Derita Si Tina - Digigit Anjing, Digilis Kereta, Jatuh Ke Dalam Longkang Berair Selama Lebih Dari 24 Jam dan Terbiar Di Sebuah Rumah Kosong
PH rasa, ramai yang dah tahu mengenai kisah pilu Si Tina...Bermula dengan gambar di bawah ini yang dipos oleh Ms Lai Teddy ( KLIK SINI ), ianya menjadi topik yang hangat...Ramai yang menumpang simpati ke atas nasib kucing betina malang ini....PH diberitakan kucing ini dilanggar oleh sebuah kereta dan kemudian mungkin kerana kesakitan kucing ini dipercayai mengesot lalu terjatuh di dalam longkang yang berair...Dipercayai bahawa kucing ini telah berada di dalam longkang berair tersebut lebih dari 24 jam...Maka, setelah menjumpainya, Ms Lai Teddy menyelamatkannya lalu meletakkannya di sebuah rumah kosong berhampiran dengan rumahnya...Oleh kerana tidak dapat meneruskan proses menyelamat di atas sebab-sebab yang tertentu, beliau telah pos gambar ini di page Malaysia Independence Animal Rescue di Facebook...Syabas buat Ms Lai Teddy kerana masih berusaha untuk membantu rakan-rakan yang lain menyambung usaha menyelamat....
Pada malam itu, PH menerima panggilan dari seseorang untuk menyelamatkan kucing ini...Maka, pertemuan pun diaturkan di antara PH dan Pn Azimah Othman...Kami bersetuju untuk berjumpa di Giant Seri Kembangan selepas Pn Azimah telah mengambil kucing tersebut di rumah kosong yang terletak di Rawang berhampiran dengan rumah Miss Lai Teddy...Selepas berjumpa dengan beliau, PH pun menerima kucing ini dengan hati yang amat terguris...Kucing ini amat parah...Ada kesan lubang gigitan yang dalam, kakinya kembang akibat berendam terlalu lama di dalam air dan badannya lumpuh...
PH amat risau ketika mengangkat tubuhnya yang lemah itu...PH takut tersalah pegang dan ditakuti ini akan menambahkan kemudaratan...Dengan kalimah Bismillah dan selawat, PH yakinkan diri dan perlahan-perlahan mengalihkannya dari kereta Pn Azimah ke kereta PH...Dia mengiau ketika diangkat kerana sakit, tetapi syukurlah tidak jadi apa-apa...
Setibanya PH di klinik Dr Zul di Seri Kembangan, Dr Zul telah pun bersiap sedia dengan segala perkakasnya...Dr Zul telahpun PH maklumkan mengenai keadaan Si Tina ni...Jadi, beliau telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...Di atas meja rawatan, Si Tina mengiau tidak henti-henti...MH yang tolong pujuk dia...Kasihan sangat tengok keadaannya yang cedera parah...
Ni rakaman video LIVE masa Si Tina mula-mula dihantar ke klinik Dr Zul...Saksikan...
Apa yang dimaklumkan oleh Dr Zul, terdapat trauma dan kecederaan serius pada disk tulang belakang ataupun "Lumbar" pada tulang belakangnya di mana inilah punca yang menyebabkan Si Tina lumpuh...
Berikut adalah rakaman penerangan dari Dr Zul...
Selain dari itu, Si Tina juga dipercayai telah digigit anjing terlebih dahulu sebelum dilanggar kenderaan...Ini berikutan terdapat 5 kesan lubang taring yang dalam....
Akhirnya, Tina dimasukkan ke dalam wad kucing untuk pemantauan selanjutnya...
Kesian PH kenangkan nasib kucing ni...Walaupun dia hanyalah kucing, itu bukanlah fokus utama...Bagi PH, fokus yang paling utama ialah nyawanya...Tiang lampu juga akan bercakap apabila diberi nyawa...Sayang sekali kalau nyawa anugerah Ilahi ini melayang begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha menyelamat...Kalau manusia sakit, kita ada ambulan...Kalau kucing atau anjing sakit, siapa yang nak tolong kalau bukan kita, kan?
Pada keesokan harinya, PH melawat Tina semula...Menurut Dr Zul, Si Tina mempunyai masalah di dalam sistem perkumuhannya di mana dia tidak boleh membuang air besar dan kecil dengan sendiri...Air kencingnya keluar tanpa kawalan manakala dia tidak boleh membuang air besar...Menurut Dr Zul, keadaan ini amat serius dan memberikan kesan muarat dalam tempoh jangkamasa panjang...Apabila Si Tina tidak boleh membuang air besar, najisnya akan terkumpul dan ini akan mendatangkan masalah pada ususnya pula...lama kelamaan perutnya akan membusung dan boleh membawa maut...PH menerima berita itu dengan mata yang berkaca....Sedih tengok muka dia yang sayu tu...Masa PH datang melawat dia, dia manja habis...
Video yang PH rakam ini turut diiringi dengan mata PH yang berkaca...
'Paw' nya yang mengembang secara tidak langsung menunjukkan penanda aras tahap kesakitannya....Kalau kita tak boleh nak berak agak-agak sakit tak..? PH pun ngeri nak fikirkannya..Tapi itulah yang sedang dihadapi oleh Tina...Di Facebook, PH update tahap kesihatannya...Ramai rakan-rakan PH mendoakan agar Tina cepat sembuh..Tak sangka ramai yang menyayangi Tina selepas melihat video dan gambarnya di Facebook...Inilah From Zero To Hero yang PH maksudkan...
Hari berikutnya ( hari keempat ) Si Tina masih belum buang air besar...Nanah di perutnya akibat digigit anjing telah dipicit oleh Dr Zul dan Missy Rizal saban hari...Syabas PH ucapkan kepada mereka kerana telah melakukan satu kerja yang mulia...Perut Tina kian membusung...Dia semakin di dalam kesakitan...Ketika ini juga PH sebak melihatnya..Sekali lagi PH update di Facebook meminta rakan-rakan agar sama-sama mendoakan kesihatan Si Tina...Menurut Dr Zul, kes 'bladder' kucing yang telah rosak tak banyak yang berjaya diselesaikan...Tina memerlukan keajaiban untuk terus hidup...Setiap kali PH melawatnya, PH pasti akan memberi kata-kata semangat untuknya...PH beritahu dia agar walau macamanapun, kuatkan semangat untuk membuang air besar...Setiap kali PH berkata sedemikian kepadanya, dia memejamkan matanya yang sayu tu...PH faham mesej yang dia ingin sampaikan...Dia sudah cuba tetapi tidak berdaya...
Luka akibat gigitan anjing juga agak parah...Perutnya tidak boleh dipegang sebarangan kerana bisanya amat sakit...Pantang disentuh, Si Tina pasti marah...
Ketika saat inilah air mata PH tak dapat ditahan-tahan lagi...Dia paut tangan PH dan menariknya ke pipi...Aduhai...PH belum pernah merasai pengalaman sebegini, menerima sambutan salam dari seekor kucing jalanan yang PH dan rakan-rakan PH bantu...Kalau kita tak bantu, siapa lagi yang nak bantu mereka...Takkan nak biarkan mereka mati secara terseksa di tepi jalan..??
Hari seterusnya PH melawat lagi Si Tina...Ni rasanya kali keempat PH melawatnya....Nanah telah dipicit secara berperingkat oleh Dr Zul dan Missy Rizal....
Apa yang amat mengejutkan, PH diberitahu oleh Missy Rizal bahawa Si Tina tidak boleh minum sendiri..Tetapi, sebelum itu PH ada kata kat Tina "Jangan tak makan yer...nanti takde tenaga nanti caner...??? Nak minum tak...? Ni airnya..." Si Tina minum dengan sepuas-puasnya...Missy Rizal hairan bagaimana selama ini Tina perlu disuap minumannya tetapi selepas mendengar kata-kata PH dia menguatkan otot kaki hadapannya untuk minum sendiri...Sesungguhnya, Allah jualah yang mengetahui...PH betul-betul terharu setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Missy Rizal tu tadi....Dia sememangnya tidak boleh minum dengan sendiri...
Pada tanggal 25 March 2012, MH menerima berita positif dari Dr Zul..Si Tina sudah boleh mengeluarkan najisnya sendiri walaupun sedikit....PH terus update ke dalam Facebook dan ianya disambut dengan ucapan-ucapan positif dan syukur oleh rakan-rakan Facebook dan Fan Page PH...Sesungguhnya, keajaiban telah berlaku dengan izin Allah SWT...Walau bagaimanapun, ianya masih terlalu awal untuk membuat justifikasi...Dr Zul perlu menghabiskan 'medication period'nya terhadap Si Tina...
PH dapat merasakan aura kasih sayang dari Si Tina..Saksikan video ini...
Nota PH :
Alhamdulillah, PH telah mendapat seorang adopter yang sudi menjaga Tina dan PH tahu beliau adalah seorang yang amat bertanggungjawab....Menurut Dr Zul, untuk menjaga Tina, ianya memerlukan kesabaran yang amat tinggi...Lampin perlu ditukar sejam sekali...Ini adalah untuk mengelakkan kulitnya dari terkena 'rashes' dan 'urine burn'...lagi satu, yang paling dikhuatiri ialah Tina boleh terkena jangkita 'Chytitis', iaitu sejenis jangkitan kuman ada pundi kencingnya kerana saluran lubang kencingnya telah rosak sepenuhnya...Tina tidak boleh mengawal kencingnya sendiri....
Justeru itu, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Si Tina...Mungkin ada yang hairan kenapa kucing punya pasal sampai nak tolong begini bagai...Ketahuilah bahawa modal insan yang menyayangi haiwan kini telah pun meningkat dan inilah risalah yang PH cuba bawa sejak dari dahulu lagi...Modal insan yang penyayang amat penting untuk mencapai sasaran sebuah negara maju..Bukan setakat maju dari segi ekonomi, tetapi juga maju di dalam pembangunan rohani rakyat yang berbilang kaum...
Terharu tgk tina pgg tgn PH n letak ke ppnya..
ReplyDelete