Bersama Mendukung Panji Pencinta Haiwan
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat hidup dalam keadaan aman damai dan sentosa...Sukar untuk kita FOKUS kepada rancangan yang kita bina demi mencapai impian dalam menuju kejayaan sekiranya kita dipengaruhi keadaan yang tidak stabil dan porak peranda...Istilah KEJAYAAN bukanlah diukur kepada kekayaan kita, tetapi lambang KEJAYAAN yang sebenar ialah perubahan yang telah berjaya kita lakukan samada untuk diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan orang lain...
Sejak kecil kita semua dididik oleh ibu dan bapa untuk menghargai hidup...Kita disuntik dengan bermacam-macam rupa khabaran yang menjurus ke arah kebaikan insani...Bagi mereka yang tiada ibubapa sejak kecil yakni anak yatim piatu, mereka akan menjadi baik sekiranya dibesarkan di dalam suasana yang baik dan diajar oleh orang yang baik...Tidak mungkin seseorang itu menjadi baik sekiranya mereka dibesarkan oleh orang yang tidak baik...Sekiranya mereka menjadi jahat walaupun dibesarkan oleh orang yang baik, itu bermakna seseorang itu mempunyai masalah dalaman dan tidak mempunyai akal yang cukup rasional, pendek kata tidak waras atau gila....Kurang kasih sayang dan cemburu terhadap kebahagiaan orang lain adalah di antara faktor utamanya yang mendorong mereka untuk menjadi jahat...Orang-orang sebegini menjelma di dalam pelbagai bentuk dan rupa...Ada yang selalu berperwatakan baik dan ada pula yang memang berperwatakan yang tidak baik...
Bagi PH sendiri, di dalam pelbagai ujian yang semakin hebat mendatangi hidup PH setiap hari telah mengajar PH erti menjaga hubungan sesama manusia...Kita juga mungkin pernah mendengar ayat ungkapan seperti berikut :
"Sikap sebenar seseorang itu boleh dinilai dari layanan yang mereka berikan terhadap haiwan....."
Pada pendapat PH secara peribadi pula, ungkapan ayat di atas adalah kurang tepat...Bagi PH, ungkapan yang betul ialah :
"Sikap sebenar seseorang itu boleh dinilai dari layanan yang mereka berikan kepada si penyelamat dan pencinta haiwan..."
Moral of the story : Tidak guna kalau kita bertungkus lumus untuk memperjuangkan hak haiwan tetapi kita tidak menjaga hubungan sesama manusia...
Ini adalah berdasarkan pengalaman benar yang PH sendiri telah lalui...
Di antara satu kisah benar di mana ada seorang hamba Allah yang miskin telah dibantu oleh beberapa orang yang bernasib baik dan golongan orang yang berada yang juga mengakui mereka adalah pencinta haiwan...Sudahlah ditimpa kemiskinan, hamba Allah yang miskin ini pula telah memelihara beberapa ekor kucing jalanan yang dikutipnya atas rasa ehsan terhadap sesama makhluk...Sesudah dibantu dengan wang ringgit, pakai, makan, minum dan rawatan untuk kucingnya ditaja, maka ianya sedikit sebanyak telah meringankan beban hamba Allah yang miskin ini...Orang berada yang membantunya pula telah menerima begitu banyak pujian dari masyarakat di atas keprihatinan mereka...Kemudian mereka pula dijulang seperti askar yang baru pulang dari medan perang walhal tiada siapa yang tahu bahawa mereka sebenarnya adalah askar yang lari dari medan perang...
Namun yang demikian, ianya hanya bersifat sementara sahaja...Pada suatu hari, si miskin ini terlantar sakit di hospital akibat sakit jantung...Selama dua hari dia di hospital namun tiada siapa yang datang menjenguknya...Telefon atau SMS pun tiada langsung....Dari titik tolak ini, si miskin ini telah sedar bahawa dirinya telah dijadikan batu loncatan untuk menerima anugerah 'pingat keberanian'....Kalau si miskin ini tiada kucing yang dikutip, dipandang sebelah mata pun tak mahu...Sehingga kini, si miskin kembali menjalani kehidupannya terkontang-kanting seperti sebelumnya tanpa dibantu oleh orang berada itu tadi....PH juga turut dihubungi melalui telefon oleh si miskin ini kerana menyatakan sejuta kekecewaannya....
Tiada guna kalau kita semua perjuangkan hak haiwan sekiranya kita sendiri tidak menjaga hubungan sesama manusia...Terlalu banyak propaganda untuk memburukkan nama PH di arena pencinta haiwan ini namun semuanya itu tidak PH endahkan kerana ianya adalah rekaan semata-mata dan palsu...Isu-isu propaganda yang dicanang seluruh dunia sememangnya tidak pernah wujud langsung...PH tahu ini adalah permainan keanak-anakkan mereka...Individu yang tidak bertanggungjawab dan bersekongkol untuk melemparkan fitnah dan nista kepada PH sememangnya menginginkan PH jatuh tersungkur dan cuba untuk 'mengambil alih' kedudukan PH dari mata masyarakat...PH pun tidak faham mengapa isu membela nasib haiwan ini menjadi satu perlumbaan sedangkan ianya lebih bersifat tiada siapa yang di atas dan tiada siapa yang di bawah...Sekarang ini PH lihat telah wujud satu budaya perlumbaan untuk menunjukkan siapa yang lebih prihatin dan siapa yang patut dipilih masyarakat...MasyaAllah...
Bak kata Robert T. Kiyosaki :
"Having the right thinking is the REAL PROBLEM..."
Mereka cuba untuk melancarkan perang saraf terhadap sebilangan orang yang lemah jatidirinya dan pendek akal fikirannya...Mereka yang terpedaya kemudiannya telah direkrut untuk dijadikan tentera perang saraf untuk menghasut orang lain demi melunaskan nafsunya untuk digelar pencinta haiwan yang sejati di mata masyarakat....Malangnya, tidak ramai orang yang terpedaya dengan propaganda tersebut dan dari sinilah PH tahu menilai peribadi seseorang itu satu demi satu...Hanya mereka yang berperilaku negatif dan berakal singkat sahaja yang akan terpedaya dengan permainan perang saraf mereka...Orang-orang sebegini sememangnya tidak layak untuk bersama-sama dengan PH dan juga beberapa aktivis haiwan yang lain bagi mendukung panji pencinta haiwan di Malaysia...Dari sini jugalah PH tahu 'warna sebenar' mereka yang pernah menjadi rakan Facebook PH...Sesungguhnya orang-orang yang berfikiran negatif dan tiada pendirian yang teguh sememangnya tidak akan ke mana-mana pun...Baru bertemu sekali tetapi bercakap macam dah kenal PH selama berpuluh tahun...Ada pula yang mengaku untuk membela nasib anjing tetapi semasa mereka berada di rumah PH, dengar suara Jojo pun dah takut...rupa-rupanya mereka ini tidaklah segagah yang disangkakan...Dengan anjing kecil bolehlah nak berpeluk bagai...Ingat yer, sebagai seorang yang beragama Islam kita tidak boleh memelihara anjing seperti kucing, apatah lagi untuk berpeluk-pelukan dengan anjing....Mereka juga telah mengetahui kebenarannya kerana salah seorang sahabat PH telah menelefon individu itu sendiri untuk memberitahu kebenaran tersebut...Di sepanjang perbualan telefon hampir sejam itu, rakan PH telah memberitahu bahawa orang melemparkan fitnah ini tidaklah seberani dan segagah yang disangka...Orangnya pengecut rupa-rupanya....Tetapi, kebenaran itu telah disembunyikan sehingga kini dan semakin banyak cerita telah diputarbelitkan....
Individu yang tidak bertanggungjawab ini telah meletakkan beberapa jerangkap samar untuk dijadikan platform bagi menjadikan isu yang tidak wujud itu menjadi seolah-olah wujud di mata mereka yang buta hatinya...Nama PH, MH, ibu serta ayah PH dihina semahu-mahunya sebagai propaganda untuk menggambarkan kepada orang lain bahawa PH adalah seorang yang buruk tingkahlakunya...hmmm...Dah tak ingat agama agaknya mereka ni....
Sahabat yang paling PH percayai juga telah termakan budi hasil dari permainan mereka yang ingin melihat PH gagal...Mereka menjadi 'spy' di dalam segala aktiviti PH termasuklah aktiviti di dalam rumah...Mereka sanggup datang ke rumah PH pada lewat malam dan pulang pada dinihari tanpa memikirkan 'privacy' hidup PH yang tidak mahu diganggu pada jam 3-4 pagi...Tetapi pada ketika itu, PH hanya bersangka baik sahaja dan melayani kunjungan mereka sehingga jam 7 pagi ( mereka datang ke rumah PH dari jam 10 malam )...Rupa-rupanya, mereka adalah di antara tentera perang saraf yang telah dihantar ke rumah PH...Habis segala cerita isi rumah PH diceritakan kepada orang lain...Tapi yang menghairankan, apa yang diceritakan adalah tidak benar sama sekali....Sebelum ini PH ada juga diberitahu oleh beberapa orang rakan agar berhati-hati, tetapi oleh kerana terlalu bersangka baik, PH tidak mengendahkannya...Tetapi tidak mengapalah...PH akur tentang apa yang berlaku...Sesungguhnya manusia yang membuka aib orang lain bakal menerima balasan yang setimpal dari Allah SWT...Sesungguhnya Allah itu Maha Adil....
PH ada membuat 'homework' yang tersendiri untuk merealisasikan idea-idea baru demi memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia....Inilah sifat PH yang mereka tiada...Segalanya PH lakukan dengan penuh kepayahan dan PH telah menghabiskan banyak masa untuk kerja-kerja mendidik masyarakat agar menyemai sikap sayangkan haiwan...PH berasa sangat gembira apabila segala kerja-kerja PH menghasilkan keputusan yang sangat membanggakan dan inilah yang dicemburui oleh mereka... sedangkan mereka banyak menghabiskan masa untuk tujuan yang tidak berfaedah dengan memikirkan dan menaip ayat yang panjang lebar untuk menghina PH dan ibubapa PH...
Segala aktiviti kehaiwanan PH muatnaik ke dalam blog mahupun di Facebook untuk dijadikan teladan dan renungan bersama ( KLIK SINI )...Apa yang PH cakap, PH akan buat...PH bukannya seorang yang memperlekehkan tugas seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ( KLIK SINI )...PH mahir di dalam melukis pelan bangunan dan menyediakan laporan penuh untuk Akitek...PH juga bekerja di dalam bidang profesional...Mereka tiada benda yang PH ada, namun usahlah ia dijadikan isu untuk dicemburui....PH bertungkus lumus untuk mempelajari kesemua ilmu itu dengan penuh susah payah...Di atas faktor berusaha secara berterusan inilah yang menjulang nama Kakimotong Fan Club sebagai di antara laman Facebook pencinta haiwan yang diminati ramai....Apa yang PH lihat, pihak yang menyebarkan fitnah terhadap PH tidak melakukan apa-apa pun...Jika ada sekalipun, ianya diiringi dengan kata-kata yang memperlekehkan aktivis haiwan yang lain....Bak kata dialog Mak Zaiton dalam filem Bujang Lapok :
"Woi...!!! Mak Sudin...!!! Aku ada DUA cincin berlian tawwww...!!!"
Nota PH :
Kepada mereka yang terlibat, carilah landasan perjuangan kalian sendiri dengan idea perjuangan yang asli dan tidak menindas orang lain...Jangan biasakan diri untuk mencemburui orang lain...PH pun tidak pernah mengenai kalian terlebih dahulu melainkan kalian yang terdahulu mengenali PH...Datang PH tak jemput pergi pun PH tak halau...Apa yang PH cari bukanlah perbezaan, tetapi apa yang PH cari ialah persamaan...Namun ianya telah disalahertikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan kalian telah menjadi mangsa mereka dan kemudian direkrut menjadi tentera perang saraf yang sangat lemah...Namun begitu, PH tiada hak untuk memaksa kalian semua untuk memilih dan berbuat sesuatu kerana itu adalah perjalanan hidup yang kalian pilih....Kalian mempunyai hak di atas pilihan yang kalian pilih sendiri...Cuma PH ingin berpesan, jangan jadi tikus yang cuba untuk membaiki labu...Sebelum kira bintang di langit, kiralah butir pasir di bumi dulu...Sebelum beri kucing jalanan makan, beri suami / isteri makan dulu...Kalau kita tidak mahu perjalanan hidup kita dihalang, maka janganlah kita menghalang perjalanan hidup orang lain yang langsung tiada kena mengena dengan kalian...
Perjuangan PH dan para sahabat adalah jelas:
Tiada siapapun yang mempunyai HAK untuk menafikan hak PH dan rakan-rakan aktivis haiwan yang lain untuk memperjuangkan apa yang mereka dukung sekarang...Jangan diikut nafsu, tetapi berfikirlah dengan akal...Rajin-rajinlah untuk mengasah ketajaman akal, bukannya belajar menumpulkan akal....Semakin PH dilemparkan kata-kata yang penuh penghinaan dan fitnah, semakin banyak rezeki yang datang kepada PH dengan melimpah ruah dari Allah SWT...
Ambillah kisah hidup PH ini sebagai iktibar buat kalian semua...Buang ego dan bersegeralah untuk muhasabah diri...Selalu-selalulah 'Scan' diri kita kepada Allah SWT...'Update'lah 'antivirus' yang telah di'installed'kan ke dalam diri kita...Bila dah lama tak 'update', tu yang banyak fail yang 'corrupt' sebab banyak virus dah melekat....Bila dah 'corrupt', susah untuk kita berfikir dengan rasional...Banyak keputusan yang kita buat adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran...Kalau kita selalu berada di dalam jemaah yang berfikiran negatif, maka negatif jugalah keputusan yang kita buat...
Di zaman sekarang, jangan mudah untuk mempercayai sebarang berita...Jangan menyibukkan diri dengan menyelak berita-berita negatif, tetapi sibukkanlah diri dengan mengejar ilmu dan merancang menuju kejayaan....Apa yang disiarkan di dalam status Facebook atau di blog, itulah yang mencerminkan peribadi si penulis yang sebenar...Tidak pernah ada istilah di mulut jahat tapi di hati baik...Kalau ada, itulah ciri-ciri orang yang munafik kerana segala apa yang kita lakukan dan luahkan adalah berpunca dari HATI...Perjuangan mereka ditegakkan dengan menjaja cerita murahan dan fitnah....Kalau seseorang itu mudah membuka aib orang lain, maka tidak mustahil dia juga akan mudah membuka aib pasangan hidupnya sendiri...Dan ingatlah, kalau ada perbuatan baik yang kita buat, maka ibubapa kita juga akan mendapat kebaikan...Kalau keburukan yang kita buat, maka kecelakaan jualah yang akan tempias kepada ibubapa kita...Fokus kembali apa yang perlu kita buat demi memperjuangkan hak haiwan yang menjadi mangsa kerakusan manusia....Percayalah, kita tidak akan keseorangan untuk menempuhnya sekiranya kita menjaga hubungan sesama insan....
Baru-baru ini PH telah menerima SMS dari seorang wartawan yang juga merupakan sahabat PH :
"Hai PH..Got people try to brain wash me about you...Dun wuri, I'm adult...i know to think rasionally n handle this...we just need to keep fighting for the animals, not fight among ourself..."...
teruskan niat sucimu!
ReplyDeletehaiwan juga ada perasaan =D
Sy ada beberapa ekor ank kucing perlukan kelurga angkat...umo antara 1-5 bln...tq
ReplyDelete