Kisah Gembira Si Tina Dan Salam Terakhir Buat Semua Dari Si MJ

Malam semalam ( 26 Mac 2012 ) PH kembali semula ke klinik haiwan yang dikendalikan oleh Dr Zul dan rakan-rakan untuk melawat Tina dan Owen...Rasanya ni kali keenam...Malam itu adalah malam yang terakhir bagi Si Tina bermalam di klinik tersebut kerana dia akan mendapat tuan baru yang begitu mulia dan sanggup menjaganya...PH diberitakan oleh Dr Zul mengenai keadaan tahap kesihatan terkini Si Tina bahawa keadaan sistem perkumuhannya untuk membuang air besar boleh berfungsi dengan sendirinya tetapi Tina tidak boleh mengawal kencing memandangkan sistem pundi kencingnya telah rosak teruk akibat digilis kenderaan ( KLIK SINI )...

Selain dari itu, keadaan lukanya akibat digigit oleh anjing kian sembuh dan tiada nanah lagi yang terdapat pada lukanya...Syukur Alhamdulillah...Tetapi, Tina mungkin lumpuh seumur hidupnya memandangkan keadaan tulang belakangnya yang telah tercedera dengan teruk...


Berikut adalah video dari Dr Zul kepada tuan baru Si Tina mengenai cara-cara penjagaannya yang betul....Berat telinga yang mendengar, berat lagi tangan yang melakukannya....Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua mereka...Saksikan video penerangan dari Dr Zul ini :


Tina kelihatan begitu gembira dengan kehadiran rakan PH ni yang juga merupakan tuan barunya...Dia sudah boleh menjilat bulunya sehingga 3/4 saiz badannya...Kira ok dah tu kata Dr Zul...


Luka di bahagian badan Si Tina akibat digigit anjing juga kian sembuh dan telah pun mulai kering...Ini adalah hasil pemantauan rapi dari Missy Rizal juga...


Dr Zul juga menunjukkan demonstrasi cara perawatannya untuk menyembuh kes-kes gigitan seperti ini...


Sebelum keluar dan dibawa ke rumah yang baru, Si Tina diberi suntikan antibiotik yang terakhir dari Dr Zul sekaligus menamatkan tempoh rawatannya terhadap Si Tina...


Alhamdulillah, akhirnya selesailah kes Si Tina...From Zero To Hero, dari seekor kucing jalanan yang dipandang hina oleh manusia kini telah disayangi oleh ribuan manusia...Personal Message PH sarat dengan pertanyaan dari mereka yang risau akan keadaan Si Tina, malah ada yang mengadu kepada PH yang mereka tidak boleh tidur akibat terbaca entri PH yang ini ( KLIK SINI )...Kini, Si Tina telah berbahagia dengan tuan barunya..Najisnya juga boleh diteran dengan sendiri....PH dikhabarkan oleh tuan baru Si Tina ( meminta namanya dirahsiakan ) bahawa Si Tina sangat-sangat aktif..Ini menunjukkan bahawa Si Tina amat berterima kasih kepada mereka yang mengiringi penderitaannya dengan doa dan sumbangan....


Beberapa hari yang lepas, PH telah mengambil jasad Si MJ yang telah dibungkus dengan rapi..Cerita pilu Si MJ boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )


Barulah PH tahu bagaimana nak menguruskan jasad kaku si comel dengan cara yang betul....Bukan main balut ajer...


Malam itu, PH mula menggali 'rumah' MJ yang baru dengan linangan air mata...MJ mati akibat saluran najisnya yang tersumbat dan sistem perkumuhannya telah rosak teruk...MJ mati di atas meja vet Dr Zul...


MJ juga kini dikenang oleh ribuan manusia.....


Semoga dikau tenang di bawah pelangi di alam sana...Papa dan kawan-kawan Papa di sini sentiasa rindukan kamu...Papa tidak akan sekali-kali lupakan wajah comel kamu...


Ini adalah video masa MJ mula-mula tiba di rumah PH...


Dan inilah video yang terakhir yang sempat PH rakamkan sebelum saat kematiannya tiba...


Nota PH :
Berbaktilah kepada haiwan...Biarlah pemergian kita suatu hari nanti ditangisi hatta haiwan sekalipun...


Comments

  1. Moga Tina gembira dengan tuan baru dia..

    ReplyDelete
  2. sbb tu jrg sgt2 bukak blog kakimotong & kdg2 terlps pndg cerita ank2 bulus..airmata x dpt ditahan2 klua mcm air hujan..Semoga MJ aman bersemadi dialam baru..:( & tina semoga suatu hari nnti ada keajaiban utknya sembuh seperti sediakala & berbahagia bersama Tuan baru..

    ReplyDelete
  3. Semua crite dlm blog ph meruntun hati saya. . Sedih.

    ReplyDelete
  4. menangis saya baca..sebab kucing sy baru je hilang..hati saya kuat mengatakan dia dah tak dak dalam dunia ni..tapi sekurang-kurangnya tunjuk kan jasad supaya saya tau keadaan dia macam mana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular