Cinta Yang Terhumban

Kucing ni memang best....Mereka adalah haiwan yang manja dan jinak...Tapi tak semua orang yang suka mereka walaupun mereka ni makhluk yang comel sangat....Biasanya, mereka tidak disuka hanya kerana kuat pancut dan beranak pastu berak bersepah-sepah....Orang yang sebegitu tak fikir ke yang masa derang kecik-kecik dulu pun kencing berak bersepah...? Haisshhh tu lah jadinya kalau dah lupa daratan....Adatlah, selagi kita di dunia ni pasti kita akan kencing berak sampai mati melainkan apabila berada di syurga...kat syurga nanti tiada satu makhluk pun yang akan membuang najis kerana syurga adalah tempat yang amat bersih...
Justeru itu, bagi PH orang yang benci kucing dan anjing hanya kerana kencing berak mereka adalah sebagai alasan kerana malas nak cuci....Tapi takperlah, kalau dah tak suka tu memang tetap akan tak suka...Siapalah kita untuk memaksa-maksa...


Adalah menjadi hak individu untuk menyukai sesuatu ataupun tidak....Tapi kalau boleh biarlah dengan alasan-alasan yang konkrit...Kalau tak suka kucing sebab fobia, trauma, alergi ataupun yang sebait dengannya itu lain cerita....



Kucng ni memang best kalau bela...Rutin harian PH penuh dengan hiruk pikuk bunyi mesin gerudi, pumpang sana sini dan risiko jatuh dari bangunan tinggi...Bila dah selalu fokus benda-benda macam ni, darah PH memang cepat naik sebab tekanan kerja...Itu belum lagi campur tekanan dari orang-orang bodoh yang nak menghalang perjalanan hidup PH...Sebab tu lah baru-baru ni wall Facebook PH panassss....hehehehe....
Kucing ni adalah seekor haiwan yang suka hidup secara berkelompok...Mereka boleh mewujudkan komuniti sendiri, sama juga macam manusia...Cuma bezanya hati mereka bersih dari hasad dan dengki....
Setiap kali PH bawa kucing-kucing baru kat dalam rumah, Hero mesti akan memperkenalkan diri....


Untuk meneutralkan amarah, PH selalu bermain-main dengan kucing...Stress hilang dengan serta merta...Bau najis kadang-kadang ada juga menyumpit-nyumpit hidung, tapi alah bisa tegal biasa....Itulah risiko kecil bagi pemelihara kucing...Kalau pandai uruskan, tiada masalah pun...Yang penting RAJIN jaga kebersihan...Bukannya nak tunggu seminggu najis tu bertimbun-timbun baru nak angkat...PEMALAS namanya tu....Tak baik untuk kesihatan tubuh dan minda...Yang paling teruk bila si pemelihara kucing ni tinggal berseorangan tapi malas nak bersihkan najis....


Si Cheeko ni juga mempunyai cerita pilunya sendiri...Dia ni dikutip oleh mak mertua PH di tepi jalan kerana telah dibuang...Dia seorang diri kat tepi jalan tu....Kepada anda yang benci kucing, its ok...Tapi janganlah diapa-apakan mereka yaa...Bak kata orang benci tapi sayang....hehehehe...Syukurlah kita dijadikan sebagai seorang manusia yang cukup sifat...


Si Cheeko ni tak pandai berpura-pura dan berbohong, begitu juga dengan sekalian haiwan di atas muka bumi ini...Amat berlainan sekali dengan sikap manusia yang suka berbohong dan menipu untuk kepentingan diri sendiri...PH pun tidak lepas dari kesilapan....Tidak semua manusia sempurna rohaninya walaupun sempurna jasmaninya....Akal PH yang terbatas inilah yang cuba PH gunakan untuk memartabatkan suara pencinta haiwan....Memang kadangkala PH terguris dengan sikap sesetengah manusia...Maaf tu tetap maaf...Marah tu tetap marah..


Tak mengapalah kalau begitu...Jika ada umur yang panjang, PH akan tetap begini dan akan berubah dari masa ke semasa...Mereka yang pengecut adalah mereka yang tidak berani melakukan perubahan nasib mereka sendiri.....Setiap bait ayat-ayat PH adalah dari hati sanubari yang paling dalam....Ada yang terima, ada yang tidak....
Kucing ni sebenarnya amat sayangkan manusia...Yang lebih menakjubkan, ada di antara kucing dan anjing yang menyayangi tuannya lebih dari nyawanya sendiri....Maka, tak patutlah jika mereka didera dan dibunuh....


Baru-baru ni, terdengar suara ngiauan anak kucing yang sayu....Bila diteliti, suara tersebut datang dari dalam sebuah longkang...Bila dipanggil-panggil, si comel ini tak mahu keluar...Terpaksalah PH letakkan makanan sebagai umpan...


Akhirnya si comel ini keluar juga menjamah umpan makanan....Tapi malangnya, si comel ini tak jinak...Dia takut barangkali....Bila PH bergerak sikit ajer dia dah lari...Kasihan....Ingatkan nak bawak balik rumah, tapi hampa....


Seronok bila tengok kucing-kucing yang kita kutip ni sihat dan segar bugar di depan mata kita....Apa-apapun, PH pasrah ajer...Buat ajer yang mana mampu...kalau tak boleh cuba cara itu, PH cuba buat pula cara yang ini....


Nota PH :
Teringat kepada si comel yang telah pergi....Mereka semua lahir dari cinta yang terhumban...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Sebenarnya masih ada yg tak tahu menjaga kucing cara yg bersih. Ada yg bela kucing, beri makan dan biarkan berak merata2 atau di rumah jiran. Kucing2 peliharaan ni kena latih samada nak bagi dia kencing/berak dalam toilet atau kita sediakan pasir kumbah. Sebenarnya kucing adalah haiwan yg pembersih. Lepas berak, mesti nak tutup najis dia. Kucing yg pancut pula ada 3 sebab...nak mating, nak jaga kawasan dia dari kucing lain atau spot tu ada bau kencing dia. So, kita kena train kucing2 peliharaan ni macam kita train anak2 kecil kita. InshaAllah takde masalah. Orang yang kasihkan kucing memang dapat pahala setiap masa...bayangkan!

    Shiro (kucing putih).

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular