Salah Satu Kunci Kepada Pintu Rezeki Kita Ialah....
Mungkin ramai di kalangan kita telah menyedari akan betapa pentingnya mempunyai perasaan menyayangi haiwan...Bagi mereka yang berfikiran sempit dan tipikal, perkara ini biasa-biasa sahaja...Alah, kucing ape lah sangat kan...? ( konon-kononnya )...Tetapi, tak mengapalah...Kita bukanlah boleh paksa sesiapapun yang nak sayangkan mereka...Tetapi, orang-orang sebegini tidak menyedari bahawa hidup mereka sebenarnya perlukan haiwan yang mengasihi mereka...Mungkin mereka disayangi oleh keluarga dan sahabat handai walaupun mereka adalah golongan orang yang bencikan haiwan...Tetapi, bukankah lebih cantik kalau mereka menyayangi dan disayangi oleh haiwan juga...? Mereka pun macam kita juga..Ada hati dan perasaan...Sudah-sudahlah dengan sikap ego dan sombong di dalam diri...Tetapi, PH tahu ada golongan orang yang tak suka haiwan ( khususnya kucing ) tetapi di lubuk hatinya masih sayangkan haiwan tersebut walaupun dari jauh....Konteks yang PH tulis "Sudah-sudahlah tu" merujuk kepada mereka yang langsung tidak menyukai haiwan yang mana kalau haiwan tu datang dekat pada mereka lantas disepak terajangnya haiwan itu....
Nak berbuat baik ada banyak caranya, bukannya main belasah jer...Kita boleh juga berbuat baik kepada haiwan selain dari manusia....Ini adalah kelebihan kita selalu berbuat baik kepada haiwan...Sekurang-kurangnya, kita ada satu lagi cabang untuk memperolehi rahmat dari yang Maha Esa...Rahmat tersebut adalah rahmat yang pasif di mana ianya akan tercurahkan secara berterusan walaupun si polan yang sentiasa berbuat baik kepada haiwan ini telah meninggal dunia....
Jangan tak tahu, haiwan juga mempunyai caranya sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada manusia...Mereka sedar yang mereka tidak setaraf martabatnya di mata manusia...Tetapi, bagi mereka yang celik hatinya, tiada perbezaan taraf di kalangan sesama makhluk ( dari konteks kerohanian )....
Sebagai contoh, lepas PH bagi kucing terbiar ini makan, dia menjilat-jilat mukanya...PH rasa sangat puas ketika itu sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...PH lega bila dia dah kenyang, sekurang-kurangnya kucing ini tidak berisiko untuk disepak ketika 'mengemis' makanan...
Ramai orang lupa bahawa kucing dan anjing ini ada sebab kenapa ia diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Satu...Orang-orang yang lupa ini bukannya tidak baik, cuma mereka lupa mengapa mereka itu diciptakan...Kita semua adalah khalifah yang bertanggungjawab di atas keharmonian muka bumi ini, bukannya melakukan kerosakan...Sudah ada bermacam-macam jenis perang telah berlaku di dalam dunia ini, janganlah diulang semula 'perang-perang' yang tidak sepatutnya dilancarkan ke atas haiwan...Kalaulah roh anjing dan kucing ini berpindah ke jasad manusia, PH percaya bahawa manusia akan tunduk dan kalah kepada mereka....
Hero juga mempunyai persepsi yang tersendiri terhadap setiap insan yang menghampirinya....Dia dapat merasakan aura insan yang ingin menyentuhnya...Dari pengalaman hitam yang lalu, Hero juga mempelajari sesuatu, iaitu tidak mempercayakan manusia...Hanya manusia yang bertuah sahaja yang mendapat menyentuhnya...Sesiapa yang pernah datang dan tengok Hero dengan mata kepala sendiri, mereka pasti akan tahu dan faham sangat apa yang PH maksudkan di sini...Setakat ini, belum ada orang lagi yang berjaya mendukung Hero melainkan PH & MH sahaja....Ada juga tetamu yang datang ke rumah PH dapat mendukung Hero, tetapi tidak dapat mendukungnya dengan lama...Trauma Hero kepada orang yang mengerat kaki hadapannya masih tebal...PH berasa amat bertuah sekali kerana telah mendapat kepercayaan daripada Hero....Tidak dapat digambarkan bagaimana indahnya ketika Hero meletakkan kepalanya ke bahu PH....PH bela Hero dah lama, tetapi semenjak akhir-akhir ini Hero dikenali ramai...Secara tidak langsung, PH pun terbabit sama iaitu dikenali ramai..Inilah tuah dan rezeki besar yang datang kepada PH tanpa disangka-sangka setelah PH menempuh pelbagai kesusahan dan derita hidup semenjak kecil...
Tak kisahlah siapa pun PH dan kalian semua....Kita semua mempunyai matlamat yang sama...Semua orang nak masuk syurga....Justeru itu, kalau nak masuk syurga kita tidak boleh berbuat jahat, baik sesama manusia ataupun haiwan...Haiwan-haiwan ini sebenarnya tidak dikira dosa pahala mereka....Hanya kita yang ada dosa dan pahala terhadap mereka...Mereka tidak pernah rasa susah dengan kehadiran kita, tetapi hanya kita yang mengada-ngada berasa susah dengan kehadiran mereka...Sebab tu lah kalau ada kucing lima enam ekor yang lalu lalang kat kawasan rumah pun ada orang nak repot DBKL....Setiap perbuatan kita pasti akan dihisab dan ditimbal balas dengan seadil-adilnya kerana kita semua dicipta olehNya adalah untuk beribadah kepada Allah SWT...Bila disebut perkara ibadah, berbuat baik kepada haiwan juga dikira ibadah....
Bagi orang yang memelihara haiwan ( khususnya kucing dan anjing ), mereka adalah ibarat anak kepada mereka...Segala keperluan pastinya akan dipenuhi walaupun tanpa diminta oleh haiwan-haiwan yang dipelihara...Orang-orang sebegini adalah orang yang sangat peka dan prihatin terhadap persekitarannya...Sebab itulah orang-orang sebegini selalu berfikiran positif dan selalu berbaik sangka sesama manusia....
PH juga seperti kalian semua...Mempunyai tanggungjawab yang berat kepada ahli keluarga masing-masing...Kucing-kucing PH yang ada kat rumah ni juga adalah keluarga PH....Hidup dan mati mereka biarlah di rumah PH...Susah dan senang biarlah PH tanggung bersama-sama dengan mereka...Dan PH yakin, kalian juga begitu...Justeru itu, kalau ada 'ahli keluarga' yang rasa-rasa tidak diperlukan lagi, janganlah letakkan mereka di lorong-lorong atau di pasar-pasar...Mereka akan menjadi 'keluarga kita yang terbuang' dan kemudian dilanggar mati....Hormatilah 'keluarga' kita ni...Janganlah malas untuk mencari orang yang benar-benar kompeten untuk memelihara 'keluarga' kita ni ( sekiranya benar-benar tidak mampu untuk memelihara mereka lagi )...Kalau anda bela 'ahli keluarga' yang banyak, ambillah jalan pendekatan yang bijak...
Nota PH :
Percayalah kepada rezeki yang bakal datang kepada kita...Cepat atau lambat, itu adalah urusanNya...Kita hanya perlu percaya dan hanya perlu lakukannya sahaja...
Salah satu kunci kepada pintu rezeki ialah berbuat baik kepada haiwan... Kalau kita nak dihormati, kita kena hormati orang lain...
Comments
Post a Comment