Selamat Datang 2013 dan Alkisah 2012

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman

Alhamdulillah, di antara sedar dan tidak kita kini telah berada di penghujung tahun 2012...PH yakin ia sudah semestinya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita...Tidak kira samada kesan itu adalah baik atau buruk, ianya tetap kesan...Bagi PH sendiri secara peribadi, tahun 201 adalah tahun yang banyak mengajar PH erti hidup dan erti sebuah perjuangan....

Apabila dinamakan perjuangan, sudah tentunya ianya adalah merujuk kepada sebuah pengorbanan di medan perang...Apabila disebut perang, sudah tentu ianya akan ada musuh...Samada menang atau kalah, itu bukanlah penanda aras sesebuah kejayaan perjuangan yang dibawa...Apa yang menjadi ukuran ialah keberanian diri untuk berada di medan perang dan berjuang bermati-matian...Semua orang akan mati juga suatu hari nanti...Tetapi, masih ada segelintir manusia yang lari dari medan perang sebab takut mati....Manusia-manusia sebegini adalah golongan orang yang 'mati' sebelum mati....Di dalam Islam, hukum orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar...

Apa kaitannya dengan kehidupan seharian kita apabila disebut perjuangan..?? Mencari nafkah untuk anak dan isteri juga adalah satu bentuk perjuangan...Mengumpul wang hasil titik peluh untuk membawa kucing-kucing kita ke klinik haiwan juga adalah satu perjuangan...Menimba ilmu juga adalah satu perjuangan...Dan ketahuilah bahawa setiap perjuangan yang kita dukung sudah pastinya akan ada musuh yang akan cuba menghalang kita dari berbuat kebaikan iaitu Syaitan...


Beruntunglah si Syaitan kerana dapat menerobos minda orang-orang yang tiada pendirian dan lemah ilmunya....Akal yang sepatutnya diasah tajam telah ditumpulkan dengan begitu mudah sekali akibat culas mengawal akal....Ada pula yang mengaku tinggi ilmunya tetapi ilmu yang disampaikan pula adalah salah dan menyesatkan....Bermacam-macam aral yang melintang tatkala kita mahu berbuat kebaikan...

Menjaga sebuah persahabatan juga adalah sebuah perjuangan...Menjaga sebuah hubungan mungkin mudah bagi sesetengah orang, tetapi bagi PH perkara yang amat sukar di dalam perihal menjaga hubungan ialah MEMPERTAHANKAN hubungan tersebut....

Di tahun 2012 inilah yang banyak mengajar PH apa itu erti persahabatan di dalam sesebuah hubungan....Kita akan dipandang rendah sekiranya tidak kaya manakala orang yang kaya tetapi tidak berilmu dipandang tinggi seperti seorang pahlawan....Segala hasil titik peluh dari orang dari golongan kebanyakan akan dicantas begitu sahaja oleh orang dari golongan kaya dan berada...PH juga kini telah mengenal apa itu persahabatan melalui Facebook...Sebenarnya, ia tidak sama sebagaimana persahabatan kita dengan si polan yang telah mengenali kita sejak kecil lagi....Apabila berjumpa, semuanya disangkakan indah khabar dari rupa apabila ianya tidak berlandaskan dengan kalimah Lillahi Taala....Segala kekurangan si sahabat tidak diterima seadanya....Kemudian segala aib sahabat pula mula disebarkan di serata dunia apabila terjadi sesuatu perselisihan faham...Untuk apakah semua ini, sehingga kini PH masih tidak dapat memahaminya...Apa yang PH faham, sahabat-sahabat yang sebegini mahukan sesuatu dari kita...Tangan kanan menghulurkan salam tetapi tangan kiri melipat senjata....PH sendiri telah mengalami peristiwa pahit ini....Sahabat yang sangat dipercayai telah menikam PH bertubi-tubi dari segenap pelusuk....Demi Allah dan rasul, cerita yang dicanang kesemuanya adalah tidak benar dan ianya adalah berunsur fitnah, keji dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi PH....Tak perlu ditanya mengapa PH tidak melawan semula kerana itulah tujuan mereka membuat provokasi...Perangai PH tidak sama dengan perangai mereka....Sedarlah kalian bahawa semua kenyataan dari orang yang pernah menginap di dalam 'hotel orang gila' adalah tidak boleh digunapakai langsung samada di balai polis ataupun di mahkamah...Tidakkah kalian berfikir mengapa mereka tidak membuat laporan sehingga sekarang...??? Tidakkah kalian berfikir mengapa mereka menghina PH secara terang-terangan...??? Tidakkah kalian berfikir apa natijah yang mereka mahukan...???


Tidak cukup dengan itu, sahabat-sahabat PH yang sedang khusyuk di dalam perjuangan turut terkena tempiasnya....Mereka dihina setaraf anjing dan pelbagai lagi hinaan yang tidak sepatutnya dipaculkan....Ibubapa PH juga turut diheret sekali ke dalam kancah ini dengan mendakwa mereka adalah keturunan Syaitan....Ini adalah taktik kotor yang sangat jijik dan PH tidak pernah hairan mengapa ada di kalangan sahabat-sahabat PH yang melutut dengan mereka....Sesungguhnya mereka semua adalah golongan orang-orang yang sangat lemah pendiriannya dan terdesak di dalam hidup....Hanya orang yang negatif sahaja boleh bersekongkol dengan orang yang negatif....


Nota PH :

Untuk berjuang membela nasib haiwan, kita perlu menjaga hubungan sesama manusia....Masa mula-mula blog Kakimotong ini wujud, PH lakukannya secara berseorangan sahaja...Malah, PH lakukannya sejak kecil lagi....Tiada seorang pun yang mengenali PH pada masa itu...Tiada seorang pun yang ambil tahu tentang perjuangan PH ( melalui penulisan blog )....Namun begitu, PH tetapkan matlamat dan yakin bahawa satu hari nanti PH pasti tidak akan keseorangan lagi....

Ibu PH jatuh pengsan akibat tekanan darah tinggi apabila terbaca status-status yang menghina anak dan menantunya dan telah dimasukkan ke wad Hospital Kajang selama beberapa hari....Mereka WAJIB BAYAR setiap titis air mata ibu PH yang mengalir dan segala kesakitannya....Mereka WAJIB BAYAR air mata si kembar yang menangis kelaparan akibat perniagaan online PH disabotaj ( Petshop dan Magnetic Aura )....Mereka WAJIB BAYAR air mata PH yang bergenang kerana menahan sabar akibat anak dan isteri PH dilabelkan sebagai 'celaka'....Mereka WAJIB BAYAR rasa malu yang PH dan keluarga tanggung selama ini akibat cerita-cerita rekaan yang telah lapok dan sehingga kini tidak dapat dibuktikan kebenarannya...

Itulah sedikit sebanyak alkisah PH pada tahun 2012 yang banyak mengajar erti tingkahlaku manusia yang selalu berpura-pura untuk bersahabat dan kemudian menceritakan aib sahabat kepada orang lain....PH malas nak layan sebab nanti banyak aib-aib mereka akan terbongkar...

PH dan Team HERO ( KLIK SINI ) berikrar akan meneruskan perjuangan membela nasib haiwan terbiar dengan melakukan TINDAKAN, bukannya provokasi murahan serta menjaja cerita....Mereka yang membuntuti orang yang sakit mental ini, sedarlah bahawa kamu semua adalah  tunggangan nafsu serakahnya....Kamu tahu, tetapi kamu tidak mahu mengakuinya....PH sifatkan orang-orang sebegini adalah orang yang lari dari medan peperangan...Berkawan kerana wang dan menjatuhkan orang lain tidak akan membawa kita ke mana-mana...Kepada mereka yang 'Add' dan 'Unblocked' PH semula, maaflah....Sekali PH dah buang, selama-lamanya ia akan begitu...

Mulai tahun 2013 nanti, PH akan mula menulis di dalam Majalah Petster ( KLIK SINI ) dan ( KLIK SINI ) serta ada beberapa projek bersama pihak media televisyen....Semakin PH dianiaya, semakin melimpah ruah rezeki yang PH perolehi dari Allah SWT...Kesemuanya adalah berkat kesabaran dan doa dari teman-teman termasuklah doa dari anak-anak bulus dan Si Jojo ( barangkali )....Jadikanlah jalan cerita hidup PH ini sebagai iktibar buat kalian yang selalu mengeluh akibat dianiaya oleh orang yang kurang senang dengan kejayaan kita....Percayalah, Allah itu selalu ada dengan kita....


Apa yang PH cari bukanlah PERBEZAAN, tetapi adalah PERSAMAAN...Bersabarlah yer...

Salam 2013

Comments

  1. Insyaallah, niat murni PH pasti mendapat balasan dariNya. Teruskan brusaha, jgn peduli kata2 hina itu kerana ia menjadi pahala PH.
    Pelok cium utk abg Iyo:)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...lagi banyak dugaan, lagi dekat diri kita dengan Allah SWT..semoga PH sekeluarga tabah yer...anyway, selamat tahun baru! ^^

    ReplyDelete
  3. :-/ kalaulah sy tau blog ph ni pd 2008 kn bgs.. Dulu wktu masih pelajar, sy ada memelihara seekor kucing siam kacukan. Rupanya seakan2 harimau belang putih. Sy bela dari kecik smpi besar..ketika itu sy menyewa d sg tgkas kjg bwh ktm ukm. Sy dah abis bljr dn kna pulang ke tanah air iaitu sbh. Sy ingtkn proses nk bw blk tu mudah.. Sy telefon MAS ttg bgaimn nk bawa kucing naik kapal terbang. Diorg bgtau sy kucing tersebut kna buat sesuatu tp sy lupa sbb dah lama kn. Jd shari sblm flight, sy bawak kucing sy ni ke jabatan haiwan. Malangnya sesampai disana, sy diberitahu ada byk yg prlu dlakukan walhal esok sy dah nk blk.. Mujurlah pakcik teksi yg bawak sy ke jabatan haiwan ni mmg sy dah biasa n kenal. Dia snggup jagakan kucing sy utk smntara waktu n akn tolong sy uruskn mcm mn nk antar kucing sy blk. Ku sngkakan pns hgga ke ptg.. Setelah smpi d sbh, 3 hari slps tu sy bmimpi kucing sy tlh balik ke bilik sewa sy. Bila sy tpon pkcik tu.. Dia bgtau kucing sy tlh hilang 3 hari yg lepas.. Dia mandikan kucing tu, bila dia tggl kjap sbb nk ambik towel, kucing sy dah menghilang dari pet carriage dia... Sedihnya sy x terkata.. Sy masih btanyakan pasal kucing sy namun masih tidak d temui.. :-(

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular