Berazamlah Membantu Negara Melahirkan Modal Insan

Kucing ni namanya Cheeko, salah seekor kucing mak mertua PH selepas Cheetah..Si Cheeko ni pun dikutip oleh mak mertua PH masa dia masih bayi lagi...Biasalah, kes kena buang la ni...Orang tua ni biasanya mempunyai cara yang tersendiri di dalam memelihara kucing, bahkan anjing sekalipun....Petua-petua dan cara mereka agak berlainan kalau dilihat dengan mata kasar....Ada yang berpendapat petua orang tua dulu-dulu dah tak relevan di zaman sekarang...Tapi bagi PH, ada di antara petua yang amat mujarab....
Bak kata mak mertua PH, apa yang penting sekali ialah kesanggupan untuk memeliharanya, tambahan pula ke memelihara mereka ketika masih bayi....Memang ianya memerlukan kesabaran yang amat tinggi...Kalau tak sabar, anak kucing boleh mati....


Oklah, beralih kepada topik yang agak berat sedikit....Sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia telah mula berani menyuarakan pendapat dan luahan hati masing-masing mengenai kekejaman terhadap haiwan....Samada melalui media elektronik ataupun melalui media cetak, hampir setiap hari menceritakan mengenai haiwan....PH dan rakan-rakan seperjuangan kini sedang berusaha untuk memartabatkan lagi suara-suara pencinta haiwan di Malaysia ini samada dari segi penulisan dan lontaran idea...Sungguhpun begitu, ianya tidak akan menjadi sekiranya tiada sokongan yang mampan dari masyarakat, khususnya dari kalian yang sedang membaca entri ini...

Memanglah mereka itu hanya kucing, tetapi itu bukanlah alasan untuk menidakkan hak mereka di atas muka bumi ini...Mentang-mentanglah manusia itu mempunyai kuasa di atas muka bumi ini, tetapi jangan dilupa bahawa kesejahteraan masyarakat setempat juga banyak bergantung kepada mereka....Tidak hairanlah jika ada sesebuah daerah yang penuh haru biru dan kacau bilau dengan kes-kes jenayah dan kekejaman terhadap haiwan...Semua ini adalah karma....Kalau daerah itu mempunyai masyarakat berbilang kaum yang penyayang terhadap haiwan, ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan karma yang buruk ini....Ini adalah berdasarkan dari pemikiran halus dari PH sendiri...Kalau bagi orang lain PH tak tahulah...Kalau PH jadi anjing yang diseksa sebelum mati, PH tidak akan teragak-agak untuk menyumpah seranah bahawa selepas PH mati akibat diseksa, negeri ini tidak akan aman kerana pemimpinnya membiarkan rakyatnya membunuh makhluk dengan sesuka hati....Cara hubungan kita dengan haiwan sebenarnya berkait rapat dengan cara kita berhubung dengan manusia itu sendiri...PH dah banyak tulis entri mengenai perkara ini...Jadi, rajin-rajinlah gali yer...

Memang ringan lidah untuk menyindir usaha-usaha sebegini....Inilah dugaan yang paling PH menyampah....Komplen pandai, tapi tak berbuat apa-apa...Negara Malaysia akan menjadi rugi sekiranya mempunyai ramai rakyat yang sebegini....Tapi, ada juga komplen-komplen bernas yang pernah PH terima.....Biasanya, komplen-komplen dan cadangan yang bernas ini di emel atau dihantar mesej ke dalam Facebook PH...Mereka inilah yang sebenarnya banyak memberikan idea....Inilah bentuk komplen dan cadangan yang PH harapkan daripada segelintir orang yang menulis komen-komen negatif di dalam Facebook Kakimotong secara terang-terangan..Tak pro lah kalau macam tu...Bersifat kebudak-budakan....

















Kepada kalian semua, PH ingin menyeru agar kita sama-sama dapat memulihkan imej negara yang telah tercalar...Mungkin ramai yang dah tahu bahawa banyak negara di luar sana telah memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berkebajikan terhadap haiwan....Dengan ini, sama-samalah kita berazam untuk saling bantu membantu di dalam memartabatkan pencinta haiwan....Sebarkanlah khabar gembira ini kepada jiran-jiran, ahli keluarga, sahabat handai, anak-anak murid dan masyarakat secara amnya untuk sama-sama menerapkan nilai sayangkan haiwan...Dengan ini, secara tidak langsung kita sebenarnya telah membantu negara dan menjadi sebagai 'tangan tambahan' kerajaan untuk sama-sama melahirkan modal insan yang penyayang dan berkualiti....Persetankan perasaan malu, takut dan perasaan-perasaan yang negatif...Jadilah seorang yang berani menyampaikan risalah ini....Jangan malu sekiranya kita ditertawakan...Mereka yang tertawa melihat kita sebagai 'orang bodoh' adalah orang yang telah membutakan hatinya sendiri...Sudah-sudahlah dengan kes-kes anjing disembelih dan dijadikan sebagai makanan eksotik...Sudah-sudahlah dengan kes-kes kucing disuntik mati oleh pihak berkuasa....Sudah-sudahlah dengan asyik komplen kepada PBT....Ini semua tidak menyelesaikan masalah selagi masyarakat tidak dipupuk dan 'diikat' dengan undang-undang yang tegas...



Nota PH :

PH tidak selama-lamanya hidup....Suatu hari nanti tubuh kerdil ini akan dimamah tanah juga....Kalian semua adalah kawan di mata PH....Kalian semua adalah tulang belakang di hati PH....PH tak mampu melakukannya secara berseorangan...Minta maaflah sekiranya ada kekurangan....PH selalu mencuba untuk memberikan yang terbaik...PH amat alu-alukan dari kalian semua sekiranya kalian ada sumber dan idea untuk membantu PH....PH benar-benar memerlukan sokongan dari kalian untuk melakukan sesuatu yang terbaik demi haiwan-haiwan yang kita sayangi...Biarlah kita ditertawakan, biarlah kita didengki tetapi janganlah kita bermusuhan sesama sendiri, yakni elakkan permusuhan dengan orang yang serius untuk membela nasib-nasib haiwan jalanan....


Kalau orang buang dan bunuh anak, akan ada polis yang menjalankan siasatan dan meneruskan proses pendakwaan...Cepat jer dapat tangkap suspek...Tapi kalau haiwan dibunuh sesuka hati, siapakah yang nak ambil peduli...? Bukankah kita sebagai khalifah di muka bumi ni yang sepatut mengambil tahu...? Sigghhh

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. saya sokong PH.
    Moga2 manusia yg berakal ni lebih menggunakan akal lepas ni.
    thank you PH sbb selamatkan banyak kucing2 kat malaysia ni.
    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Sy dah lama mengikuti kecekalan dan usaha PH. First time tengok kaki kucing kena potong terus menangis. Semuga Allah membalas jasa PH dan sesiapa sahaja yang menjalankan tugas sebagai khalifah. Masih ramai lagi yang lupa perjanjian mereka sebagai khalifah dengan Allah untuk menjaga bumi, haiwan dll.

    Sy nak kongsi pengalaman dengan PH. Sy bermastautin di Jepun dan memang jarang sekali terjumpa kucing jalanan. Terdapat juga usaha orang2 persendirian seperti PH dibeberapa buah bandar yang mendapat sokongan dari masyarakat dan NGO. Cara mereka sudah terbukti berjaya.

    Langkah pertama mereka ialah menangkap kucing/anjing2 jalanan dan terus spay/neuter supaya tiada anak2 kucing/anjing yang dilahirkan terbiar, dibuang atau menunggu masa untuk diberi suntikan mati seperti dinegara kita. Memang kita rasa kejam tapi cuba fikir seekor ibu lahirkan 4 ekor anak x 3 kali setahun. Kalau ada 10 ekor kucing dah jadi 120 ekor setahun. Jangan lupa anak2 kucing tadi juga akan membesar dan membiak. Jumlah ini akan berganda.

    Langkah kedua mencari sokongan dana, tenaga dan masa serta barang2 keperluan seperti kandang dari komuniti dan NGO. Mereka juga pergi ke sekolah2 dimana pihak sekolah akan menghantar pelajar2 yang berminat dengan kerja2 komuniti seperti membersih kandang, memberi makan, bermain dll. Usaha pelajar2 dimasukkan didalam rekod aktiviti pelajar2 tersebut sebagai pelajar yang bertanggung jawab dan penyanyang.

    Langkah ketiga ialah membuat program adoption. Sesiapa juga boleh adop kucing dan sekiranya tidak mampu menjaga lagi, kucing tersebut mesti dikembalikan ke pusat jagaan ini. Program adoption ini ada untuk sebulan, 6 bulan atau untuk foreigner sehingga mereka kembali ke negara asal. Semuanya dipermudahkan.

    Langkah keempat ialah kerja2 bersama2 ahli kelab yang diatur seperti mencari kucing/anjing2 jalanan dan menyedarkan komuniti tanggungjawab bersama menyanyangi haiwan terbiar.

    Semuga pengalaman sy ini dapat memberi PH sedikit semangat dan keyakinan untuk terus berjuang. Syabas dan Tahniah PH.

    Mama Shiro.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular