Kisah Si Comel Malang Yang Dilanggar Kenderaan Di Maju Junction

Alhamdulillah, dapat juga menghadap pc opis ni setelah saban hari bergelumang dengan masalah-masalah Architecture dan M&E yang perlu diselesaikan...Bak kata Si Labu di dalam filem Labu Labi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee "Selagi tak tutup mata, KERJA, KERJA, KERJA...."..Zaman sekarang ni bukanlah zaman untuk bermenung-menung duka dik...Siapa yang lambat, maka akan ketinggalanlah masa dan waktu...Sesungguhnya, ianya amat rugi kepada mereka yang suka membuang masa muda mereka....Macam PH sekarang ni lah...Masa semuanya dah 'tight'...Tanggungjawab dan beban kian bertambah setiap hari...Banyak mulut yang perlu disuap....Kalau PH berfikiran negatif, tak mungkin PH dapat mengekalkan momentum seperti yang ada sekarang...PH juga pernah 'down' setelah menerima pelbagai dugaan hidup....PH juga pernah mengalami kemurungan yang melampau semasa di zaman remaja dulu setelah robohnya rumahtangga kedua orang tua PH...Tetapi, di sebalik segala dugaan inilah yang menjadi pemangkin untuk PH mengemudi kapal yang PH sedang layari sekarang...Selain dari mengemudi kapal keluarga, PH juga menjadi sebahagian daripada nakhoda-nakhoda kapal masyarakat dengan tiada sebarang watikah perlantikan...Blog inilah yang menjadi roda kemudinya...



Oklah, untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, PH nak ceritakan kisah seekor anak kucing yang dilanggar oleh kenderaan...Tidak pasti pula samada dilanggar oleh motorsikal ataupun oleh motorkar...Pada tanggal 18 March 2012, PH mendapat maklumat dari Facebook bahawa ada seekor anak kucing telah dilanggar dan mengesot-ngesot menyelamatkan diri di Maju Junction Kuala Lumpur...PH, MH dan Kak Susan Zakaria bersama-sama mencari anak kucing tersebut...Terlupa pula maklumat tersebut datang dari siapa...



Dari Semenyih, PH bertolak pada jam 10 malam untuk ke sana...Sebaik sahaja sampai di sana, kami bertiga pun melilau mencari anak kucing yang diperkatakan...Di dalam hati, mudah-mudahan dapatlah berjumpa dengan si comel malang itu....Proses pencarian dilakukan di setiap pelusuk bangunan Aras Tanah ( Ground Floor )...Akhirnya, usaha kami bertiga berhasil....Si comel malang ini dijumpai sedang duduk diam di sebalik kain rentang di tepi jalan utama....Dari riak mukanya, si comel ini mengalami trauma dan ketakutan yang melampau....



Terfikir juga PH, anak kucing ini berada di laluan pejalan kaki...Sejak dari siang, apakah tiada seorang pun yang mampu membantu si comel ini...? Kucing ini PH namakannya MJ sempena bangunan Maju Junction...Tak sangka mukanya comel sangat-sangat...


Akhirnya, Si MJ ni berjaya diletakkan di dalam carrier oleh Kak Susan...

 

MJ langsung tak mahu makan walaupun kami tahu dia amat lapar...

 

Tapi yang geli hatinya, dia tak tahan bau makanan basah yang diletakkan di depannya....Bau makanan tersebut menyumpit-nyumpit lubang hidungnya....Alhamdulillah, dia masih mahu makan...



Walaupun MJ ni hanya seekor anak kucing, tetapi dia juga adalah makhluk yang bernyawa....Sesungguhnya, perasaan puas apabila dapat menyelamatkan satu nyawa yang amat berharga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...Di celahan kota metropolitan ini, entah berapa banyak agaknya kucing-kucing jalanan yang ada....Nyawa mereka memang langsung tidak dipedulikan kecuali oleh segelintir warga kota yang berhati emas...PH diberita bahawa terdapat banyak kes kucing disimbah dengan air panas di sekitar Chow Kit dan Kampung Baru...Banyak kucing hanya tinggal kulit sahaja...


Si MJ ni PH bawa pulang ke rumah untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik veterinar...Kakinya memang parah...Kelihatan patah dan terkulai....Nampak macam tidak berfungsi langsung..Tetapi, segala-galanya biarlah pihak doktor haiwan yang periksa...Teori yang PH keluarkan mungkin tidak berasas kerana tidak cukup ilmu di dalam bidang perubatan haiwan....



Alhamdulillah, akhirnya sampai juga MJ ke rumah PH...Bila disnari cahaya lampu, PH dapati warnya amat cantik...Belang orennya pudar seakan-akan keputihan....

 

Mukanya sangat comel sehingga meruntun hati PH....Nampak sayu jer mukanya...



Lama juga nak tunggu dia berjalan...Akhirnya, dapat juga PH rakam video ni....


Seperti biasa, kucing-kucing PH yang lain menerima baik kedatangan adik baru...Abang Iyo dan Kak Raka hanya tersenyum dari jauh....Alhamdulillah katanya barangkali....



Malam tu, PH pun luangkan masa bersama-sama dengan Hero pula...Suka betul dia...Ye lah, kang merajuk camner, kan...??? hehehehe...Saki baki masa yang tinggal untuk PH menikmati masa berkualiti bersamanya tidak akan PH sia-siakan....


Akhirnya, dapat juga MH bawa Si MJ ni ke klinik haiwan...Masa tu MH pergi dengan kawannya pada waktu PH sedang bekerja....Menurut MH, kaki Si MJ ni agak teruk...Kemungkinan ada saraf kakinya telah outus kerana tiada tindak balas ketika ujian dijalankan ke atas kakinya....Sebelum pergi ke klinik ini, MH membantu MJ membuang air besar dengan menekan sedikit demi sedikit ke bahagian perutnya...MJ tak boleh teran najis....


Bagaimanapun, ianya masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan...Biarlah doktor haiwan menjalankan tugasnya...Si MJ kini sudah selamat berada di dalam wad kucing...


Nota PH :
Kalian doakanlah semoga MJ cepat sembuh...Pesan PH, kalau ternampak kucing yang cedera, kalau boleh ambillah bawa pulang ke rumah...Bantulah setakat yang boleh dan yakin pada diri sendiri...
Kalau tak boleh, ambil gambarnya di tempat kejadian dan pm inbox PH segala butir-butirnya...Insyaallah, dengan kudrat yang ada PH akan bantu...Kepada anda yang nak bantu kucing tetapi bimbang akan kosnya, selepas ini tidak perlu risau lagi kerana PH sedang meneliti untuk membuat pelancaran tabung dana FROM ZERO TO HERO yang bertujuan untuk membantu mereka yang berusaha menyelamatkan nyawa haiwan dari segi kewangan...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. tiada pelaksana kerana tiada pengerak,tahniah kerana menjadi pengerak,kerana ramai pelaksana menunggu pengerak untuk pelaksana melaksanakan,moga Allah memberi hidayah kepada saudara dan pelaksanaNya...-roger out-

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular