Kisah Si Meow - Dari Seekor Kucing Jalanan Kini Menjadi Manager Kedai

Sebenarnya dah lama PH nak cerita pasal Si Meow ni tapi asyik terlupa jer....Maklumlah, banyak sangat hal yang berlaku sejak akhir-akhir ni...Alhamdulillah, segalanya PH dah selesaikan dengan jayanya...Dalam bulan ini sahaja, dah lebih 10 ekor kucing jalanan yang PH bawa pulang ke rumah telah menemui adopter yang baru serta penyayang...Rasanya tak perlulah PH ceritakan kesemuanya di blog dan di Facebook Kakimotong...Kalau dicerita semuanya nanti disalahtafsir pula....Makin banyak kucing yang PH bantu, makin teruk dugaan yang PH hadapi dari mereka yang berfikiran dangkal ( KLIK SINI )...

PH sempat menemubual pemilik Si Meow ni...Pemiliknya merupakan sepasang suami isteri berbangsa Cina yang nampak sangat bahagia..Secara ringkas PH menemubual mereka berdua mengenai kisah pilu Si Meow ni...



Menurut pasangan suami isteri berbangsa Cina tersebut, Si Meow dijumpai di tepi siarkaki berhampiran dengan kedai mereka iaitu kedai menjual peralatan sukan...Ketika itu, keadaan Si Meow ini daif sangat dan saiznya hanya sebesar tapak tangan...Hanya dia seekor sahaja yang tercicir dari ibunya barangkali...Setelah melihatkan keadaannya, pasangan bahagia ini mengambil keputusan untuk memeliharanya lalu diberi nama Si Meow kerana dia selalu mengiau...


Segala cabaran memelihara seekor bayi kucing ditempuh bersama-sama....Akhirnya, benih yang dituai kini melunaskan hasil...Si Meow telah membesar dengan sihat tanpa mengalami sebarang komplikasi penyakit kronik...Segala keperluan makanan dan kesihatannya diberi dengan secukupnya..


Si Meow kini menjadi 'Manager' di kedai mereka...Malah, para pengunjung yang datang dilihat sering beramah mesra dengan Si Meow..Sekarang kedai ini telah mempunyai daya tarikannya yang tersendiri khususnya bagi pelanggan yang meminati kucing..


Di sepanjang penceritaan kisah Si Meow, MH kelihatan sedang asyik mengusap-usap kepala si comel tersebut...Diam sahaja dia tidak banyak bergerak...Malah, siap digesel pipinya ke tangan si pembelainya...Responnya sangat bagus...


Menurut pemilik Si Meow itu lagi, semenjak Si Meow menjadi 'Manager', kedainya kian maju dan berjaya...Bak kata seorang penulis blog iaitu Cik Sang Lekat Lekit ; "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia mungkin menumpang rezeki kucing, ye tak..?? Allah nak bagi rezeki ni melalui mcm2 cara...Kita jer kdg2 rasa kucing menumpang rezeki kita padahal kadang2 Allah dah tentukan rezeki utk kucing2 tu melalui kita.."...Beliau meluahkan pendapat tersebut di laman Facebook Kakimotong Fan Club ( KLIK SINI )



Kepada Encik Max Ho dan isteri, PH dengan ini mewakili rakyat Malaysia ingin mengucapkan SYABAS dan EXCELLENT kerana berani mengambil tanggungjawab dan prihatin terhadap haiwan jalanan walaupun hanya kepada seekor anak kucing...Berdasarkan komen-komen di Facebook, rata-rata tindakan Encik Max Ho telah mendapat maklumbalas yang amat positif dan PH amat berharap agar ianya dapat dicontohi oleh rakyat di negara ini...


Nota PH :

Kisah Encik Max Ho dengan Si Meow ni sangat ringkas mesejnya untuk PH sampaikan kepada kalian wahai pembaca yang budiman...Tidak semua bangsa itu kejam dan suka mendera haiwan...Ramai di antara mereka dari bangsa-bangsa yang tertentu yang sangat prihatin mengenai haiwan comel ini...
Justeru itu, untuk memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia perihal politik dan isu perkauman tidak boleh dicampuradukkan...Segalanya perlu bermula dengan didikan dari rumah dan inisiatif diri sendiri setelah mempunyai akal yang cukup untuk melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan ini....Ada sesetengah orang berkata orang Cina ni kejam, orang India ni teruk dan orang Melayu ni bodoh kerana selalu mendera haiwan....Bagi PH, tidak semuanya begitu...
Sehubungan itu, sama-samalah kita menggunakan akal yang rasional untuk sama-sama menjalinkan ukhwah sesama bangsa agar nasib haiwan jalanan akan terpelihara...Tak kiralah mana satu kerajaan yang memerintah dan mana satu menteri yang mengarah...Bak kata pepatah Melayu lama ;

"Sultan adil sultan disembah, 
Sultan zalim sultan disanggah..."

Asalkan nasib dan hak haiwan jalanan terbela, itu sudah menunjukkan kredibiliti pemimpin yang memerintah...Kisah membela rakyat, itu cerita lain....Banyak jabatan untuk membasmi kemiskinan rakyat dah ditubuhkan...Yang di sana hentam yang di sini dan yang di sini hentam di sana balik tapi masih ada banyak kerja yang tak jalan...

Comments

  1. hellooo....waaahhhh tembam nyer si meow ni....debab!!!~

    ReplyDelete
  2. Bang PH saya nak minta cari org yg sanggup jaga kucing saya (hepet)utk 3 thn je, jantina-male. saya ada 4 ekor kcg (1 kucing kurang upaya-KKU), 1 saya nak bawa blk kpg (mak ayah saya pon dah ada 3 tidak termasuk kucing2 lain yg mak&ayah saya beri makan), 1 lagi kawan baik saya sanggup jagakan, KKU saya x sanggup bagi kat orng coz dia lumpuh. makan minum & lain2 keperluan perlu diuruskan. Hepet shj yg blm dpt cari tuan. Sy betol2 perlukan bantuan. hrp reply kl ada. further info saya akan maklum kl ada yg sudi jaga hepet.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular