Hidup dan Mati Mereka Biarlah Di Rumah PH

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah dapat kembali update blog ni selepas sekian lama PH tinggalkan...PH sekeluarga semua sihat-sihat belaka, begitu juga dengan kucing-kucing PH...Tapi baru-baru ni si kembar kurang sihat...Demam dan batuk-batuk...Hingus menjejeh jejeh kat pipi...Maklumlah, budak kan...? Macam kita masa kecik dolu dolu laa....Ada yang makan taik idong pun ada...hehehehe.... ( do it at your own risk tau...PH tak ajar...hahahaha )
Kesihatan Hero semakin steady walaupun usianya telah meningkat...Bulan 5 ni genaplah usianya tujuh tahun di dalam jagaan PH...Kalau tengok kat dalam koleksi gambar-gambar Hero, kejap ada yang gemok, kejap ada yang gendut, kejap ada yang kurus...Sebenarnya, itulah perkembangan semasa mengenai berat Hero...Adakalanya PH bagi dia makan banyak, adakalanya PH kawal dietnya...Kalau Hero tak banyak bergerak dan tak banyak berdiri, itu maknanya dia sukar bergerak akibat berat badan yang berlebihan..Atas nasihat dari Dr Cham, Hero perlu dikawalselia pemakanannya dibimbangi mendatangkan kesan kepada tulang belakangnya...90% struktur pergerakan Hero bergantung kepada kesihatan tulang belakangnya....















Sama ada fakta ini benar atau tidak, PH perlu mengambil pendekatan yang sepatutnya...PH perlu mengambil berat tentang apa yang dipesan oleh vet...Lebih baik berwaspada, kan...?



Leena pun dah semakin dewasa...padahal dulu kecik jer....Cerita pilunya boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...Leena ni pun aktif...Nampak jer muka innocent, tetapi jangan terpedaya dengan mata bundarnya....Nakalnya Ya Allah memang sama perangai dengan Si Hector...Ada rakan FB PH panggil dia Traktor sebab dia suka buli kucing PH yang lain....hehehehe...Memang kena pun sebab badan Si Hector ni memang debab....





Seperti biasa, lepas balik kerja biasa PH akan lepaskan lelah dengan kucing-kucing sebelum masuk ke bilik tidur...Sebelum masuk ke bilik tidur, PH perlu jaga kebajikan si kembar terlebih dahulu...PH rasa, hanya mereka yang mempunyai anak kecil yang akan memahami betapa penatnya melayan kerenah anak-anak....Yang kat dalam gambar kandid yang MH tangkap kat bawah ni, PH terlelap pulak lepas main laser dengan kucing-kucing PH...Habis tunggang terbalik satu rumah, sebab barang-barang semua kena sondol dengan Si Hector debab tu gara-gara mengejar lampu laser...Cuba tengok tong Blackwood tu....


Lepas PH terjaga, tiba pula masa untuk beri kucing makan....Masing-masing beratur kat depan tong...Memang PH dah ajar derang buat macam tu...


Inilah kaki Si Hector yang selalu menterbalikkan barang-barang kat rumah PH ni...Tengoklah tapak kaki dia yang besar tu...Tapi PH tak kisah pun...Itu maknanya dia ni sihat...Syukur...


Kalau nak tengok si traktor ni main, sila tonton klip ini...hahahaha


PH mengangkat tong BW ke tempat makan mereka...Si Hector mendahului rombongan Cik Kiah....



Karpetku karpetmu jua....PH dan MH memang khaskan karpet ini untuk mereka makan...PH tak bagi makan  kat dapur sebab ruang tak besar...Tak selesa mereka makan nanti....



Seperti biasa, Hero selalu mengalah dengan adik-adiknya yang lain..Tapi jangan risau, bahagian untuk Abang Hero selalu last sekali...Ada special punya yang papa bagi...hehehehe...Itulah hikmah kalau bersabar...Kalau kejar rezeki dengan cepat, kadangkala rezeki tu kita dapat sikit jer...Tapi kalau kita bersabar dan bertawakal, rezeki tu mungkin lambat tapi rezeki tu BESAR....


Maka, yang trampil ialah Si Hector, pembuli adik-adik Abang Hero....Tapi sungguhpun begitu, Hector adalah seekor kucing yang manja dan berdikari...Dia tahu kat mana tempat yang sepatutnya yang nak diberak...


Nota PH :
Si Leena ni memang seekor kucing yang tabah....begitu juga dengan kucing-kucing PH yang lain....Dari sehari ke sehari, mereka semakin membesar di depan mata...Hidup mati mereka biarlah di rumah PH, daripada dibiarkan merempat di luar sana....

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. wahh ! ini kali pertama sy jenguk blog ney! rasa terharu yang teramat !

    firstly, thanks to PH coz taking care about the cats!

    baca entry PH ney, nampak sgt yang PH suke kat kucing dan lebih lebih lagi amat bertanggungjawab dalam penjagaan kucing. nice!

    lastly, tgk ragam kucing, mmg dpt menghilangkan letih badan kan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular