Kami Penumpang Bahagia ( Wajib Baca )

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Alhamdulillah, dapat juga PH mengadap laptop hari ini....Blog pun sudah jarang PH update seperti dahulu...Kalau dahulu, satu hari PH akan update sekurang-kurangnya tiga entri dalam sehari....Tetapi tidak mengapalah, asalkan ianya masih ada pembaca, PH pun bersyukur sangat-sangat....

Kadangkala, PH terfikir juga mengapa saban hari semakin banyak haiwan jalanan yang bergelandangan di persekitaran kita...Ianya sangat berbeza sedari zaman PH semasa kecil dahulu....Yalah, orang kata zaman dah berubah...Sebenarnya, yang berubah itu adalah manusia itu sendiri...Manusia memang suka melakukan perubahan...Sangat baik apabila perubahan itu menjurus ke arah kebaikan insani, tetapi sangatlah tidak baik sekiranya perubahan itu menjurus ke arah kehancuran yang hakiki....Cuba kita lihat dunia ni...Sangat sempurna ciptaan dariNya...Baik dari pokok sehinggalah ke haiwan...Cuba kita sama-sama melihat bagaimana tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan bagaimana mereka membiak untuk menjadi manfaat kepada manusia....Berdasarkan dari perjalanan hidup mereka, apakah ada Zat yang menyusun aturnya...??? Pastinya ada....Tetapi, akhirnya segalanya berubah apabila ianya 'disentuh' oleh tangan manusia yang tamak dan haloba...Akhirnya, makhluk yang mendatangkan manfaat ini telah dipersiakan sehingga ianya dilihat sebagai 'ancaman' kepada kehidupan sesetengah manusia yang lupa diri...Untuk menyelesaikan masalah melalui jalan singkat, manusia dengan mudah mencipta undang-undang sendiri hanya semata-mata untuk 'menghalalkan' kerja-kerja mereka yang sememangnya adalah HARAM di sisi syarak....


Sesungguhnya Allah SWT menciptakan sesuatu itu dengan tidak sia-sia...Tinggal kita sahaja yang perlu bijak menggunakan akal pemberianNya untuk menangani segala permasalahan yang wujud....Sebenarnya, yang mewujudkan masalah adalah makhluk yang bernama MANUSIA itu sendiri....Akal yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan tetapi ianya disalahgunakan lalu menghancurkan kehidupan sesetengah makhluk yang lain....


Kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW....Kewujudan mereka yang hidup secara berkeliling adalah sangat sinonim dengan kehidupan manusia...Mereka tidak najis, malahan air kencing mereka adalah tergolong di dalam kategori najis ringan, yakni najis yang boleh dimaafkan....Ini adalah pendapat para alim ulama'...Kita masih boleh bersolat walaupun ada percikan air kencing kucing, tetapi dengan syarat kita mencucinya terlebih dahulu sehingga hilang bau, rasa dan warna....Akan tetapi, oleh kerana kurangnya ilmu, manusia seringkali membuang kucing yang kencing merata-rata....Alasannya satu rumah akan bernajis dan sukar untuk bersolat...Ketahuilah bahawa menyentuh najis tidak membatalkan wuduk...Sekiranya seseorang itu direndam ke dalam tong najis sekalipun, wuduknya masih SAH dan tidak terbatal ( rujuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus minit yang ke- 16:30)....Cubalah imbas kembali perkara yang membatalkan wuduk seseorang ( KLIK SINI )...Sebab itulah kita wajib menggali ilmu sehingga ke liang lahad...Usah menyangka segulung ijazah yang kita miliki adalah sebagai penanda aras kepakaran kita di dalam sesuatu bidang....Apa jua pendidikan itu amat perlu sehingga ke hujung nyawa....Islam itu adalah mudah...


Bak kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih....Alasan tetap alasan....Kalaulah hanya kerana kucing kencing merata-rata yang menjadi penyebab seseorang manusia itu membuangnya, itulah penanda aras yang sebenar intelek dan ilmu seseorang....Kenapa tidak manusia itu menyandarkan kepada kenangan bagaimana kasihnya terhadap kucing yang pernah disayanginya dulu...???

Ingatlah bahawa kita semua diwajibkan untuk meninggalkan sebarang kemungkaran, sebarang kerosakan dan sebarang perkara yang Dia tidak membenarkan bagi kita melakukannya....Membuang kucing kesayangan ke pasar adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana mereka telah meletakkan masalah mereka ke atas bahu orang lain...

"Dan jangan kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar, padahal kamu mengetahuinya." Surah Al-Baqarah, ayat 42...

Sekiranya masalah ini tidak dapat dielakkan juga, carikanlah keluarga angkat untuk mereka...Usah dibuang...Kasihanilah mereka....


Sebagai seorang manusia biasa, kita sememangnya tidak terlepas dari ujian..Tidak kira samada seseorang itu kaya atau miskin, berpangkat tinggi atau berpangkat rendah, tua atau muda, kesemuanya pasti akan melaluinya....Sebagai persediaan untuk menempuh ujian, kita hendaklah menuntut ilmu selagi ada daya....Ilmu adalah tunjang hidup...Tanpa ilmu, hidup seseorang manusia itu pasti akan binasa....Untuk menuntut ilmu juga, kita perlu mengharungi pelbagai ujian yang mungkin kita tidak sedari....Syaitan adalah musuh yang perlu dijauhi...Sedari kecil, kita semua telah diajar tentang cara-cara untuk menjauhi syaitan dan iblis....Mereka inilah yang menjadi pendorong utama kepada manusia untuk melakukan kerosakan....

Membuang haiwan kesayangan Rasullullah SAW ( kucing ) di tepian jalanan adalah di antara hasutan syaitan yang menjurus ke arah menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab...Kalaulah Rasulullah melihat banyak kucing yang bergelandangan sehinggakan ada yang menjadi mangsa penderaan, sudah pastinya Baginda akan berdukacita...Sudah pastinya Rasulullah SAW akan marah kepada pemilik kucing yang dibuang....


Kucing adalah seekor makhluk yang sangat istimewa...Mereka banyak mengajar erti kehidupan, tetapi ianya hanya akan dapat dilihat oleh orang-orang yang khusyuk dan beriman sahaja....Pernah berlaku di hadapan mata PH sendiri, seorang lelaki yang berpakaian warak telah membaling seekor kucing kucing yang menumpang duduk di atas motornya....PH tidak mengatakan semua orang yang berpakaian warak berlaku sedemikian terhadap haiwan, cuma PH terfikir pula satu perkara...Sebagai umat Islam, kita mempunyai beribu-ribu orang yang melakukan solat lima kali sehari, tetapi adakah wujud beribu-orang yang bersolat lima kali sehari bersikap sebegini terhadap kucing...??? Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersolat tanpa memakai serban apabila seekor kucing telah menjadikan serban Baginda sebagai pengalas tempat tidur....


Kucing jalanan yang kita kutip dan beri kehidupan baru kepadanya adalah penumpang bahagia kepada bahtera perjalanan hidup kita...Bahtera hidup yang kita kemudi ini seharusnya menuju ke syurga, bukan ke neraka....Rasulullah SAW sendiri pernah menjelaskan hujah yang bermaksud ;

"Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik...Tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja...Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur...Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar...Oleh itu, jadilah musibah itu baik untuknya..."  ( Direkodkan oleh Muslim )


Bagi mereka yang berasakan memelihara kucing itu adalah satu beban dan musibah, maka renung-renungkanlah ayat Baginda di atas....Bagi mereka yang tipis imannya, kucing pula dituduh sebagai pembawa musibah sehingga menyebabkan kucing tersebut dibuang ke pasar...Peliharalah kucing mengikut kemampuan....Kalau takut mereka membiak, mandulkanlah mereka demi mengelakkan kemungkaran akan berlaku ( sekiranya tidak berkemampuan memelihara kucing yang banyak )...Kepala pun tak pening, rumahtangga pun aman bahagia....JAKIM telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum memandulkan haiwan adalah HARUS demi menjaga permaslahatan ummah...

Bagi PH sendiri, PH berasa puas walaupun dapat berbakti kepada kucing dan anjing...Terus terang PH ingin beritahu, ianya memang penat tetapi PH lakukan sahaja....Perihal berbakti kepada sesama manusia, itu tidak perlulah diceritakan kerana ianya adalah rahsia seseorang itu dengan Allah SWT...Tingkahlaku yang baik terhadap haiwan wajarlah dikongsi bersama dengan niat untuk sama-sama menyemai sikap sayangkan haiwan...Haiwan tidak boleh berkata-kata, maka kitalah yang menjadi jurucakap kepada mereka....



Alkisah ujian hidup Si Jamek juga telah banyak mengajar PH erti hidup...Haiwan yang tidak berdosa inipun tidak terlepas dari ujian yang sangat hebat....Si Jamek adalah seekor kucing jalanan yang selalu menemani PH di Restoran Jamek Maju di Semenyih satu ketika dahulu...PH selalu mengambil gambarnya untuk dimuatkan ke dalam Page Facebook Kelab Fotografi Haiwan Jalanan ( KLIK SINI ) sebagai koleksi perkongsian kepada masyarakat melalui teknik fotografi...PH juga selalu memberinya makan agar dia tidak pergi ke meja orang lain yang memungkinkan dia disepak atau diterajang oleh penghuni meja tersebut....


Akan tetapi, suratan takdir buruk telah terjadi terhadap dirinya...Dia pasrah tanpa meminta belas dari sesiapa....Ujian bagi dirinya adalah ujian bagi diri kita juga....Samada ingin membantu atau tidak, semuanya bergantung kepada ilmu dan keyakinan diri yang kita ada...Kurang ilmu, maka kuranglah keyakinan diri....Apabila kita kurang keyakinan diri, maka terlalu banyak persoalan dan was-was yang bermain di dalam kotak fikiran sehingga ianya boleh mengganggu fokus kita untuk melakukan sebarang gerak kerja....Ketika inilah syaitan akan cuba menghasut dan mengalihkan pandangan anak mata kita supaya kita buat-buat tidak nampak akan apa yang berlaku di hadapan mata....Sekiranya ianya berlaku berulangkali, maka jadilah kita seorang khalifah yang tidak banyak fungsinya di atas muka bumi ini...Segala apa yang kita lakukan hanyalah untuk diri sendiri sahaja kerana sifat ehsan kita telah dipadamkan oleh syaitan akibat kurangnya ilmu....Kita hanya akan jadi 'defender' di dalam hidup, sedangkan kita sepatutnya menjadi 'striker'....


Untuk menjamin gerak kerja yang sempurna, hubungan sesama manusia juga perlu dijaga...Percayalah bahawa kita tidak akan keseorangan apabila berlaku sesuatu perkara yang memerlukan bantuan dari orang lain...Percaya pada potensi diri, berusaha sebaiknya dan bertawakallah kepada Allah SWT...In Shaa Allah semuanya bakal dipermudahkan...Sesungguhnya Allah sentiasa memakbulkan doa-doa dari hambanya...Samada cepat atau lambat, itu usahlah kita ambil tahu kerana itu semua kerja-kerja ghaib dariNya...

Sekarang Si Jamek telah menemui kehidupannya yang baru...Walaupun tidak seberapa, PH tetap akan cuba memberikan kehidupan yang terbaik buat Si Jamek serta kucing-kucing PH yang lain....PH dan MH bergilir-gilir menggalas tugas bagi memastikan kebajikan kucing berada pada tahap yang optimum...Sebenarnya ada banyak kesukaran yang PH hadapi di sepanjang membesarkan mereka, tetapi itu biarlah menjadi rahsia PH....


 Hanya mereka yang khusyuk sahaja akan memahami perasaan sebegini....Dan hanya mereka yang khusyuk sahaja akan dapat menilai penulisan entri PH kali ini samada ini adalah entri minta simpati atau entri untuk kesedaran....Having the right thinking is the REAL problem....Ada aku kisah...????

Dari kesilapan diri sendiri dan juga orang lain, kita sepatutnya mengambil iktibar untuk dijadikan panduan di dalam mengemudi bahtera hidup ini...Kita hidup hanya sekali sahaja....Oleh itu, tidak salah sekiranya kita sama-sama berkongsi kebaikan yang kita lakukan terhadap haiwan-haiwan jalanan asalkan kita tidak melampaui batas yang mungkin boleh menghiris hati orang lain....Lakukanlah mengikut cara kita sendiri asalkan bersederhana dan mengikut kemampuan....


Sesungguhnya, mereka adalah teman, dan merekalah yang turut mendoakan kesejahteraan manusia yang berlaku baik terhadap mereka....In Shaa Allah, segalanya bakal dipermudahkan olehNya nanti... 


Nota PH :

Just Do It....!!!! Tapi mulakanlah dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah....


Steady Semua...!!!

Comments

  1. teruskan usaha murnimu bro!
    tp banyak gila kucing.bg la satu.hehe

    ReplyDelete
  2. agak tersepit sekarang ni.sy berpindah ke rumah mentua, sy selalu bg mkn pd stray cat, dari sekor sekarang da ada 3 ekor. Ibu mertua sy tidak mengemari kucing. Kadang2 nmpak reaksi mertua x suka pd kucing. sy kesian kucing2 tu. tp masalahnya, sy hnya menumpang di rumah mertua. apa yg harus sy lakukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular