawasan awam....Standard kebersihan kita kena ambil berat juga....


Bila si tompok hitam putih tu kenyang, datang pula si kelabu ni meneruskan hajatnya....Berbunyi-bunyi dia makan...Itulah bunyi yang paling merdu PH dengar dari kucing-kucing yang terbuang ni...Bunyi tu menghilangkan segala tekanan yang terbuku di hati...Secara tak langsung, senyuman mula terukir secara automatik....


Lepas si kelabu kenyang dan blah macam tu jer, si tompok hitam putih ni sambung makan balik...Wah...!!! Second round nampak....Kalau yer pun kaki depan tu janganlah masuk ke dalam tong tu...hehehehe...Alah, haiwan apalah yang mereka tahu....Biarkan je lah....Yang penting, dia dapat makan makanan sedap...


Kadangkala, kita tak sedar bahawa rezeki yang kita perolehi pada hari ini adalah natijah daripada perkara baik yang telah kita lakukan pada masa-masa yang terdahulu....Ada harinya kita memperolehi rezeki yang luar biasa...Oleh itu, percayalah kepada Qada dan Qadar ( KLIK SINI )





Lain pula kisahnya dengan Si Cumie ni...Dia memang suka menemani papanya setiap malam kat atas katil...Dia suka melihat jari-jari PH ni menekan-nekan keyboard laptop....Lepas tu tergeleng-geleng kepalanya mengikut arah 'cursor' software tu....Layankan ajer....Tu tanda rezeki kita sedang menanti...Kalau tak, kenapa si comel ni asyik melese-lese kat kita....?


Dia gigit tangan PH, dia cakar keyboard, dua usik-usik LCD skrin laptop tu PH layankan ajer...Lama-lama dia penatlah....hehehehehe...PH tengah bekerja keras siang dan malam bagi mengumpul dana untuk projek-projek PH pada tahun 2012....Projek untuk haiwan-haiwan yang terbiar....Biar lambat tak mengapa, asalkan kerja mengikut urutan....Nak ubah hidup haiwan, kita kena ubah diri dulu...Nak ubah nasib haiwan, kita kena ubah nasib diri kita dulu....Barulah steady dan berkekalan...( AMINNNN )...


Hero amat sayangkan adik-adiknya termasuklah Si Hector ni...Dah tua bangka pun masih kena jilat dengan Hero lagi....Kesian kucing-kucing dan anjing-anjing yang tidak bertuan di luar sana....Apa gunanya ada kita sekiranya tidak dapat membantu mereka....? Walau bagaimanapun, jangan sesekali lupa kepada saudara-saudara kita yang memerlukan....Pendapatan yang kita dapat setiap bulan sebenarnya ada terdapat sedikit hak mereka di dalamnya...Maka, jangan lupa bersedekah amal jariah...Kucing tu kucing juga, tapi jangan lupa kepada golongan fakir miskin....Itulah yang paling utama....Tak baik kalau kita bantu kucing tapi sesama manusia yang memerlukan bantuan kita tak bantu ( dalam konteks bantu sekiranya mampu )...Tapi, adakalanya orang yang kita bantu tu membalasnya kembali dengan tuba...Manusia di akhir zaman memang ramai yang macam tu...Asalkan kita berpegang kepada niat asal kita semasa waktu mula-mula nak membantu mereka, Insyaallah antibodi kita kuat untuk menerima dugaan itu dengan hati yang terbuka dan masih mampu tersenyum walaupun diberi tuba....Namun, PH yakin pasti ada hikmahnya sekiranya perkara ini terjadi kepada kita...Inilah ujian kelikhlasan yang Allah beri kepada kita...Ketahuilah sesungguhnya kita amat bertuah apabila menerima ujian sebegini...Besar ganjarannya sekiranya kita menyelesaikannya dengan cara yang baik :)
Tak nak berkawan dengan kita....? Tak mengapa....Tanpa orang-orang sebegini pun kita masih boleh hidup kan...? Seribu kebaikan yang kita lakukan kebanyakannya orang tak nampak, tapi bila ada satu kesilapan yang kita buat nescaya beribu-ribu orang akan menyalahkan kita dan ingin melihat kita jatuh merudum....Namun, ingat pesan PH....Allah sentiasa menyayangi orang yang dibenci kerana kebaikannya...Insyaallah :)



P/S :
Ketenangan mereka adalah pembuka jalan menuju kejayaan...Buatlah blog dan teruskan berkarya....Ramai orang nak dengar cerita menarik dari anda...Mulakannya sekarang ( KLIK SINI ) :)

Kalau suka entri ini, sila SHARE :)


Bermula dengan berkarya di dalam blog, sekrang PH sudah mula berkarya di dalam majalah...Oppsss...!!! Jangan lupa baca hasil karya terbaru PH di dalam Majalah Mastika keluaran Januari 2012...Karya PH yang seterusnya telah diluluskan oleh Pengarang Mastika Encik Sahidan untuk keluaran Februari 2012...PH boleh, anda juga pasti boleh...Hanya 'Visualised' apa impian anda, Insyaallah anda akan dapat apa yang anda inginkan...Hanya tukarkan kepada bentuk tindakan...Barulah impian menjadi kenyataan :)


Enhanced by Zemanta

Comments

  1. semoga Tercapai projek2 yang PH akan buat tahun 2012.. :)

    ReplyDelete
  2. kucing ....
    cute.....
    ermmm.....

    selamat berblogging.

    ReplyDelete
  3. mendoakan kejayaan pada usaha mulia PH ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular