Kakimotong Fan Club Kini Bersuara Sebagai Sebuah NGO dan Kisah Pilu Kucing Yang Bakal Dilupuskan
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, sekali lagi Kakimotong Dot Com telah melangkah setapak lagi ke hadapan di mana pada kali ini PH telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang dinamakan sebagai Pertubuhan Aktivis Haiwan
( HERO )....
Pada tanggal 6 Disember 2012, permohonan PH untuk mendaftarkan pertubuhan ini telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...Bersyukurnya PH tidak terkata, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan...
Berikut adalah carta organisasi Team HERO :
1 ) Presiden - PH
2 ) Naib Presiden - Saudara Razeef
3 ) Bendahari - Saudara Sayuti
4 ) Setiausaha - MH
5 ) Penolong Setiausaha - Amirul
6 ) AJK 1 - Uncle Angah
7 ) AJK 2 - Nizam
Pada hari yang sama Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO ) telah diluluskan sebagai sebuah NGO, Team HERO telah pun bersiap sedia untuk melakukan tugas khas iaitu mengeluarkan dan memindahkan kucing-kucing yang telah ditangkap dan menunggu masa untuk dilupuskan di Pusat Kurungan Haiwan DBKL, Setapak...
Mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa di kala kita sedang bergembira, ada makhluk-makhluk comel sedang menunggu maut...Usahlah kita terus menuding jari kepada pihak berkuasa...Berfikirlah dengan pebuh rasional...Lihatlah perkara yang tersirat, jangan asyik memandang perkara yang tersurat...Pemilik asal kucing yang dibuang adalah pelaku kekejaman yang sebenar...Samada ianya dibuang dengan rasa sayu atau tidak, ianya adalah salah satu cabang dari kekejaman halus selain dari menyalahi Akta Binatang 1953 ( Pindaan 2006 )....Isu ini mendapat perdebatan hangat di Facebook Kakimotong Fan Club yang rata-rata menuding jari ke arah pihak berkuasa tanpa mereka fokus kepada isu akar umbinya...Ramai yang terkejut kerana telah mengetahui kucing jalanan telah dilabel sebagai haiwan di bawah Akta Kacau Ganggu oleh pihak berkuasa...Sebenarnya, sikap pemilik haiwan peliharaan yang memelihara haiwan sambil lewa adalah PUNCA kepada segala permasalahan ini...Sebab itulah Akta Kacau Ganggu itu diwujudkan bagi memelihara hak asasi masyarakat yang lain...Setelah mendengar penjelasan dari pihak DBKL dan Jabatan Veterinar ( Encik Zaharinan ), maka fahamlah PH mengapa Akta Kacau ganggu itu diwujudkan dan mengapa haiwan-haiwan jalanan yang ditangkap perlu dilupuskan...Tak dapatlah PH nak bercerita panjang lebar di dalam entri ini, tetapi In shaa Allah PH akan buat entri khas mengenainya...Namun yang demikian, pihak berkuasa sebenarnya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan 'extra hand' terutamanya dari pihak NGO kerana isu kehaiwanan ini telah mula mendapat perhatian dari masyarakat...Tentang isu pihak berkuasa melakukan kezaliman terhadap haiwan, itu juga akan diteliti semula oleh mereka...
Berbalik kepada isu pokok tadi....Keadaan di pusat kurungan haiwan ini riuh dengan bunyi-bunyian kucing dan anjing yang merayu minta dikeluarkan...Mereka seolah-olah meminta nyawa kepada sesiapa sahaja yang melihat mereka...Sangkar yang menempatkan kucing di luar stor ini adalah kucing -kucing yang telah diasingkan dan bakal dilupuskan seekor demi seekor...
Sangkar kucing yang ditempatkan di dalam stor pula hanya ada masa selama tujuh ( 7 ) hari sahaja untuk dituntut sebelum ianya turut dilupuskan...Jumlah keseluruhannya ada berpuluh ekor...
Jangan terkejut apabila melihat senario ini berlaku di negara kita...Pemilik kucing yang tidak mampu memelihara kucing yang banyak mula membuang kucing di jalanan...Bermula dengan seekor jantan dan seekor betina selain dari membuang kucing yang bunting, maka wujudlah satu populasi kucing-kucing yang bergelandangan...Ramai orang masih tidak sedar akan kepentingan memandulkan kucing...Sekiranya pemilik kucing itu mampu untuk memelihara kucing yang banyak, itu cerita lain...Namun begitu, ianya tidak digalakkan sekiranya anda tinggal di kawasan flat ataupun di rumah teres...Kalau nak bela juga, jangan dibiarkan mereka bebas keluar masuk sesuka hati...Pendek cerita, pandai-pandailah yer...
Anjing baka German Shephard ini juga turut ditangkap kerana didapati berkeliaran di jalanan...Anjing German Shephard ini sebenarnya ada pemilik tetapi oleh kerana sikap cuai, anjing ini terlepas...Inilah di antara faktor yang menyebabkan anjing-anjing ini dan masyarakat selalu menjadi mangsa keadaan...Kita kena selalu ingat, mereka adalah makhluk yang tidak berakal...Usah terus menerus 'menyerang peribadi' anjing ini dan pihak berkuasa sekiranya berlaku sesuatu tragedi, tetapi 'seranglah' pemiliknya yang cuai...Haiwan tetap haiwan...Itu adalah sifat semulajadi dan naluri mereka...Mereka hanya akan menyerang sekiranya terancam...Mungkin ada yang berasa kurang senang dengan kenyataan PH ni, tetapi itulah hakikatnya...PH sanggup menjadi 'punching bag' bagi mempertahankan kenyataan ini...Anjing German Shephard yang sangat besar dan tampak garang ini membenarkan PH mengusap kepalanya...PH ada videonya tapi malas nak upload sebab tak mahu dijadikan isu...
Akibat sikap cuai pemilik anjing, keselamatan masyarakat setempat yang menjadi pertaruhan...Apabila disuruh buat lesen semuanya banyak alasan...Kalau tak mampu, lebih baik jangan bela langsung....Ianya hanya akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain....Tapi kalau ternampak anjing yang keding-keding macam kat dalam gambar bawah ni usahlah takut yer...Mereka sebenarnya takut dengan manusia...Kalau terjumpa, usah panik...Buat macam mereka takde jer...
Anjing baka Rottweiler memang sinonim dengan sifat garangnya...Tetapi ketika berada di sel tahanan, dia menjadi sangat takut sehinggakan dia tunduk ketika PH mengusap kepalanya...Alhamdulilah, pemilik anjing ini sedang di dalam proses untuk mengeluarkannya...PH sangat berharap agar pemilik anjing ini dikenakan penalti yang berat di atas kecuaiannya...
Pada hari itu, hampir 20 ekor kucing berjaya dikeluarkan...Ada berpuluh lagi baki kucing yang tinggal...Proses pemindahan kucing ini perlu dilakukan secara berperingkat...Ianya memerlukan kos bagi mengeluarkan seekor kucing...Gambar di bawah menunjukkan Dr. Azlan sedang melihat keadaan kesihatan kucing seekor demi seekor...Mereka semua akan dibawa ke klinik beliau untuk proses pemantauan selanjutnya sebelum dimandulkan...
Anak kucing malang ini kelihatan sugul dan sedang sakit...Lihatlah hakikat ini...Mudah sungguh orang berkata-kata, namun mereka tidak melihat sendiri bagaimana keadaan mereka di sana...
Ketika ini, mereka sudah tidak mengiau meminta nyawa lagi...Mereka seolah-olah tahu bahawa mereka akan terlepas dari mati dengan sia-sia...
Kucing yang cantik lagikan dibuang, apatah lagi kucing yang tidak cantik....PH sudah bosan membaca sebarang pendapat di Facebook yang masih membela orang yang membuang kucing...Sesungguhnya, mereka langsung tidak tahu apa yang mereka perkatakan...Bagi PH secara peribadi, mereka-mereka ini bukanlah komuniti yang benar-benar sayangkan kucing walaupun mereka sendiri mengiktirafnya....Mereka masih mempunyai sikap yang berbelah bagi di dalam isu penjagaan kucing...
Anak kucing ini telah kehilangan ibunya...Bagi sesetengah orang, mungkin mereka boleh berkata "Apalah sangat...Kucing jer pon...!!!"..Hmm...Kepada orang yang berkata sedemikian, bersyukurlah kerana diciptakan sebagai seorang manusia...
Apa yang PH lihat secara keseluruhannya, orang yang membuang kucing di jalanan ini telah menganggap ianya adalah penyelesaian mudah dan meletakkan masalah tersebut kepada orang lain...Ini adalah sikap pentingkan diri sendiri dan amat tidak bertanggungjawab...Segala kasih sayangnya kepada kucing tersebut hanyalah harapan palsu semata-mata...Mereka sebenarnya terlupa bahawa membuang kucing tidak menghalalkan dosa...Semuanya akan dihitung oleh Allah SWT di akhirat nanti...Haiwan-haiwan ini adalah bala tentera dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana kita menggunakan ketajaman akal dan ehsan....Ramai yang takut untuk berkorban harta untuk haiwan peliharaan sedangkan Rasulullah SAW pun pernah berkata orang yang selalu bersedekah tidak akan miskin...Namun, mereka tetap juga ingin membuang haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini...Kalau Baginda masih hidup, pasti Baginda akan berasa sangat sedih...
Team HERO yang hadir pada hari itu ialah Saudara Razeef, Dr. Azlan dan Uncle Angah...Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah SWT dan pihak pengurusan pusat kurungan haiwan ini juga bersetuju untuk bekerjasama dengan Team HERO....
Dari riak wajah mereka, PH amat pasti bahawa kucing-kucing ini berasa sangat lega kerana masih dapat melihat dunia yang penuh pancaroba ini...Ini adalah 'batch' yang kedua pemindahan kucing ini dilakukan...Cerita penuh mengenai pemindahan kucing 'batch' yang pertama boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )...
Sehingga entri ini ditulis, PH diberita bahawa sudah dua minggu aktiviti pelupusan kucing tidak berlaku di dalam pusat kurungan haiwan ini...Alhamdulillah...!!!
Kesemuanya 'disumbat' ke dalam MPV Dr. Azlan untuk dibawa ke kliniknya....
Pada malam harinya, PH bergegas ke Shah Alam untuk melihat keadaan kucing-kucing DBKL yang telah selamat berada di klinik Dr. Azlan...Kucing-kucing yang boleh dimandulkan sudah pun siap diasingkan...Kucing yang sakit dikuarantin terlebih dahulu sebelum divaksinkan dan seterusnya dimandulkan sebelum Team HERO mencarikan pemilik yang baru untuk menjaga mereka...
Nota PH :
Dengan matlamat perjuangan yang sangat jelas, Pertubuhan Aktivis Haiwan
( HERO ) akan berusaha sedaya yang boleh bagi mendidik masyarakat agar bersama-sama menyemai kesedaran mengenai nasib haiwan-haiwan yang terbiar di negara ini...Segalanya berpunca dari sikap culas manusia itu sendiri....Usah terlalu fokus kepada tindakan drastik pihak berkuasa dan Akta Kacau Ganggu...Segala-galanya perlu dibanteras dari akar umbi iatu pemilik haiwan itu sendiri....
Untuk proses pemindahan kucing-kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL dan proses pemandulan serta perubatan, ianya memerlukan kos...PH amat berharap agar kalian semua dapat membantu walaupun sedikit untuk menyelamatkan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini...Walaupun jumlah sumbangan itu mungkin kecil bagi kita, tetapi kalau kita menjadi seekor kucing yang bakal dilupuskan ianya adalah sesuatu yang sangat berharga...RM1 akan menjadi seperti seketul emas...Tahu tak kenapa...?? Kerana nyawa sesuatu makhluk itu tiada nilai untuk dibandingkan dengan mana-mana harta di atas dunia ini...
Sebarang urusan penyaluran bantuan kewangan IKHLAS buat sementara ini, bolehlah disalurkan ke :
Akaun Maybank
1510 1703 5612
Mohd Firdaus bin Abdullah
Untuk makluman, Mohd Firdaus adalah wakil sementara PH bagi mengutip dana untuk kucing-kucing DBKL bagi menunggu pembukaan akaun bank NGO HERO yang sebenar...
Alhamdulillah & Insya-Allah akan kakCT salurkan seikhlas yang mampu ke acc tertera. tapi jika ada perubahan no acc, hrp beri notice kat kakCT.
ReplyDeletewassalam.
Kagum saya dgn kesungguhan PH & member team yang lain. Sebab tu arwah ayah melarang keras mana2 kucing dalam rumah tak kira la perangai macam mana sekalipun di buang. Alhamdulillah kami dah terdidik macam tu dari kecik smpai arwah ayah dah takde tak pernah ada sekor pun kucing dalam rumah yg kena buang. Ada yg hilang.. ada yg tak nak balik rumah & ada org yg suka bg makan then kucing2 tu selesa dgn tuan baru tp takde yg kena buang la. Rumah kampung selesa sikit kucing tu hidup.. tp ada jugak la syaitan bertopeng manusia yg sanggup aniaya binatang.. simbah air panas, pukul la.. tp takpe. Tuhan tu maha adil.. mungkin secara halus Allah tu balas.. tak nampak tapi terasa sikit demi sikit. Saya kat sini memang x ruang utk adopt kucing2 terbiar.. pernah cuba bela tp sgt2 x sesuai & kucing tu pn x selesa do hantar rumah mertua. nasib baik la dapat mertua pun jenis suka haiwan jugak. Apapun tahniah.. Semoga perjuangan HERO di permudahkan & di rahmati
ReplyDeleteterima kasih byk2 d atas perjuangan anda dn saya berdoa budi dn kerja baik ni mndapat balasan syurga Allah.....amiin!
ReplyDeletesalam PH,sy juga adalah pencinta kucingdan membela seekor kucing jantan(garfield) yg cacat(pnyakit saraf)..baru2 ini sy tlah melahirkan anak prempuan pertama kami dan dia sgt alergi dgn bulu kucing.jd suami sy sdh tdk mbenarkan garfield masuk ke rumah lg dn hnya mberinya mkn di luar rumah..sy agak sedih dan kasihan dgn nasib garfield dan bcadang utk mberinya.kpd pencinta kucing/owner yg lebih baik dan boleh mnjaga kebajikan garfield...harap dpt bantuan dr PH..sy bole dhubungi di 017-6526737(fiza putrajaya).
ReplyDelete